Monday, May 31, 2010

Batang Kali Lagi

Thanks to Mirul sebab edit pic ni

Cerita ni agak basi la. Tapi masih berkulat. Hahaha. 9hb Mei hari tu (Ahad) sempat menyempatkan diri ke Air Terjun Batang Kali. Kali ni with proper plan. Dengan BBQ and all that. Aku ajak adik aku dengan hubby dia. Hehehe

Kenapa la aku malas sangat nak edit pic ni

Apa yang best Air Terjun di sini, sebab dia tinggi [aku tak sure berapa meter tinggi dari paras laut] dan dekat dengan Genting, about berapa KM je lagi mahu sampai genting dan jalan kat sini tak adalah berbahaya sangat dengan selekoh tajam. Jalan di sini lebih relaks.

Farah, dah macam jantan dah

Anyway, selain tinggi Air dia sungguh sejuk. Kalau nak dibandingkan dengan Ulu Yam. Memang jauh beza la. Sejuk sampai menggigil-gigil tu. Ade sorang bro yang mandi tu [bukan dari group kami and kitorang tak kenal pun] bergegar punggung sebab menggigil sejuk. Lawak gilos. Hahaha

Masa ni semua dah agak kepenatan plus kekenyangan

Menu hari tu, Sandwich telur dengan Sandwich sardin selain ayam bakar yang sangat superb. Frankfurter bakar pun ade pastu dengan Air Sirap Bandung yang aku buat. Yummy. Ape pun, memang enjoy kat sini.

Melihat Mirul beraksi

Owh lupa, satu lagi kitorang gi sini sebab, free. Ulu yam kene bayar dowh. Pastu tak ramai orang. Cuma jauh sikit dari KL. But who cares, yang penting enjoy. Hehe

Berdiri dari kiri: Azlina, Helmi, Syed, Mai, Mafuzah dan Farah
Duduk dari kiri: Mirul, Adik aku Nash, Hubby dia Husz dan aku

Nota kaki: 3 kali dah kan... 3 kali yang aku akan ingat sampai bila-bila

Saturday, May 29, 2010

Susu Free Pulak Dah

Kalau semalam pasal coklat free. Hari ni pasal susu free plak. Haha, aku suka minum susu walaupun aku takde susu. Tetttt. Ada kelucahan di situ. Apa pun. Jom esok, pergi minum susu. For free. Walaupun rasa macam tak berbaloi je kan. Gi Pavi semata-mata nak minum susu free. Baik duit tambang cab, lrt dengan bas tu beli susu kat 7E depan umah. Memang berbaloi. Bape banyak la sangat susu boleh diminum dalam satu masa kan. Tapi blogger cam aku mesti gigih kan. Hahaha


Tempat: Pavillian
Tarikh: 30 May 2010
Masa: 10 pagi dan ke atas

Thursday, May 27, 2010

Jom Ke Buffet Choc [FREE]

Ha, untuk hantu-hantu choc macam aku. Jom kita gi makan choc for free. Best la kot melantak choc sampai muntah. Hahaha. Aku siap call Beryl's nak konpemkan bende ni. Ape lagi, terus la sms adik aku. Hahaha, dia pun hantu Choc macam aku. Apa lagi, jomlah...

Terms and Conditions:
  • Eat all you can with no wastage.
  • Strictly for dine-in only.
  • Unfinished chocolate will be charge according to our selling price.
  • Beryl's reserve the rights to change the terms and conditions without prior notice.
For enquiry, please contact 03-89256136

Wednesday, May 26, 2010

Mek Mulong Cahaya Bulan

Sempat la melempiaskan masa 8hb May melayan kisah Mek Mulong Cahaya Bulan (Encik Ikram dan Pojiepooh, sila jeles ye). Mek mulong ni persembahan istana yang berasal dari utara. Jadi cek paham la bahasa yang digunakan. Tak macam Mak Yong Sindo. Adeh, letih nak paham.

Mek Mulong Cahaya Bulan ni kisah permaisuri yang bermimpi merpati putih menjelma. Musibah buruk menimpa mereka. Apabila Raja Cahaya Bulan di bunuh dan permaisurinya di culik oleh Raja Gergasi.

