Tuesday, August 05, 2008

Sangat Relevenkah Aku

Saya pernah terjumpa seorang lelaki yang memiliki 7 Diploma. Saya cakap dalam hati, Gilos ke ape sampai ade 7 Diploma. 1 tu sudahla. Then cari keje bagus-bagus. Tak pun sambung degree sampai la ke PhD. Tapi 7 diploma aku rasa sangat tak releven.

Then makcik aku sorang (makcik yang lagi muda dari aku) sekarang tengah buat double degree kat UM. Pergh Buat degree sains dengan degree pendidikan islam. Pergh, aku buat engineering dulu nak pecah kepala otak. Ni buat double degree Sains dengan Pendidikan Islam. Haiya, memang gilos. Tapi dah memang course yang dia amek tu kene buat double degree. So aku paham la. Yang ni releven.

Then kat University aku sekarang, ade orang tu nak buat double PhD. Lagi le gilos, bape tahun nak abes PhD. Satu PhD kat sini lebih kurang 3 tahun minimum. Then sempat ke kau nak siapkan. Satu sudah le. Yang ni agak tak releven.

Then aku tengok plak diri aku. Aku B.Eng holder. Which engineering bukan la jiwa aku sebenarnye. Which aku realize yang aku minat something else sewaktu aku tinggal completekan 3 subject, 1 project dan juga industrial training. Masa tu aku fikir, relevenkah aku teruskan. Tapi aku rasa aku perlu teruskan and tanamkan minat aku pada engineering sambil mencari peluang untuk minat aku tu.

Tapi at the end tak kemana pun bidang yang aku minat tu. Sebab aku terus bekerja menjadi seorang engineer. Terseksa jiwa dan raga siol. Yer la. Buat sesuatu yang aku tak minat. Then aku quite and sambung Master. Hurm, aku akan cube minat aku ni sebab aku nak jadi pendidik. Mendidik bakal-bakal jurutera.

Tapi macam mana dengan impian aku yang terkubur tu. Hurm, aku dah fikir masak-masak. Tapi tak pasti ianya releven atau tak. By hook or by crook aku kene dapatkan semua yang aku nak ni:-
  1. B.Eng (Hons) Electronics (Completed)
  2. M.Sc Electronics Engineering (On the way)
  3. PhD Electronics Engineering
  4. B.Sc Mathematics
  5. M.Sc Mathematics
  6. PhD Mathematics
Tapi adekah releven kalau aku amek semua tu. 1 jalan adalah kelebihan yang aku ada dalam Fizik dan juga Matematik sewaktu spm dahulu which aku dah mulakan langkah di situ kerana jalan itu aku pilih sebab aku rasa di situ la arah tuju aku. 1 jalan lagi adalah jalan yang sangat dekat dengan jiwa dan sanubari aku.

2 tahun aku mencari peluang untuk terus menyambung master dalam bidang Matematik. Tapi peluang sememangnya tertutup rapat untuk Degree holder selain Matematik. Hurm. Susah nak cakap kan.

So at last aku rasa biar la aku amek semua. Which aku hanya akan habes blaja dalam masa 14 tahun lagi. Itu paling cepat dan masa tu umur aku dah 40 tahun. Tapi sempat ke aku, umur tatau la sampai panjang tu ke tidak kan. Hurm.

Tapi aku tau, orang study sebab passion and also self satisfaction. Ade orang sebab nak kejar pangkat. Ade orang sebab minat. Ade orang sebab saja suke-suke. Ade orang just suke convo je. Ade orang suke membangga-bangga dengan Ijazah yang banyak. Aku plak, senang je. I should end what I have started, tu untuk bidang engineering. Tapi my passion towards Mathematics, so sebab tu la aku nak study juga Mathematics. Tu je misi aku dalam hidup.

Ada sesuatu yang aku rencanakan sebenarnye. Yang aku rasa sangat logik. Insyaallah, akan tercapai. Amin. Doakan tercapai. Wassalam. Happy rempit readears.

No comments: