Monday, June 01, 2009

Rempiting: Edisi Pedih Bontot

Hari Sabtu hari tu, aku ni sangat la bengong. Kepala fikir macam-macam masalah. Sangat banyak ok. Pusing keliling pun tak habes. Lepas maghrib tu tertido kejap. Penat melayan adik aku, Baya, Hazira dengan Auji jalan-jalan kat Mines.

Tersedar sebab Wanie call. Then letak je phone. Aku terus la mandi. Decide balik kampung terus. Aku rasa tenang sikit bila buat decision macam tu. Apa lagi. 1st time merempit dengan Wak Sonto ke kampong. 10.30 malam tu bertolak dari rumah Serdang.

Kemas baju lebih kurang je

Sesi pemanasan organ-organ dalaman Wak Sonto

Bayangkanlah, 10.30 malam tu dari Serdang. Nak sampai johor pukul bape? lantak la. Aku peduli apa. Janji aku sampai kampung. Nak makan buah kuini. Nyum nyum. So dah ready tu aku pun mulakan perjalanan. tapi sebelum tu isi minyak dulu kat Shell Serdang.

Ni time siap isi dah

Habis je isi, terus masuk Plus Highway. Nak ikut mana lagi. Jalan lama langsung aku tatau. Har har har. Horror siot bawak moto memalam. Tak sangka menakutkan. Hahahhaha. Tapi aku nak nasihatkan korang la. Kalau merempit, Jangan pandang belakang. Hahahaha. Bukan apa. Nanti terbabas.

Then aku ikut exit Ayer Keroh, sebab perut aku dah berbunyi. Lapar la weh. Lapar bangat siol. Siang tu cuma makan Sizzling Yee Mee je. Aku pun decide la time kat toll tu, nak makan kedai depan King's Hotel. Tapi sebelum tu kene isi minyak. Cari Shell tak jumpa. Esso pun boleh la. Lupa dah Jalan-Jalan Area Melaka ni.

Toll Ayer Keroh

Esso di Bukit Baru

Kat sini la aku makan, Restoran Mohd Aini kalau tak silap. Aku makan Asam Pedas Ikan Pari. Siap tambah nasi tu. Aku dah lupa apa yang sedap kat kedai ni. Yer la. Dah lama tinggalkan Melaka. Sampai lupa kedai-kedai best kat sini. Masa tengah makan tu. Terjumpa la Abang Rostam aka Pak Tam and the family. Dia ni otai Texas la (terlupa nak snap pic dia dengan family). Kampung Pak Tam ni dekat saja. Di Jasin. Huhuhu

Amek gambar dari dalam je

Sebenarnya masa kat Melaka aku teringin sangat nak jumpa seseorang. Tapi aku kuburkan je niat aku. Menjaga hati katanya. Wah gigih katanya menjaga hati. Har har har. Apa-apa la El-Zaffril. Lagipun salah satu sebab aku berhenti kat Melaka sebab nak sejukkan Enjin moto yang dah panas sangat tu. So kene rileks sekejap. Sambil tu makan terus. Tak boleh balun merempit terus. Ade karang yang Piston pecah macam anak sedara aku punye moto (Dari KL sampai Kuantan 2 jam 30 minit and Naik moto).

Aku lepas makan tu aku terus la start balik ke rumah. Merempit tak hengat, sampai tak perasan tali kasut terburai. Hahaha, bayangkan betapa lajunya aku bawak moto. hahaha. Dah terburai tu, amek kesempatan la kan. Aku memang dah lama teringin sangat nak snap pic kat sini.

Tada, Pojie... cuba teka

Comel tak gambar ni?

Masa ni bontot semua dah pedih dah. Pinggang dah sakit semua dah. Padahal ade lagi lebih kurang 100km lagi nak merempit. Jam 2.30 pagi aku pun sampai la rumah. Tepon rumah. Abang aku pun jawab tepon. Dia pun terkejut. Pelik sebab aku sampai rumah merempit. Subuh lagi la mak aku terkejut. Sedar-sedar anak dia dah terbongkang kat ruang tamu. Tak sedar diri tido. Haha. Susah betul nak kejut subuh time tu. Almaklumlah. letih gile.