Apa pun, persembahan Mek Mulong persembahan pelajar Aswara ini ada aura tersendiri. Kadang-kadang terasa seperti komedi ringan dalam televisyen. Sungguh, saya enjoy menikmati setiap saat penceritaan Cahaya Bulan.

Dialog-dialog malam itu sungguh kelakar walaupun ceritanya serius,
“Diva duduk depan, diva duduk depan”
“Macam Adibah Noor tak?”
“Hye Boy”
“So sweet.”

Sekadar menyebut beberapa dialog. Kalau dipersembahkan lagi sekali, insyaallah saya akan tengok. Cuma cerita ringan sebegini tidak begitu sesuai untuk dipentaskan di tempat berprestij seperti Istana Budaya. Boleh sebenarnya, tapi mereka harus lebih serius dalam membuat persembahan, walaupun dalam ceritanya kelakar, tapi perlu juga serius dalam membuat lawak.

Komen saya [komen ini tidak dipengaruhi oleh apa-apa dan siapa-siapa, ia berdasarkan penilaian saya sendiri.]
  1. Jujur, muzik dan lagu-lagunya kurang menyenangkan gegendang telinga. Entah kenapa, saya tidak berapa gemar dengan muziknya. Tapi ia lebih baik dari mek mulong yang saya tonton 2 minggu sudah. Yang paling penting, saya bias mendengar bait-baik lirik yang disebutnya. Itu yang penting.
  2. Saya sukakan lakonan mereka, dengan Rajanya yang menunjukkan gahnya dia sebagai seorang raja [walaupun muka dia jambu. Siap ada orang cakap kat aku, meletup yang jadi raja.] Cuma permaisuri punya feel saya tak rasa la. Takleh nak meleleh air mata.
  3. Dayang-dayang istana korang memang best. Tapi kenapa 1 babak saja. Tak best betul. Tak puas bergelak dengan kamu.
  4. Raja gergasi, kamu memang ganas. Aku suka watak kau. Kalau aku diberi peluang berlakon, aku nak watak kau.
  5. Awang-awang istana, tak best. Korang tak kelakar pun. Bosan.
  6. Awang-awang raja jahat, korang memang terserlah dowh. Aku suka dengan watak korang gak. Hahaha
  7. Edan dan Epong, korang memang kelakar gila babas. Hahaha. Tapi nak bawa watak bomoh pondan, sila cukur bulu kaki erk. Tak sesuai bulu kaki macam lalang, tapi bawa watak mak nyah. Macam tak siap plak.
  8. Lighting yang menarik. Setting memang tak ada la, sebab sama saja macam mak yong. Cuma beza dari tempat asalnya.

Tuesday, May 25, 2010

Dentuman Rasa: Duit

“People just want to sit on my money. Sebab aku ada duit banyak. But they don’t even bother if you have no money at all.” Angkuh nadanya walaupun sekadar di khidmat pesanan ringkas yang aku terima.

Aku termenung sendiri, sejak bila aku ingin duduk di atas duit atas usahanya. Aku kemam bibirku, tidak pernah sejak menjadi sahabat baiknya, mengambil kesempatan ke atas dirinya. Sungguh, tidak pernah sama sekali. Memang tiada sesiapa pun ambil kisah tentang hal aku. Itu aku akui.

Lantas telefon bimbit murahku itu aku ambil, termenung sejenak memikirkan apa yang perlu aku balas. Aku menaip perlahan, teringat sebuah titipan yang aku baca semalam.

“Dengan duit kau boleh beli rumah, tapi bukan kehidupan. Dengan duit kau boleh membeli jam, tapi bukan masa. Dengan duit kau boleh membeli buku, tapi bukan pengetahun. Dengan duit kau dapat membayar doktor untuk kesihatan, tapi bukan nyawa. Dengan duit kau dapat jawatan tinggi, tapi bukan maruah. Dengan duit kau boleh beli seks, bukan cinta.”

Aku rasakan, itu bukan lagi pesanan ringkas walaupun dihantar melalui khidmat pesanan ringkas. Tiada balasan selepas itu pesanan aku terima darinya. Aku menyimpan semula telefon bimbitku ke dalam poket.

Syukur, aku masih ada apa yang aku perlukan. Walaupun tidak ada duit sebanyak yang dia ada, walaupun tidak memandu BMW sepertinya.

