Tuesday, June 30, 2009

Speeding: Gathering Extra Part

Alamak, tetiba ada yang sentap plak. Sorry la erk, aku minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki sebab telah membuatkan ramai orang sentap dengan entry aku pasal gathering yang tak berapa nak lengkap. Hehehe, terima kasih la atas keprihatinan anda terhadap posting aku tu.

Antara aksi-aksi mereka yang datang.
Sape tak kenal momgues dengan kak heze kan
Ni semua orang kuat gath ni la

Ni aku nak tambah la beberapa sikit cerita. Hehehe masa hari gath tu, mula-mula Kak Suziey aka Kakak Organizer yang jadi emcee. Tetiba tertukar la plak dengan Momguess aka Kak Ina (betul ke nama panggilan ni). Best gak dua-dua ni jadi emcee. Kak Ina ni memang ada bakat semulajadi. Kak Suziey aku rasa kalau dia tak jaga anak dia time tu. Konpem sekufu, sekepala, sesempoi Kak Ina. Memang depa gandingan paling bagus la jadi emcee. Next event korang dua la jadi emcee. Hehehehe Terima kasih momguess kerana menceriakan kami.

Muka paling banyak tu Kak Watie, dia pun orang kuat gak. tapi datang lambat sikit je. Hehehehe. Muka kedua paling banyak itu la kak atty, selebihnya is Niza, Wanie dengan Masviona

Masa game tu plak, macam-macam plak dia mintak. Sampai aku ni minta pen pada kak atty, sebab nak jawab soalan punye pasal. Hahaha, nasib baik la ade kak atty, kalau idak, memang kalah la saya dengan adik saya tu. So happening la on that day. So thank you so much for the pen k.

Aku memang nak minta maaf la sebab menyombong hari tu. Kepada semua yang datang hari tu El minta maaf bebanyak sebab tak mesra alam seperti selalu. Anyway kepada yang dah kenal, baru kenal atau pernah terserempak semua. Saya memohon ampun dan maaf sepuluh jari. Senang cite, minta maaf atas kekekwatan aku tu. Kenapa aku kekwat. Biar aku dengan Kak Heze je yang tau. Hehehe, anyway aku memang enjoy gila beb.

Nota kaki: Kak heze, tengah cuak bangat ni

Speeding: Edisi Gathering Mak Orang dengan Anak Bujang Mak...

Saja letak pic bangun tido

Ikut tema yer, color hitam

Aiyak, bukan buka spec la, buka topi. Kene pakai hitam ma. Buka spec mampos kau tak nampak la weh

Hari Ahad 28hb Jun 2009, Kak Heze aka Mak Ikan Besar ajak la aku ni pegi gathering kat Tasek Titiwangsa dengan tema ape ntah, ade soul soul macam tu la. Hahaha, jangan marah erk Kakak Organizer, I kene paksa rela pegi (Tapi aku tetap paling havoc kan.)

Ni lah mak ikan besar aka Kak Heze (kiri) dan Kakak Organizer aka Kak Suziey

So pagi tu aku mengajak la adik aku aka miss tampal koyok and dia punye tunang join sekali, tunang dia gigih joging weh. Aku berjemur dekat 2 jam tunggu si Rizz dengan Qila. Berpeluh gak la weh. Hahaha.

Anyway tentang cite semua tu, kau boleh la jenguk blog orang lain erk. Aku ni cuma pemberita picisan sajo. Hahaha so jengok la blog orang lain erk. Hahaha, blog Rizz, Kak Heze, Kak Suzi, Acha, dan macam2 lagi la erk.

Aku ni datang menempel kan, tapi torkojut eden bila dapat hadiah dari Acha. Mak Ai, cun cun. Terima kasih Acha. Pastu hadiah aku, aku serahkan kepada Masviona. Hehehe pastu depa buat la game. Terima kasih kepada Sidratul Muntaha sebab bagi hadiah, takleh panggil akak, sebab sebaya. Hua hua hua.

Ni la acha, tak sure nak panggil akak ke...