Then the next day, lepas breakfast, aku tido balik. Sampai la pukul 11.30 pagi. Pergh. Memang syiok la tido. Hilang segala masalah dalam kepala otak aku. Tapi aku nak kene pi rewang umah jiran aku. Anak dia kawen. (Aku bila lagi). Hahaha aku cakap kat depa. Aku masih belajar. Alasan yang sangat munasabah.

Sampai la ke petang aku kat situ. Aku melantak nasi putih, lauk ayam goreng, daging masak kurma dengan sayur nangka. Pergh, memang buncit perut aku makan rumah kenduri kawen tu. Sedap siol sayur nangkanye. Peberet gua tu beb.

Ni kampung aku yang biasa-biasa saja

Then petang tu lebih kurang 5.30 balik ke KL semula. Sedih wo, tak puas balik kampung kali ni. Kat rumah tak sampai 24 jam pun. Huwaaa, nak buat camne. Plan ni tersangat la last minit. Lagipun banyak keje kat sini nak kene settle.

Toll Ayer hitam, banyak gile kenderaan time ni

Balik KL aku ubah plan. Ikut lebuhraya utara selatan dari Toll Ayer Hitam. Huhuhu. Nak try ikut lebuhraya plak. Saja nak merempit lagi mantap. Hahaha. Sebab masa balik kampung memula tu sampai melaka terus ikut jalan dalam.

Signboard Exit Pagoh

Stesyen Minyak kat Pagoh

Singgahlah berehat di hentian Pagoh. Nak isi minyak la konon-konon. Sambil rehat selama 30 minit. Jaga Wak Sonto maa. Then amek la peluang isi minyak semua. hahaha, segan nak snap pic banyak2. Al-maklumlah. Hp murah.

Petronas kat R&R Ayer Keroh

Surau petronas Ayer Keroh

Then teruskan perjalanan dan singgah la kat Petronas Kat Ayer Keroh. Mak Ai, Ramai gila orang nak isi minyak. Hahahha. Tuh baru aku snap pic sikit. Segan nak amek pic banyak-banyak. Hahaha Memula ingat nak solat kat sini. Tapi ramai la plak orang. Batalkan niat aku. Jamak la jawabnye. Bukan jamak takyah ye.

Traffic Sesak aaa

Then aku aku teruskan perjalanan. Sampai Seremban hujan la pulak. Nak buat macam mana. Berhenti la kejap. Tapi at last aku redah je. Hujan tu kan Air je. Bukan ape pun kan. So lepas tu aku singgah R&R Seremban. Solat Jamak Maghrib dengan Isyak. Huhu lepas tu redah terus sampai Serdang. Pukul 10.30 malam sampai rumah Serdang.

Memang letih la. Serius, 24 jam cukup-cukup aku keluar rumah. Haish. Memang letih. Masa bertolak, 4 jam naik moto. Masa balik, 5 jam atas moto. Memang serius. Pedih gila Bontot. Memang sangat pedih la. Tak larat rasa lepas tu. Nak duduk pun leceh.

Nota kaki: Macam mana raya nanti nak merempit erk. Kompem raya nanti jalan kengkang

18 comments:

Cik Wanie said...

YA ALLAH,
i x sangka tau,
lps kita berborak ptg tue,
u terus rempit blk kg,
adoilah,
u nie kannnnn,
hurm....

u nie mmg "MAT REMPIT" sejati,
I LIKE !!!!!

hik hik hik,
nanti raya u x payah merempit,
u try bawak lori plak,
ok x????
bluek!!!

El-Zaffril said...

Wanie: Kalau i bawak lori balik raya... dah tak rempit la....

Anonymous said...

