Saturday, May 15, 2010

Orang Melayu Penuh Dengan Nasib Baik

Percaya tak kalau saya kata orang melayu ni penuh dengan nasib baik. Kenapa? Tak percaya juga? Betul saya kata, orang melayu ni penuh dengan nasib baik. Beruntung jadi orang melayu. Saya bagi situasi.


  1. Seorang mat rempit kemalangan dan patah kaki dan tangan. Orang akan cakap apa? “Nasib baik Cuma patah kaki dengan tangan.” Ha, kan nasib baik tu. Walaupun cakap dengan nada yang marah.
  2. Seorang makcik kena ragut. Apa orang akan cakap. “Makcik ok tak ni? Cilaka punya peragut. Pergi mampos dengan kau. Nasib Baik makcik ni tak ada apa-apa.” Nasib baik lagi.
  3. Kisah Seorang Bohsia kena marah dengan mak dia. “Ikut la jantan lagi mana-mana yang kau nak. Jadi bohsia, Nasib Baik kau tak mengandung tau. Kalau tak, aku tak tahulah apa aku nak cakap.” Nasib baik lagi.

Nasib Tak Baik macam mana pula. “Nasib dia tak baik, Allah sayangkan dia.” Haish, Allah sayang pun nasib tak baik. Camno tu?

Nota Kaki: Syukur alhamdulillah dengan segala kurniaan Allah

4 comments:

hans said...

hahahah
betul juga tu

Roronoa Zoro said...

choi !!! mana ada org kata nasib x baik, allah sygkan dia.. apa la..

mR.sYaH said...

btul jugak.. baru perasan..

E.d.Y said...

penuh dengan makna entry ni