Wah, tajuk je sudah bikin orang mahu membacanya. Ada apa ye dengan tajuk tu. Sebenarnya kisah ni agak basi dah. Lama sangat aku peram. Aku rasa dah dua bulan aku peram cita ni. Aku nak cita kat sini agar korang-korang semua berjaga-jaga la ye.
Kisah ni masa bulan April hari tu. Aku balik kampung dengan Adik aku and tunang dia sekali. Kami balik bertiga tapi naik dua kereta. Camno tu? Hahaha. Tak penting susunan manusianya. Yang penting masa balik tu.
Yerlah, kitorang balik dah lewat sangat kalau tak silap. Dari kampung lebih kurang pukul 6.00 petang macam tu la. Memang dah lewat. Then rush balik kl la. Aku drive sorang-sorang. Adik aku dengan tunang dia. Aku jarang direct ikut lebuhraya. So aku akan ikut jalan biasa masuk AMJ.
Masa kat AMJ ni la kisah ini berlaku. Aku drive slow je. Ikut lane slow la. Sampai kat traffic light kat AMJ Muar tu. Ada satu kete viva hitam parking sebelah. Aku buat dek je. Tiba-tiba aku terperasan orang dalam kete sebelah tu merenung aku sangat tajam.
Aku dok pk, apalah diorang pandang. Tapi renungan dia, pergh. sangat tajam. Aku pun pandang la kat diorang. Mak Ai, cantiknya. Lepas tu aku alihkan pandangan aku tempat lain. Then aku pandang tempat lain.
Lampu pun hijau. Aku pun jalan la kan. Pastu kereta Viva hitam tu pun menonong la lajunya. Sampai traffic light depan sikit merah lagi. Malang betul nasib aku. Kete viva tu kat sebelah aku. Kali ni aku dah tepuk dahi. Mak Ai, Cantiknya abang itu. Hua hua hua.
Aku dah gelabah. Pastu dalam tu ada 3 orang. Dua di depan satu dibelakang. Yang belakang tu nyalakan light hp. Pastu lambai-lambai dengan hp tu. Aku tak paham. Pastu aku tunjuk kat depa tanda Piss. Wakakaka. Sangat la bengap aku ni weh. Lambat sungguh nak paham orang tu mintah no phone aku.
Lampu hijau, aku terus memecut laju. Takut seyh, kang dilanggarnya kete aku ke. Pastu, isk isk isk. Macam-macam la aku fikir. Dengan keadaan hujan semua. Aiyak. Dah la sorang-sorang. Diorang ni amek kesempatan nak sangat kete diorang sebelah kete aku je. Kalau aku slow, diorang pun slow. Kalau aku laju, diorang pun laju.
Isk, camne nak buat ni. Aku dah gelabah dah. Mamat yang belakang asyik lambai phone je dari tadi. Tanda mintak no phone. Aku cume tersengih macam kerang busuk. Padahal time tu dah cuak gila la beb. Tapi muka tetap rempit ye.
Pastu kat Kawasan Sime Darby punye ladang, dia bagi High Beam. Suruh berhenti agaknya. Sebab destinasi diorang dah dekat kot. Tapi aku buat dek je. Hahaha, kau gile ape nak berhenti. Tak pepasal ada kisah dalam paper mat rempit kene rogol dalam ladang kelapa sawit.
So aku jalan terus. Kat satu traffic light tu dengan gigihnya mereka berdua (yang satu lagi drive la kan) membuka tingkap kete dan melambai aku penuh kecewa. Sebab diorang terpaksa membelok kekanan. Aku pulak nak terus sahaja. Aku senyumkan sajo. Tapi ada mamat kete kelisa terperasan la pulak, ingat diorang nak ngorat dia. Nan ado.
Anyway, lepas peristiwa tu, cuak aku turun ke perut la plak. Adeh, jadi sakit perut. Lama sangat cuaknya tu. Pastu sampai Esso Semabok, apa lagi. Terberak-berak la aku. Dalam jamban la tapi. Haha, pastu berhenti makan kat Restoran Seri Percik kat Bacang, Melaka (Yang masuk JJCM tu la). Aku dok cite kat adik aku dengan tunang dia. Diorang bantai gelakkan aku je. Ye la. Aku yang tak hensem ni pun kene ngorat. Agaknya kalau muka aku ni macam David Cook agaknye. Konpem Nyah-nyah tu pengsan 4 saat. Hahaha...
Nota kaki: Phobia dah nak drive sorang-sorang...
12 comments:
huhu..takut ke??hehe..
KsutHitamku: Takde la takut... cuak je....
hahahhaa...
lawak siot...ape ke hal nye la mak nyah2 tu..:p
tapikan, citer ni jadik lebih trill kalo diorang wat mcm tu kat awk masa awk drive moto..hahaha..:p
Hani: Jangan la time saya naik moto... tapi time naik moto tak nampak muka... sebab pakai helmet and saya cover dengan mask mulut saya... jadi tak nampak... cukuplah pengalaman sekali tu hani... dah tanak dah
Fuuyoo.. Bgitu hebat skali aura kamu encik zaffril.. Smpi nyah pun tergoda dgn lirikan matamu.. Mana taknya, mamat jowo.. I like.. Ahakz..
Kalau laa katakan kete kat sblh tu BUKAN MAK NYAH, adakah kamu akan bagi number fon mu itu??? Soklan cepugangsa ni.. Jwab jgn x jwab.. Haha.. =p
Farhana: Kalau Perempuan, obviously saya akan bagi... kalau lelaki ajak merempit... ok saja... tapi tidak untuk no tepon... sesuatu tau... tapi kalau pengkid... nak ke dia no tepon saya???
shay UKM: balik bt pht xajak pown...haha. cmne leh kene kacau ngn mk nyh nih....hot kot~
bapak arh..
bley plak kan kner kacau..
neway..kgrats la..
mak nyah pon terlekat!!
kehkehkeh~
*blog-walking
muahah ok r tu kna ngorat.pemes pasni
alah!!
org nk bkenalan jer la..
perasan la tuh!!
najwa hazirah halmi: Nasib baik la speeding time tu... kalau merempit... tatau la apa jadi
Rizz: Mana ade pemes... eh reez... ade 1 company tengah cari model tau... lupa nak gitau...
Pojie: Tak kenal maka tak cinta kan pojie... hurmm...
haha ... wat per nak takut, u must be proud of yourself .. masih hangat di pasaran ...
Post a Comment