‘Aku masih ada driver yang setia menghantarku seharian pergi dan balik kerja.’ Getusku dalam hati lantas bingkas bangun menahan teksi yang sudah menerpa pandangan.

“Terima kasih abang pemandu teksi.”

“Ha?”

Terpinga-pinga pemandu teksi itu saat aku berterima kasih padanya saat duduk di kerusi empuk teksi buatan tempatan. Baru saja masuk, tidak bergerak lagi pun teksi itu. Aku tergelak kecil dan tersenyum sendirian melihat gelagat pemandu teksi itu.

“LRT Setiawangsa.”

Aku memandang keluar, indah melihat dunia luar saat teksi itu mula bergerak walaupun hari-hari sudah melihatnya. Jujur, aku tidak pernah bosan melihat segenap inci ciptaan Ilahi.

Thursday, May 20, 2010

Dentuman Rasa: Sumpah

“This is a curse!” Keras nadanya saat meluahkan rasa yang terpendam dalam jiwa secara tiba-tiba.

Aku membulatkan mata, terkejut saat mendengar kata-katanya. Tiba-tiba sahaja dia berkata begitu, entah dari mana dia mendapat kekuatan untuk menghina dirinya yang padaku sempurna. Kalau diamati, tiada apa cacat-cela pada wajahnya.

Aku menggali sedalamnya akal fikiran ini untuk membuang segala sumpahan yang diciptanya sendiri. Mata putihnya sedikit merah, menahan air di kelopak mata yang bisa tumpah bila-bila masa sahaja. Aku merenung tajam matanya, tidak pernah sekali dalam hidup aku mendengar kata-kata sedemikian.

“Ini bukanlah sumpahan, tetapi anugerah yang tidak ternilai, nikmat yang Allah kurniakan kepada semua umat manusia. Tidak pernah ada manusia yang sempurna.” Hujahku yang pertama terpacul dari mulutku.

Dia diam, tidak yakin dengan hujahku mungkin. Mungkin hujahku klise padanya, jawapan-jawapan sedemikian sudah biasa didengar dari orang-orang sekeliling.

“Anugerah ini pinjaman Allah. Satu hari nanti, akan kita pulangkan semua. Ia akan diambil sedikit demi sedikit, sama ada kita dalam sedar atau tidak.” Dia masih diam membisu saat mendengar hujahku yang kedua, lirik matanya bisa menggambarkan yang dia belum yakin dengan hujahku itu.

Pantas aku teringatkan besi yang tertanam di pipi kiri dan tulang keliling mata kiri ini, taksub dengan kurniaan Allah. Aku mendengus perlahan terkenangkan kemalangan yang menginjak kesetengah tahun berlalu. Pinjaman itu hanya setakat hari itu

“Yang ini,” Lantas jari telunjukku mengarah ke pipi kiri.

“Dan yang ini,” kularik jariku ke bahagian kelopak mata kiri pula.

“Semua ini adalah nikmat yang sudah di tarik balik.” Bibirnya masih terkancing rapat. Aduh, sukar benar mahu meyakinkan dia akan takdirnya.

“Dan yang ini juga.” Aku tertawa kecil saat menunjukkan rambutku yang semakin menipis, antara aset yang aku selalu bangga-banggakan dulu.

“Semua ini nikmat dan anugerah pinjaman Allah. Sampai masa, akan kita pulangkan kepadaNya semula. Bersyukur dengan apa yang ada.”

Tiada sepatah perkataan pun keluar dari bibirnya selepas sumpahan yang ditunjukkan kepadaku. Sekadar senyuman kecil yang diukir dari bibirnya. Mungkin sekadar mahu menggembirakan aku dengan hujahku yang klise. Aku kehilangan kata-kata. Pantas, hujahku yang terakhir aku keluarkan dari peti minda ini.

“Jangan beranggapan kekurangan pada diri kamu itu adalah sumpahan, tetapi keunikan yang Allah kurniakan kepada kamu yang tidak ada pada oranglain.”

Aku diam menanti reaksinya. Dia tertunduk akur kini dengan hujahku. Sesungguhnya bukan mudah mahu meyakinkan dia, lantas dia mengukir sebuah senyuman. Aku yakin, senyuman itu ikhlas, hadir dari hatinya yang tulus.

