Wednesday, October 28, 2009

Cuma Sekali

Jarang-jarang menulis. Malas nak menulis. Lagipun tak ada cerita menarik untuk di kongsi. Nanti-nanti ada la perkara menarik yang harus dikongsi. Hehehe

By the way, hari Sabtu lepas sempat la menghadirkan diri ke majlis perkahwinan geng GMB Texas dulu. Argh, demm rindu gile kat Texas la weh. Texas memang antara moment-moment indah yang memang aku tak boleh lupakan.

Aziz and His Wife, Zaty

Antara geng GMB yang sempat aku jumpa

Poyo kan

Ni GMB junior, Faris namanya. Awatlah kau ni makin kurus Uncle El tengok.

Aku pun nak pose depan camera gak. Hahaha

Sejak akhir-akhir ni aku macam hilang arah nak menulis. Kadang-kadang aku rasa aku tak ada tujuan pun nak menulis kat sini. And then, aku realize yang aku menulis sekarang bukanlah untuk aku baca sekarang. Tulisan aku ni untuk aku tatap kemudian hari, mengingatkan moment-moment indah yang hadirnya cuma sekali dalam hidup aku.

Nota kaki: Hidup ini penuh dengan kejutan. Ingatkan dah cukup terkejut. Rupanya sangat-sangat mengejut.

Saturday, October 24, 2009

Just Hope

Just hope everything gonna be alright.

Monday, October 19, 2009

Malas sebenarnye nak update

Huargh, tertekannya la weh. Scholarship sponsor sampai bulan 4 tahun depan. Tapi macam kene extend je weh. Camne la aku ni. Project master tak siap-siap lagi. Shila ZM dah abes dah. Lagi la aku tertekan. Dia buat master setahun je weh. Adeh adeh. Kecut perut aku.

Sekarang jam menunjukkan 9.00 malam. Aku masih kat Lab lagi. Terpaksa kerja macam orang gila. Sebab masa dah time dah weh. Adeh. Anyway, aku akan tetap cuba gak update blog aku.

Lately aku takde story yang menarik untuk dikongsikan. So aku diam-diam je la kan. Hahaha. Duduk rumah pun terasa asyik nak tido je. Better la aku datang lab buat keje. Ade gak pekdahnye.

Foot note: Terlalu menjaga hati dan perasaan orang hingga mengabaikan hati dan perasaan sendiri.

Friday, October 16, 2009

Cheese Tart - Order

Ni saja tolong promote bisnes kawan aku. Nama dia Laili. So saja la mempromotekan bisnes homemade cheese tart. Sape-sape nak order bleh la order dengan menghantar email ke lely_mmu@yahoo.com. Bukan ape, ni satu cara aku nak tolong orang la kan. Instead of aku biarkan my blog yang kadang-kadang bersawang ni, at least aku bleh share something.

Harga boleh runding. Mesti la boleh runding kan. Order banyak-banyak konpem dapat murah punye. Range harga per'pc'
Besar = RM1.25
Kecil = RM0.65

Penghantaran sekitar Kuala Lumpur, Kajang and Bangi. Pos tidak diterima, sebab Based dia sangat rapuh dan rangup. Jadi kalau di pos nanti hancur lebur plak. Tak best la kan.

So kalau nak order boleh kontek Lely di lely_mmu@yahoo.com. Ok, tak pun. Korang boleh kontek dia di 017-2218897 dan buat arrangement dengan si Laili ni la ye.

Foot Note: Bisnes lain, next entry erk. Cik Wanie dengan Adief, nanti aku promote bisnes korang pulak. Ada sape2 nak request promotion of your bisnes.

Thursday, October 15, 2009

Novel Cover

Sape-sape yang baca novel aku, mesti perasan ada satu chapter tu, si Amir baca sajak kat tepi pantai untuk Auji. Tapi sajak tu sekerat je. Sebenarnye memang aku tulis sekerat tu je. Tak plan pun nak tulis pepanjang.

Tapi ade plak yang request kat aku untuk tulis the rest of the sajak la. Aku mana la reti bersajak-sajak ni. So with that, aku gagahkan diri untuk tulis sajak tu. Walaupun tak best. Aku try je. So aku edit untuk dijadikan cover la kononnye. Since "Benar-Benar" tak pernah ade cover kan. So layankan sajak with the cover. Aku amek sepupu aku jadi modelnye. So layan je la.


Semua orang nak konpem nak tau sambungan "benar-benar" kan. Insyaallah, esok akan aku upload chapter 15. Sedang gigih menghabiskan ni. Harap chapter tu tak mengecewakan la. harapnya.

Anyway, enjoy your reading at http://novel17.blogspot.com.

Foot note: Hallo Si Nasi... tu project utk 2nd novel

Wednesday, October 14, 2009

Wedding Nana and Adli

Tarikh kejadian: 3 Oktober 2009

Rumah Nana

Sempat la jugak menghabiskan masa di wedding Nana, walaupun datang sedikit lambat. Tak sempat nak amek pic Nana berarak. Haish, camno la kan. Jurukamera terlambat sampai. Ahahah. Tak ape, layankan je. Sebab tersesat la bagai.

Sampai2 terus snap gambar sanding je la. Hua hua hua

Upacara memotong kek

Ni antara geng MMU yang sampai awal

Nana ni teman seperjuangan masa study kat MMU dulu. Pergh, dia ni rajin gile study and tidak dinafikan baik sangat2 la weh. Yang tu memang tidak dinafikan.

Semoga Cik Nana berbahagia dengan Encik Adli

Maaf la ye. Tidak ada aksi-aksi menarik. Sebab aku kat sana kejap je. Takde la nak lama-lama. Sebab aku banyak open house.

Foot note: Semua orang dok tanye. Bile aku nak kawen? Jawapan aku. Tidak lama lagi dah. Hahahah

Friday, October 09, 2009

Warna-Warna Cinta

Tibe-tibe petang ni rasa rajin nak menulis. Selalu aku tulis blog waktu malam. Kemudian, aku akan buat schedule posting. Pagi sekali, petang sekali. Lagipun apa lah sangat tulisan blogger-blogger picisan macam aku ni. Bukan orang nak baca pun kan.

Hari ni aku nak cerita la, tentang warna kegemaran. Setiap orang ada warna kegemaran kan. Aku pun ade beb. Baru aku reveal yang aku suka 3 warna.

1st aku suka warna merah. Memang cun la weh warna merah. Tapi aku bukan fan atau die hard fan atau kejadah punye fan untuk Manchester United ye. Aku tetap dengan Chelsea aku. Hua hua hua. Aku suka warna merah sebab nampak warna tu garang. (Tak kisah la Edy kau nak kata Merah Mak Ngah ke, hape ke).

2nd Aku suka sangat warna putih. Sekarang tengah extreme beli kemeja warna putih. Walaupun takde la aku nak pakai pun kemeja tu. Tapi tetap nak beli. Padahal mengajar pakai T-shirt dengan jeans je. (Selekeh gile gi keje). Pada aku, putih ni suci la. Senang nak dicorak. Senang nak dimatchkan dengan sesapa. Macam aku, senang je nak kawan dengan orang. (Pergh, puji diri sendiri).

3rd Of course, aku memang suka warna biru. Dari dulu aku suka warna biru. Kenapa aku suka warna biru? Entahlah, aku tatau. Tapi aku memang sukakan warna biru. Dari kecik aku suka warna biru.

Perasan tak, the combination color yang aku suke sama dengan warna bendera Johor. Sangat anak Johor jati kan. Aku memang sayangkan Johor negeriku. Hua hua hua

By the way, aku takde la memperlekehkan warna lain tu tak menarik and tak cantik. Pada aku semua warna yang ada dalam dunia ni cantik-cantik belaka. Cume aku nampak menarik pada 3 warna ni

Foot note: Nikah baju biru, Umah dia purple, Umah aku warna Merah Putih.

Karok Budget Suara Sedap

Tak pernah plak aku nak bercerita pasal aku gi karok semua kan. Aku bukan suara sedap pun. Haiya, nak nyanyi-nyanyi baik takyah la. Minggu lepas hari jumaat, Lepas je solat jumaat terus cabut gi karok kat Green Box, Jusco Cheras Selatan. Sebab happy hours. 3 jam perhead baru RM10. Campur tax dengan service tax (banyak betul tax kat Malaysia ni, korang sedar tak?) baru RM11.50. Kali dengan 4 orang. Baru RM46. Yang bestnye, free flow drinks and tit bits. Wow, bukan air masak tau free flow. Air macam-macam ada.

Dari kiri: Zuhair, Aku and Halim

Ni Aziz (abang kacak)

Anyway, aku pergi ber4, rumet aku Aziz, Master Mate Zuhair dengan Halim. Zuhair dengan Halim suara power. Sedap, tapi Zuhair suara takde identiti. So u need to work on it Zuhair. Halim pulak, suara dia berlemak. Pergh, kalau Kak Heze dengar suara dia, konpem jadi anak ikan dia terbaru. Wakakakakakkaka

Habis karok, pegi la makan kat Secret Recipe. Aku dah tak rasa Secret Recipe ni sesedap dulu. Hurm, aku kalau gi sini memang makan Black Paper Lamb Pie je la. Sedap-sedap.

Black paper lamb pie

Ni aku tak ingat nama dia ape. Tapi Coffee punye adik beradik la. Aku memang suka minum Hot Coffee

So layan pic of the day, Aku amek Zuhair jadi model aku. Hahaha, si Zuhair ni memang suka bergambar. So layankan je la yerk Zuhair

Sape punye jari la yang cacat tu

Kak Heze: kau cair tak tengok kecomelan muka zuhair ni

Foot note: have you ever...

