Friday, August 29, 2008

With an apology, she’s pregnant and I’m the father

What the hell is happening? What have I done? I haven’t married. Am I making love with the girl? No la. So what is actually going on? Readers, please. Don’t you put the blame on me. I’m innocent.

Actually I’ve done nothing. Just a bit boring so start of with this kind of posting title. So saja mensensasikan cerita la. Hendak di kata begitu la mudahnya. Saya bersyukur dengan ape yang ada. Mengandungkan anak orang biarlah selepas akad. Ye tak.

Hari ni busy sungguh. Hendak menghantar 2 assignment. (Tengok, aku busy memanjang. Mana sempat ‘tut’). Makan pun kelam kabut. Lately KL asyik hujan je. Letih la sangat, terpaksa meredah jam. Takleh nak speeding. Sebab aku selalu ada di kampus time office hour.

Hari ni letih bangat. Bape kali terlelap sewaktu khutbah jumaat. (Macam mana la nak berkat, pergi solat jumaat pun takleh nak concentrate). Lepas solat jumaat terus ke office jabatan. Memulangkan thesis dan juga mensahihkan berkenaan tugas aku sebagai part time demo (lebih kurang macam tutor la kejenye). Alhamdulillah, hidup semakin dipermudahkan. Amin

Lepas tu terus direct pergi kelas, tapi kelas cancel sebab kami diarahkan untuk pergi dengar talk tentang ethical code of engineer. Tapi bukan sepatutnya aku yang dengar. Budak final year yang dengar. Tapi aku datang juga sebab nak penuhkan hall. Tak ape la kan. Dengar sesuatu sekurang-kurangnye.

Semalam dengar talk tentang Smart Tunnel (One of Ten greatest engineering achievement in the world). Bangga gak. Tapi takde la bangga sangat. Smart tunnel takde yang interesting sebenarnye. Tapi technology yang digunakan adalah yang terhebat. Ok, siapa-siapa yang nak keje, diorang ade post system engineer. Nak keje partime pun boleh. So korang boleh dapatkan email dari aku k

Lepas dengar talk, Hazimin nak datang melawat ke UPM. Haha, rajin benar la dia ni melawat kawan-kawannye. Bukan ape, kami kan kawan baik. Merangkap exhousemate, excoursemate and client insurans aku sekali la senang cite.

Then amek member aku Heikal kat hentian putra. Dia tengah cari keje. Tapi bahagian engineering la. Chemical engineering. Dia baru graduate. Tengah cari-cari keje la ni. Sape-sape ade keje kosong bagitau aku. Nanti aku info kat dia.

Lepas anta Heikal, aku balik la rumah. Dah pukul sebelas. Penat siol. Letih. Tido je la terus. Mengantuk pun ade. Hehehe sebelum tido aku dapat SMS

“Awak best, macam dulu-dulu”

Haha, sememangnye aku tak berubah sedikit pun. Selain dari rambut yang semakin sikit, badan yang semakin berisi, hidup yang semakin sibuk, itu sahaja yang berubah. Saya masih sama seperti dulu. Seorang yang suka senyum. Seorang yang suka ketawa dan juga seorang yang sangat happy go lucky. Pernah ada orang cakap yang aku ni sentiasa happy, macam tak pernah ada masalah. Haha, yer la. Takkan menangis pun nak tunjuk depan depa kan. Muka tensen pun setakat tunjuk kat Adi jerk. Tettttttt

Sejak akhir-akhir ni minat plak minat lagu Faizal Tahir. Tajuk dia Cuba. Hurm, kalau tak silap dari album aku.muzik.kamu. Sape-sape nak belanje aku CD tu. Huhu, selambe minta pada readers. So layan je la ape yang ada. Zazzzzz



Nota lantai: Sedang mereka watak novel “Rempiting”, kalau tersama minta maaf la ya. Insyaallah hujung minggu ni akan keluar prolognye. So korang layankan je la. Kisah dia biarlah rahsia.

1 comment:

Muhammad Hazimin Wahab said...

tak nak kasi sms, nak kasi komen jer... ariel memang best ! hahaha