Sunday, August 31, 2008

Woi Budak Gemuk

Tadi borak dengan member lama. A long lost friend. Nama dia takyah la aku cakap la. Biarlah rahsia. Semua ni untuk menjaga hati semua pihak la kan. Dalam berborak tu, dia cakap

"Kau dah nampak berisi"

Memang berat aku naik mendadak. Dulu kurus orang komplen. Ni berisi sikit orang komplen gak. Kalau nak tau berat aku mencecah 70kg tahun lepas. Wow, sangat memeranjatkan kan. Sekarang dah susut sikit. Tak tahu la susut berapa banyak. Tapi semakin hari semakin susut.

Dulu masa blaja kat MMU berat aku about 57kg je. Selalu Adi dengan Faizal cakap aku kurus kering. Hazimin pun cakap bende yang sama. Mentang-mentang la semua orang kat dalam rumah ada 'aset', and aku je takde aset tu. Selambe kodok je diorang kutuk aku.

So aku decide yang aku nak gemuk and berisi. So nak tau camne? Hari-hari aku minum susu, 2 kali sehari. Tak semua susu sesuai dengan diri korang. Macam aku. Aku memula tibai susu fernleaf. Takleh tahan dowh. Sakit perut jer. Setiap dua jam mesti flush kat toilet.

So aku decide minum susu dutch lady. Lepas 1 bulan minum berat aku naik 3 kilo. Then aku continue la kan. Nak gemuk punya pasal. Tak larat kene kutuk sebab kurus kering. So aku teruskan minum susu ducth lady. Satu hari tu aku pegi Giant Taman Permata. Nampak la penimbang. Apelaga, seluk poket amek 20Sen. Masukkan dan timbang la berat aku. Mak oi, 70kg. Memang success susu ni sebenarnye.

Tapi aku decide untuk mengurangkan berat badan sedikit. Atas alasan aku semakin tidak berapa kuat untuk membawa badan. Aku semakin gemuk. Tapi ok la. At least takde la nampak kurus kering sangat.

So now aku dah lama tak timbang. Maybe dah susut sikit. Memandangkan hidup agak bercelaru lately. Anyway, seronok gak main naik turun berat ni. Rasa puas and enjoy. Sekurang-kurangnye merasa kurus and berat naik sume la kan. Heheh

So korang tanak try ke naikkan berat badan ni. Hehe, untuk yang dah kawe. Rajin-rajinlah minum susu ye. Supaya ada aset banyak sikit. Muahahah. Esok ade sesuatu yang mengejutkan di blog. Tunggu...

Saturday, August 30, 2008

Kasih Tercipta

Hari ni takde buat ape pun. Selain pergi kerja. Duduk rumah berehat dan melayan sms, ym dan sekadar melihat-lihat blog. Merencanakan sesuatu. Kemungkinan akan membuka sebuah blog lagi. Kemungkinan sahaja.

Novel in progress. Pasti menarik, setakat ni 6 watak dicipta, Syahril, Edi, Muhaimin, Kamaruddin, Haikal dan juga Ezam. Wah, sesuatu sangat kan. Sedang menyiapkan Chapter 1. Harap orang suka la. Tapi tak akan di reveal ape addressnye. Hehe

Hari ni buat spek baru. Cheh, itu pun nak cakap ke. Tapi tak siap lagi la. Esok baru pegi amek. Aku sangat memerlukan spec tu. Bukan sebab nak bergaya. Tapi power mata aku sudah meningkat. Mata semakin letih. Later I show you.

Malam ni nak tido awal. Penat, tapi tak tahu la ape yang aku penatkan. Hehehe. So see you later. Hari ni nak layan Faizal Tahir lagi. Best best best. Jom ar karaoke. Aku nak gi Alamanda la Karaoke. Sape nak ikut? So kite boleh plan well...



Nota lantai: Tak sabar nak tunggu puasa ni...

Friday, August 29, 2008

With an apology, she’s pregnant and I’m the father

What the hell is happening? What have I done? I haven’t married. Am I making love with the girl? No la. So what is actually going on? Readers, please. Don’t you put the blame on me. I’m innocent.

Actually I’ve done nothing. Just a bit boring so start of with this kind of posting title. So saja mensensasikan cerita la. Hendak di kata begitu la mudahnya. Saya bersyukur dengan ape yang ada. Mengandungkan anak orang biarlah selepas akad. Ye tak.

Hari ni busy sungguh. Hendak menghantar 2 assignment. (Tengok, aku busy memanjang. Mana sempat ‘tut’). Makan pun kelam kabut. Lately KL asyik hujan je. Letih la sangat, terpaksa meredah jam. Takleh nak speeding. Sebab aku selalu ada di kampus time office hour.

Hari ni letih bangat. Bape kali terlelap sewaktu khutbah jumaat. (Macam mana la nak berkat, pergi solat jumaat pun takleh nak concentrate). Lepas solat jumaat terus ke office jabatan. Memulangkan thesis dan juga mensahihkan berkenaan tugas aku sebagai part time demo (lebih kurang macam tutor la kejenye). Alhamdulillah, hidup semakin dipermudahkan. Amin

Lepas tu terus direct pergi kelas, tapi kelas cancel sebab kami diarahkan untuk pergi dengar talk tentang ethical code of engineer. Tapi bukan sepatutnya aku yang dengar. Budak final year yang dengar. Tapi aku datang juga sebab nak penuhkan hall. Tak ape la kan. Dengar sesuatu sekurang-kurangnye.

Semalam dengar talk tentang Smart Tunnel (One of Ten greatest engineering achievement in the world). Bangga gak. Tapi takde la bangga sangat. Smart tunnel takde yang interesting sebenarnye. Tapi technology yang digunakan adalah yang terhebat. Ok, siapa-siapa yang nak keje, diorang ade post system engineer. Nak keje partime pun boleh. So korang boleh dapatkan email dari aku k

Lepas dengar talk, Hazimin nak datang melawat ke UPM. Haha, rajin benar la dia ni melawat kawan-kawannye. Bukan ape, kami kan kawan baik. Merangkap exhousemate, excoursemate and client insurans aku sekali la senang cite.

Then amek member aku Heikal kat hentian putra. Dia tengah cari keje. Tapi bahagian engineering la. Chemical engineering. Dia baru graduate. Tengah cari-cari keje la ni. Sape-sape ade keje kosong bagitau aku. Nanti aku info kat dia.

Lepas anta Heikal, aku balik la rumah. Dah pukul sebelas. Penat siol. Letih. Tido je la terus. Mengantuk pun ade. Hehehe sebelum tido aku dapat SMS

“Awak best, macam dulu-dulu”

Haha, sememangnye aku tak berubah sedikit pun. Selain dari rambut yang semakin sikit, badan yang semakin berisi, hidup yang semakin sibuk, itu sahaja yang berubah. Saya masih sama seperti dulu. Seorang yang suka senyum. Seorang yang suka ketawa dan juga seorang yang sangat happy go lucky. Pernah ada orang cakap yang aku ni sentiasa happy, macam tak pernah ada masalah. Haha, yer la. Takkan menangis pun nak tunjuk depan depa kan. Muka tensen pun setakat tunjuk kat Adi jerk. Tettttttt

Sejak akhir-akhir ni minat plak minat lagu Faizal Tahir. Tajuk dia Cuba. Hurm, kalau tak silap dari album aku.muzik.kamu. Sape-sape nak belanje aku CD tu. Huhu, selambe minta pada readers. So layan je la ape yang ada. Zazzzzz



Nota lantai: Sedang mereka watak novel “Rempiting”, kalau tersama minta maaf la ya. Insyaallah hujung minggu ni akan keluar prolognye. So korang layankan je la. Kisah dia biarlah rahsia.