Wednesday, May 19, 2010

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Buat Abang Long dan Kak Long

Time baru kawen ke?

Selamat hari lahir buat Kakak Aku yang Sulung, Kak Mah and her Hubby, Abang Sam. Diorang punye besday dekat-dekat. Celebrate sekali la senang. Hahaha Jimat belanja. Senang kira. Hua hua hua

See, umur pun boleh diskaun

Dah 25 tahun dah depa ni Kahwin, Alhamdulillah, bahagia nampaknya. Mendoakan kebahagiaan, kesejahteraan kalian. Amin.

Anaknya yang paling bongsu

Dok cerita orang, tuan punya blog bila nak buat pengumuman perkahwinan dia kan. Betul tak? Insyaallah, sedang kea rah itu akan dihebahkan bila tiba Masanya.

Nota kaki: Cinta itu tidak semestinya memiliki…

Tuesday, May 18, 2010

Dentuman Rasa

Saat melihat untaian rambut itu, aku pantas menyuruh adikku mengarah anak saudaraku berjilbab. Aku tumpas dengan alasannya, 'Malas. Lagipun mahu keluar dekat-dekat sahaja. Lagipun malam, apalah yang mampu dilihat oleh orang sekelililing.'

'Degil!' Aku menggetap bibirku sendiri.

Pantas aku masuk ke dalam mobil adik, tempat duduk belakang sebelah kiri. Menyandarkan badan ini ke tempat duduk yang empuk buatannya.

Cepat aku memejamkan mata, merenung jauh dua puluh tahun akan datang. Bisakah diri ini menjadi pemimpin keluarga yang baik. Bisakah. Kubuka kaca mata ini, lantas kuseka air mata yang mula bergenang di kelopaknya.

Sunday, May 16, 2010

Terima Kasih

Hari ini tanggal 16 Mei 2010. Hari guru datang lagi. Terasa sentimental pula kali ini mengenang kembali guru-guru sejak mula menimba ilmu. Argh, kisah lama. Tak elok untuk di kenang. Tapi semua itu momen-momen indah dalam hidup aku.

Terima kasih yang tidak terucap buat warga pendidik

Sekolah Kebangsaan Seri Merlong

Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Betak

Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sardon

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Bentara Luar

Multimedia University

Universiti Putra Malaysia

Terima kasih atas jasa kalian buat insan kerdil ini. Syukur atas kurniaan Ilahi. Mohon ampun dan maaf atas kekhilafan diri ini. Sesungguhnya diri ini tidak pernah berhenti menimba ilmu. Semoga ilmu ini akan terus bermanfaat untuk diri ini dan seluruh manusia.

Nota kaki: USM, nantikan registrationku yeah

Saturday, May 15, 2010

Orang Melayu Penuh Dengan Nasib Baik

Percaya tak kalau saya kata orang melayu ni penuh dengan nasib baik. Kenapa? Tak percaya juga? Betul saya kata, orang melayu ni penuh dengan nasib baik. Beruntung jadi orang melayu. Saya bagi situasi.


  1. Seorang mat rempit kemalangan dan patah kaki dan tangan. Orang akan cakap apa? “Nasib baik Cuma patah kaki dengan tangan.” Ha, kan nasib baik tu. Walaupun cakap dengan nada yang marah.
  2. Seorang makcik kena ragut. Apa orang akan cakap. “Makcik ok tak ni? Cilaka punya peragut. Pergi mampos dengan kau. Nasib Baik makcik ni tak ada apa-apa.” Nasib baik lagi.
  3. Kisah Seorang Bohsia kena marah dengan mak dia. “Ikut la jantan lagi mana-mana yang kau nak. Jadi bohsia, Nasib Baik kau tak mengandung tau. Kalau tak, aku tak tahulah apa aku nak cakap.” Nasib baik lagi.

Nasib Tak Baik macam mana pula. “Nasib dia tak baik, Allah sayangkan dia.” Haish, Allah sayang pun nasib tak baik. Camno tu?

Nota Kaki: Syukur alhamdulillah dengan segala kurniaan Allah

Friday, May 14, 2010

Teater Muzikal Teratak Minang

2 Mei 2010 sempat menghadirkan diri ini untuk menonton Teater Muzikal Teratak Minang. Alhamdulillah, sempat sampai walaupun tiba agak lewat. Tetapi tidak terlepas untuk menonton dari awal.