Hadiah dari Acha, thank you so much ya

Ni Masviona, sorry erk pasal hadiah tu

Kira contest kenal mengenal pasangan. Aku menang la weh. Kami sudah hidup bersama selama lebih 24 tahun. Memang la banyak bende tau. Hahaha. Anyway Kak Suziey, kami bukan kembar. Saya ni umur dah nak masuk 27 tahun dah pun. hua hua hua, dengan bangganya mengumumkan umurku.

Dapat hamper, walaupun yang lain hampa (Qiela, komenmu tidak akan di approve)

Yang ni dapat hadiah dari Sidratul Muntaha (terima kasih)

Anyway, terima kasih kepada yang bawa makanan tu. Aku kenyang gila time tu. Sedap-sedap belaka. Maaflah ye, ada yang tak sempat di rasa. Perut aku dah penuh bangat. Mau pecah rasanya time tu. Terima kasih kerana manghappykan semua orang ye. Sebab aku tengok semua orang happy je. Moga pahala banyak dapat. Terima kasih masukkan muka aku ni dalam paper erk. Terima kasih so much.

Masuk paper. Bagus-bagus. Next gath kita panggil Astro ceria plak

Habes gathering, aku terus gi karok. Hua hua hua. Memang semua orang tu hantu karok. Encik Petani (bukan nama sebenar), Mak ikan besar aka Kak Heze, Bakal Mak Ikan aka Qiela, Rizz, Remy, Aku dan juga Wan Imran gi karok kat Mines. Anyway enjoy je, walaupun ade orang tu muka ketat. Wakakakaka

Aku tak nyanyi. tengok je

Anyway, kalau ade gathering lagi, inform-inform la aku erk. Untuk Acha dengan Masviona, jangan miss next gath ye. Hahaha, nak hangitkan kamu next gath. Ape ape pun. Memang sangat enjoy. Hua hua hua.

Nota kaki: Awak, nanti saya bawa awak pulak gi gath ye. Untuk Qiela, aku dah update. Nanti aku settlekan pasal aku punye link k.

Monday, June 29, 2009

Speeding: Ielts

Hari Sabtu, pagi-pagi lepas subuh anta Ami pegi exam. Aiks, cuti sem pun ade exam ke. Hahaha, exam Ielts. Anyway siapa awak saya tu ye. Hahahah, lihat la di gambar. Hua hua hua.


Aku tatau la Ielts ni short form untuk ape. Apa yang aku tau Ielts ni adalah requirement exam for those yang nak further postgrad di oversea. Exam dia macam Muet exam la. Dia nak tengok your english skill.

Dia ada 4 component exam, kalau aku amek konpem la failnye. Hahaha, aku ni cakap english pun tak gheti. Akmaklumlah, aku ni study IPTA je. Kalau study international lain la kan. Macam orang tu. Cakap english pun berasap. Haha, pass requirement dia 6.5 over bape ntah.

Si Ami ni kata susah exam dia. Hahaha. Tak ape. Aku just dengar je luahan dia. Huhuhu, bagus gak dia amek dulu. Bleh tanye tips untuk aku exam nanti. Nak gi german katanya kan. Huhuhu

Anyway, pada Ami, semoga dapat berita gembira 2 minggu lagi. Semoga lulus la ok. Jangan repeat erk.

Nota kaki: Saya sentiasa doakan yang terbaik untuk awak tau.

Motivasi: Kejayaan Perlu ada Target by Wan Abdulhaqq

Salam..

Zaffril, untuk Berjaya sebenarnya banyak perkara perlu dinilai, tetapi bilamana persoalannya disini adalah bertanya bagaimana kita nak ukur kejayaan seseorang. So kenalah ada kayu ukur, yang berfungsi sebagai rujukan aras kepada kejayaan setiap individu.

Contohnya.. kayu ukur disini sebagai perbandingan atau rujukan kepada seseorang itu untuk mencapai kejayaan. Contoh mudah, aku nak Berjaya macam Dato’ Jimmy Choo jadi fahamlah kita bahawa kita nak Berjaya at least mampu terkenal macam beliau dan juga mempunya butik dengan label sendiri.

Sebenarnya juga target memainkan peranan penting dalam ukur kejayaan. Yerla tanpa target aper yang u tak tahu aper yang u nak capai so dengan itu u tak akan tahulah tahap kejayaan u sendiri. So target ini BERGANTUNG pada individu, keadaan, masa dan persekitaran dan ianya biarlah masuk dek akal dan bersesuaian. Untuk senang buat satu target untuk jangkamasa pendek dan satu lagi pula untuk jangka masa panjang. So dengan itu u mampula untuk Berjaya.

Okey u persoalkan even tokey gula dah Berjaya tapi still harga naik. Hello harga naik bukan la disebabkan oleh kejayaan tetapi kekangan ekonomi dunia yang sekarang ni sedia maklum mempunyai masaalah. Tapi kalau ianya tetap jadi persoaalan untuk u cuba u fikir macam ni..

Target pertama tokey gula
- Untuk kaya – then now dia dah Berjaya membuktikan dia mampu kaya dengan hanya jual gula. Then dia kemukakan target baru
- Dah kaya tapi mahu buat saving dan simpan untuk beberapa keturunan dan juga simpan untuk kecemasan pada masa hadapan – so sebab itulah dia still berusaha untuk capat target dia tu
So KESIMPULANNYA.. Berjaya adalah terletak pada diri kita sendiri, nak ukurnya kenalah ada target..

Kalau tak faham call me.. will explain to u

Mamat bernama Wan Abdulhaq ni kalau diberi peluang mengomen, mak ai, panjang berjela dia punye komen. Kalah your abang itu. Nama dia sape erk, hua hua hua (gelak keji sambil guling-guling)

Anyway, saya sebenarnya sangat bersetuju dengan pendapat Abang Wan kita ni. Kita perlu ada target dalam hidup. Sebagai contoh: Sewaktu kecil, anda bercita-cita mahu menjadi seorang juruterbang. At the end, jadi juruterbang, maka anda berjaya di situ. Kalau setakat jadi steward, maka sipi-sipi la kejayaan anda itu.

Anyway, bila dapat komen macam ni. Agak speechless la. komen dia panjang lebar sangat-sangat. Tak terlarat nak melayan komen dia. By the way, whats your number. Kata suruh call. Mana tau orang lain pun berminat nak call gak. Boleh la jadi pakar motivasi, betul tak Abang Wan.

Nota kaki: Banyak project tergendala dek sakit teruk yang menimpa. Doakan penulis sihat seperti sediakala. Amin

Friday, June 26, 2009

Speeding: Toyota Vios TRD Sportivo


Hari ni tersampai awal la di Lab. 7.23am aku dah punch card. Gile awal kan bangun pagi tadi mandi segala. Pastu saja la buka email. Then tiba-tiba terdapat la plak email dari toyota. Nak promote model baru Vios TRD Sportivo.

Anyway, aku dah check dah la spec dia. Enjin semua sama je dengan all new Vios model (except J). Yang membezakan, Accessories interior dengan exterior la. Itu je bezanya. Kalau nak tengok the full spec boleh buka website toyota.

Anyway, aku nak bagitahu kat sini, if you expect this car untuk race, pick up power semua, jangan harap la. In term of harga, Boleh tahan la RM90,900. (Pengsan 4 jam la weh tengok harga dia. Kira loan bank. Downpayment RM9900, bulan-bulan RM950 untuk 9 tahun. Mana nak cekau duit la weh).

Vios is really valuable for money (tengok harga nak pengsan). Maksud aku kat sini, if you are looking for performance, Vios is not the right choice. But if you are looking for a car in a way that the fuel consumption is very low. This was the right model. Tapi kene tengok jugak cara kau bawak la kan. Kalau bawak 180km/j, memang jawabnye isi penuh kat KL. Sampai Alor Setar dah habis la (Alor Setar katanya).

Anyway, pada aku, beli kereta ni ikut ape yang kita desire. Kalau nak sangat kereta idaman tu. Kumpul duit. Tahan sikit. Memang ar berapi tengok member lain keje 2@3 bulan dah kuar kete, tapi kita nak cari kepuasan (Nasihat untuk adik aku yang nak beli kete).

Nota kaki: Takde gambar exterior untuk model ni.Dah jenuh dah cari. So apa yang ada tu je la. Layan je erk.

Tuesday, June 23, 2009

Speeding: Edisi Buat Eksperiment

Smart tunnel, pagi tadi terpaksa lalu.

Sorry la dude. busy gila aku buat collecting data. Tensen pun ada. Aiyak, baru la aku rasa nak pecah kepala buat master. Hari tu orang tu berpeluh-peluh jawab exam. Aku pulak berpeluh-peluh nak buat progress report.

Serius beb, takde idea nak karang ape untuk progress report. Bulan depan nak kene habiskan semua ni. Aiyak, tensen-tensen. Camno ni. Dah dekat due dah nak anta thesis ni. Haiya, keje dah banyak menunggu la weh. Aiyak.

So nak layan tak gambar-gambar aku buat eksperiment. Hahahaha, gambar poyo-poyo je. Hua hua hua. Tapi aku still enjoy la. Nak edit blog pun, tak sempat. Ni pun curi-curi masa update blog ni. Malam ni nak berhempas pulas buat report.

Sibuk layan eksperiment aku

Ade plak orang sibuk nak interprem

Stail baru. Ok ke??

Tengah tensen sebenarnya ni. Tak tahu mahu update ape. Novel sabar-sabar erk. tengah cari napas nak tulis ni. Hua hua hua. Ni pun tak sempat napas pun. Ape pun aku sangat gembira hari ni. Dapat siapkan data collection. Till then. See you on my next chapter of life.

Nota kaki: Dah tua-tua cam huduh je pakai menatang camtu. (Ada aku kisah)

Monday, June 22, 2009

Rempiting: Edisi Budak Baik

Diam-diam, ada kisah duka melanda. Ahaks, aku sakit la weh lama tak online. Lama tak update blog bagai. Weh, tensen tu sakit. Tapi tu nikmat menghapuskan dosa-dosa kecil. Hahaha. Mak ai, banyaknye la dosa aku ni weh.

Anyway pasal sakit tu takyah la tau aku sakit ape. Tak penting. Yang penting, baru je nak recover sikit. Hua hua hua. Sikit je. Jadi la. Tak banyak pun. Ni pun masih sengal-sengal otot sendi semua la ni.

Sekali buka facebook. Ade orang tag gambar aku da. Kelakar gila tengok muka aku zaman dulu-dulu. Ape taknya. Muka tak matang langsung. Hahaha. Kalau tak caya kau tengok gambar kat bawah ni.

Haiya, memang aku tak ingat kat memana mula-mula tu. Then tanye la empunya gambar tu, Kak Nisa. Dia kata kat Kuala kangsar, masa program desa tercinta tahun 2004 kalau tak silap. Mak Ai, gila oldies gambar tu ok. Tapi aku kelihatan seperti menara KL. jangan marah erk Kak Nisa

Gambar ni masa AC 2004. Aku jadi committee member untuk persembahan kalau tak silap. Hua hua hua. Malam tu sempat gak melalak lagu dua insan atas stage. Hahaha masa ni umur aku 22. But do I look like 22? Tak kan? Hahaha Kalau orang cakap aku lepas SPM, aku iakan je

Yang ni plak appreciation dinner untuk AC 2004 tu. Jadi aku pun join la. Dah orang belanja kan. Melantak makan je la kejenya.

Bila tengok gambar lama-lama, kelakar juga rasanya. Nampak tak matang sungguh aku kan. Lain gile. Muka comel. Rambut budak-budak. (Gila berangan).

Novel aku akan diupload beberapa hari lagi. Sabar ye. Sakit hari tu teruk bebenor. Sampai takleh nak bangun segala. Adeh. Tensen2. Sakit ape? Biarlah rahsia. Hanya Allah sahaja yang tahu.

