Tuesday, August 26, 2008

Erti sahabat

Teringin plak hari ni nak bercerita pasal kawan. Semakin hari semakin bertambah kawan aku. Tak kira virtual ataupun yang sedia ada depan mana. Dari aku kecil sampai la umur aku masuk 26 tahun. Tak terkira kawan aku. Tapi aku takde la nak highlight semua. Sebab semua orang, ceritanya lebih kurang sama je.

Tapi aku cume nak bercerita mengenai beberapa kawan aku yang aku rasa sangat pelik. Bukan disebabkan perangai mereka yang pelik. Tapi persahabatan kami nampak pelik. Namanya perlu dirahsiakan.

1. Aku ade seorang kawan. Aku kenal dari virtual. Mula kenal dia sejak tahun 1999. Hampir 10 tahun. Sewaktu kami sama-sama nak SPM. Yang peliknya, kami tak pernah jumpa sehingga kini. Cume sering bertanya khabar melalui sms ataupun sekadar mengupdate diri masing-masing dengan cerita diri sendiri di blog. Kadang-kadang berbicara di YM. Huh, sungguh pelik. Tapi persahabatan tu tak semestinya terjalin secara normal, betul tak.

2. Ni sorang lagi kawan aku. Aku kenal dia tahun lepas. Ape yang menyebabkan kepelikan persahabatan kami. Hurm, kami kawan tengok wayang. Setiap kali berjumpa pasti agendanya adalah tengok wayang. Haha, pelik tak. Orang lain, macam-macam buat. Main futsal la, main boling la. Tapi kami tengok wayang je. Sahabat marathon wayang. Haha

Setakat ni, dua orang ni la paling pelik. Ade ape ape yang pelik lagi nanti aku add up. Hahaha, so layan lagu ni



No comments: