Pada mulanya aku tak rasa mahu menulis sedikit pun tentang beberapa perkara yang aku rasa harus disimpan sahaja untuk diri aku sendiri. Tapi apa yang berlaku itulah realiti kehidupan dan aku akui yang kegembiraan dalam hidup ini bersifat sementara. Lagipun Allah itu kan maha adil, diciptakan bumi ini sfera, pusing-pusing, lambat laun, jumpa juga. Tetapi tidak salah untuk bergembira bukan.
Hari sabtu yang lalu, aku menghadirkan diri ke jemputan ulangtahun kelahiran Cik Wanie. Sememangnya aku jarang menghadirkan diri ke majlis-majlis seperti ini. Diri sendiri pun, berapa kali sahaja menyambutnya. Itu pun ala kadar sahaja. Itu pun sudah memadai.
Aku bertolak selepas Asar dari sini. Memandangkan aku pergi seorang, jadi aku hanya merempit sahaja. Seperti biasa, tiada apa yang perlu ditakutkan. Lagipun aku yakin dengan diri aku.
Tidak banyak yang perlu aku ceritakan di sini. Kerana kalian boleh la melawat blog-blog mereka yang hadir ke majlis itu antaranya Wawa, Rizz, Cik Wanie, Aizoul, Ajim, Pojie, (Sekadar menyebut beberapa nama). Semua puas bercerita kemeriahan malam itu. Terima kasih. Aku hanya tersenyum seorang diri membaca keletah mereka.
Bersama sahabat blogger aku, Khai nama panggilannya. Dua hari sahaja muda dari aku. Kami berasal dari daerah yang sama.
Tiada gambar yang aku miliki untuk malam itu. Cuma ada sekeping di handphone yang telah dimmskan oleh seorang sahabat. Itu sahaja yang aku ada. Gambar selebihnya. Kalian bolehla menjenguk blog-blog yang aku katakan tadi. Potret dari aku malam itu, biarlah aku rakamkan di lensa mata ini sahaja. Cukup la itu.
Nota kaki: Tahun ini ku biarkan ianya sepi
10 comments:
alahaiii...
sedih dengor...
awat nih!
wah wah wah.. berbaju bunga2 mawar lagi yer si khai tu... ;P
Pojie: Mana ade ape ape... saja je tu...Hangitkan orang katanya... (tak sesudah)
Khai: Itu namanya... pengunjung paling meletup... hanya kamu seorang sahaja pakai baju bunga2... katanya
Kenapa perlu sedih andai diri tak bersalah.. ingat hati perlu ceria.. sentiasa baik pada orang tetapi ada batasannya...
sesekali terbang tinggi, jangan lupa pandang ke bawah.. agar kita tahu di sana juga kita akan kembali.. :)
tertarik dengan nota kaki... tahun ini kubiarkan ianya sepi...
bagi aku, tahun-tahun inilah yang buat aku jadi sepi,,,
tahun yang sukar aku mengertikan...
Salam,
kenapa seperti kurasa seperti sahabatku ini dalam keadaan emosi yang tak stabil... senyum yek ;)
tula awat sedey..saje je kann haha
Danish: Tiada apa-apa la... i'm ok...
Faizul: Sememangnya sentiasa sukar dimengertikan
Fendi: Tengah senyum la ni... hahahahah
Rizz: Some thing were better remain untold
sedey ker el
sian dia...tp i x caye pon
sbb u mmg gemar buat org lain hangit..hehe
apa pon hadapi apa jua dugaan yg diberi
sama ada gembira mahupun duka.
p/s: sian el kene sekeh sbb ajar anis bukan2. xper ajar jer lg sbb yg kne sekeh adalah el bkn anis...hehe
bla nk jumpa kiter plaq?!!!
kata nk bwa pusing2 KL?!!
Post a Comment