Nota kaki: Thanks for the ring, parker pen and the chain

Friday, June 12, 2009

Tazkirah Jumaat (12 Jun 2009)

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya walaupun mereka bantu membantu sesama sendiri" Surah Al-Israa: 88





Thursday, June 11, 2009

Cukuplah Sedikit Ini Sahaja

Pada mulanya aku tak rasa mahu menulis sedikit pun tentang beberapa perkara yang aku rasa harus disimpan sahaja untuk diri aku sendiri. Tapi apa yang berlaku itulah realiti kehidupan dan aku akui yang kegembiraan dalam hidup ini bersifat sementara. Lagipun Allah itu kan maha adil, diciptakan bumi ini sfera, pusing-pusing, lambat laun, jumpa juga. Tetapi tidak salah untuk bergembira bukan.

Hari sabtu yang lalu, aku menghadirkan diri ke jemputan ulangtahun kelahiran Cik Wanie. Sememangnya aku jarang menghadirkan diri ke majlis-majlis seperti ini. Diri sendiri pun, berapa kali sahaja menyambutnya. Itu pun ala kadar sahaja. Itu pun sudah memadai.

Sedang bersiap

Aku bertolak selepas Asar dari sini. Memandangkan aku pergi seorang, jadi aku hanya merempit sahaja. Seperti biasa, tiada apa yang perlu ditakutkan. Lagipun aku yakin dengan diri aku.

Tidak banyak yang perlu aku ceritakan di sini. Kerana kalian boleh la melawat blog-blog mereka yang hadir ke majlis itu antaranya Wawa, Rizz, Cik Wanie, Aizoul, Ajim, Pojie, (Sekadar menyebut beberapa nama). Semua puas bercerita kemeriahan malam itu. Terima kasih. Aku hanya tersenyum seorang diri membaca keletah mereka.

Bersama sahabat blogger aku, Khai nama panggilannya. Dua hari sahaja muda dari aku. Kami berasal dari daerah yang sama.

Tiada gambar yang aku miliki untuk malam itu. Cuma ada sekeping di handphone yang telah dimmskan oleh seorang sahabat. Itu sahaja yang aku ada. Gambar selebihnya. Kalian bolehla menjenguk blog-blog yang aku katakan tadi. Potret dari aku malam itu, biarlah aku rakamkan di lensa mata ini sahaja. Cukup la itu.

Nota kaki: Tahun ini ku biarkan ianya sepi

Jemputan Perkahwinan

Kepada semua kawan-kawan sekolah menengah masa aku form 4 and form 5, aku nak bagitau yang kawan kita time kat sekolah dulu (ala, kawan main pondok-pondok) dah nak kawen dah. Jadi on behalf of him, aku nak jemput la korang-korang datang ke rumah dia 27 Jun 2009 ni ye. Jangan lupa.

Lupa plak nak bagitau, nama dia Saiful Bahari bin Abdullah aka Baha (nama manja dia kat sekolah dulu). Anyway pada Baha, selamat menempuh alam perkahwinan. Adeh (tepuk dahi 4 kali) surat Jemputan Kak Haiza tak pass lagi. Demm





Ni aku sediakan kad jemputan beserta map untuk ke rumah Baha. Jangan lupa. Jumpa di sana ye. Hua hua hua...

Nota kaki: Korang mesti nak tanye kan, tuan punye blog bila. Aku tau dah. Tunggu kad hujung tahun ni erk

Wednesday, June 10, 2009

Penemuan Menarik Mengenai Babi


Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."

Hal ini penting untuk diketahui, terutama oleh pemuda-pemuda kita yang sering pergi ke negara-negara Eropah dan Amerika di mana daging babi adalah makanan asas dalam hidangan mereka. Dalam kesempatan ini, saya fikir kembali kejadian yang berlangsung ketika Imam Muhammad Abduh mengunjungi Perancis.

Mereka bertanya kepadanya mengenai rahsia diharamkannya babi dalam Islam. Mereka bertanya kepada Imam, "Kalian (umat Islam) mengatakan bahwa babi haram,kerana ia memakan sampah yang mengandung cacing pita, mikroba-mikroba dan bakteria-bakteria lainnya. Hal itu sekarang ini sudah tidak ada.Kerana babi diternak dalam peternakan modern, dengan kebersihan terjamin, dan proses sterilisasi yang mencukupi.. Bagaimana mungkin babi-babi itu terjangkit cacing pita atau bakteria dan mikroba lainnya.?"

