“People just want to sit on my money. Sebab aku ada duit banyak. But they don’t even bother if you have no money at all.” Angkuh nadanya walaupun sekadar di khidmat pesanan ringkas yang aku terima.
Aku termenung sendiri, sejak bila aku ingin duduk di atas duit atas usahanya. Aku kemam bibirku, tidak pernah sejak menjadi sahabat baiknya, mengambil kesempatan ke atas dirinya. Sungguh, tidak pernah sama sekali. Memang tiada sesiapa pun ambil kisah tentang hal aku. Itu aku akui.
Lantas telefon bimbit murahku itu aku ambil, termenung sejenak memikirkan apa yang perlu aku balas. Aku menaip perlahan, teringat sebuah titipan yang aku baca semalam.
“Dengan duit kau boleh beli rumah, tapi bukan kehidupan. Dengan duit kau boleh membeli jam, tapi bukan masa. Dengan duit kau boleh membeli buku, tapi bukan pengetahun. Dengan duit kau dapat membayar doktor untuk kesihatan, tapi bukan nyawa. Dengan duit kau dapat jawatan tinggi, tapi bukan maruah. Dengan duit kau boleh beli seks, bukan cinta.”
Aku rasakan, itu bukan lagi pesanan ringkas walaupun dihantar melalui khidmat pesanan ringkas. Tiada balasan selepas itu pesanan aku terima darinya. Aku menyimpan semula telefon bimbitku ke dalam poket.
Syukur, aku masih ada apa yang aku perlukan. Walaupun tidak ada duit sebanyak yang dia ada, walaupun tidak memandu BMW sepertinya.
‘Aku masih ada driver yang setia menghantarku seharian pergi dan balik kerja.’ Getusku dalam hati lantas bingkas bangun menahan teksi yang sudah menerpa pandangan.
“Terima kasih abang pemandu teksi.”
“Ha?”
Terpinga-pinga pemandu teksi itu saat aku berterima kasih padanya saat duduk di kerusi empuk teksi buatan tempatan. Baru saja masuk, tidak bergerak lagi pun teksi itu. Aku tergelak kecil dan tersenyum sendirian melihat gelagat pemandu teksi itu.
“LRT Setiawangsa.”
Aku memandang keluar, indah melihat dunia luar saat teksi itu mula bergerak walaupun hari-hari sudah melihatnya. Jujur, aku tidak pernah bosan melihat segenap inci ciptaan Ilahi.

25 comments:
sabarla en. ell..pasal duit mcm2 bleh jadi...kita mmg perlukan duit tp duit tak bleh membls budi..takperlu duit berkoyan2 utk membuat kita rasa bahagia..
hmm..
bila kejujuran kita diragui? apa yg patut kita buat ek?
hanya pasrah dan berharap org itu sedar akan kesalahannya.
-pendapat aku-
sabar ye long.kerana duit, manusia jadi buta..
wei ni btl2 terjadi kt ko ke..ler ade gk kwn cenggini..agknya dia rs dia dh ckp berjaya smpai sume org pn dia buruk sangka..sabo je la..bersyukur je dgn ape yg ade..semua nikmat kt dunia ni pinjaman Allah swt semata2..
suke bace nih...
;)
Marissa: Betul sangat setuju... gembira walaupun naik teksi saja... tak perlu bangga dengan apa yang ada di dunia... semua ni pinjaman saja....
Zoro: Serius menyampah dengan member aku tu... hahahha lantak pi la dengan kehidupan dia... aku dah rencanakan hidup aku sendiri
Faizal: Serius bengang... sbb member baik cakap macam tu... terasa tau FS
Suziey: Aku kecewa bile dia cakap macam tu... skrg ni aku dah tak kontek dia pun... biarlah dia hidup dengan khayalan dunia dia... aku hidup dalam khayalan dunia aku sendiri... hehehe
Eazy: Ade lagi 2 dentuman rasa... sila la baca... more to come... hehehhee
memula kty baca ingat cerpen ..
kty syukur..ngn apa kty ade walupun duit tak byk..
Bersyukurlah dengan apa yg kita ada sekarang. orang yang tak bersyukur tu lama2 akan rugi. Mekasih dengan entri ni. sedikit sebanyak membuka mata org utk lebih bersyukur.
Kak Ty: Alhamdulillah... syukur sangat2... walaupun naik teksi... hehehe... seronok je hidup camni...
Cik Kyla: Huhuhu... penting tu syukur... tp kawan saya sorang ni tak tahu la... lantak la... bukan saya minta duit dia pun
tak apa la.. walaupun dia tak baik kat kita sekurang2nya kita dh buat baik kat dia.. mane tahu suatu hari nnti dia susah dia minta tlg kita pula dan begitu juga kita..
org mmg akan jadi biadab bila timbul bab duit.. sabarlah jalan yg terbaik!
salam....dah lama tak jengah2 blog ni..maklumlah pergi bercuti...hehe...
sabar2...duit mmg boleh mengaburkan mata setiap org
sape kwn ko tu.. amboi gile angkuh semcam..
dia tak tahu sape bagi dia rezki ??kene tarik balik baru tahu..
cam tak bersyukur jek..
Kyla: Dia orang kaya... mana la nak pandang saya ni kan... nanti dia kata saya nak duduk atas duit dia plak... hahahaha....
En. Syah: Saya memang bersabar dah dengan dia... last2... malas nak layan... hahahhaa
Edy: Betul2... syukur la... walaupun cukup2...
Cinda: KAwan aku tu kawan kau gak... hahahhaa
not bad la el...keep it up..sambungan ni pasti mantopp..:)
Akira: Nak kene sambung ke? Aish...
wahhhhh berpuistis sambil bersajak nmpk ye..
hahaahahaa
Post a Comment