Sekali malam itu adalah malam terakhir dan malam gala. Jadi penuh la VIP dalam panggung. Huh, cakap dengan my fiancee, “Awak jadi menteri la ye, boleh selalu tengok teater free.” Haha, alamak terkantoi plak gua dah bertunang [ni tunang betul-betul ke main-main?]

Sungguh, saya kagum dengan permulaan kareografer yang cukup baik. Teruja menunggu aksi tarian selanjutnya. Very impressive kemudian nyanyian Ayam Den Lapeh dari Ally Kassim membuatkan saya semakin teruja.

Tetapi keterujaan saya tidak panjang, bila muncul sahaja lakonan, saya mula bosan sedikit, Ah, masih terlalu awal untuk menilai telah ku. Tetapi sungguh, saya tidak teruja langsung selepas itu. Argh, tensen, bila x-factor dia mahu keluar.

Sampai ke sudah tak teruja akhirnya. Mungkin saya ni kurang faham bahasa minang sampai terpaksa melihat monitor alihbahasa jadi tidak dapat menumpukan lakonan. Demm it. Tapi sewaktu babak di seremban tu saya sudah paham la juga.

Dalam kepala fikir, bila la nak abes. Dah bosan gile time tu. Tak macam tengok teater, macam tengok konsert plak. Kecewa, baik tengok konsert double trouble kat mount kiara je camni.

Mahu komen teater ini (Saya komen dari my point of view ye. Tidak di pengaruhi oleh sesiapa pun)
  1. Sungguh, kareografi tarian-tarian yang berasal dari padang sungguh mengujakan saya. Sungguh mengujakan. Saya ulangi, sungguh mengujakan. Ada faktor X di situ. Haha
  2. Susunan muzik memang sangat hebat. Kagum dengan hasil kerja Pak Ngah. Memang aura muzik dia sungguh hebat.
  3. Jalan cerita, biasa sahaja. Tidak ada impak pun yang saya boleh kagumi. Buyung meninggalkan kekasihnya Nur untuk mencari rezeki. Kemudian Nur terpaksa kawen dengan orang lain. Buyung pula jatuh cinta dengan Gadis Malaysia. Klise. Ada babak yang saya rasa huru-hara ketika cerita hampir ke sudah.
  4. Lakonan Pelakonnya sungguh hambar. Sungguh saya kata, hambar. Lakonan mantap Razali Buyong, Abby Yus dan Akak Rock terjah menyelamatkan cerita ini. Lakonan Liz Rosli [AF4] hilang sengat, tidak seperti lakonannya dalam Seri Mersing. Yang lain-lain? Malam last, takkan tak bersemangat dah kot.
  5. Pemilihan lagu tidak kena dengan jalan cerita. Adeh, saya tak paham, ni konsert lagu minang atau teater muzikal teratak minang. Adeh adeh adeh. Lagu yang mengujakan saya Cuma Ayam Den Lapeh dengan Apa Konoi Jang. Yang lain, tidur 5 minit.
  6. Setting dan props Kira boleh la. Tak banyak, tapi masih boleh diperbaiki.
Apa pun, teater ini tak mungkin akan saya tengok lagi untuk 2nd season dan seterusnya. Hahaha, keji tak ayat tu. Bagi chance orang lain komen macam aku komen.

Nota kaki: Tak perlu nak hipokrit cakap best gile sebab orang lain tak dapat nak merasa apa yang kita rasa, betul tak akak Jalan-Jalan Cari Makan?

Thursday, May 13, 2010

Teater Muzikal Sri Mersing

Damn it, lambat gile review about Sri Mersing. Sorry la kawan-kawan. Dekat sebulan tengok baru review pasal Sri Mersing. 20 April, sempatlah menonton teater dengan my friend yang juga ex-mmu. Tak sangka dia pun minat menonton teater macam aku. Haha, [Bug, takyah letak gambar kau kat sini erk, kau handsome, nanti overshadow aku plak.]

Teater ni hebat. Sungguh hebat, dari setting, lakonan, susunan muzik dan kareographer tarian, tidak terlupa penataan cahaya. Memang mengagumkan. Sungguh, tak rugi membeli tiket yang agak mahal malam tu.

