Saturday, August 23, 2008

Cinta Itu Terlalu Indah

Adeh, Jiwang lagi mat rempit tersepit sorang ni. Makin pelik plak sejak akhir-akhir ni. Bukan ape. Bile melihat bahagianya Faizal dengan Fiza. Rasa cinta tu terlalu indah la plak. Dulu aku anti bangat dengan cinta. La ni. Meruntun hati mahu bercinta, Chewah. Ayat pancing nampak.

Pagi hari ni aku terlewat bangun. Pukul 5.40pagi baru aku bangun. Aiyak, lewat ke tu. Sebenarnye awal gak. Tapi memandangkan aku akan bertolak ke Taiping, terasa lambat la plak kan. Sebab dah berjanji awal pagi akan ambil semua orang.

Kelam kabut aku dibuatnya. Nasib baik la semua siap on time. Hehehe. Selepeas solat subuh aku terus isi minyak kete. Terkejut beruk aku tengok harga minyak dah turun. Semalam pagi dengar Shahril cakap minyak tak akan turun sampai hujung tahun. Tibe-tibe hari ni turun 15 sen. Jadi la. Taktik sangat kan.

Then 6.20pagi baru sampai umah Mai. Berkerut-kerut mata minah tu sebab bangun awal sangat. Tak ape la mai, seumur hidup sekali. Then terus la shoot ke Putrajaya amek Sala. Sampai about pukul 7.00pg. Jauh gak yer Wangsamaju dengan putrajaya. Then pukul 7.15pg baru sampai umah emy. Tapi kalau nak amek emy ni kene taktik sikit. Setengah jam lagi nak sampai kene terus tepon. Kalau tak sibuk online lagi. Then amek Erna pukul 7.30pagi. Aiyak, delay 1 jam. Ni semua gara-gara 4 destinasi berbeza nak kene amek. Hahaha, tapi seronok ape.

Then terus shoot masuk lebuhraya KL-Putrajaya. Bagus-bagus. Cepat sikit. Ikut exit Kuchai Lama. Tak kene toll. Cepat sikit sampainye. Then masuk kat Jalan Istana seterusnya Duta. Masa kat Jalan Tun Razak Faizal Dah Call. Tanye kat mana. Aku selambe je jawab Gopeng. Padahal jauh lagi nak sampai Gopeng tu. Hahaha

Terus masuk lebuhraya. Aku drive laju tak ingat. 160km/j. Ha, mau tak laju. Dah cakap sampai gopeng kan. Kene la laju. Hahaha. Then singgah kat satu R&R. Erna nak gi toilet. Aku plak rasa lapar. Nasib baik la Erna sponser sandwich dengan Air Teh Bunga. Hehehe. Aku ape lagi. Sementara depa pi touch up. Aku melantak la. Gelojoh siol. Hehehe.

Then terus la speeding. Ntah berapa saman ntah aku dapat ni. Tunggu je la kan. Then stop kat Bkt Gantang. Aku kene transform. Hehehe. Menjadi lelaki melayu yang jambu. Hahahah. Mat rempit melayu. Muka ganas taapi pakai baju pink. Hahaha, ok lah korang kan. Takde la jauh sangat pun.

Then tepon la Faizal tanye dia nak ke mana. Dia cakap terus ke tempat make up. Haha, Faizal tengah touch up. Huhu comel gak ape. Haha, aku plak malas bangat nak cuci kete. Memandangkan hujan di kl selalu.

The pink groom

Tuh tak betul lagi tu

Siap dah.. ok senyum

Pengapit ni malu-malu la plak

Ok... bersedia untuk mengambil tempat...

Jangan lupa the flower girl, nanti merajuk plak

Pukul 12.00t/hari terus shoot pegi rumah pengantin. Pengantin naik My Vi aku. Rasa honour sangat2. Thanks along sebab mencemar duli naik kete aku walaupun kete aku dah lama tak basuh. Hahaha

Sampai jer terus drop diorang and then parking kete. Terus la kami berarak sampai ke pelamin. Aku la pengapit yang terkepit. Terpaksa pakai selipar nipis. Sebab songkok 5 inci tu tinggi bangat. Hahaha

Jalan slow-slow... kepit sikit

Fokus-fokus

Amboi-amboi, sukanya dia

Pakat suka gak ye

Aiks, cepatnya sampai pelamin

Penat dah senyum gua ni

Fiza takyah masuk dalam gambar la. Biar aku dengan pejal je

Then acara dimulakan dengan merenjis. Lepas merenjis pengantin pegi ke meja makan beradap. Sementara menunggu yang lain. As usual la. Pose lagi kat meja makan. Hahaha, seronok betul jadi tumpuan lensa camera ni...

"Sayang nanti majlis kite, buat macam ni gak ye. Makan ala kampung. Baju kaler pink. Memang cantik. Abang suka sangat-sangat"

Lawa gambar ni la adi

Kasut kene cilok plak

Mana la kasut Cinderella ni

Jumpa pun, so pose lagi sekali

Sebelum makan pose dulu

Meh aku kipas dua-dua sekali. Gila kuasa sikit

Flower Horn dengan Flower girl, tunggu aku kalau nak makan

Pose dengan Pion. Sementara tunggu pengantin makan

Haha, now pengapit plak punye turn posing. Asyik pengantin je. Aiks, macam pengantin la plak. Korang nikah ler sekali. Senang cite. Pikir balik. Aku blaja lagi. Tak sesuai. Hahahahha

Yang kat atas pelamin tu tunggu la kite

Side pose ye Adi, Ok je...

And this one for you

Aiyak, kalah pengantin pose

Aku plak makan biadap sikit. Ala bukan biadap sangat pun. Aku melantak kat meja tamu. Sebab bleh makan banyak-banyak. Nyum nyum. Makan ala kampung. I like. Masa melantak aku lepak dengan my bestfren ever, Mr. Adi Yuseri dia tanye aku...

Adi: Awat lama sangat tak update blog

Me: Aku busy sangat la Adi. Takde masa nak update. Nak makan pun tak sempat. Assignment melambak. Ade test lagi. Ni pun ade take home test 2 paper.

Adi: Aku dengar kau bulan 12

Me: Bulan 12 apenye

Adi: Kawen la

Me: Adeh, mana la nak cekau duit. Nak buat majlis, untuk hantaran. Nanti nak tanggung family lagi. Aiyak, mana la dengar cite ni

Lepas ni aku akan sentiasa update. Jangan risau la. Aku sentiasa ade cerita untuk dikongsi. Walaupun bukan semuanya. Sibuk melepak tengok jam pukul 3.00 ptg sudah. Ahaks, terpaksa bergerak sebab Sala mengejar flight pukul 9.15 malam. Just nice untuk bergerak.

Nak balik pun suka... Hahaha

So aku terus salam Kak Cik. Maaflah Kak Cik yer, Tak sempat nak merasa cucur jagung. Nanti sempat Zafril singgah lagi. Insyaallah. Lepas ni majlis adik plak takde nak rush macam ni. Tak lama lagi kan Kak Cik. Hehe. lepas tu salam dengan abg cik. Tak rapat dengan Abg Cik. Insyaallah, nanti ade masa kite borak-borak yer Abg Cik.

Masuk lebuhraya terus berhenti kat R&R Bukit Gantang. Untuk solat dengan tukar pakaian. Tak sesuai berjalan jauh berbaju melayu. Haha Then isi touch and go. Lepas tu berhenti kat R&R Sungai Perak. Sebab kehabisan. Ni gara-gara melampau speeding pagi tadi.

Anta Sala kat LCCT terus anta Erna. Then anta emy. Kene tahan plak. Disuruhnya makan. Nyum nyum. Masakan ayah emy. Lama tak rasa penangan Nasi lemak ayah Emy. Memang best. lepas ni Mee Kari plak ye Uncle Naim.

Aku terus balik la. Dah penat. Rasa exhausted gile. Tapi aku rasa puas hati sangat sebab melihat kebahagiaan orang. Aku plak, semakin menghampiri kebahagiaan itu. Bukan bulan 12, tapi bulan 10.

Adi and Faizal, my true fren ever. I miss our moment so much. It will be my ever best memory in mylife. nanti kite buat family day ok. Ahaks. Seronok ni. Anyway. Selamat malam..



P/s: Sedang menunggu gambar kontroversi dari Mr Adi yang di ambil di atas pelamin. Tunggu

2 comments:

Anonymous said...

byk lak pic pengapit nih... isk3x

farish izaryl @izreez said...

heehe zaf jd pengapit larr:p