Wednesday, December 31, 2008

2008

Few thing I should remember on 2008

Jan - Aku rasa bulan ni paling bertuah bagi aku sebab aku dapat memiliki apa yang aku idamkan atas hasil usaha aku sendiri. Which is kereta aku la, My Bee.

Feb - Masa ni aku buat keputusan paling dahsyat la rasanya. Dengan membuat keputusan untuk sambung blaja. Weahoooo. Masa ni adik aku tunang. Terasa macam dah tua sangat dah aku ni kan. Hurm.

Mac - Tak hengat la

April - Yang paling aku ingat masa bulan April ni. Aku dapat offer keje. Pastu aku keje 4 hari je. Hahaha. Burn siol. Tensen keje kat situ tu. Bulan April gak, my best friend Adi Yuseri sah menjadi suami Amzatul Liyana.

May - Tak hengat gak

Jun - Bulan ni macam-macam berlaku. Aku putus cinta. aku temui cinta baru. (Selambe bangat, dalam masa dua minggu kalau tak silap). PD trip yang menyeronokkan oleh MMUians, pastu Aku accident.

July - My new life as a student. Masa ni baru register masuk. Masa ni jadi mat rempit semula. Hahaha. Nak buat camno. Kete dah takde. My birthday pun masa ni gak. Bulan yang paling best aku rasa.

Aug - Bulan ni plak my best friend Faizal Raup kawen. Hurm, masa ni terasa gak la. Dua2 kawan baik aku dah kawin. Aku je yang macam ni lagi. Pastu for the first time in my life aku cukur kepala aku botak. Hehehe

Sep - For the first time kat KL ni duduk sendiri. Berdikari. Susah gak ye. Dulu baju semua maid yang basuh. Sekarang all the thing kene buat sendiri.

Oct - Birthday my mum yang sangat meriah. I will remember sampai bile-bile. Somebody hurt me.

Nov - I got A in my exam. Yeah

Dec - Finally I start working on my research. Untill now. adeh. letih blaja dah. But this is the path that i choose.

Community: Team Rocket Registration 2

[STICKY MODE ENTRY: New entries below this posting]
[Sticky mode until 31st December 2008 @ 11.58AM]

Memandangkan seorang rakan blogger telah me'request' kat aku supaya registration untuk Team Rocket di tunda sikit. Sebab awal sangat tarikh tutup registration tu. Ye tak Mr. Fendi. Hehehe.

Saya telah merencanakan 2 aktiviti team rocket. Untuk tahun depan. So everybody "Prepare for trouble and make it double". Hua hua hua. Takut la tu. Pegi kembangkan sayap anda. Kemain kan.

Setakat ni saya telah mendapat registration ramai gak la. Hua hua hua. So the new due date untuk registration adalah 31st December 2008 @ 11.58AM. Sila daftarkan diri anda sebelum tarikh dan masa yang dinyatakan dengan hanya perlu menghantar comment di posting ini atau sebelum posting ini.

Sekian, Terima kasih.

Monday, December 29, 2008

Cerpen: Jangan Tinggal Solat

Rashid melipat sejadah. Dia baru saja menunaikan solat Asar berimamkan bapa mertuanya, Haji Sarip. Sudah tiga hari dia bercuti di kampung. Esok dia harus memulakan tugas seperti biasa. Setelah bersalaman dengan ibu dan bapa mertua. Rashid dan isterinya, Zakiah meminta diri untuk pulang.

Tidak lama kemudian, kereta Wira Aeroback yang dipandu meluncur di jalan raya. Perjalanan dijadualkan akan mengambil masa lebih 2 jam..Bersama dengan isteri yang dikahwininya dua tahun yang lalu. Mungkin belum rezeki, mereka belum dikurniakan cahaya mata.

Rashid tidak memikirkan sangat soal zuriat kerana perkahwinan mereka masih muda. Lagipun mereka berdua sama-sama bekerja. Cadangnya setelah ekonomi mereka kukuh sedikit, barulah merancang untuk menerima cahaya mata.

