Thursday, October 14, 2010

Cinta 702: Itu Mungkin Renungan Pertama, Tetapi Bukan Renungan Terakhir

Hari-hari persekolahan berjalan seperti biasa. Pagi pergi sekolah, tengahhari balik rumah sekejap, kemudian petang ke sekolah agama. Masa terluang pagi, dan waktu rehat, aku pergunakan sebaik mungkin dengan rakan-rakan.

Adakalanya aku membawa bekal ke sekolah dan makan beramai-ramai bersama-sama manusia yang bisa aku gelar sahabat sekolah rendah. Duit belanja yang diberi, aku lebih selesa masukkan ke tabung sahaja, kadarnya bukanlah banyak. Seminggu bisa mencecah RM2.50. Tidak pernah sekalipun diri ini mengeluh.

Permainan yang popular ketika itu, main ceper, batu seremban, congkak pun ada. Sehinggakan pemadam pun boleh menjadi satu permainan dalam kelas. Dam janganlah cerita, segala jenis dam kami main. Kadang-kadang bermain bola elak, yang ini paling menyeronokkan. Bukan sebab permainan dia yang luar biasa. Tapi kami dari darjah 1 sehingga darjah 6 bergabung main permainan ini. Memang ramai, sampai kadang-kadang main sehingga 80 orang. Hahaha. Seronok bukan.

Hari penyampaian hadiah, mak selalu datang. Melihat adik menerima hadiah. Aku, tidak pernah sekali pun terima hadiah apa-apa. Maklumlah, aku ni biasa-biasa. Nama dia turut meniti bibir mak.

‘Kaluarga dia memang pandai-pandai.’ Itu ayat yang sentiasa keluar dari bibir mak ketika melihat senarai penerima anugerah kecemerlangan.

Satu hari, aku berjalan melalui kaki lima kelas. Sudah ditakdirkan aku berselisih dengannya. Tiba-tiba, matanya memanah ke arah mata aku, merenung dalam anak mata ini.

‘Argh, jangan pandang aku begitu wahai pengawas yang garang. Aku tidak buat salah apa-apa.’

Sehingga ke hari ini, masih aku ingati renungan yang sudah berbelas tahun. Cuma aku sukar mengingati tarikhnya. Itu mungkin renungan yang pertama, tetapi bukan yang terakhir. Bisakah kau ingati, kerana aku masih bisa mengingati detik itu.

Bersambung tak tahu bila.
Justify Full

6 comments:

Faizal Sulaiman said...

bola beracun..i like:P

wahhh sambung2:)

sepet_bulat said...

oh along. pengsan sebab dalam selamba tapi sangat sweet gila.

oh. cepatlah sambung. nanti ai meroyan lagi.
p/s: dapat kat khabir bathia jadi manuskrip filem dia sure gempak. tapi. erk. ade ke pelakon iras2 along. ke maulana? woh!
lari2!!

attyfir said...

setia....je tunggu to be continue pun..huhhhhu

shahirahkhairudin said...

senyum untuk episod ke dua..

hikayat bersambung.. geram wehhhh... sepat sambung.. nanti wa simbah lu punya belog dengan cat kaler merah.. mau?

Hezesuze said...

setia menanti kesinambungan walaupun xtau bila ko nk sambung kan el...hehe

MR. SYAH said...

aku king of eraser dulu... hahah...