Saturday, October 16, 2010

Cinta 705: Awak, Selamat Tinggal Erk

Sukar benar hari itu, menghadapi hari terakhir persekolahan di sekolah rendah mungkin pada sesetengah orang biasa sahaja. Meninggalkan enam tahun zaman membesar di sekolah bersama rakan-rakan yang sebahagiannya akan terpisah. Mungkin akan sukar untuk berjumpa kemudiannya.

Saat melangkah keluar, aku memandang ke arah bangunan kelas. Kemudian memerhatikan sekeliling, dari tempat letak basikal, padang, kantin, dan yang terakhir sekali, bilik guru.

‘Tak nampak pun pengawas garang tu. Nak lambai selamat tinggal.’ Bisikku dalam hati.

Hampa, dia langsung tidak kelihatan hari itu. Mungkin sibuk dengan aktiviti sekolah darjah empat yang berpindah ke darjah lima. Aku pula akan berpindah sekolah.

Aku dengan tabiatku. Memandang matahari yang bersinar cerah pagi itu. Melihat kepulan-kepulan awan yang mencipta lukisannya sendiri di langit.

‘Selamat tinggal.’ Moga semua mendengar dan melihat lambaian dari hati ini.

Langkahku aku buka berat. Meninggalkan kenangan zaman kanak-kanak yang hanya tinggal memori sahaja selepas ini.

Sambung esok saja lah erk

2 comments:

dayah said...

napa cinta tajuk dah beratus san.
selamat tinggl kenangan sekola rendah.
sy jatuh cinta cikgu math cikgu kamal masa ms darjah6. menangis dpn dia

shahirahkhairudin said...

haih.. beratnya rasa hati, nak melangkah pergi.. tetapi apakan daya aku terpaksa.. buat kali terakhir.. inginku mengucapkan, semoga dirimu berbahagia selalu.. belajar rajin-rajin.. jangan nakal-nakal..

eh.. over lak ai.. wohaaaa...