Hampir sejam berlau, Rashid membelok memasuki lebuhraya. Bahang matahari sudah mengendur. Keremangan petang membuatkan cuaca lebih nyaman. Ketika mengerling ke wajah isterinya, Rashid tersenyum. Zakiah sudah terlena. Rashid menghidupkan radio. Mendengar lagu untuk mengatasi perasaan mengantuk. Ketika jam menunjukkan pukul 7:30 malam, Zakiah membuka mata. Dilirik wajah suaminya sepintas lalu. Sudah masuk waktu Maghrib. Kalau tidak dingatkan, pasti suaminya tidak akan berhenti untuk menunaikan solat Maghrib.

"Dah Maghrib, bang. Berhenti sekejap." Wajah Rashid kelihatan keruh. Membayangkan perasaan kurang senang mendengar permintaan isterinya. Zakiah sedia maklum. Suaminya bukan sembahyang sepanjang waktu. Hanya di depan kedua orang tuanya. Malahan di depan orang tuanya sendiri, Rashid tidak pernah sembahyang. Zakiah kesal dengan sikap suaminya, sudah puas dia memberikan nasihat tetapi langsung tidak mempan.

Beberapa kilometer kemudian, Rashid membelok masuk ke tempat rehat. Zakiah kurang yakin suaminya akan turut sama menunaikan solat Mahgrib. Selalunya Rashid lebih rela menunggu di dalam kereta Atau membasahkan tekak di medan selera. Tempat rehat kelihatan sesak dengan kenderaan.

Rashid tidak menemui ruang untuk memarkir kereta. Dia Menghentikan kereta, meminta Zakiah turun.

"Abang tak turun sekali?" tanya Zakiah penuh harapan.
"Kiah pergilah... abang tunggu kat sini. Tak ada parking," jawab Rashid mudah.

Sepeninggalan Zakiah yang turun bersama beg berisi telekung, Rashid memejamkan mata. Tempat parking masih penuh. Dia terlelap seketika, terjaga semula sewaktu Zakiah membuka pintu kereta. Perjalanan diteruskan.

"Abang tidur?" tegur Zakiah.
"Ha... terlelap sekejap. Letih rasa badan ni."
"Kalau abang letih, biar Kiah bawak."
"Tak apa... kalau tak tahan sangat Kiah bawaklah nanti."

Zakiah tidak membantah. Lagipun dia sendiri terasa penat. Hujan mulai turun membasahi jalan. Rashid memperlahankan kereta. Memandu dalam keadaan jalan licin mengundang risiko. Namun malang tidak berbau. Rashid sudah berhati-hati tetapi ada pemandu lain yang kurang memikirkan keselamatan diri dan orang lain. Secara tiba-tiba Rashid merasakan sesuatu merempuh bahagian belakang keretanya. Dentuman yang amat kuat kedengaran. Serentak dengan itu kereta yang dipandunya melambung sebelum menghempas jalan dengan bahagian atas ke bawah.

Apabila sudah menyedari apa yang sebenarnya berlaku, Rashid berusaha keluar. Namun kakinya tersepit sedangkan Zakiah di sebelahnya tidak sedarkan diri.

"Ya Allah... selamatkan kami... " bisiknya perlahan.

Terasa mukanya basah, darah merah mengalir. Orang ramai datang membantu. Mengeluarkan Zakiah terlebih dulu. Kemudian giliran Rashid tetapi usaha mereka gagal kerana kaki Rashid tersepit.

"Tersepit... tak boleh tarik... Kena tunggu bantuan. Kita bawa dulu yang perempuan ke hospital."

Rashid berdoa dan berdoa tanya henti agar Allah S.W.T menyelamatkan Zakiah dan dirinya.

"Bertahan, encik. Kami sudah memanggil bomba!"

Anehnya Rashid tidak merasakan kesakitan yang sewajarnya. Boleh dikatakan kakinya tidak terasa dihimpit oleh sesuatu. Namun dia gagal untuk menggerakkannya.

"Tolong saya, encik... " pinta Rashid dengan nada sayu.
"Mengucap... cik... berdoa kepada Allah... cik akan selamat."
"Sabar encik... tak lama lagi pasukan penyelamat akan sampai." Kata-kata
memberi semangat silih berganti menusuk telinganya.

Dengan keremangan malam, Rashid melihat begitu ramai yang mahu membantu.Syukur. Pandangannya tertunpu pada seorang lelaki yang memakai jubah serba putih. Berserban dan berjanggut lebat. Kelihatan mulutnya terkumat-kamit sambil tangannya memegang tasbih.