Sampai ke sudah saya teruja, Lakonan Adi Putra, Elly Mazlien, Melissa Saila, A. Galak, Mustafa Maarof, Rusdi Ramli memang sangat hebat. Siapa tak kenal mereka semua kan. Liz AF4 memang ada aura. You go girl.

Mahu komen teater ini
  1. Lakonan memang mantap, prop sangat hebat, kareografi memang tak boleh di sangkal. Muziknya memang best.
  2. Kesilapan-kesilapan kecil memang sukar di elakkan. Tapi boleh diminimumkan. Apapun. Memang kesilapan dalam teater memang sentiasa akan berlaku. Saya juga dulu pelakon teater, banyak gile buat silap. Salah masuk skrip pun pernah. Selambe je atas stage ok. [Pose]
  3. Nyanyian Elly Mazlien memang hebat, lakonan kamu pun memang sangat hebat. Sangat cocok kamu dengan Adi Putra.
  4. Datin Rosnani Jamil, saya kecewa dengan kamu. Kenapa kamu miming. Nyanyi la sikit. Bagi orang teruja. Adeh adeh adeh. Melissa Saila boleh buat. Dia pelakon, bukan penyanyi. Yang penting, bila kamu menyanyi secara live, feel tu akan dapat kami rasa as penonton.
  5. Kenapa pelakon yang membawa watak Merah [anda tahu anda siapa] control macho atas stage. Biasa saja sudah. You are not the hero. Jadi anak hero je pun.
  6. Lawak-lawak dalam cerita ni memang lain dari yang lain. Tidak keterlaluan, tapi masih bisa membuat saya tidak kering gusi.
  7. Bujang sepah, Kamu memang lawaklah bujang sepah. Cuma kadang-kadang ada part yang macam dibuat-buat.
Nota Kaki: Next Teater on the list Uda&Dara dan Che Det.

Wednesday, May 12, 2010

Why Smartphones can be dumbphones

Nowadays, there’s a lot people use smartphones which give all access to internet just by one single touch on your touch pad. Internet access, emails, blogging and also facebooking are most popular smartphone usage aside from Call, SMS, MMS and also video call.

But did you realize that your smarphones can be dumbphones for you. These are 10 things why smartphones can be dumbphones:-
  1. Obviously when there was no 3G coverage, you will confirm ‘maki-maki’ your phone. How unlucky phone you have. It’s not because of your phone ma, it was because of your service provider. Feel like throwing your phone right? But confirm you sayang your phone kan. Pay thousand of ringgit man. Sure sayang.
  2. Over usage until you reach the limit of surfing. Haiyo, why la you pick this plan when there is limitation on usage. Choose the unlimited one la dey.
  3. Forgot to pay your bill. Haha, I just had my big laugh at you. Sorry, that one you have to go to service centre and pay your bill. Cakap sajalah you tak ada duit nak bayar kan. Settle. Hahaha anyway, some of the plan are overcharge [hidden charge yang bodoh gile], feel sorry for that if you can’t afford to pay the overcharge.
  4. Tertinggal your phone. Hey, if you always forgot to bring your smartphone. Switch to public phone ya. Smarter.
  5. The most idiot part was you only use your smartphone for SMS and Call. Hey, if you just use your smartphone just for that 2 thing, better use your old 3310. Simple as that right.
  6. If you used the smartphone just for berlagak only. There are more rich people in this world. Their phone are worse even though they have a lot of money. Did you realize that?
  7. The most lousy one was you forgot to charge your battery, come on man. Don’t be so stupid as that.
  8. Put in a lot of application software until your smartphones hang. Dey, you though your smartphones are Playstation or PSP meh?
  9. The most most segala bapak idoiot was you don’t know how to use all of the application. Dey, just sedekah the phone to me la. If not, you better use your phone to baling anjing if the dog kejar u. That was smart enough right. Protection first. Yeahhaaaa
  10. If you think your phone was smart enough, think back of 9 reasons above. Not so smart right.

So what we should do meh? If you think that your phone is smart enough. Think twice. Switch to the best plan that provide better and better package.

Baby, let's go, we find new one.

