Thursday, October 01, 2009

Raya 2009: Raya Kedua dan Marhaban

Hari Raya kedua, seperti yang dijanjikan. Marhaban sekeliling kampung. Aku tak sure tempat lain ade ke tak. Marhaban ni bertujuan untuk merapatkan silaturrahim penduduk-penduduk setempat. Bukan apa, kadang-kadang tu tercuit juga hati jiran dengan gurauan senda kita ni. Ye tak?

Ni moto si paiz... atau adik kepada apek...

Kampung aku ni agak la panjang dan banyak juga rumahnya. Jadi nak menghabiskan sekampung tu, amek masa dua hari juga. Tapi the next day aku memang tak join. Yang ni pun aku join sekerat hari. Petangnya aku tido puas-puas.

Selain makan sedap-sedap. (Jangan tatau, diorang ni kalau marhaban datang rumah, masak kaw kaw punye). Dapat la sikit nasihat berguna. Yang saya boleh juga share dengan korang.

Ini aku ambil dari Encik Pandi. Nasihat dia sungguh ringkas. Tapi sangat bermakna dan berguna.
  1. Pertama katanya, jangan sesekali tinggal solat. Sebab solat tu tiang agama, kalau tiangnya rapuh. Dindingnya macam mana pula kan.
  2. Jangan derhaka pada ibu bapa and orang yang lebih tua. Yang tu memang aku akui la. Penting tu. Dapat restu yang paling penting.
  3. Yang terakhir sekali dia kata, bacalah Al-Quran tu walaupun sepotong ayat sehari.
Dia kata, insyaallah hidup kita akan dipermudahkan. And aku admit apa yang dia cakap ade betulnya. Sebabnya... lu fikirlah sendiri. Nanti orang kata riak plak. Dosa dah tu. Dan satu lagi, aku nampak nikmat hidup yang dia terima. Tak kaya tapi hati senang.

Marhaban bertandang kerumah pada waktu petang. Bukan aku nak cerita apasal marhaban yang datang ke rumah. Tapi anak sedara aku pulak dok skodeng anak ikan. Anak sedara aku yang mana lagi, pompuan yang paling besar, umur dah 24 tahun. Nampak yang mana dia suka, snap2 gambar. Meh, sekian kalinya aku letak picture budak yang dia sekodeng tu.

Dari awal tu dia amek picture si Hasnan ni. Dari si Hasnan ni sampai ke rumah, sampai balik tu. Nama budak ni Hasnan, aku kenal dia dari aku kecik la. Umur dia 24 tahun juga.

Apa pun, memang sangat best marhaban ni, walaupun aku join cume sekerat hari. Jadilah, dari takde langsung kan.

One of the masterpiece

Comel si Aina ni

Aku pulak, tetap nak melompat. So melompat dulu ye. Hahahah

Foot note: Blog ini... gigih bercerita... Hati ini... gigih bercinta...

10 comments:

Hezesuze said...

wow baraan kekdahnye ek....pssstttt mmg encem ler mamat yg budak tu snapy2 bagai....ekekekek

hasnan ek namenye sib baik x hasan..kalo idak same nama ngan ayah akak...huahuahuahua

p/s polo the nasihat....hehe

E.d.Y said...

marhaban @ baraan mmg best...xpuas rasanya beraya kat johor

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

barulah ada semangat nak baca blog incik el...cantek2 gambarnya...amboi kemain plat number motor tuh...siap ada tag selamat hr ry bagai! hahaha.

shot aina cantek...

meriahnyer lebaran! huhuhuhu...jelez! =D

||| PöJìé PööH ||| said...

amboiii!!
beriya snappy pic mamat tuh..
cute gak!
tp btol ker anak buah kamu yg taste??
huhhuh..

farish H said...

baraa'aan brayaa ahhaha

El-Zaffril said...

Kak Heze: nak jadikan mangsa seterusnya kah??

El-Zaffril said...

Edy: kau gi marhaban tak?

El-Zaffril said...

Anuar: Semangat nak baca ke semangat nak tengok...

El-Zaffril said...

Pojie: Takdenye aku nak taste kat budak tu... hahaha... tak caya baca kat blog dia

El-Zaffril said...

Rizz: Pergi bara'an tak?