"Ya Allah... selamatkanlah aku... "

Bunyi siren agak melegakan Rashid. Bantuan sudah tiba.Pasukan bomba dengan tangkas mengeluarkan alat kelengkapan untuk mebebaskan Rashid dari himpitan. Beberapa minit berlalu, kemudian suasana menjadi sunyi apabila salah seorang anggota bomba bersuara.

"Kakinya tak tersepit apa-apa. Pelik... kenapa tak boleh keluar?"

Usaha untuk mengeluarkan Rashid terhenti. Semua yang ada di situ kebingungan. Mereka tidak mampu menarik Rashid keluar, sedangkan tidak ada apa-apa yang menghimpitnya. Rashid sendiri kebingungan. Bencana apa yang sedang menimpanya.

"Ini bukan kerja manusia macam kita... kena panggil orang yang tahu... " terdengar sebuat pendapat.

Rashid semakin gementar. Doanya tidak putus-putus. Ketika mulutnya terkumat-kamit berdoa, tiba-tiba dia merasakan seseorang berjongkok di sebelahnya. Rashid berpaling, agak tersentak melihat lelaki berjubah tadi berada di sebelahnya.

"Tuan... tolong saya tuan... "
"Saya tak boleh menolong, Yang Berkuasa hanyalah Allah Taala... "
"Saya tak berhenti berdoa, tuan. Tolonglah saya, tuan... "
"Kamu berdoa kepada siapa?" Rashid terdiam.

Aneh bunyi pertanyaan lelaki itu. Dalam keadaan cemas begitu, Rashid merasakan bukan tempatnya untuk bergurau. Apatah lagi lelaki itu kelihatan seperti orang alim.

"Sudah tentulah pada Allah."
"Tetapi Allah bukanlah Tuhan kamu!"

Rashid tidak mampu hendak menggerakkan sebarang anggota. Kalau tidak, sudah pasti dia akan mengerjakan lelaki itu. Nampak saja alim, tetapi bercakap seperti orang yang tidak berilmu.

"Bukankah selama ini kamu tak pernah menyembah Allah. Kamu hanya mendirikan sembahyang di depan mentua kamu. Sedangkan di belakang mereka, kamu tidak pernah ingat pada Allah. Tidakkah kamu malu meminta pertolongan dari Allah. Kenapa kamu tidak meminta pertolongan dari mentua kamu!" Tenggorok Rashid terasa amat kering. Dia ingin bersuara, memohon ampun atas kesilapannya selama ini, tetapi tidak ada suara yang keluar.

Lelaki berjubah itu hanya tersenyum, kemudian bangun dan meninggalkan Rashid. Rashid berusaha untuk memanggil, ingin memaklumkan bahawa dia menyesal tetapi mulutnya tidak mampu lagi dibuka. Sedangkan kesakitan mula terasa.Sesuatu yang amat berat menghimpit sehingga dia tidak mampu bernafas. Rashid cuba meronta tetapi usahanya hanya sia-sia. Tidak lama kemudian dia tidak sedarkan diri.

"Abang... bang! Abang!!"

Perlahan Rashid membuka mata. Wajah isterinya memenuhi pandangan. Syukurlah isterinya selamat. Rashid memanjatkan kesyukuran di dalam hati. Akhirnya mereka mampu keluar dari bencana.

"Sedapnya tidur... naik serak suara Kiah mengejutkan abang... "

Tidur? Rashid terpinga-pinga. Segera dia memandang sekeliling. Ya Allah! Dia masih berada di tempat rehat.

"Kiah tunggu sekejap... abang nak solat Mahgrib!" kata Rashid sambil terkocoh-kocoh membuka pintu kereta. Zakiah tercengang, senyuman merekah di bibirnya.

Anas menceritakan beliau mendengar Rasulullah S.W.T bersabda :- "ALLAH S.W.T BERFIRMAN : AKU TANGGUHKAN MALAPETAKA YANG SEHARUSNYA DITIMPA KE ATAS SESUATU DAERAH APABILA AKU LIHAT DI SITU ADA ORANG YANG KERAP KE MASJID, KASIH ANTARA SATU SAMA LAIN DEMI KEPENTINGAN DAN BERSEDIA MEMOHON AMPUN PADA WAKTU TENGAH MALAM".

