Wednesday, August 27, 2008

Merdeka Paling Hambar Dalam Sejarah


Gambar yang di atas ni bukan la untuk sambutan kemerdekaan aku mengambilnye. Mengambil sempena konsert nasyid di MMU. Aiyak, aku ke konsert nasyid. I'm so impress and amaze. Haha aku rasa aku kene reveal yang aku tak sukekan kerajaan sekarang.

Salam kemerdekaan kepada semua rakyat Malaysia. Semoga kite menemui kebebasan sejati. 4 tahun dari sekarang pasti kerajaan bertukar tangan. Biarpun pucuk pimpinan baru memerintah, tapi sadarlah kerajaan pimpinan Barisan Nasional semakin tidak popular. Saya menjangkakan Pilihanraya Umum akan datang Barisan Nasional hanya mampu menakluk Johor dan Sabah sahaja. Itu ramalan saya la.

Memetik kata Tun Dr Mahathir "PKR tidak menang, tetapi kerajaan Barisan Nasional yang kalah". Sekarang PM tak boleh tersenyum girang. Dia harus merencanakan sesuatu. Agar kemenangan memalukan tidak akan berulang kembali.

Saya pula, mula mengukir sedikit senyuman pahit. Saya mahu menyaksikan perubahan. Bukan kepada wilayah-wilayah ekonomi yang gah. Tapi kestabilan politik. Bukan negara kebajikan tapi negara berkebajikan.

Dulu terasa beruntung and bertuah sangat dilahirkan di Malaysia dan menjadi rakyat Malaysia. Tapi kini saya hanya berbangga kerana Malaysia pernah dipimpin oleh bekas Perdana Menteri yang sangat hebat, Tun Dr Mahathir

1 comment:

fendy_ahmad said...

Salam,

Selaku sahabat senegeri dengan penulis, saya menyokong 100% apa yang dicoretkan...

Sesuatu yang saya banggakan ialah pernah meemiliki Tun Dr. M sebagai PM Malaysia tercinta ini !

Saya sudah bosan dengan Pak Lah tetapi saya juga tidak teringin untuk memiliki seorang kaki putar alam, mulut bercabang sebagai PM seterusnya...

Saya di dalam dilema, moga Allah merahmati negaraku ini :)