Aku on the way balik ke KL dari kampung. Berhujung minggu. Bertolak dari bus station Batu Pahat jam 8.00 Malam. Baru nak gerak, driver bas cakap kat alor gajah eksiden. Jalan Jam. Aku cakap dalam hati 'Ah sudah. Sampai KL Lambat'
Lalu di tempat kejadian [setelah stuck almost sejam setengah di dalam kesesakan]. MasyaAllah, melihat tempat kejadian, memang ngeri kemalangan tu. Difahamkan bas ekspress arah ke KL dari Melaka (menghala ke utara) telah melambung masuk ke highway menghala ke Selatan. Kemudian menghempap dua buah kereta. Bas Jabatan Kebajikan masyarakat tak sempat mengelak melanggar kenderaan yang telah terlibat dengan kemalangan. Ada sebuah lagi van, tp not very sure ape yang berlaku kat Van tu.
Kemalangan di KM223, Simpang Ampat, setakat ini difahamkan 12 maut dan 45 orang cedera parah serta ringan. Masa kemalangan 6.50ptg 10.10.10 [dah nak masuk maghrib]. Don't play with figures yeah. It is just a fact.
Mengikut sumber tidak rasmi - pemandu Myvi itu meninggal dunia di tempat kejadian, kecederaan serius di kepala [Lampu brek masih menyala]
Punca, ada yang kata angin lintang, ada yang kata tayar bas ekspress tu pecah 4 biji [very tak logik sangat]. Ada yang kata bas ekspress tu bergesel dengan kereta. Bende dah berlaku, punca itu jadikan teladan untuk kita lebih berhati-hati. But for sure bas itu dipandu laju sebab menurut sumber bas itu berada di lane kanan sekali. [mesti with a minimum speed of 120km/j-bas sangat tidak stabil kalau dipandu dengan sangat laju kerana centre of graviti bas yang sememangnya kurang stabil, lebih-lebih lagi bas double decker] Pada aku kemalangan lebih berpunca kepada sikap manusia yang gelojoh, tidak sabar, tamak, pentingkan diri sendiri etc.
Tadi ada baca komen, sedih dengan jalan kat Malaysia which speed trap di sorok-sorok supaya boleh saman orang. Patutnya speed trap di tayang besar-besar bagi semua pemandu nampak dan memperlahankan kenderaan dan berhati-hati kononnya nak elak kene saman. Kan bagus bile semua kenderaan perlahan je, dan berhati-hati. InsyaAllah, kemalangan maut akan berkurangan.
Mayat yang dialihkan ke tepi jalan untuk pembersihan jalan, Update kata ada 12 orang, masih samar-samar mengenai jumlah mangsa
Aku pula, sejak kemalangan ngeri berlaku pada diri aku. Drive kete on average 110km/j with a maximum 120km/j. Kalau naik bas, doa banyak-banyak supaya aku selamat pergi dan balik. Tak lebih dari itu aku minta dan selalu aku berdoa, jika diambil nyawa ini, biar dalam keadaan sempurna.
Dulu mak selalu marah, 6.30ptg je mesti dah kene masuk rumah. Tutup tingkap semua, tunggu maghrib. Sekarang mana ade orang kisah dah pasal ni. Hurm, barulah aku faham. Tak elok maghrib berada di luar rumah. Syaitan itu akan mengganggu anak adam dari dia lahir sehinggalah nyawanya dicabut.
Nota kaki: Al-Fatihah...
9 comments:
Betul.. Kalau saye balik kampung pun, saya duduk lane kiri, dorang sedap duduk lane kanan, potong sana sini.. Laju.. Tapi, malang tak berbau kan orang kate.. Ngeri..
bas tu bawak di lane kanan?mak oii..laju gila.dah tulis besar2, kenderaan berat lalu kiri!
taufan angin lintang, tetiba teringat 'farcir'.huhu
bas klu kt highway mesti bawa laju smpi rasa xselamat.
Mmg nk smpi ikut waktu tp keselamatn perlu diutamakn..
Takziah diucapkn kpd keluarga mangsa.
Ya Allah sedihnya dgr.. Salah sorang dari mangsa yg meninggal dgr Hot tadi, nk konvo minggu nih kat UPSI. siannyer.. ble jadi cam nih rasa insaf jap, tp ble atas hway xtau la adrenalin nak jugak memuncak utk speeding..
Love,
PojiePooh Abdullah
dah kerana inilah jugak ai tak penah berani naik bas sampai hari nih.....huuu naik ketapi je kalo tak drive
hmmm... 2 la... kadang2 kita dh berhati-hati tapi org lain plak yg bt hal
sedih dgr berita...ada kazen akak nk balik JB bertolak dari klang 8.00malam...dah masuh highway tu baru dapat call ada eksiden..so xleh nk patah balik...terjah jek jem
last2 smpai JB about 4pagi tadi sbbnye benti kejap tdo ngantuk sudah...huhu
Takziah pada keluarga mangsa...
Betul tue...kalau nak maghrib,elok balik umah jer..mmg tak elok pun dok luar..rumah pun, bila dh nk maghrib kena tutup tingkap dan pintu...
Apapun, semoga kita dilindungi Allah...
Al-Fatihah utk mangsa yg beragama Islam...
Pemandu MYVI Merah masih hidup lagiler ..baru jea baca surat khabar smlm. maklumat salah ler broo.
Post a Comment