Lamunan Terhenti

Entah mengapakah hatiku bergetaran
Bila bertemu lagi oh! kekasih lama
Ku cuba selindungkan api keresahan
Namun perasaan ini berapi di dalam

Ku kira angkau sudah melupakan
Kerna itulah engkau nampak tenang
Lainlah aku walau ketika ini
Masih membara ingatanku terhadapmu

Ku singkap kenangan dulu
Sewaktu kasih berputik
Kugenggam erat tanganmu
Kau tunduk sembunyikan wajah
Namun dapat aku meneka hatimu
Sehati denganku

Lalu kau mendongak berbalas renungan
Dan dengan perlahan tangan kau lepaskan
Kau pun berlalu dalam kepekatan malam
Tinggal aku seorang

Terhenti lamunan bila ku dikejutkan
Engkau dipimpin pergi oleh seseorang
Dalam keterpaksaan kau melangkah kaki (pergi)
Namun sempat jua kau menoleh ku disini

Sunday, December 28, 2008

Community: Team Rocket Registration

[STICKY MODE ENTRY: New entries below this posting]
[Sticky mode until 28th December 2008 @ 11.58AM]

Memandangkan feedback yang bagus mengenai cadangan aku sebelum ni. Aku nak announce kat sini yang community blogger yang baru akan dilancarkan. Dengan initial name Pokemon Team Rocket. Ok kah nama itu? Nanti akan diusulkan dalam mesyuarat semula.

Ni pun setelah mendapat persetujuan. Hari ni aku nak buka la registration community bloggers aku. So sape-sape yang nak register boleh anta comment kat entry ni. Dan surprise, comment korang tak akan di approve sehingga Launching date iaitu pada 1 Januari 2009 jam 12.01 Pagi.

Kenapa aku tak approve ye. Sebab aku nak buat surprise di kalangan ahli2. Masa entry tu jugak aku akan annouce aktiviti yang aku rasa paling gempak la kan. Hehehe, kaedahnya la. Hehehe

Sebelum terlupa. Tarikh tutup permohonan menjadi ahli adalah pada 28 December 2008sebelum 11.58pagi. Selepas tarikh itu, permohonan akan di tolak bulat-bulat. So sila buka community lain la ye. Sekian.

Nota kaki: Dengan posting ini, secara rasminya aku jadi ahli k. Bukan presiden ok. Presiden akan di lantik pada mesyuarat agong yang akan datang. Apa-apa aktiviti MOJ. Bergantung pada approval Mr. President la kan

Friday, December 26, 2008

Nampak Mantap

Takde bende nak cite sebenarnye. Tapi aku godek-godek la pc lama aku lagi. Saja letak pic aku yang ni. Aku rasa gambar ni nampak lain la. Tengok la badan aku. Nampak berisi, peha besar, tangan berurat. Muka aku pun nampak lain bangat time ni (Budget macho habes la tu) Hahahaha

Tapi aku memang suka pun gambar ni. Hahaha, nampak lain bangat. Masa ni berat aku bape. Cecah 75 kg. Huwa huwa huwa. Memang mantap woo. Tapi sangat berat badan aku time tu. Ape tak nya. Makan banyak. Ngeh ngeh ngeh


Malam tadi sebelum balik ke KL. Aku singgah ke rumah Pak Long aku sekejap. Pastu jumpa la ade penimbang berat badan. Aku ape lagi. Panjat la. Then, aku sungguh la suprprise. Berat aku dah tinggal 60kg. Weahooo. Diet aku berjaya. Come on. Lagi 5kg aku nak turunkan. Sikit je lagi.

Nota kaki: So far ade la beberapa orang register nak jadi ahli team rocket. Pendaftaran tinggal lagi 2 hari. Neway, have a great weekend.

Thursday, December 25, 2008

Tips Penjagaan Rambut

Hari tu aku ade satu posting aku janji nak share dnegan korang pasal penjagaan rambut kan. Hurm, ni aku bagi satu tips penjagaan rambut guna Minyak Kelapa Dara. Banyak la product dia. Nak tau lebih lanjut klik [sini]. Kalau nak daftar jadi ahli klik [sini]. Tak kene bayar jadi ahli. tapi beli ade diskaun. So tak kisah la korang nak lebatkan rambut ke nak maintainkan rambut ke. Yang penting korang baca la info dia k.

Minyak kelapa dara


Tonik Rambut

Tips/cadangan penjagaan rambut.

