Wednesday, July 22, 2009

Petua Kebahagian

Petua 8P Ustazah Siti Nurbahyah

Siti Nur Bahyah berkata,
  1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan.
  2. Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
  3. P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
  4. 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.
  5. Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman'
  6. Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
  7. Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.
  8. Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.

Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.

Khakis: Mencari erti kebahagiaan sebenar

16 comments:

oli said...

good info...saya cilok ke blog saya yaaaa

malinasiam said...

semue P aku rasa aku boleh ikot
tapi tang P no. 2 tuuuu cam aku xblh arrr
kalo aku gediks nk buat jugak ko rasa blh takkkkkkkk???
mati aku kena libas ngn umi aku!!!

El-Zaffril said...

Oli: Sila2... i tak kisah pun... something good we share together right?

El-Zaffril said...

Kak Ina aka Momguess: Kau peluk je Pak Tam tu... secara tiba2.... wakakakaka... konpem dia suka terus....

malinasiam said...

aku bukan xnk peluk p tam 2
mmg gediks nk peluk woittt
tapi
HARAMMMMMMMMMMMM lagik lahhhh
psss...
kalo aku peluk dediam
occay tak???
ahakss

Hezesuze said...

alhamdulillah all the P akak amalkan ...lgik2 P no 2 tu...hari2 uols!

dan dlm phubungan ni yg penting ada sifat give n take...

like abg pomen bleh g memancing dan isterinya bleh g meronggeng gan dak2 blogers....wakakaka

El-Zaffril said...

Kak Ina: Ok je... saya tak nampak... hahahahahhahahha

El-Zaffril said...

Kak Heze: tengok muka uols pun dah tau... hehehe...

Anonymous said...

baguih petua ni..
tpi blom bleh praktis kan lagi la..
haraammmm

durhh!

El-Zaffril said...

Fatin: Hahaha... tunggu nikah la kalau macam tu kan...

HajahFizah said...

uikss....mcm knl jek entry nih...mcm pernah post kat blog kite le...huhu

I-sya said...

el.. sumer P tuh kita buat tau tapi tak semua P tu akan diamalkan setiap hari sbb yerlah...manusia ni selalu culas dengan masa...

El-Zaffril said...

Ijah: Aku cilok je dari blog kau... wakakakakkaka

El-Zaffril said...

Acha: tak ape... yang penting ada amalkan... tu paling penting

HajahFizah said...

xpe aku izinkan...coz aku cilok gak dr blog sape ntah...huhu...penyebaran ilmu yg berkesan...heheh

reidaa said...

ok jgk kan kalau ikut semua "p" tu kan