Wednesday, May 26, 2010

Mek Mulong Cahaya Bulan

Sempat la melempiaskan masa 8hb May melayan kisah Mek Mulong Cahaya Bulan (Encik Ikram dan Pojiepooh, sila jeles ye). Mek mulong ni persembahan istana yang berasal dari utara. Jadi cek paham la bahasa yang digunakan. Tak macam Mak Yong Sindo. Adeh, letih nak paham.

Mek Mulong Cahaya Bulan ni kisah permaisuri yang bermimpi merpati putih menjelma. Musibah buruk menimpa mereka. Apabila Raja Cahaya Bulan di bunuh dan permaisurinya di culik oleh Raja Gergasi.

Apa pun, persembahan Mek Mulong persembahan pelajar Aswara ini ada aura tersendiri. Kadang-kadang terasa seperti komedi ringan dalam televisyen. Sungguh, saya enjoy menikmati setiap saat penceritaan Cahaya Bulan.

Dialog-dialog malam itu sungguh kelakar walaupun ceritanya serius,
“Diva duduk depan, diva duduk depan”
“Macam Adibah Noor tak?”
“Hye Boy”
“So sweet.”

Sekadar menyebut beberapa dialog. Kalau dipersembahkan lagi sekali, insyaallah saya akan tengok. Cuma cerita ringan sebegini tidak begitu sesuai untuk dipentaskan di tempat berprestij seperti Istana Budaya. Boleh sebenarnya, tapi mereka harus lebih serius dalam membuat persembahan, walaupun dalam ceritanya kelakar, tapi perlu juga serius dalam membuat lawak.

Komen saya [komen ini tidak dipengaruhi oleh apa-apa dan siapa-siapa, ia berdasarkan penilaian saya sendiri.]
  1. Jujur, muzik dan lagu-lagunya kurang menyenangkan gegendang telinga. Entah kenapa, saya tidak berapa gemar dengan muziknya. Tapi ia lebih baik dari mek mulong yang saya tonton 2 minggu sudah. Yang paling penting, saya bias mendengar bait-baik lirik yang disebutnya. Itu yang penting.
  2. Saya sukakan lakonan mereka, dengan Rajanya yang menunjukkan gahnya dia sebagai seorang raja [walaupun muka dia jambu. Siap ada orang cakap kat aku, meletup yang jadi raja.] Cuma permaisuri punya feel saya tak rasa la. Takleh nak meleleh air mata.
  3. Dayang-dayang istana korang memang best. Tapi kenapa 1 babak saja. Tak best betul. Tak puas bergelak dengan kamu.
  4. Raja gergasi, kamu memang ganas. Aku suka watak kau. Kalau aku diberi peluang berlakon, aku nak watak kau.
  5. Awang-awang istana, tak best. Korang tak kelakar pun. Bosan.
  6. Awang-awang raja jahat, korang memang terserlah dowh. Aku suka dengan watak korang gak. Hahaha
  7. Edan dan Epong, korang memang kelakar gila babas. Hahaha. Tapi nak bawa watak bomoh pondan, sila cukur bulu kaki erk. Tak sesuai bulu kaki macam lalang, tapi bawa watak mak nyah. Macam tak siap plak.
  8. Lighting yang menarik. Setting memang tak ada la, sebab sama saja macam mak yong. Cuma beza dari tempat asalnya.

22 comments:

Suziey Ahmad said...

wohooo bestnye tgk teater kt IB.dlu masa hubby keje sana aku dpt la tiket free..rajin la layan..skang dh xkeje sana xde dapek tiket free xg dh..hahaha..ko pn dpt free ke?keeek:p

MR. SYAH said...

ni cerita lawak ker citer apa ni bang?? heheh.. best ke tgk teater nih...

Zai Zamree said...

rajin tgk teater yek

El-Zaffril said...

Suziey: Hari tu tengok teratak minang kecewa gile... tak best... hurm... membazir duit je... baik layan teater murah macam ni... enjoy je dari awal sampai akhir

El-Zaffril said...

Syah: Cerita ni kisah bangsawan... tp boleh pulak jadi lawak... serius... memang kelakar abes la diorang buat cite ni...

El-Zaffril said...

Cik Zai: Saya memang suka teater... plus member pun suka... lagi la layan...

malinasiam said...

bebila ko nk tgk teater ajk 'kekasih' mu ini yer
opssss

attyfir said...

besh gak kan sesekali layan teater

El-Zaffril said...

Kak Ina: Kau nak belanja aku ke... syukur2... murah rezeki kau kak....

El-Zaffril said...

Kak Ty: akak layan gak ke teater?

CRAZYBEAUTIFUL88 said...

best tak teater nih

Unknown said...

xpernah tgk teater..xngantuk ke??

Aqila Borhan said...

tak pernah lg I tgk teater mcm ni. ada rezki nk jugak tgk. ^^ bahasa utara ye? ingat teater bhasa kelantan =)

El-Zaffril said...

Crazybeautiful88: Best, serius enjoy

El-Zaffril said...

Edy: Mesti kau ingat teater ni membosankan kan? hahaha... tak semua teater tu bosan edy...

El-Zaffril said...

Kyla: Kalau bahasa kelantan Makyong... kalau bahasa utara mek mulong... dua dua asal dari siam... kalau kelantan... susah sikit nak paham... loghat sangat... hahahaha

epulafea said...

ehh saya pon gi nengok teater nih.. kat ASWARA jugak..
encik along dok katne??
nape tak perasan??

HA HA HA HA HA *gelak jahat

oli said...

saya mesti tak tau nak menghayatinya!!! hehehehe...tak ada sel sel kesenian dalam badan!!!

Cinda... said...

teringin nak tgk.. tapi biasa nye tiketnye mahal sngat..

lebih baik tgk konsert.. bunyi pon best.. hehehhe...

El-Zaffril said...

Epul: Saya duduk sebelah kiri... kamu duduk mana... isk... macam mana bleh tak perasan

El-Zaffril said...

Oli: Try once oli... either u will love it or will hate it forever... hehehe...

El-Zaffril said...

Linda: Ni macam tiket wayang... 10 hengget je... kalau istana budaya memang mahal... tp the feel tengok teater was different... serius best