Petua-Petua Kampung

  1. Petua Cepat DiPinang - Banyakkan Meminum Air Pinang
  2. Menegangkan Kulit Muka - Stapler Tempat? Yg Kendur Tu
  3. Menghilangkan Bau Badan - Berendam Dalam Minyak Wangi
  4. Melembutkan Rambut - Rendam Kepala Dalam Air Menggelegak
  5. Melebatkan Rambut - Cari Baja Rambut
  6. Menghilangkan Ketuat - Potong Dgn Pisau Cukur Cap Buaya
  7. Mengempiskan Perut - Jgn Makan & Jgn Minum
  8. Mengekalkan Kecantikan - Kekalkan Mekap, Jgn Basuh2
  9. Menyegarkan Mata - Tuang Eye Mo
  10. Mengelak Rambut Gugur - Lumur Dengan Gam gajah
  11. Mengatasi Tumit Pecah - Jalan Berjengket-Jengket
  12. Menghaluskan Kulit Muka - Gosok Dgn Kertas Pasir
  13. Menaikkan Seri Muka - Makan Kuih Seri Muka Sambil Naik Tangga
  14. Menghilangkan Bau Mulut - Minum Minyak Wangi
  15. Menghilangkan Lebam Di Mata - Elakkan Dari Kena Penumbok

Bila Paderi Terpaksa Buka Rahsia

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, 'Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.' Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, 'Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya..' Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, 'Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?'Paderi itu menjawab, 'Dari tanda yang terdapat di wajahmu.'

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, 'Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. ' Si pemuda tersenyum dan berkata, 'Silakan!'

Sang paderi pun mulai bertanya, 'Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.'

'Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!'

'Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?'

'Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?'

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.

Setelah membaca 'Bismillah...' dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).'
(Al-Isra': 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

-Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, 'Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.' (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.' (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, 'Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.' (Al-An'am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf ..

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, 'Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.' (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing.' (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, 'Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.' Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, 'Tak ada cercaan terhadap kamu semua.' Dan ayah mereka Ya'qub berkata, 'Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.' (Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, 'Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai.' (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim.. Allah s.w.t. berfirman, 'Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim..' (Al-Anbiya':69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. 'Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.' (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, 'Apakah kunci surga itu?'

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, 'Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!'

Paderi tersebut berkata, 'Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.'

Mereka menjawab, 'Kami akan jamin keselamatan anda. '

Paderi pun berkata, 'Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah, Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. '

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa .**

NOTA:

Ini adalah artikel sulung dari qasha dan merupakan sebuah artikel yang cukup bagus. Ia dapat menyedarkan kita agar membaca dan memahami isi kandungan Al-Qur'an bagi membolehkan kita menangkis tohmahan dan menjawab pertanyaan orang-orang kafir.

Saya pernah membaca dari satu buku bahawa sebenarnya paderi Kristian tahu bahawa Kunci Syurga itu adalah Dua Kalimah Syahadah. Kerana itu (kononnya) apabila nazak seorang Kristian, maka paderi akan datang membisikkan kalimah itu ke telinganya dengan harapan dia akan mati dalam Islam. Saya tidak pasti sama ada dakwaan ini (membisikkan ke telinga orang nazak) benar atau tidak. Namun saya pasti ahli kitab Kristian tahu bahawa Kunci Syurga adalah Dua Kalimah Syahadah. Cuma, mereka tidak mahu mengaku (kebenaran Islam) kerana bimbang akan kehilangan pangkat dan kedudukan duniawi.

Wallahua'lam

semana kaya atau besar...tetap Allahuakbar!!!! ittaqullah!!!!!

Thursday, August 28, 2008

Seperti Bintang Yang Setia Padaku

Hidup ni tak sah kalau tak gembira. Tidak sah kalau tidak menangis. Tidak sah kalau tak diam. Tidak sah kalau tak senyum. Tidak sah kalau tidak ketawa. Tidak sah kalau tak moody. Tapi aku nampak sentiasa happy. Happy go lucky. Siap ade yang cakap.

Interviewer: "You look so cheerful"
Me: "Do I?"

Tu semua masa menghadiri sebuah interview keje di Bukit Bintang. I made it actually. Maybe because of my self character. Tapi saya dengan baiknye menolak tawaran kerja itu. Saya rasa tak serasi dengan kerja itu.

Tapi bukan semua senang dengan character saya ini. Saya pernah dihambur dalam sms. Pernah juga dimaki depan-depan. Mungkin atas sikap saya.

"Dia jauh lebih mulia dari kau" (petikan sms yang saya terima)

Argh, saya tidak pernah ambil pusing dengan sms sedemikian. Itu sekadar mengambil satu petikan sms. Saya tak pernah marah. Sekelumit dendam pun tak pernah bersarang dalam hati saya.

Tidak berkudis sedikit pun. Sebab saya sedar kedudukan saya yang langsung tidak mulia ni. Saya bukan anak raja. Saya datang dari golongan urban kebanyakan. Berusaha atas tulang 4 kerat ini untuk makan, meneruskan kehidupan.

Terima kasih kerana semua itu membuatkan saya sungguh kuat untuk terus berdiri. Biarlah saya tak kaya. Saya pun tak minta dimuliakan. Cukup la ape yang saya ada. Saya tidak pernah mengeluh. Tidak pernah juga berasa rendah diri. Malah bersyukur dengan apa yang saya ada.

Saya masih juga dengan sikap saya. Berusaha untuk sentiasa senyum sebagai bekalan saya. Sentiasa gembira untuk menggembirakan semua orang. Satu perkara yang saya tidak akan buat adalah menunjukkan perasaan dalaman saya ketika saya sedih. Tapi the eyes can tell la kan. Even my blog pun kadang-kadang ikut mood. Hehe

Bukan senang nak menyenangkan semua orang. Bukan senang nak memenuhi kehendak semua orang. Kalau ade yang membaca komen Anas, saya mungkin seperti ape yang digambarkan. Tapi saya cuma mampu berusaha. Saya senang dengan segala yang biasa, tidak mulia. Tapi saya gembira dengan semua cabaran hidup saya.

26 tahun ni sungguh menggembirakan saya, saya syukur dengan ape yang saya ada tapi sentiasa cube memperbaiki diri. Memang saya tidak boleh menyamai orang lain. Tapi saya masih boleh berusaha untuk mendapatkan ape yang saya mampu capai dengan kemampuan yang saya ada.

Kadang-kadang tengok video sebegini sungguh menginsafkan. Diberi peluang mati tapi hidup semula adalah sangat baik kerana kita akan menggunakan segenap ruang dan peluang yang ada dengan sebaik mungkin. Itu adalah lebih baik dari terus hidup tapi sebenarnya mati.


Andai Aku Bisa Terbang

Bukan mudah meneruskan cabaran hidup. Adeh, dugaan memang berat. Harap aku sentiasa bersabar dan diberikan kekuatan. Terima kasih kepada Anas, Salmi, Fendi, Hazimin, Faizal sebab sudi menjengah, membaca blog dan memberi komen. Ini serba sedikit ulasan untuk setiap komen anda.

To Anas: Memang saja menulis sedikit tentang Anas bersempena dengan ulangtahun kelahiran yang ke-26. Tapi tak sampai ke Keramat pula blueberry cakenye. Haha, gurau sahaja tu. Bukan serius sangat.

To Salmi: Kadang-kadang galeri yang pakcik ade tak cukup nak memberi sumber inspirasi untuk menulis. Tu yang kene cilok dari Salmi, jangan marah na. Nanti tak comel lagi dah.

To Fendi: Akhirnya saya reveal juga kan ke mana sokongan politik saya. Saya seorang rebellion. Mungkin pendapat kite ada yang sama. Mungkin ada yang berbeza. Tapi yang penting, semangat melayu saya tak pernah luntur.

To Hazimin: Mana ade popular. Setakat berapa je my visitors. Most of them are my friends yang nak update about me kan. Tapi kadang-kadang gune refreshing method. Faham tak. And satu lagi. Bukan nak mengutuk kau. Tapi tu la realitinya kau kan. OTW yang sememangnye OTW. Bukan cakap OTW tapi masih lagi terbaring di atas katil. Macam mana tu.

To Faizal: Biasa la, pengapit memang sentiasa over. Jadi tetamu pun dah over lagi la jadi pengapit kan. Tak ape la. Bukan over reacted. Bukan overprotected. Tapi overdressed saja.

To Izaida: Kamu keje KWSP ke? Kenapa tak pernah tau. Owh ya, lupa Zaffril tak pernah nak bertanya kan.

Tadi menjengah blog Kash. Adeh, berderau darah tengok dia terlantar di Hospital. Akibat demam panas. Tapi dia semakin ok. Alhamdulillah. Aku akan sentiasa mendoakan kesihatan kau Kash. Call him just now. He's doing good. Alhamdulillah

Rupanya dugaan hidup aku maha hebat. Minggu ni sangat menekankan perasaan. Penuh dugaan. I need a shoulder to cry on.

1. Demam - Mungkin akibat kepenatan travel yang banyak. Ape taknye. Tiada langsung rehat. Kalau takde kelas, pergi keje. Mana la tak sakit. Tak cukup rehat.

2. Saman - Anta sms nak cek saman lain. Rupanya saman lain yang keluar. Hurm. Haish, dalam keadaan macam ni la baru nak kene saman. Haish

3. Fail on scholarship application - Argh, terasa beratnye beban yang aku tanggung sekarang. Huh, amek nafas. Take a deep breath again. Still some solution in my head.

Mungkin aku punye dugaan ni sikit. Sekelumit dari berjuta dugaan orang. Haish. Kash demam sampai admitted to hospital. Orang lain saman sampai naik mahkamah. Orang lain takde peluang pun nak sambung blaja. Hurm. Ni baru sikit. Jangan mudah putus harapan Zaff. i know you can do it. Come on.



Wednesday, August 27, 2008

Merdeka Paling Hambar Dalam Sejarah


Gambar yang di atas ni bukan la untuk sambutan kemerdekaan aku mengambilnye. Mengambil sempena konsert nasyid di MMU. Aiyak, aku ke konsert nasyid. I'm so impress and amaze. Haha aku rasa aku kene reveal yang aku tak sukekan kerajaan sekarang.

Salam kemerdekaan kepada semua rakyat Malaysia. Semoga kite menemui kebebasan sejati. 4 tahun dari sekarang pasti kerajaan bertukar tangan. Biarpun pucuk pimpinan baru memerintah, tapi sadarlah kerajaan pimpinan Barisan Nasional semakin tidak popular. Saya menjangkakan Pilihanraya Umum akan datang Barisan Nasional hanya mampu menakluk Johor dan Sabah sahaja. Itu ramalan saya la.

Memetik kata Tun Dr Mahathir "PKR tidak menang, tetapi kerajaan Barisan Nasional yang kalah". Sekarang PM tak boleh tersenyum girang. Dia harus merencanakan sesuatu. Agar kemenangan memalukan tidak akan berulang kembali.

Saya pula, mula mengukir sedikit senyuman pahit. Saya mahu menyaksikan perubahan. Bukan kepada wilayah-wilayah ekonomi yang gah. Tapi kestabilan politik. Bukan negara kebajikan tapi negara berkebajikan.

Dulu terasa beruntung and bertuah sangat dilahirkan di Malaysia dan menjadi rakyat Malaysia. Tapi kini saya hanya berbangga kerana Malaysia pernah dipimpin oleh bekas Perdana Menteri yang sangat hebat, Tun Dr Mahathir

4500


Semakin lama semakin ramai menyinggah. Maybe terlebih rajin mengupdate. Haha, terima kasih kepada yang menyinggah. 4500 lawatan sejak saya mula meletak counter. Tak ingat bile saya meletaknye. Mungkin sebelum tu lebih ramai lagi kerana counter tu saya letak pada tahun ini. Sedangkan blog saya sudah berada di tahun ketiganya. Haha, terima kasih lagi sekali. Mungkin tidak la sepopular mana blog saya ini.

Saya masih merencanakan sesuatu untuk blog saya. Antaranya menulis novel 'Speeding vs Rempiting'. Tak semestinya kisah cinta sahaja yang perlu di tulis. (Mengagumi tulisan novel virtual Awang Vampiro hasil tulisan saudara Nizam Zakaria yang menjengah pasaran).

Saya melihat kesan jangka panjang untuk kisah itu. Mungkin bukan hari ni. Mungkin sehingga hari kiamat orang akan baca kisah itu. Kisah dongeng yang saya ciptakan. Tapi sekarang ni banyak la kisah realiti. Bukan dongengan semata tau.


Congratulation and Celebration

Saya cuma mahu mengucapkan tahniah kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) yang telah memenangi piliharaya kecil Permatang Pauh Semalam. DSAI telah menerima sebanyak 31,949 undi. Manakala calon Barisan Nasional, Datuk Arif Shah Omar Shah telah menerima 14,297 undi. Calon Akim, Hanafi Hamat pula menerima 74 undi. Undi rosak (ni semua kepala otak macam aku la, rosakkan undi) dengan 447 undi. Lebih 65% kalangan yang layak mengundi di Permatang Pauh keluar mengundi.

Ternyata taktik 'keji' memburukkan DSAI tidak berjaya merobohkan tembok kekebalan keluarga berkubu Permatang Pauh itu dari roboh di hunus keris Barisan Nasional. Taktik 'keji' menurunkan harga minyak sebanyak 15 sen pada 23hb Ogos 2008 juga tidak berhasil walaupun pada awalnya terdapat desas-desus mengatakan harga minyak tidak akan turun sehingga hujung tahun. Argh, 'keji'nya mereka menyeksa rakyat.

Kalaulah ade pemimpin berjiwa rakyat di Malaysia ni alangkah baiknya. Setakat naik komuter tidak memberi impak yang besar. Tidak perlu mencabar, tapi sekadar memberikan dia sedikit situasi rakyat. Dengan gaji purata RM3000 sebulan, isteri tidak bekerja dan anak-anak bersekolah. Argh, they are not it our shoes. Kenaikan harga minyak dan harga barang tidak memberi impak yang besar kepada mereka. Tetapi memberi kesan yang mendalam kepada kami.

Saya tidak mengambil kisah sangat perihal politik Malaysia. Bukan sebab saya seorang yang selfish atau tak sayangkan negara. Tapi saya perlu berfikir dan berhempas pulas untuk mencari sesuap nasi, meneruskan kehidupan. Terasa sangat daif tinggal di Malaysia. Tidak seperti dulu. Ikhlas saya katakan. Saya tak sukakan kerajaan Malaysia pimpinan Perdana Menteri sekarang. Saya terlalu merindui Tun Dr Mahathir memimpin Malaysia.

Aku tujukan khas lagu kat bawah ni kepada mereka-mereka yang tak selayaknya memimpin. Segeralah angkat kaki. Bukan tidur dibuai mimpi...



P/s: Mungkin BN akan menang kalau mereka menurunkan harga minyak sebanyak RM1.00, tinggal RM1.70. Taktik paling 'keji' yang aku cadangkan la. Lepas menang naikkan semula. Betul tak. Lebih baik lantik aku jadi PM. Mesti jadi PM paling dibenci rakyat. (Sedarlah kamu semakin tidak popular)

Tuesday, August 26, 2008

Erti sahabat

Teringin plak hari ni nak bercerita pasal kawan. Semakin hari semakin bertambah kawan aku. Tak kira virtual ataupun yang sedia ada depan mana. Dari aku kecil sampai la umur aku masuk 26 tahun. Tak terkira kawan aku. Tapi aku takde la nak highlight semua. Sebab semua orang, ceritanya lebih kurang sama je.

Tapi aku cume nak bercerita mengenai beberapa kawan aku yang aku rasa sangat pelik. Bukan disebabkan perangai mereka yang pelik. Tapi persahabatan kami nampak pelik. Namanya perlu dirahsiakan.

1. Aku ade seorang kawan. Aku kenal dari virtual. Mula kenal dia sejak tahun 1999. Hampir 10 tahun. Sewaktu kami sama-sama nak SPM. Yang peliknya, kami tak pernah jumpa sehingga kini. Cume sering bertanya khabar melalui sms ataupun sekadar mengupdate diri masing-masing dengan cerita diri sendiri di blog. Kadang-kadang berbicara di YM. Huh, sungguh pelik. Tapi persahabatan tu tak semestinya terjalin secara normal, betul tak.

2. Ni sorang lagi kawan aku. Aku kenal dia tahun lepas. Ape yang menyebabkan kepelikan persahabatan kami. Hurm, kami kawan tengok wayang. Setiap kali berjumpa pasti agendanya adalah tengok wayang. Haha, pelik tak. Orang lain, macam-macam buat. Main futsal la, main boling la. Tapi kami tengok wayang je. Sahabat marathon wayang. Haha

Setakat ni, dua orang ni la paling pelik. Ade ape ape yang pelik lagi nanti aku add up. Hahaha, so layan lagu ni



Monday, August 25, 2008

Anugerah

Baru sempat mengambil anugerah, yang pertama dari Cik Shikin. Terima kasih atas anugerah tu. Saya amat menghargainya. Ini antara petikan dari blognye mengenai alasan mengapa saya diberikan anugerah itu.

"Award neh nak bagi kat sapa ek? hurmm..kalo nak bagi kat Farihah, dah ada orang lain yang bagi award tu awal-awal kat dia. Dah tu, blog dia je yang selalu berhupdate. Hehehe.. @sengihnampakgigi. Haa..dah ada calon!! award neh saya anugerahkan kepada Abg Zafril kerana selain daripada Farihah, dia pon seorang blogger yang sangat rajin menghupdate blog nyer itu. Hiks! pas neh Abg Zafril tak ley tinggal la blog abg tu tau. Kena selalu menghupdate."

Anugerah kedua diterima dari Cik Shikin lagi sekali dan juga Cik Harnila. Wah, sungguh bermakna betul. Anugerah semakin banyak. Jadi kene la beri perhatian penuh pada blog. Anyway thanks to both of them. Insyaallah, ada masa saya akan beri anugerah juga. Tapi sangat sibuk sekarang.



Sunday, August 24, 2008

Parang Kerapu Kepunten Parang Skepper

Hari ni orang tegur my blog bersawang. Aiyak, memang serius takde masa nak update. Nak ambil anugerah blogger pun tak sempat. Camne tu? Haiya. Sorry la. Lepas dapat anugerah blogger paling aktif terus tak banyak posting. Camne tu. Tapi tak ape. Akan cube buat yang terbaik.

Hari ni exhausted lagi dnegan trip semalam. Memang penat. Tapi rasa berbaloi sangat2. Yer la. Jumpa Adi, Jumpa Along and jumpa someone that is Pion. pergh Macam gempak aje jumpa diorang. Tapi memang my heart berbunga-bunga sebenarnya. Tapi nanti akan direvealkan.

So hari ni just nak korang layan lagu ni je. Takde la minat kat dia tapi suke lagu ni. Sorry la. Nak buat assigment yang dah bersawang gak. Aiyak bleh pengsan macam ni. Pengsan 10 saat la.



Come on hold my hand,
I wanna contact the living.
Not sure I understand,
This role I’ve been given.

I sit and talk to god
And he just laughs at my plans,
My head speaks a language, I don’t understand.

(chorus)
I just wanna feel real love,
Feel the home that I live in.
’cause I got too much life,
Running through my veins, going to waste.

I don’t wanna die,
But I ain’t keen on living either.
Before I fall in love,
I’m preparing to leave her.
I scare myself to death,
That’s why I keep on running.
Before I’ve arrived, I can see myself coming.

(chorus)
I just wanna feel real love,
Feel the home that I live in.
’cause I got too much life,
Running through my veins, going to waste.

And I need to feel, real love
And a life ever after.
I cannot get enough.

(instrumental)

(chorus)
I just wanna feel real love,
Feel the home that I live in,
I got too much love,
Running through my veins, going to waste.

I just wanna feel real love,
In a life ever after
There’s a hole in my soul,
You can see it in my face, it’s a real big place.

(instrumental)

Come and hold my hand,
I wanna contact the living,
Not sure I understand,
This role I’ve been given

Not sure I understand.
Not sure I understand.
Not sure I understand.
Not sure I understand.

Saturday, August 23, 2008

Cinta Itu Terlalu Indah

Adeh, Jiwang lagi mat rempit tersepit sorang ni. Makin pelik plak sejak akhir-akhir ni. Bukan ape. Bile melihat bahagianya Faizal dengan Fiza. Rasa cinta tu terlalu indah la plak. Dulu aku anti bangat dengan cinta. La ni. Meruntun hati mahu bercinta, Chewah. Ayat pancing nampak.

Pagi hari ni aku terlewat bangun. Pukul 5.40pagi baru aku bangun. Aiyak, lewat ke tu. Sebenarnye awal gak. Tapi memandangkan aku akan bertolak ke Taiping, terasa lambat la plak kan. Sebab dah berjanji awal pagi akan ambil semua orang.

Kelam kabut aku dibuatnya. Nasib baik la semua siap on time. Hehehe. Selepeas solat subuh aku terus isi minyak kete. Terkejut beruk aku tengok harga minyak dah turun. Semalam pagi dengar Shahril cakap minyak tak akan turun sampai hujung tahun. Tibe-tibe hari ni turun 15 sen. Jadi la. Taktik sangat kan.

Then 6.20pagi baru sampai umah Mai. Berkerut-kerut mata minah tu sebab bangun awal sangat. Tak ape la mai, seumur hidup sekali. Then terus la shoot ke Putrajaya amek Sala. Sampai about pukul 7.00pg. Jauh gak yer Wangsamaju dengan putrajaya. Then pukul 7.15pg baru sampai umah emy. Tapi kalau nak amek emy ni kene taktik sikit. Setengah jam lagi nak sampai kene terus tepon. Kalau tak sibuk online lagi. Then amek Erna pukul 7.30pagi. Aiyak, delay 1 jam. Ni semua gara-gara 4 destinasi berbeza nak kene amek. Hahaha, tapi seronok ape.

Then terus shoot masuk lebuhraya KL-Putrajaya. Bagus-bagus. Cepat sikit. Ikut exit Kuchai Lama. Tak kene toll. Cepat sikit sampainye. Then masuk kat Jalan Istana seterusnya Duta. Masa kat Jalan Tun Razak Faizal Dah Call. Tanye kat mana. Aku selambe je jawab Gopeng. Padahal jauh lagi nak sampai Gopeng tu. Hahaha

Terus masuk lebuhraya. Aku drive laju tak ingat. 160km/j. Ha, mau tak laju. Dah cakap sampai gopeng kan. Kene la laju. Hahaha. Then singgah kat satu R&R. Erna nak gi toilet. Aku plak rasa lapar. Nasib baik la Erna sponser sandwich dengan Air Teh Bunga. Hehehe. Aku ape lagi. Sementara depa pi touch up. Aku melantak la. Gelojoh siol. Hehehe.

Then terus la speeding. Ntah berapa saman ntah aku dapat ni. Tunggu je la kan. Then stop kat Bkt Gantang. Aku kene transform. Hehehe. Menjadi lelaki melayu yang jambu. Hahahah. Mat rempit melayu. Muka ganas taapi pakai baju pink. Hahaha, ok lah korang kan. Takde la jauh sangat pun.

Then tepon la Faizal tanye dia nak ke mana. Dia cakap terus ke tempat make up. Haha, Faizal tengah touch up. Huhu comel gak ape. Haha, aku plak malas bangat nak cuci kete. Memandangkan hujan di kl selalu.

The pink groom

Tuh tak betul lagi tu

Siap dah.. ok senyum

Pengapit ni malu-malu la plak

Ok... bersedia untuk mengambil tempat...

Jangan lupa the flower girl, nanti merajuk plak

Pukul 12.00t/hari terus shoot pegi rumah pengantin. Pengantin naik My Vi aku. Rasa honour sangat2. Thanks along sebab mencemar duli naik kete aku walaupun kete aku dah lama tak basuh. Hahaha

Sampai jer terus drop diorang and then parking kete. Terus la kami berarak sampai ke pelamin. Aku la pengapit yang terkepit. Terpaksa pakai selipar nipis. Sebab songkok 5 inci tu tinggi bangat. Hahaha

Jalan slow-slow... kepit sikit

Fokus-fokus

Amboi-amboi, sukanya dia

Pakat suka gak ye

Aiks, cepatnya sampai pelamin

Penat dah senyum gua ni

Fiza takyah masuk dalam gambar la. Biar aku dengan pejal je

Then acara dimulakan dengan merenjis. Lepas merenjis pengantin pegi ke meja makan beradap. Sementara menunggu yang lain. As usual la. Pose lagi kat meja makan. Hahaha, seronok betul jadi tumpuan lensa camera ni...

"Sayang nanti majlis kite, buat macam ni gak ye. Makan ala kampung. Baju kaler pink. Memang cantik. Abang suka sangat-sangat"

Lawa gambar ni la adi

Kasut kene cilok plak

Mana la kasut Cinderella ni

Jumpa pun, so pose lagi sekali

Sebelum makan pose dulu

Meh aku kipas dua-dua sekali. Gila kuasa sikit

Flower Horn dengan Flower girl, tunggu aku kalau nak makan

Pose dengan Pion. Sementara tunggu pengantin makan

Haha, now pengapit plak punye turn posing. Asyik pengantin je. Aiks, macam pengantin la plak. Korang nikah ler sekali. Senang cite. Pikir balik. Aku blaja lagi. Tak sesuai. Hahahahha

Yang kat atas pelamin tu tunggu la kite

Side pose ye Adi, Ok je...

And this one for you

Aiyak, kalah pengantin pose

Aku plak makan biadap sikit. Ala bukan biadap sangat pun. Aku melantak kat meja tamu. Sebab bleh makan banyak-banyak. Nyum nyum. Makan ala kampung. I like. Masa melantak aku lepak dengan my bestfren ever, Mr. Adi Yuseri dia tanye aku...

Adi: Awat lama sangat tak update blog

Me: Aku busy sangat la Adi. Takde masa nak update. Nak makan pun tak sempat. Assignment melambak. Ade test lagi. Ni pun ade take home test 2 paper.

Adi: Aku dengar kau bulan 12

Me: Bulan 12 apenye

Adi: Kawen la

Me: Adeh, mana la nak cekau duit. Nak buat majlis, untuk hantaran. Nanti nak tanggung family lagi. Aiyak, mana la dengar cite ni

Lepas ni aku akan sentiasa update. Jangan risau la. Aku sentiasa ade cerita untuk dikongsi. Walaupun bukan semuanya. Sibuk melepak tengok jam pukul 3.00 ptg sudah. Ahaks, terpaksa bergerak sebab Sala mengejar flight pukul 9.15 malam. Just nice untuk bergerak.

Nak balik pun suka... Hahaha

So aku terus salam Kak Cik. Maaflah Kak Cik yer, Tak sempat nak merasa cucur jagung. Nanti sempat Zafril singgah lagi. Insyaallah. Lepas ni majlis adik plak takde nak rush macam ni. Tak lama lagi kan Kak Cik. Hehe. lepas tu salam dengan abg cik. Tak rapat dengan Abg Cik. Insyaallah, nanti ade masa kite borak-borak yer Abg Cik.

Masuk lebuhraya terus berhenti kat R&R Bukit Gantang. Untuk solat dengan tukar pakaian. Tak sesuai berjalan jauh berbaju melayu. Haha Then isi touch and go. Lepas tu berhenti kat R&R Sungai Perak. Sebab kehabisan. Ni gara-gara melampau speeding pagi tadi.

Anta Sala kat LCCT terus anta Erna. Then anta emy. Kene tahan plak. Disuruhnya makan. Nyum nyum. Masakan ayah emy. Lama tak rasa penangan Nasi lemak ayah Emy. Memang best. lepas ni Mee Kari plak ye Uncle Naim.

Aku terus balik la. Dah penat. Rasa exhausted gile. Tapi aku rasa puas hati sangat sebab melihat kebahagiaan orang. Aku plak, semakin menghampiri kebahagiaan itu. Bukan bulan 12, tapi bulan 10.

Adi and Faizal, my true fren ever. I miss our moment so much. It will be my ever best memory in mylife. nanti kite buat family day ok. Ahaks. Seronok ni. Anyway. Selamat malam..



P/s: Sedang menunggu gambar kontroversi dari Mr Adi yang di ambil di atas pelamin. Tunggu

Friday, August 22, 2008

Lawatan Sambil Belajar ke Beryl's

Macam lawak plak entry kali ni. Lawatan sambil blaja. Sebelum cerita lebih lanjut pasal lawatan sambil blaja ni. Aku nak thanks to KWSP sebab dah luluskan Pengeluaran simpanan aku untuk bayaran yuran semester ni dengan semester depan. Thanks a lot and syukur Alhamdulillah.

Petang after Solat Jumaat, ade industrial visit ke kilang coklat. Ceh, Walaupun macam budak sekolah tadika. It was fun. Tak semua orang ade opportunity untuk pegi tempat macam ni kan. Betul tak? Aku hanya berpeluang masuk kilang coklat at the age 26. Hurm

Semua orang jadi macam budak sekolah tadika. keh keh keh. Comel bangat jadi budak sekolah tadika. About 30 of people yang datang with one lecturer. Hurm. Aku gigih datang awal 2.30 sebab memang plan awal 2.30 tapi menunggu semua orang datang at 3.00. Akhirnya at 3.00pm semua orang datang la. Haha

Visit dimulakan dengan mengambil gambar. Haha, takde la. Memula dengan video about 6 minit. Then after the video. Kitorang dibawa ke Gallery. Galery ni termasuk la production line sekali. Hahaha Tak boleh bawa masuk video and camera. Adeh, memang takleh nak amek gambar la. Huhu

Lepas tu kitorang di bawa ke kedai coklat. Hehe, ape lagi. Melantak tester la. Aku la beli paling banyak. Haha. Sape-sape nak coklat meh datang umah. Aku bagi coklat. Here are some the picture taken there.

It was fun. Seronok betul la kan. As event director aku puas hati la. Cume tak bape nak puas hati sebab delay 30 minutes. Tapi aku still ok sebenarnye. Cume aku risaukan reputasi aku terjejas. Cheh, baru masuk dua bulan dah buat event. Ceh, nampak sangat aku ni gile kuasa. Tapi aku ni gila glamor sebenarnye. Hahaha Ye ker? betul kot.

Dari kiri duduk: Tak kenal, Mar, Aimi, Aca & Afif Berdiri dari kiri: Pojie, Yazid and Me la kan

Belakang: Ape ntah nama dia and Adrian aka Hans Tengah: Aimi, Ali, Mar, Fiza and Me Depan: Tia

Bincang ape tu

Ok ok... Korang balik la dulu... aku nak beli coklat

Udah la tu, Asyik posing je

Yazid, kau dah macam model la

Nak buat ape dengan pintu tu?

You're on candid camera

Jalan baik-baik

Baru jalan satu kilang takkan dah tak larat kot

Ok ok... ni last pose... lepas tu balik

Aku rasa puas hati la sebenarnye dengan trip ni. Walaupun tak bape nak puas hati. Haha, so should be ok la kan. I like this trip so much la. Lepas tu terus shoot anta diorang yang tumpang aku ke kolej. Aku plak pegi kelas. Lambat 1 jam tu. Hahaha, selambe aku menyelinap masuk.

Habes kelas aku terus pegi ke LCCT. Mengambil seseorang. Then pegi Alamanda. Lama dah tak jejak kaki ke sana. Huhu, jauh berjalan aku ni. Sempat la sebat sehelai Polo shirt. Ingat nak beli banyak lagi. Tapi budget constrain. Tak ape la. Untuk hari raya la plak k.

Esok nak ke Perak. Majlis kawen Faizal Raup. Hehehe. Aku jadi Pengapit. Hurm. All in pink. Comel la kot aku pakai pink. So see you on the other posting. So satu lagu khas. I Have a Dream by Westlife ft Sherina



Thursday, August 21, 2008

Cerita la Sikit Tentang Anas

Anas and the other half of him, Salmi

Huwa... Happy birthday Anas. Last jumpa Anas kat majlis kawen Faizal kat Kajang. hehe, nak story tak pasal Anas ni. Bagi intro sikit la. Sebab dia ni one of my good fren gak. Tapi bukan housemate la. Dia selalu jer datang umah aku.

Lelaki yang berwajah kacukan chinese malay ni memang tinggi. Persis model. Chewah. Menulis tak ingat. Pengsan karang kene katok dengan Anas. Mengenali dia sejak tahun 2000. Masa tu masuk MMU.

Di lahirkan pada 21st August 1982. Berasal dari Pulau Pinang. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Multimedia University dan juga pemegang ACCA (tatau nama panjang dia). Yang lain perlu dirahsiakan kerana menjaga hatinya. Bekerja sebagai Auditor di ENY. Antara firma audit terfemes kat Malaysia ni. Memang kagum dengan karisma dia. Waktu menjadi mahasiswa MMU, terserlah ketrampilan sebagai seorang pemimpin.

Bermula dengan pengarah Majlis Hari Raya pada tahun 2000. Seterusnya memainkan peranan besar sebagai tunjang utama pada Pesta Pendidikan dan Kerjaya 2003. Pesta pendidikan dan kerjaya paling berjaya pernah dianjurkan di MMU. Dengan kehadiran orang ramai, kesesakan dewan, dan juga perjalanan program yang mantap. Alangkah baiknye kalau saya dapat putarkan masa dan mengambil peluang untuk mengambil semula detik manis tu. Betul tak anas.

Masa belajar dulu, memang hati ini selalu berkata "Anas ni memang layak jadi Menteri Kabinet". Tengok cara dia pimpin. He's very detail person. Sampaikan perkara kecil pun dia akan bentangkan di meeting. He's likes thing to be perfect as he is. Faham tak? Maksudnya dia suke semua bende sempurna. Sebab saya melihatnye sebagai seorang yang sangat sempurna.

Dia ni die hard fan Siti Nurhaliza. Pernah tu, nyanyi on stage lagu Percayalah. I still remember on that dinner kat Puteri Resort. He sing that song dengan penuh semangat. Pergh, tabik spring kat die hard fan Siti Nurhaliza.

Anas, good luck for your future undertaking. Happy birthday. Happy friendship day. I'm glad to know you. You are one of my friend ever. Good luck for everything. 2 years down the road of success. Perjalanan hidup yang pendek ini masih panjang. Amin...

Anas, tatau banyak nak tulis pasal awak. Hahaha, anyway saya tujukan lagu untuk awak. Bukan Cinta Biasa by Siti Nurhaliza



Wednesday, August 20, 2008

Rempit Buat Superman

Hari seperti biasa, pegi keje pagi. Tapi terpaksa half day sebab petang aku ade hal kat PJ. Ade training untuk new job. Best gak. Seronok gak keje baru ni. Tapi aku tak pasti la. Should be no prob. Tapi ntah la. Aku ade masa ntah tak. Hurm. Tak larat nak tulis panjang-panjang. So layan lagu ni



Tuesday, August 19, 2008

Mat Rempit Pegi Exam

Pagi pukul 8.00am sharp aku ade test. Pergh. Tatau la ape nak jadi dengan test aku. Letih gak. Hurm. Ok gak la dengan test tu. Ape yang kite usaha, itu lah yang akan kite dapat. Alhamdulillah aku dapat jawab semua.

Then pegi kelas. Tapi aku takleh nak concerntrate. Petang kene berjuang untuk 2nd test. Hua hua hua. Takut takut. Mat rempit suda kecut perut. Huhuhu takut kantoi. Huhu for the first time in mylife, I know I'm doing the right thing at the right time.

Petang aku exam. Duduk sebelah Pang dengan Kak Mas. Haha, takut gak aku memula. Bile start jawab. Hahaha terus discuss dengan Kak Mas jawapan. Ntah ape ape ntah. Last last aku tiru je jawapan Kak Mas. Malas nak pk. Yang penting gua dapat jawab. Amin. Hehehe

Pastu memang exhausted. Balik rumah la. Tak larat. Hurm. Hari ni nak layan lagu ni. Hurm...


Monday, August 18, 2008

Rempit Jadi Jiwang (Episod: Siapa Yang Rampas Cintamu)


Selamat hari lahir buat Faizal Raup. Haha, 3 hari yang sungguh membahagiakan untuk kau kan. Anyway, Hari sabtu menikah, then semalam bersanding. Hari ni plak dia punye birthday. Welcome to the club of 26 and dont worry, U will always sweet 18. Lalala

Anyway hari ni takde buat ape sangat. Pagi2 speeding pegi kampus and then study kejap before masuk kelas. Fuyooo, Habes satu chapter pagi tadi. Gempak tu. Tak sangka aku bleh segigih ini. Hahaha... After kelas aku buat assignment untuk satu subjek. Haha, time nak hantar baru la aku tergedik-gedik nak buat. Aku buat dengan Zawati, member Master kat sini. Padahal aku yang kene buat. Dia tiru je. Hehehe

Petang aku ade interview keje. Ala, keje part time, untuk tambah income memandangkan aku tak dapat scholarship. So kene la cari extra income. Haha, so tak ape la. Memula aku decide tanak pegi sebenarnye. Sebab esok aku ade dua paper test. Haish, dah la banyak nak kene baca. Tak larat den.

Tapi aku tahu, peluang tak datang selalu. Sekali je dia datang. So aku grab this peluang untuk try la kan. Mana tahu rezeki. Tak ape, test bleh study malam. Kalau kau lepak kampus pun bukan study sangat pun. Habis-habis pun aku duk melepak depan PC and then YM. Haha

Memula aku pegi, aku rasa memang takde confident dapat this job. Just do it for fun. Tak ape la. Aku tanak blacklisted. Interview as usual la kan. Haha. bile dah settle semua. Dia tanye aku.

Interviewer: Is there any question you would like to ask?

Candidates: Am I hired?

Interviewer: You really want this job?


Candidates: Yes.


Interviewer: Let me check on next training. Wait for a second

Hua hua hua. Alhamdulillah. I made it. The paid is really good. I guess. Depend on how much effort you put on this job. That much you will get paid. Seronoknye. Aku suke Sangat2 ni. Alhamdulillah. Hehehe. Neway hati memang sangat berbunga-bunga ni. Sangat gembira ni. Haha

Malam plak. As usual, aku study la kan. Takleh nak memain. Sebab dua paper aku kene study. Huhu, so ok la kan. Aku rasa should be ok la kan. Sebab this semester aku kene score to fight for the scholarship. Insyaallah. Akan dapat kalau result aku ok. Harap-harap aku dapat ok la kan. Doakan aku k.

Sunday, August 17, 2008

Speeding Je (Episod: Selamat Melangkah Ke Gerbang Perkahwinan Faizal & Fiza)

Faizal and Fiza

Hari ni as usual. Hari Ahad. Selalunya agak bosan. Tapi gua sudah ade plan hari ni. Nak pegi majlis perkahwinan Faizal dengan Fiza. Diorang dah menikah semalam. Majlis je buat hari ni. So aku membuat la segala dakyah plan. Hehe

So memula plan nak pegi dengan Hazman. Tetibe ade family planning la plak. Chewah, macam orang dah kawen. Si shafiq plak nak pegi dnegan fiza. Then as usual la. Dengan Mr Anas Akmal la. Then plan nak datang dengan fitri and salmi. Dengan makcik salmi sekali. Tapi mana ntah makcik dia pi. Tup tup Si Ezran muncul dengan Tunang dia.

Then pegi umah Ezran dulu. Sebab dia nak tuka baju. Atas alasan kurang smart. Ye la. dengan tunang dia sekali la kan. Tak sesuai la plak. So lepak umah Ezran kejap. Terus Speeding ke Taman Bukit Mewah di Kajang. Huhu

Sampai je sana, tibe-tibe gua dengar suara seorang yang sangat sumbang. Haiya, bagi mic kat aku la. Walaupun suara aku tak sesedap Anuar Zain, tapi masih berteknik. Walaupun teknik rempit. Tapi masih sedap. Wah, sedap la sangat. Tapi aku tau, ni majlis orang. So aku tanak la lagi men'sumbang'kan majlis dengan suara aku yang macam mambang. Hahaha

Aku dengan tak malunye terus la amek nasi. Lapar bangat siol. Sampai dah dekat pukul 1.00 petang. Then ingat memula nak tunggu pengantin. Tapi kami lapar bangat la. So takleh nak handle dah. So makan. Lauk dia yang paling aku gemar, daging masak kicap. Thanks untuk jamuan tu yer fiza.

Then si Hazimin Wahab (dengan trademark 'on the way' nye) suruh kami tunggu sebab dia dah on the way. Then Harisun plah call. Dia kata on the way gak. Hahaha, dia kata sampai dah fedup sebab tak jumpa tempat. Polis plak bagi direction salah. Hehe Sian Icun. Tak apa lah Icun, Tahun depan kite cube lagi la ye.

The trio: Fitri, Me and Anas

Then amik la gambar kan. As usual. Muke aku yang sungguh jawa+eksotik ni harus la dirakamkan di lensa-lensa kameria. Hahaha, so enjoy la dengan pic yang aku cilok dari blog Salmi, Kredit to Salmi.

Duit tak ada, tapi hati ingin kawen...

Salmi yang semakin manis

Then habis majlis, aku terus follow Ezran (Motif sangat kan) hahaha, cari bahan untuk gossip pasal Ezran dengan Si tunang dia la. Haha, takde la. Dia cari barang hantaran. Haha, so aku just jadi tukang tengok jer la kan.

Faznim and Ezran

Before balik umah Ezran, pegi beli popia SS Ali. Ade kisah khas disebaliknye. Tapi tak ape la. Tak bape besh untuk diceritakan. Yang penting gua makan popia tu. Best gak popia tu. Jumpa Hazimin kat umah Ezran.

Then balik la umah rancangnya. Tapi Mr. Azizul ajak aku mandi kat Bukit Belacan. Nyum nyum. Lama tak mandi air terjun. Tapi aku ok jer. Sampai air terjun dekat pukul 7.00ptg. Selambe kodok. Aku, Azizul, Ayie, AJ, Hery dan Adi. Yang lain mandi except aku dengan hery tak mandi. Memang exhausted sangat-sangat. Tak larat plus takde baju spare la kononnye. Penat siol.

Tak takut ke malam2 kat hutan

Putera bunian sedang bersemayam

Lepas jadi putera bunian. Aku balik la umah. Neway gembira bangat hari ni. Faizal oh Faizal. Adi pun sama. Best fren aku ever semua dah kawen. Melengkapkan kehidupan masing-masing. Tapi aku masih lagi tang ni gak.

Ada sesuatu yang masih aku rencanakan. Insyaallah masanya akan tiba. Masa tu aku akan menjemput semua rakan blogger, frenster dan juga myspace mencemar duli ke teratak burukku.

Masa tengah tunggu they all gather kat umah ayie untuk pegi ke Bkt belacan. Aku tengok cite Man Laksa. Takde la best mana. Tapi aku suka satu lagu dalam cite tu. Hehe. So aku copy and masukkan dalam blog aku for today posting.



Saturday, August 16, 2008

Rempit Je (Episod: Aku Jawa, Masih Dirumpun Melayu)

Tiada apa mau update hari ni. Ntah la. Lately takde idea bernas-bernas nak post. Sibuk sangat sampai takde masa nak fikir pasal blog. Tapi akan cuba yang terbaik. Cause there's thousand readers waiting for my posting.

Hari ni takde aktiviti menarik sebenarnye. Cume pagi gi keje. Petang ingat nak rest as usual la. Sebab dalam kepala otak, malam plan nak study. Hehehe, tapi at last tak study pun. At last layan tv.

Malam, my sis buat steamboat. Hehe, nyum nyum, sedap bangat. Tak ape la yang tak dapat makan tu. Sape nak merasa, gi Johnny restaurant ok. Sedap gak kat sana.

Tibe-tibe nak layan lagu bawah ni. Haha, so layan la kan. Lagu Mengapa Di Rindu - Syura. A'a, mana Syura ye. Senyap je. Lama dah tak dengar berita pasal dia seorang ni. Lunak suara dia.



Friday, August 15, 2008

Rempit Jadi Jiwang (Episod:Permata Kasih)




Setiap mata memandang

Setiap kata terucap mendamaikan
Dicipta tanpa pengganti
Janji yang seikhlas hati sayang

Bermulalah kisah cinta pertama
Antara manusia dan di syurga
Cahayanya menyinari alam semesta

Setiap dari diri mu
Setiap dari jiwa mu ada aku
Inginku mendekati mu
Keayuan bidadari kasih

Kerana ku tahu kau masih sangsi
Tanpa disedari tercipta engkau untuk ku
Doa ku kepadanya telah di kabulkan

Dari dusta dan ternoda
Terhumban kita ke dunia
Terpisah terasing
Sendirian berduka

Akan ku jejak kau
Walau bulan tak bersinar
Gelap malam bukan
Penghalang untuk kau menempuhinya

Bertemu kita di penghujung dunia
Berpaut rasa cinta yang dibina
Engkau lah yang satu permata kasih ku
Terukir indah kenangan yang teragung kekasihku

Beautiful song with an amazing voice. Love this song so much since the 1st time I listened to it at X-fresh fm. Try to download the MP3 or try to look at the store, unfortunately there is nothing at any outlet. Haha. I got the You tube for the AIM version where He won't Artis Harapan Terbaik.

Other than this beautiful song. I'm looking for Only In The Dark by Juwita Suwito. I don't know why I love both songs so much. Anyway, I plan to put some other feature to my blog. So it was not to boring right. Anyway, enjoy...

P/s: Tahniah kepada jiran sebelah rumahku yang mendapat baby, atoknye juga tahniah kerana mendapat lagi seorang cucu. Semoga diberkati dan ditunjukkan ke jalan yang benar. Amin

Thursday, August 14, 2008

Rempiting Je (Episod: Mahakarya Cinta)

Hari ni as usual la. Rempit pegi kampus. Lepas tu terus la ke kelas. Rutin biasa, agak bosan. Lepas tu Dr. bgai tugasan khas untuk aku. Study satu component, which totally new untuk aku. Tak ape. Aku akan blaja rajin-rajin memahami bende tu.

Then petang aku ade exam. Pergh, blur siol dalam exam. Tatau ape nak buat. Aku sangat blur la. Huwaaa... macam mana. Takyah la jawab. Ade rezeki dapat la markah. Tak ada, redha je la. Amin, janji ape yang kite dapat adalah atas usaha kita yang setimpal. Amin...

Maha besar...

Abang saiful, gua bagi tengok belakang je. Kalau tunjuk muka nanti ramai plak yang berkenan

Dah tensen-tensen tu, Abang Saiful ajak pegi Exhabition Maha 2008 kat Mardi. Ok la. Aku follow je, Layan je la. Tapi biasa je. Cume banyak sangat yang buat exhabition. Tapi, memang berbaloi. Korang pegi la. Tak rugi ape pun kalau pegi. Ni antara pic yang aku amek masa pegi Maha tu.

Aku minat deco dia...

Booth pelik, ade ke tanam pokok atas tiang

Aku tak minat Kraf, so aku amek 1 gambar ni je

Tatau ape kaitan dia

Antara yang mula menarik perhatian aku, pokok katik aka bonsai

Bonsai yang ni pun menarik siol

Orked la pulak

Banyak betul orkednye

Yang ni cun gak

Aku jatuh cinta dengan bunga ni. Bunga-bunga cinta layu di pusara

Taman dalam aquarium

Ade lagi... ade pertandingan ke?

Lepas tu aku petik buah nira plak. hahaha

Yang ni aku tatau pokok ape. Macam-macam ada...

Meh aku cili mulut kau... laser sangat

Sempat blaja camne nak tanam pagi

Padi yang hampir masak. Hehehe, aku sempat tuai sikit

Padi yang aku nak tampi. Gigih tu

Yang aku siap tampi la. Nak bawa balik sikit

Buah nanas, nyum nyum, aku suke

Ni semua dah masuk dalam perut gua

Tengok la sendiri buah ape, yang besar ade, yang panjang ade. yang bulat ade, yang lonjong ade. pilih pilih... murah saja...

Jangan makan, nanti kene belah perut. Tapi nangka ni besar bangat. Isi dia tatau la apa rasa...

Sun lady melon berbentuk dadu. Pakai cetak kueh bahulu ni... tu yang jadi camni

Pameran sahaja, bukan untuk dijual...

Kalau bukan untuk dijual, buat ape tunjuk

Mana hantu... mana dia

Sesi tengok hidupan dalam air plak

Dugong yang jinak

Penyu pun ade

Banyaknye penyu... 1st time tengok live

Kuda laut, 1st gak tengok

Ikan ni sangat comel tau...

Kerapu ni besar bangat

Udang harimau... induk dia

Udang ni besar gak, konpem mahal gile

Ni untuk sape-sape yang minat design rumah la

Yang ni cun gak

Memang mantap

Sangat mantap

Akak, dah mantap dah tu

Yang ni untuk sayang

Penat jalan terasa lapar plak. Jom makan

Ni pondok rehat kite kan bro

Sape yang kene buat show ni???

I ke??

Sorry, I nak balik... Tractor I dah tunggu

Sebelum balik amek gambar dulu k

Masa sedang berjalan-jalan. Jumpa la Datin Seri Rosmah, tapi dia tak cam aku pun. Hahaha, tak kisah la. So ok la. Tak kisah pun. Yang penting aku enjoy. Maha 2008 buat dalam 4 hall. Pergh besar tu, Banyak sungguh. So korang pegi la. Enjoy...