Wednesday, August 27, 2008

Congratulation and Celebration

Saya cuma mahu mengucapkan tahniah kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) yang telah memenangi piliharaya kecil Permatang Pauh Semalam. DSAI telah menerima sebanyak 31,949 undi. Manakala calon Barisan Nasional, Datuk Arif Shah Omar Shah telah menerima 14,297 undi. Calon Akim, Hanafi Hamat pula menerima 74 undi. Undi rosak (ni semua kepala otak macam aku la, rosakkan undi) dengan 447 undi. Lebih 65% kalangan yang layak mengundi di Permatang Pauh keluar mengundi.

Ternyata taktik 'keji' memburukkan DSAI tidak berjaya merobohkan tembok kekebalan keluarga berkubu Permatang Pauh itu dari roboh di hunus keris Barisan Nasional. Taktik 'keji' menurunkan harga minyak sebanyak 15 sen pada 23hb Ogos 2008 juga tidak berhasil walaupun pada awalnya terdapat desas-desus mengatakan harga minyak tidak akan turun sehingga hujung tahun. Argh, 'keji'nya mereka menyeksa rakyat.

Kalaulah ade pemimpin berjiwa rakyat di Malaysia ni alangkah baiknya. Setakat naik komuter tidak memberi impak yang besar. Tidak perlu mencabar, tapi sekadar memberikan dia sedikit situasi rakyat. Dengan gaji purata RM3000 sebulan, isteri tidak bekerja dan anak-anak bersekolah. Argh, they are not it our shoes. Kenaikan harga minyak dan harga barang tidak memberi impak yang besar kepada mereka. Tetapi memberi kesan yang mendalam kepada kami.

Saya tidak mengambil kisah sangat perihal politik Malaysia. Bukan sebab saya seorang yang selfish atau tak sayangkan negara. Tapi saya perlu berfikir dan berhempas pulas untuk mencari sesuap nasi, meneruskan kehidupan. Terasa sangat daif tinggal di Malaysia. Tidak seperti dulu. Ikhlas saya katakan. Saya tak sukakan kerajaan Malaysia pimpinan Perdana Menteri sekarang. Saya terlalu merindui Tun Dr Mahathir memimpin Malaysia.

Aku tujukan khas lagu kat bawah ni kepada mereka-mereka yang tak selayaknya memimpin. Segeralah angkat kaki. Bukan tidur dibuai mimpi...



P/s: Mungkin BN akan menang kalau mereka menurunkan harga minyak sebanyak RM1.00, tinggal RM1.70. Taktik paling 'keji' yang aku cadangkan la. Lepas menang naikkan semula. Betul tak. Lebih baik lantik aku jadi PM. Mesti jadi PM paling dibenci rakyat. (Sedarlah kamu semakin tidak popular)

No comments: