Wednesday, August 27, 2008

4500


Semakin lama semakin ramai menyinggah. Maybe terlebih rajin mengupdate. Haha, terima kasih kepada yang menyinggah. 4500 lawatan sejak saya mula meletak counter. Tak ingat bile saya meletaknye. Mungkin sebelum tu lebih ramai lagi kerana counter tu saya letak pada tahun ini. Sedangkan blog saya sudah berada di tahun ketiganya. Haha, terima kasih lagi sekali. Mungkin tidak la sepopular mana blog saya ini.

Saya masih merencanakan sesuatu untuk blog saya. Antaranya menulis novel 'Speeding vs Rempiting'. Tak semestinya kisah cinta sahaja yang perlu di tulis. (Mengagumi tulisan novel virtual Awang Vampiro hasil tulisan saudara Nizam Zakaria yang menjengah pasaran).

Saya melihat kesan jangka panjang untuk kisah itu. Mungkin bukan hari ni. Mungkin sehingga hari kiamat orang akan baca kisah itu. Kisah dongeng yang saya ciptakan. Tapi sekarang ni banyak la kisah realiti. Bukan dongengan semata tau.


1 comment:

Muhammad Hazimin Wahab said...

eh, glamour dan popular apa...
cepat betul merendah diri.. hehe

siapa setuju dgn pernyataan diatas ?