Damn it, lambat gile review about Sri Mersing. Sorry la kawan-kawan. Dekat sebulan tengok baru review pasal Sri Mersing. 20 April, sempatlah menonton teater dengan my friend yang juga ex-mmu. Tak sangka dia pun minat menonton teater macam aku. Haha, [Bug, takyah letak gambar kau kat sini erk, kau handsome, nanti overshadow aku plak.]
Teater ni hebat. Sungguh hebat, dari setting, lakonan, susunan muzik dan kareographer tarian, tidak terlupa penataan cahaya. Memang mengagumkan. Sungguh, tak rugi membeli tiket yang agak mahal malam tu.
Sampai ke sudah saya teruja, Lakonan Adi Putra, Elly Mazlien, Melissa Saila, A. Galak, Mustafa Maarof, Rusdi Ramli memang sangat hebat. Siapa tak kenal mereka semua kan. Liz AF4 memang ada aura. You go girl.
Mahu komen teater ini
- Lakonan memang mantap, prop sangat hebat, kareografi memang tak boleh di sangkal. Muziknya memang best.
- Kesilapan-kesilapan kecil memang sukar di elakkan. Tapi boleh diminimumkan. Apapun. Memang kesilapan dalam teater memang sentiasa akan berlaku. Saya juga dulu pelakon teater, banyak gile buat silap. Salah masuk skrip pun pernah. Selambe je atas stage ok. [Pose]
- Nyanyian Elly Mazlien memang hebat, lakonan kamu pun memang sangat hebat. Sangat cocok kamu dengan Adi Putra.
- Datin Rosnani Jamil, saya kecewa dengan kamu. Kenapa kamu miming. Nyanyi la sikit. Bagi orang teruja. Adeh adeh adeh. Melissa Saila boleh buat. Dia pelakon, bukan penyanyi. Yang penting, bila kamu menyanyi secara live, feel tu akan dapat kami rasa as penonton.
- Kenapa pelakon yang membawa watak Merah [anda tahu anda siapa] control macho atas stage. Biasa saja sudah. You are not the hero. Jadi anak hero je pun.
- Lawak-lawak dalam cerita ni memang lain dari yang lain. Tidak keterlaluan, tapi masih bisa membuat saya tidak kering gusi.
- Bujang sepah, Kamu memang lawaklah bujang sepah. Cuma kadang-kadang ada part yang macam dibuat-buat.
Nota Kaki: Next Teater on the list Uda&Dara dan Che Det.
No comments:
Post a Comment