Friday, May 14, 2010

Teater Muzikal Teratak Minang

2 Mei 2010 sempat menghadirkan diri ini untuk menonton Teater Muzikal Teratak Minang. Alhamdulillah, sempat sampai walaupun tiba agak lewat. Tetapi tidak terlepas untuk menonton dari awal.

Sekali malam itu adalah malam terakhir dan malam gala. Jadi penuh la VIP dalam panggung. Huh, cakap dengan my fiancee, “Awak jadi menteri la ye, boleh selalu tengok teater free.” Haha, alamak terkantoi plak gua dah bertunang [ni tunang betul-betul ke main-main?]

Sungguh, saya kagum dengan permulaan kareografer yang cukup baik. Teruja menunggu aksi tarian selanjutnya. Very impressive kemudian nyanyian Ayam Den Lapeh dari Ally Kassim membuatkan saya semakin teruja.

Tetapi keterujaan saya tidak panjang, bila muncul sahaja lakonan, saya mula bosan sedikit, Ah, masih terlalu awal untuk menilai telah ku. Tetapi sungguh, saya tidak teruja langsung selepas itu. Argh, tensen, bila x-factor dia mahu keluar.

Sampai ke sudah tak teruja akhirnya. Mungkin saya ni kurang faham bahasa minang sampai terpaksa melihat monitor alihbahasa jadi tidak dapat menumpukan lakonan. Demm it. Tapi sewaktu babak di seremban tu saya sudah paham la juga.

Dalam kepala fikir, bila la nak abes. Dah bosan gile time tu. Tak macam tengok teater, macam tengok konsert plak. Kecewa, baik tengok konsert double trouble kat mount kiara je camni.

Mahu komen teater ini (Saya komen dari my point of view ye. Tidak di pengaruhi oleh sesiapa pun)
  1. Sungguh, kareografi tarian-tarian yang berasal dari padang sungguh mengujakan saya. Sungguh mengujakan. Saya ulangi, sungguh mengujakan. Ada faktor X di situ. Haha
  2. Susunan muzik memang sangat hebat. Kagum dengan hasil kerja Pak Ngah. Memang aura muzik dia sungguh hebat.
  3. Jalan cerita, biasa sahaja. Tidak ada impak pun yang saya boleh kagumi. Buyung meninggalkan kekasihnya Nur untuk mencari rezeki. Kemudian Nur terpaksa kawen dengan orang lain. Buyung pula jatuh cinta dengan Gadis Malaysia. Klise. Ada babak yang saya rasa huru-hara ketika cerita hampir ke sudah.
  4. Lakonan Pelakonnya sungguh hambar. Sungguh saya kata, hambar. Lakonan mantap Razali Buyong, Abby Yus dan Akak Rock terjah menyelamatkan cerita ini. Lakonan Liz Rosli [AF4] hilang sengat, tidak seperti lakonannya dalam Seri Mersing. Yang lain-lain? Malam last, takkan tak bersemangat dah kot.
  5. Pemilihan lagu tidak kena dengan jalan cerita. Adeh, saya tak paham, ni konsert lagu minang atau teater muzikal teratak minang. Adeh adeh adeh. Lagu yang mengujakan saya Cuma Ayam Den Lapeh dengan Apa Konoi Jang. Yang lain, tidur 5 minit.
  6. Setting dan props Kira boleh la. Tak banyak, tapi masih boleh diperbaiki.
Apa pun, teater ini tak mungkin akan saya tengok lagi untuk 2nd season dan seterusnya. Hahaha, keji tak ayat tu. Bagi chance orang lain komen macam aku komen.

Nota kaki: Tak perlu nak hipokrit cakap best gile sebab orang lain tak dapat nak merasa apa yang kita rasa, betul tak akak Jalan-Jalan Cari Makan?

2 comments:

MR. SYAH said...

best ke tgk teater ni?

Pojiepooh Abdullah said...

Never nk ajak Pojie skrg.. Bencilah!

Love,
PojiePooh Abdullah