Thursday, May 06, 2010

Mak Yong Sindo

Aku tak tahu ape yang diorang buat. Time baca dialog pun tak dengar

Hari Sabtu (24 April) Sempat meluangkan masa menonton Mak Yong. First time tengok, konpem la teruja nak tengok Mak Yong ni camne. Setelah dipelawa dengan baik oleh En. Ikram dan En. Pojie, saya pun menuruti ke Aswara [gigih drive My Vi.. ku ke Aswara sorang-sorang.]

Ni lah Sindo, ("Mako tinggallah aku Sindo nan seore" Dok hapal skrip tu je kot. Banyak kali dia cakap camtu)

Mak Yong cerita yang tiada props dan setting. Korang kene imagine sendiri la macam mana prop dengan settingnya [Orang yang berjiwa rempit macam aku ni konpem-konpem la tak paham sangat seni-seni ni].

Ni lah Mokcik Dewi-Dewi, tak tahan benor bila dia dipanggil mokcik. [Feeling diva mokcik dewi-dewi... siap boleh terbang lagi]

Dah nak abes cerita ni, barulah aku tahu cerita ni mengisahkan perempuan bernama Sindo. Hahaha, Cinderella versi Kelantan. So tak payah la story jalan cerita dia macam mana. Tapi gila babi kelakar, walaupun diorang berbahasa kelantan, tp sebab orang KL [KL Ke?] yang berlakon, jadi dialek kelantan dia berbunyi poyo sedikit [siap ada keluar bahasa kelantan versi Nogori 9 camna tu]

Kononnye pesta di istana la. Tp tak tahu depa menari apa

Aku jangan cerita la, memang gelak gila babas dengan lawak-lawak dalam lakonan diorang tu. Tapi aku pelik, mamat sebelah aku senyap je. takde perasaan langsung. Takkan tak paham kot [Pelik 4 saat].

Kan dah meletop dengan baju pemberian Mokcik Dewi-Dewi

Terima kasih la sebab mengenjoykan aku malam tu. Balik dari Aswara, layan perasaan kat downtown sorang-sorang, menghabiskan duit bershopping. Takyah la tahu aku shopping apa kat downtown k.

Nota kaki: Bila seni melalui demensi baru, ekpresi dan interpretasinya juga akan berbeza

2 comments:

atty's said...

tp kty respek lah anak muda cam el rajin tgk citer gini .

mohdikram said...

1.mak yong teater yang paling klasik. segala prop semua dalam pala otak kita tao..

2.orang sebelah el mmg mcm tu.

3.sebabkan mereka mengguna bahasa kelate siey, tu mudoh pahey. haha.

4.walaupun jalan cerita dia kita memang dah tao, serius enjoy kn?

5.mak yong dan mek mulung lebih kurang. dua2 dari siam. bezanya mek mulung dari negeri kedah or perlis mcm tu. kurang pasti.hak.hak.hak.