1. Semasa mandi petang, syampu rambut secara rata dari permukaan rambut sehingga ke kulit kepala. Kemudian, urut permukaan rambut sehingga ke kulit kepala secara perlahan-lahan dengan menggunakan sikat rambut (sikat bergigi bulat @tumpul, beruskan dengan lembut). Gosokan dengan menggunakan jari secara kasar akan menyebabkan rambut gugur dan rosak. Cuci rambut dan bilas sehingga bersih dengan memastikan tiada buih-buih syampu yang tertinggal pada kulit kepala

2. Kemudian lap rambut yang basah dengan menggunakan tuala bersih secara lembut (jangan beri tekanan atau gosokan yang kuat kepada rambut dan kulit kepala untuk mengelakkan rambut tercabut @ gugur). Selepas lap, biarkan rambut kering dengan sendirinya.

3. Setelah rambut kering, sapukan Minyak Kelapa Dara (Asli) Bio-Asli di kulit kepala secara rata (sebaiknya jam 9.00 malam). Kemudian, biarkan MKD meresap ke dalam kulit kepala dalam jangka masa 2 jam. Proses resapan boleh menyebabkan kegatalan pada kulit kepala. Jika berasa gatal, jangan garu kulit kepala dengan jari, sebaik-baiknya gunakan sikat yang matanya lembut (bersifat berus yang lembut) untuk mengurut kulit kepala dan mengelakkan rambut dari gugur

4. Semasa mandi pagi, rambut boleh dibasahkan dan dicuci tetapi jangan gunakan syampu rambut atau sebarang bahan pencuci yang boleh menyebabkan kekeringan pada kulit kepala (pilih syampu yang sesuai). Selepas mandi, lap rambut yang basah menggunakan tuala bersih dengan lembut. Biasanya, permukaan kulit kepala akan berasa gatal selepas mandi. Bagi mengatasinya, urut kulit kepala menggunakan sikat yang telah dicadangkan secara perlahan-lahan. Biasanya, rasa gatal pada kulit kepala akan hilang dalam masa 1 hari.

5. Gunakan Tonik Rambut Bio-Asli. Sapukan tonik secara rata sehingga ke kulit kepala bagi memastikan kulit kepala dan rambut sentiasa lembap dan subur, seterusnya dapat melindungi permukaan rambut dari sinaran ultra-ungu (UV).

6. Ulangi langkah 1-6 sehingga masalah kelemumur, rambut rosak dan rambut gugur dapat diatasi. Sebaik-baiknya, ulangi langkah di atas sehingga 2-3 minggu.

Cadangan :Teruskan penggunaan Tonik Rambut Bio-Asli sebagai amalan pemakaian harian bagi memastikan rambut sentiasa sihat dan subur.

Wednesday, December 24, 2008

Jerawat di Muka

Masa mula-mula sambung blaja kat sini (tempat aku buat master ni la). Jerawat aku ni menimbun. Siap ade orang tegur lagi, macam kene chicken pox. Memang teruk. Sampai aku naik risau la weh. Jerawat tu. Bukan yang sikit-sikit. Banyak tu. Puncanya adalah sebab pencuci muka.

Set yang aku beli tu la

Aku discover kulit aku ni tak sesuai guna pencuci muka yang ada micro scrub. Tapi aku ni duk menggatal guna la Garnier Pure (Yang warna biru tu). Beli satu set ok. Pencuci muka, toner dengan moisterizer sekali la. Hengat aku tatau ke cara menggunakannya?

Pastu start guna, aku rasa kulit aku makin menipis plak. Mungkin sebab microscrub tu la yang membuatkan kulit aku makin menipis. Hurm, dah menipis tu. Naik la jerawat banyak gile. Tau je la kan. Kat KL ni udara kotor bangatnya. Cepat la je naik jerawat. So aku ambil la conclusion yang aku kene bertukar pencuci muka.

Last-last sekarang aku dah bertukar secara drastik. Dengan menggunakan sabun Dettol. Ala, sabun mandi dettol tu la. Kan anti kuman kan. So sangat la bersih. Walaupun orang cakap tak elok. Tapi aku main bantai guna je la. Sebab jerawat pun dah tak ada. Kulit aku pun semakin bersih. Jerawat dah tak ada. Tinggal parut je. Hehehe

Dulu masa blaja time undergrad dulu pun, aku guna sabun dettol gak. Ade junior aku nama Nizam tanya "Macam mana abg Zafril jaga kulit muka ye?" So aku tak jawab, aku tanye dia balik. "Bersih sangat ke kulit saya?" Then our conversation end there. Yet jawapan dia adalah sabun dettol. Sekarang aku beralih semula ke sabun dettol.

