Friday, July 03, 2009

4 Cara Untuk Menghargai Diri Anda

Hari ni aku nak share health and beauty tips yang aku dapat entah dari mana entah. So aku cuma nak share dengan korang yang sentiasa tidak berpuas hati dengan apa yang mereka miliki. Terutama orang-orang yang merasa diri mereka "gems".

1. Mempertimbangkan kelebihan dalam diri anda

Jangan la terlalu lemah bila melihat kekurangan diri anda. Anda gemuk ke, anda pendek ke. Anda kering sangat ke. Anda kena melihat diri anda dari dalam. Apa kelebihan dalaman yang anda anda. Contoh:Anda pandai masak, anda pandai menjahit atau paling tidak pun, anda juara dalam pertandingan makan. Tak kisah lah, ape pun. Janji anda melihat diri anda dari sudut yang lain. Jangan nampak orang tu cantik atau hensem tu dah perfect. Kadang-kadang bengap gak.

2. Berhenti Mengkritik Oranglain

Ni lebih kurang gossip tentang kekurangan orang lain. Antara yang aku tak suka la. Janganlah nak kritik orang lain. Tak baik la. Sebab itu akan menunjukkan anda cuba menutup kelemahan diri. Tapi kene ingat satu la. Kalau korang tuding kat orang lain dengan 1 jari telunjuk. Yang 3 lagi akan tuding kat kita semula.

3. Berfikir sedalam-dalamnya

Berfikir sedalam-dalamnya dalam melakukan sesuatu. Mesti la kan. Jangan nak cantik, pegi suntik keliling muka. Silap-silap ade yang tercabut hidung. Fikir la baik buruknya. Tak pun, nak kurus sangat-sangat. Makan pil kurus. Jangan sembarangan. Nanti tersilap amek, buruk padahnya.

4. Suruh pengkritik untuk diam

Kalau orang kutuk-kutuk korang sebab korang ni gemuk ke, kurus ke. Suruh diorang diam. Jerit kuat-kuat sikit. Masa tu la korang rasa diri tu lebih berharga. Hehehe betul ape. Ingat diorang kutuk-kutuk tu, diorang bagus sangat la weh. Cermin la diri tu sebelum ank kutuk orang.

Nota kaki: Macam tips 3R plak.

10 comments:

rizz said...

3r ktnya.hahaaa

Precious said...

Bakal juru acara 3R kot ...

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

el nak ganti rafidah ker tini? :p hiks ;)

||| PöJìé PööH ||| said...

hahahahah!!!!
i liiiikkkeeee ur n3!!
besh²!!
thanks for raise me up back dear!!

El-Zaffril said...

Rizz: 3L plak lepas ni... khas untuk lelaki

El-Zaffril said...

Precious: Takde bakat kot

El-Zaffril said...

Anuar: Featuring la... tanak ganti sape2... tak baik la plak...

El-Zaffril said...

Pojie: tak semua orang kurus... meletup tu sihat... hehehehhe... kalau orang kutuk-kutuk kita just tell them "SHUT UP"

atty's said...

bagus entry nie..

El-Zaffril said...

Kak Atty: Saya pun cilok dari mana ntah