OMG nasib baik still hidup lagi
merempit tu merempit jugak
tapi keselamatan diri jangan lupa..

jumpa saper kat melaka malam2?

El-Zaffril said...

Anonymous: Hahaha... Alhamdulillah... masih panjang umur lagi... by the way... memang best merempit... Kat melaka tu jumpa Abg Rostam and the Family la... Dia my Senior kat Texas dulu...

Nur Farhana said...

Incik.. Mali mlaka tarak bg tau pon.. Ish3.. Lg satu kan.. Kdai mkan dpan king's??? Ku rasa dpan tu hospital pantai.. Ahakz..

Hamboi3.. Mkn kuini x ajak org.. X sharing is caring pon.. Uhuk uhuk.. Pape pn, auwww.. I like wak sonto.. Ahakz.. =p

El-Zaffril said...

Farhana: yes.. tepat sekali... tempat tu kat simpang empat... hahaha... hospital pantai... sekolah menengah bukit baru... then king's hotel...

Farhana: Makan kuini sorang-sorang la... kalau idak kempunan tujuh keturunan

hani said...

mak aihh...gigih sungguh awk nie..merempit siang dan malam..hahaha..

ish, rindu lak nak g ayer keroh..nak g lepak kat JJ n jalan2 kat taman tasik..hahahaaa..:p

El-Zaffril said...

Hani: Awak rindu nak gi ayer keroh, jj and nak jalan-jalan kat taman tasek... saya rindu melaka dan seluruh isinya... macam mana tu

rizz said...

merempit lek lok tuh ahahha syngi nyawa andaaa

El-Zaffril said...

Rizz: Memang sangat menyayangi nyawa... hehehe

.v.a.n.e.L.L.a said...

klu anda xltak gambar td,

pasti ak da byg wak sonto nih mnsia yg hbat la.

haha.

;D

AiZouL tHe aBg keChiK... said...

wak sonto?
jawa sgt..kikiki..
nama skuter aku carloz ego
amacam stylo x?

Anonymous said...

He's never listen so kalau jadik pape pasnih i will recite la al-quran for u. Okeh??

||| PöJìé PööH ||| said...

aiyoooo..
macam ku kenal jer dua pic tuh!!
di mana yer..
**matilerr feeling amnesia..

btw blk kg xajak, leh rempit sesama..
konvoi!!

El-Zaffril said...

.v.a.n.e.L.L.a: memang wak sonto sangat hebat pun... dari kl ke rengit... 4 jam sajo....

AiZouL tHe aBg keChiK: Wah... hebat namanya tu... harap2 tuan dia sangat hebat gak la... Sama sesuai dengan Carlos dia...

Anonymous: Thanks dude for the recite... Really appreciate it...

||| PöJìé PööH |||: Pojie... El balik kg last minit plan... hahahaha... gambar 2 tu memang feeling sangat ok... sangat best dapat amek gambar atas jambatan... orang lain mana bleh buat camtu...

Mohsin-Chan said...

ko smpi melaka tak bgtau aku pun...huhuhuhu.

weh, pehal ko merempit balik kg? mana pi vios ko? aku nak beli moto pas nih...kalau balik kg singgah melaka...roger2 la aku.mana tau aku nak balik sekali... leh teman ko merempit~ hahahahha....

hani said...

saya rindu melaka dan kenangan-kenangan lama yang tak mungkin akan saya lalui lagik..hahaha..gila ayat skema nk mampos..:p

tapikan, bila awk cerita awk balik kampung tu, rasa rindu mau jalan-jalan kat rumah kwn sy kat Rengit gak...

*mood rindu melaka dan johor..hahaha*

El-Zaffril said...

Mohsin-Chan: Mohsin... aku lupa yang kau ada kat Melaka daaa... hahahahahha

Hani: Saya pun rindu nak jalan-jalan kat rengit.... rasa nak ambil cuti lama-lama lepas tu jalan kat rengit... Syioknye...