Imam Muhammad Abduh tidak langsung menjawab pertanyaan itu, dan dengan kecerdikannya beliau meminta mereka untuk menghadirkan dua ekor ayam jantan beserta satu ayam betina, dan dua ekor babi jantan beserta satu babi betina mengetahui hal itu, mereka bertanya, "Untuk apa semua ini?"

Beliau menjawab, "Penuhi apa yang saya pinta, maka akan saya perlihatkan suatu rahsia."

Mereka memenuhi apa yang beliau pinta.. Kemudian beliau memerintahkan agar melepas dua ekor ayam jantan bersama satu ekor ayam betina dalam satu kandang. Kedua ayam jantan itu berkelahi dan saling membunuh, untuk mendapatkan ayam betina bagi dirinya sendiri, hingga salah satu dari keduanya hampir tewas. Beliau lalu memerintahkan agar mengurung kedua ayam tersebut.

Kemudian beliau memerintahkan mereka untuk melepas dua ekor babi jantan bersama dengan satu babi betina. Kali ini mereka menyaksikan keanehan. Babi jantan yang satu membantu temannya sesama jantan untuk melaksanakan hajat seksualnnya, tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri atau keinginan untuk menjaga babi betina dari temannya.

Selanjutnya beliau berkata, "Saudara-saudara, daging babi membunuh ghirah' orang yang memakannya. Itulah yang terjadi pada kalian. Seorang lelaki dari kalian melihat isterinya bersama lelaki lain, dan membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan seorang bapak di antara kalian melihat anak perempuannya bersama lelaki asing, dan kalian membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan was-was, kerana daging babi itu menularkan sifat-sifatnya pada orang yang memakannya”

Tuesday, June 09, 2009

Adakah Anda Jatuh Cinta

1. Sukar melelapkan mata
Biasanya anda jarang mengalami masalah untuk tidur. Kali ini, sejak bertemu dan berkenalan dengannya ingatan anda kepada si dia kian menebal hingga mengganggu tidur anda.

2. Perasaan sentiasa berdebar
Perasaan anda sentiasa berdebar-debar jika bertembung dengan si dia. Malah anda jadi kelam kabut dan menggelabah apabila dia menghampiri anda.

3. Suka ambil tahu
Anda semakin berminat untuk ambil tahu tentang latar belakang dan perkembangan si dia. Anda tekun mendengar cerita mengenai si dia dan sering bertanya tentang si dia daripada kawan-kawannya.

4. Resah gelisah
Hati anda merasa resah dan gelisah pabila si dia tidak kelihatan. Anda tercari-cari kalau-kalau terlihat kelibat bayangnya.

5. Dihinggapi cemburu
Anda mula merasa cemburu bila si dia berbual dan melayan kehadiran orang lain sekalipun kawan-kawanya. Ikutkan hati anda, biarlah dia berbual dan melayan anda seorang. Sikap anda itu ketara kelihatan sehingga disedari kawan-kawan anda sendiri.

6. Hobi baru, termenung
Bila tidak melakukan sesuatu, anda segera termenung. Fikiran anda jauh melayang dan pancaindera anda tertutup untuk menyedari hal-hal yang berlaku di sekeliling anda. Di mata anda terbayang-bayang wajah si dia dan anda berada di sampingnya.

7. Dating
Ada sahaja alasan anda ajukan kepadanya untuk berjumpa. Kemudian secara terang, anda tawarkan keluar bersama. Kesempatan yang terluang atau di hari cuti pasti anda habiskan untuk dating. Kadang-kadang anda buat temujanji lagi di waktu malam sekalipun baru petang tadi anda berdua sudah berjalan-jalan.