Teringin sangat nak guna Olay total effect sebenarnye bila tengok kulit Murni yang gebu tu. Sebab aku nak kawen dah kan. So kena la kulit tu cantik. Plus kene makan herba banyak. Jamu pun banyak. Bagi cantik luar dan dalam. Yer tak. Keh keh keh.

Ada sorang member blogger, merangkap kawan baik, merangkap kenalan blaja undergrad buat rawatan muka. Pergh, gile metro member aku tu. Kalah aku, tapi ape pun. "Kecantikan adalah hak milik setiap insan". So he deserve to look handsome as well la kan.

Nota kaki: Hari tu borak-borak, tiba-tiba kantoi kawan aku ni pakai sensaoil. Aku cuma senyap je. Dalam hati tak hengat. Tak cukup power ke? Atau ayat lebih direct, tak cukup besar, keras dan panjang ke?

Tuesday, December 23, 2008

Gambar Muda-Muda: Episod Convo 2006

Memandangkan ade beberapa readers aku yang suke tengok gambar. Posting ni aku nak letak gambar. Tanak la tulis panjang-panjang. Sekadar melunaskan janji tahun lepas. Yang aku nak letak picture convo kat dalam blog aku ni. Itu je. So enjoy...

Masa dalam hall tu bosan bangat. So amek la gambar.
Dari kiri: Iwe, Kupang, Rafiq, Ashraff, Aku

Ni mamat2 macho ni. Maped, Hazman and Aku le

Yang ni plak, aku, Johan dengan Mije

Bosan bangat dengan ceremony tu, pose la kat toilet

Jumpa la Shrek aka Shahrin Omrin

Ni plak Wan Kaktus

Ex-housemate, Bario yang Gagah

Aku cuma tau orang panggil dia Boss

Lepas salam dengan Tun Siti, Inilah yang aku dapat

Finally abes pun, So gambar la dengan Mak and Abah

This is my Bamin.

Yes, dah abes. Gambar dengan Mida

Dengan Linda plak (Mana kamu sekarang erk)

Abbas yang gile peramah

Ayda, keje dia rahsia. Hehe Single dengarnya

Amir (Engineer Proton yang Success)

Norahana (Bisnes minded women)

Dengan Joe (Ni pun tatau mana skrg)

Taha, dah kawen pun dia ni

Erna, single and so available kot

Mai yang so single and available gile-gile

Emy. Ni pun single and available gak

Yang ni dah tak single dah, Neng

Ni dengan mamat stylo Bug and My mum

My bestfriend aka laki orang. Wakaka Faizal (Left) and Adi

Anas yang hensem bangat

Hafiz, Ain and Mida. Junior comel-comel

Hazman and Kak Hanim

Zack ketot. Hehehe (Gelak jahat)

Ni Gerald Lian. Chinese friend yang still
keep in touch dengan aku la


Sarah, dengan muka tak laratnye.
Comel je dia ni

Miss Julie. Hehehe Dia ni baik gak dengan aku

Dengan Zai. Peramah

Ala, minah ni aku lupa nama dia la

Abg Pejal. Dia kat Canada sekarang

Miss S

Campus kebanggaanku

To MMU: Bye Bye Bye


Community: Team Rocket


[STICKY MODE ENTRY: New entries below this posting]

[Sticky mood until 23rd December 2008 @ 11.58AM]


Aku bercadang untuk membuat community bloggers. Ok tak korang rasa. Sebab aku rasa bloggers pun perlu ada community sendiri. Friendster dengan Myspace pun ade community and gathering diorang. So aku bercadang nak buat Community blogger la.

So bagi pendapat korang dulu la. Sama ada ok atau tidak. Kalau tidak, aku tak jadi la buka community dan tak akan membuka community blogger. Yang dah ade community pun boleh je nak join community ni.