Thursday, October 08, 2009

Keropok lekor

Dah nama pun gi ganu. Tak sah la kalau tak pegi beli kopok lekor kan. Orang ganu cakap losong dah tak bape nak pemes. Yang pemes sekarang Bukit Tok Beng. Aku pun tatau. Aku bukan orang ganu pun. Bukang hari hari makang kopok lekor. Hahahahaha

Adik aku cakap, "Ape motif kau amek gambar angkat kaki macam tu"...
Jawapan dia "Sebab Aku tak boleh melompat, dapat angkat kaki pun jadi la"


So ape lagi, layankan je la pic aku post dengan papan iklan kopok lekor. Cukuplah ye, macam tengah tunggu BMW punye F1 race kan.

Takyah tengok la bape banyak yang kopok lekor yang kitorang beli. Yang penting, kete mendak ok. Hahahaha

Foot note: Cerita cinta biasa antara aku dan dia, moga jodoh kami disampaikan. Tak lama je lagi. Hahahaha

Oyen Wedding Day

Ni pic kat rumah pompuan. Lepas menikah malam tu, the next day adalah majlis bersanding di rumah pihak pompuan. Aku ni jadi la jurugambar tak bertauliah. Anyway, best gak jadi jurufoto. Tapi tak larat part mengedit gambar. Sorry la guys. Lambat upload. Hahaha baru tau nape Adi lambat upload.

Anyway, layankan je la pic kat bawah. The theme color of the day was purple. Nice gak warna purple. Dia suka warna purple, so umah awak nanti purple. Umah saya warna ape erk. Red and White cantik tak?

Masa ni tengah berarak

So atas pelamin, menjeling-menjeling la.

Makan beradab ke macam ni Oyen...Aiyak...

Masa pengantin tengah makan. Aku ape lagi. Naik tocang la. Yerlah, nak ada pelamin bukan selalu kan. Sekali sekala je. Bagi la meriah sikit depan pelamin. Tahun depan turn aku plak. Hahahaha

Pose dulu depan pelamin

Jangan marah erk. Keris di tangan kanan, bunga tangan kiri

Pic of the day la. Budak ni comel gile. Mak ai, harap anak-anak aku besok comel-comel macam ni. Fotogenic macam ayah dia ni la. Hahahaha. Lagi satu tu, pic wife isteri sepupu aku merangkap adik kepada oyen. Namanya Mira.

Ya Allah, Maha Besar Kuasa Mu

Mira

Waktu ni tak ingat ape aku buat. Ape pun, layankan je la erk. Malas nak cite panjang-panjang. Masa ni muka aku nampak garang tak? Hahahahhaha Aku rasa macam garang

Aku rasa macam macho gile plak time ni (matilah feeling sorang2)

Foot note: Memang cinta ada dalam jiwa kita

Wednesday, October 07, 2009

Cari Jodoh - Wali Band



Apa salahku apa salah ibuku
Hidupku di rundung pilu
Tak ada yang mau dan menginginkan aku
Tuk jadi pengobat pilu
Tuk jadi penawar rindu
Tuk jadi kekasih hatiku

Timur ke barat selatan ke utara
Tak juga aku berjumpa
Dari musim duren hingga musim rambutan
Tak kunjung aku dapatkan
Tak jua aku temukan
Oh Tuhan inikah cobaan

Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku

Pengumuman-pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasihani aku
Tolong carikan diriku kekasih hatiku
Siapa yang mau

Oyen Nikah 25 Sep 2009

Ni gambar nikah oyen, my cousin yang dapat orang ganu tu. Huhuhu, so aku buat a bit classic la dengan warna black and white. Takde masa nak edit la. Kalau ade masa, Alhamdulillah. Banyak nak buat kalau diberi banyak masa. Tapi Allah tu maha adil, dia bagi kita masa sehari 24 jam. Sama rata semua orang.

Anyway, kali ke berapa entah aku tengok orang menikah. Aku plak, tak sure lagi bila la aku ni nak menikahnya. Hahaha... Layan...

Ni masa oyen tengah bersiap. Hahaha Smile oyen... nak amek gambar Ok, dah siap... Pose minit-minit terakhir sebagai orang bujang

Konpem la nervous weh time ni The hantaran

Bakal isteri (time amek pic tu bakal la kan)

Sekali lafaz je tu

Tandatangan oyen, dah sah jadi suami kan

Aku suka part ni

Aku sibuk makan la. Lapar la weh

Untuk Oyen, jangan nakal-nakal. Hua hua hua. Jatuh katil bangun sendirik erk. Wakakakakka, kalau patah katil nasib la. Wakakakakkakaka (gile keji pemikiran)

Foot note: Ada orang kata cinta tu tak logik... gile ke ape orang tu