Yeah. I found mine. [Lompat because so happy]

Hope this to be the smarter plan on earth. Hope so. [cepat-cepat nak register]. DIGI smart plan is what you are waiting for. Better plan and better choice.So let’s go party – DIGI Break Free. Yeahaaa… owh forgot to tell you. Here is the details of the party

Date: 29 May 2010 (Saturday)
Time: 6pm – 10pm
Venue: Ecoba, Lot No. B-G-02, Level 1 Menara Bata (Tower B), PJ Trade Centre, No. 8 Jalan PJU 8/8a Bandar Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya

See you there.Anyway, I need a costume. Any sponsorship meh. lalalala

Kursus Kawen (Menuntut Ilmu Perkahwinan)

10 April dan 11 April yang lepas sempat menghadirkan diri ke kursus kawen. Kursus kawen ni bukan sebab nak kawen ye kawan-kawan. Sebab mahu menimba Ilmu yang masih belum cukup di dada ni.

Jadi kepada sesiapa yang mahu menimba ilmu perkahwinan, silalah pergi ke kursus kawen yer. Bila-bila masa, di mana jua. Hahaha, ape pun, u guyz rock la ustaz...

Nota kaki: Ilmu boleh dipelajari dimana-mana, bila-bila masa. Cuma hendak atau tidak sahaja

Tuesday, May 11, 2010

Broga Hill Scenary

Encik Azril Hanafi, I know u will like this pic so much

Kalau aku dah cerita aktiviti, aku rasa tak sah kalau aku tak letak gambar-gambar pemandangan yang aku ambil di Broga kan. Serius weh, memang cun. Cam sedih pulak bila nak balik tu.

Ada orang kata Broga Hill ni pernah terbakar, betul ke?

Gambar ni takde la semua aku upload. Korang tau la kan, bape besar sangatlah hosting yang blogspot bagi. Kira cukup-cukup la ni bai. Entah berapa je space yang tinggal. Next year la beli domain dengan hosting. Hosting 40Gb cukup tak? Hahahaha

Macam jirat cina sudah

Anyway, ade plan nak gi lagi. Serius memang nak gi lagi. Malaysia ni memang banyak tempat cantik-cantik. Me and Wife memang plan nak berjalan banyak-banyak. We all memang suka aktiviti camni. Huhuhu.

Pandangan dari bawah

So if you guys ade idea nak gi mana-mana, just post on your blog or FB la kan. Senang I dengan wife terjah korang. Ahaks, sementara belum dapat baby kan. Hahaha

Waktu ni dalam pukul 7.30 pagi, camera tersetting lebih sikit, tu yang dapat cerah semacam je tu

Nota kaki: Bila masa la kau ni kawen El-Zaffril

Monday, May 10, 2010

Cara Mengurangkan Rasa Marah

Ni cara yang di ajar oleh sebuah company jerman, kalau merasa marah, genggam saja stress ball seperti di bawah. Haha, kalau stress pun bisa buat begitu.

Bola getah je ni [Sebelum]

Selepas digenggam [esok buat lagi]

Bagus juga ada stressball begini, bisa buat saya merasa aman dan tenang je kat opis. Terutama bila bengang dengan seseorang yang mulut dia cam C*b*i. Hahaha maaflah kalau kau terasa ye. Adios

Nota kaki: Jangan berandaian, tak baik

Sunday, May 09, 2010

Berangan Diva

Saya percaya ramai blogger yang berangan Diva. Mungkin termasuklah saya sekali. Haha tapi saya menulis untuk kepuasan diri sendiri. Macam mana tu?

Diva Blogger... gurauan semata

Diva mengikut Wikipidea sebenarnya merujuk kepada pengibur-penghibur wanita yang mempunyai bakat yang amat cemerlang yang juga dianggap sukar untuk didapati untuk sesuatu era atau genre.

Saya rasa kamu sendiri tahu how things going on with blogging kan. Saya hanyalah blogger picisan yang tulisan saya ni sekadar menjadi jelingan sahaja.

Ni baru diva

Jadi jangan jadi blogger yang berangan Diva. Be Humble and down to earth. Sebab blogger sekarang ramai gile. Tak macam tahun 2006, masa aku mula-mula menulis blog. Haha tahun ke 5 now blogging, still tak pemes gak. Hahah

Nota kaki: Thanks Adi for bring me to this blogger world.