Nama: Team Rocket
Motto: Prepare for trouble and make it double.
Logo: Takde lagi
Official site: Takde sape nak wat maintenance
Office: Kalau dah ramai sangat baru buat opis la
Aktiviti: Cadangan pembukaan secara rasmi community ini secara rasmi dan juga gathering cuti 2 hari 1 malam. Setakat ni itu sahaja la

Kenapa team rocket. Inspirasi dari team nakal dalam cite pokemon. Kenapa motto begitu, sebab team rocket dalam pokemon pun gune motto yang sama. Kira community ni untuk community komplen la. Sapa-sapa nak beri pendapat dialu-alukan.

So beri pendapat anda. Sekiranya perlu diteruskan, saya akan teruskan. Sekiranya tidak perlu. Saya tak kisah.

Monday, December 22, 2008

Gambar Ukuran Passport - Chapter 1


Dah puas godek pc lama, jumpa gambar ukuran passport yang lama plak. So aku compare la dengan gambar yang baru tu dengan yang lama. Nampak tak perbezaan dia dengan persamaan dia? Hahaha. Rambut dah makin botak sebab rambut dah mula gugur. Kulit pun dah menggerutu macam orang tua. Dah mula berkedut sana-sini la kan.

Aku perasan muka aku semakin panjang? Ye ke? Suntik ke muka aku tu. Yang jadi macam panjang semacam tu? Haish, tak main la suntik-suntik. Aku makan jamu la nak bagi muka macam tu. Yer ker makan jamu? Hahaha. Jamu apa? Biarlah rahsia

Janggut tu memang tema aku. Tak bleh lepas dari janggut. Hahaha, sebab nampak la jantan sikit. Takde la nampak jambu semacam. Hehehe. Misai aku kureng sikit da. Tak ape la. Tak ada pun tak ape. Its ok. Aku suka dua2 gambar tu. Hehe

Mata sebelah kiri tu sebenarnya perlu buat pembedahan. Sebab apa? Tak perlu la tahu ye. Sejak lepas SPM mata aku begitu. Dulu tak macam tu. Tapi kalau sepet macam tu korang rasa punca dia apa. Jeng jeng jeng. Fikir-fikirkan ye. Ok la.

Nota kaki: Gambar sebelah kiri tu masa tahun 2006. Kalau tak silap February 2006. Gambar yang sebelah kanan tu December 2008. So hampir 3 tahun punye beza. Nampak lain kan. Hehehe

Promosi Jualan Murah Hujung Tahun

Propa lagi. Aku ni tak sesudah propa. Yer ke propaganda aku lagi. Idak le. Ni nak promote barang sikit. Bukan aku punye barang la. Member rapat di Library MMU dulu (member study final exam la senang cite). Dia sekarang buka online bisnes. So dia suh la aku promotekan barang-barang yang dijual iteww (macam rizz punye stail tulis sikit).

So ape yang di jual, korang boleh cek and kat sini. Antara barang yang dijual adalah handbag dan wallet. Dari kalangan LV (Lois ape ntah), Chanel (lebih kurang channel astro tu la), Coach (bus express), DKNY (Donna ape ntah yang aku tau ending dia New York), Anya Hinchmarch (ni brand Japan ke Iza) DLL (maksudnye dan lain-lain lagi kalau sape tak gheti). Anyway Kalau berminat boleh la contact Ms. Iza di 012-3911759 atau email di qiqinz@yahoo.com.

Sebelum terlupa, gred barang-barang ni dari A hingga ke AAA. bab gred-gred ni aku tatau. Nak bagi markah student aku tau ler. So with that aku letak la few picture ok. Enjoy your window shopping.

LV handbag, aku suka yang ni. Sesuai untuk mak aku la

Wish that I can give this Chanel to my sayang as the birthday present (kalau mampu la)

Coach yang ni menarik gak

This Anya Hindmarch macam best je

DKNY ni ade dua. Nak buat isi ape ye. Tengah fikir 7 saat ni.

Nota kaki: Berangan je nak semua. Gaji sebulan nanti belum mampu pun nak beli 1. Hehehe

Sunday, December 21, 2008

Red Carpet MMU Convo

Tiba-tiba pc lama aku tu terboleh la plak on. Aku pun pelik. Hari tu korupted katanya. Tibe-tibe terbolh la kan. Tak kisah la beb. Pastu godek punye godek... godek lagi... punye godek... dan godek... berapa banyak godek da... mesti nuar dengan jim pening aku asyik tergodek-godek je. Hahaha, godek tak ape. Jangan gedik sudah. Tak sesuai mat rempit menggedik kan.

