Saturday, August 09, 2008

Hati Bukan Kristal

Di hati kulakarkan sebuah impian
Yang aku namakan harapan
Apabila kutentukan arah serta tujuan
Rela kuhadapi cabaran

Banyak sungguh impian aku dalam hidup ni. Dengan masa yang diberi, aku tanamkan sebuah impian. So bile aku dah tanamkan impian. Aku tak kire la, kene rempit ke. Berpanas ke, berhujan ke. aku nak jugak.

Jalan ke puncak itu beronak dan berliku
Menyukarkan pendakianku
Namun tetap kugagahi hati yang rapuh ini
Demi hasrat yang suci

Aku rasa sangat berliku, sangat sukar untuk aku mendaki. Tapi aku yakin dengan semangat dan keyakinan yang aku ada. Aku yakin yang aku akan sampai ke puncak yang ingin aku daki. Tetibe sensitif plak gua. Yer la, lagu ni sangat touching sial. Hati aku yang sangat rempit ni tersentuh. Haha. Lawak sungguh.

Aku sangkakan harapan selembut impian
Yang menguliti tidur insan
Kiranya kehidupan tidak sedemikian
Goyah hatiku oleh kenyataan

Aku harapkan impian dan harapan aku ni bukan sekadar mimpi. Aku akan pastikan menjadi realiti. Tapi disebabkan dugaan tu la aku menjadi seorang yang sangat kuat. Kadang-kadang goyah juga hati aku ni diuji.

Tak harus kuturuti kelemahan diri
Tak daya bertahan diuji
Lalu aku mengumpulkan semula kekuatan
Berlandaskan keimanan...

Aku kene kuat semangat. Semua cabaran dan dugaan yang datang tak membuatkan aku lemah. Setiap yang berlaku, aku harap tidak akan menjadi kudis dalam hidup aku. Aku akan pastikan iman aku sentiasa di tahap yang terbaik. Ya Allah, teguhkanlah kekuatan aku...



P/s: Maafkan saya kalau ade yang menangis, disebabkan lagu ini. Tetapi lagu ini sangat bermakna untuk saya.

1 comment:

Cik Oren said...

eheee..abg zafril, sangat suke lagu ni...thx for sharing...ape cerrr skang?