So sambung godek. Bila aku dah godek, terjumpa la video red carpet aku convo tahun 2006 dulu. Pergh, tak sangka tu. Ade lagi video tuh. Touching la weh. Dah la takde copy. Aku tak puas2 tengok hari ni. Berapa kali aku ulang tengok. Seronok betul duk tengok aku berjalan tu. Besh besh besh. Pastu salam dengan Tun Siti (Nuar ada tok siti, aku ade Tun Siti. Lagi power). Hehehe

So untuk sesiapa yang nak tau my real fullname. Boleh la play the youtube video tu. Hahaha, kemain nama El-Zaffril kan. Banyak lagi benda aku nak share dengan korang. Yer la, banyak khazanah alam kat situ. Mana la aku tak excited.



Pernah tak korang dengar official song of MMU. Memang best wo. Aku suka lagu dia. R&B. Tak tahu la kalau Zaharin nak tuka dengan lagu lain kan. Hurm, tapi memang best bangat lagu tu. Kalau tak caya. Watch the clip video below. Memang lain dari yang lain. Actually there's a lot of version. Tapi this one is the official version. Lagu ni memang semua student MMU hafal. Lagu universiti aku sekarang ni. Tak hafal pun. Hahaha. Tau dengar je. Aku baru dengar sekali. Next aku nak dengar Time aku convo je. Mau pecah gegendang telinga kalau dengar hari-hari. Hahahaha



Aku takleh mention nama universiti atas dasar ape ntah. Aku pun pelik. Siap letak poster kat merata tempat. Takut jatuh reputasi la kot. Cite baik-baik pun tak boleh. Lantak la. Aku tak kisah pun. Sebab tu la aku takdenye nak tulis nama Uni kat blog aku. Tak pepasal aku kene saman. Silap-silap masuk ISA.

Nota kaki: Aku tengah dok godek lagi aku punye pc ni. Nanti aku letak lagi more picture ok. Banyak nak letak ni. Hahaha

Saturday, December 20, 2008

Gambar ukuran passport

Hari ni aku mengambil kesempatan untuk mengambil gambar ukuran passport. Memandangkan gambar passport dalam bentuk digital semua berada dalam komputer lama dan komputer tu dah pun corrupted (belum berkesempatan nak betulkan). Jadi aku mengambil keputusan untuk mengambil gambar yang baru.

Sebenarnye aku ambil gambar ni sebab nak kene isi application form untuk menjadi pembantu penyelidik kat sini ni la kan. Yerlah. Nak independent. Dah besar takkan nak minta mak ayah lagi. Aiyak, tak sesuai. Maintenance aku ni agak tinggi la every month. So nak tanak, kene la keje. Tapi related dengan ape yang aku buat la sekarang ni.

Inilah gambar yang aku ambil tadi

Ni la gambar yang boleh dikatakan terbaru. Dengan rambut yang semakin sikit. Haha, hari tu Nuar ade tanye "El memang takde rambut ye?". So dengan bangganya aku menjawab, "ada je rambut, tapi selalu je cukur". Hahah mungkin sebab setiap kali gathering sayapian, kepala aku ni tak pernah berambut. Ni pun bakal mencukur lagi. Maybe 2@3 hari lagi la kot mencukurnya.

Pojie mesti cakap "Amboi, sakan bergambar dengan uniform kotak-kotak". Hahaha Pojie, tak mampu nak beli baju lain. Setakat ni pakai ape yang ada je. Keh keh keh. Boleh macam tu. Mat rempit katanya kan.

So ape nak komen kat gambar aku tu. Muka flawless kan. Keh keh keh, edit tu. Padahal muka aku banyak je jerawat. Ni pun baru nak ok sikit dari jerawat. Nanti ada masa free aku cite la pasal jerawat aku plak. Hahaha

Rambut tu memang dah makin sikit. Takyah la nak tegur. Aku terima je seadanya. Dah ada orang sayang kan. Tak kisah la cacat sikit. Tapi tetap sempurna di mata dia. Hehehe. Anyway tengah gigih gak melebatkan rambut. Yang tu pun teringin nak share dengan readers.

Ok, aku cau dulu. Nak merempit. Tapi jangan sampai tersepit. Tak pun jangan sampai kene kepit. Nyesal nanti. Hahaha