8. Rindu.
Anda tidak dapat mengawal perasaan. Setiap saat mengingati si dia, bagaikan terdengar suaranya sayup-sayup di telinga. Apapun yang dipandang akan mengingatkan anda kepada si dia. Anda ingin berjumpa dan melihat wajahnya.

9. Bergayut di telefon
Sekalipun bayaran telefon mahal, anda sanggup menghabiskan masa berjam-jam sehingga terjejas masa tidur anda hanya untuk berbual kosong dengan si dia. Anda tidak peduli kalau bil meningkat atau perlu beli kad telefon banyak-banyak. Yang penting dapat dengar suaranya untuk melepaskan rindu. Lagipun baru dapat lena tidur setelah mendengar suara si dia.

10. Berubah citarasa
Kehadiran si dia berjaya mengubah citarasa anda tentang pelbagai perkara. Sejak kebelakangan ini, anda lebih berminat untuk menghayati senikata lagu-lagu berirama sentimental yang bertemakan percintaan. Sebelum ini anda lebih gemar mendengar irama rock, heavy metal dan hip hop.

11. Memberi hadiah
Anda memberi si dia hadiah padahal hari lahirnya masih jauh. Anda peka dengan perkembangan semasanya supaya dapat dijadikan alasan untuk memberikan hadiah. Malah, tiap bulan anda memberikannya hadiah sekalipun harus berbelanja besar. Yang pasti, anda akan memberikan hadiah yang paling istimewa di hari lahirnya nanti.

12. Awal ke tempat kerja
Sejak menaruh minat kepadanya, anda lebih bersemangat rozin

13. Lebih rajin
Prestasi kerja anda semakin meningkat jika dibandingkan sebelum ini. Anda jadi lebih semangat, kreatif dan berfikiran positif. Perkembangan anda yang membanggakan itu disenangi kawan-kawan dan majikan.

14. Menjaga penampilan
Penampilan anda tidak lagi ringkas dan sederhana. Meskipun anda lelaki, anda akan mengunjungi salon kecantikan untuk potongan rambut yang bergaya dan rawatan muka. Pakaian anda berubah corak menjadi lebih menjurus kepada fesyen terkini. Wajah berhias dengan mekap hingga nampak mempesona. Dari hujung rambut ke hujung kaki anda cantik menawan dan segak bergaya.

15. Defensif
Maknanya anda melakukan pembelaan. Pantang orang lain salah cakap atau sekadar mengusik, anda akan mempertahankan si dia meskipun sampai anda marah dan timbul permusuhan. Ada masanya percakapan mereka itu ada kebenarannya, tetapi anda tetap bersikap defensif.

16. Merajuk
Sedikit salah, sedikit silap anda lekas merajuk. Anda sanggup tidak makan tengahari atau tidak menegur sapa selagi si dia tidak menegur dan meminta maaf. Anda juga terus merajuk sehingga dia berkali-kali memujuk.

17. Mudah bersalah sangka
Anda mudah merasa hampa lalu kecewa jika kemahuan atau permintaan anda tidak dipenuhi. Misalnya si dia tidak hadir temujanji, anda sangka dia mungkir janji. Anda anggap dia tidak memberi perhatian dan tidak mempunyai perasaan.

18. Sentiasa kata 'Ya'
Apa pun katanya, pendapatnya dan permintaannya, anda jawab dengan 'Ya'. Anda sentiasa akur dan menurut sekalipun ada di antara permintaannya yang keterlaluan dan pendapatnya kurang anda senangi.

19. Sanggup berkorban
Untuk si dia sanggup bersusah payah melakukan semuanya. Dengan rela hati anda jadi pemandu peribadinya, jadi orang suruhan, meluangkan diri anda untuknya di hari cuti dan memenuhi setiap permintaannya.

20. Jadi orang lain
Tiba-tiba anda jadi pelakon yang terbaik kerana mahu memenuhi cirri-ciri peribadi yang menjadi idaman si dia. Di depannya anda seorang romantik dan berlemah lembut sekaipun kenyataannya anda seorang yang kasar dan mudah marah. Demi si dia, anda sanggup berubah menjadi orang lain.

21. Prihatin
Anda bukan hanya ambil tahu malah sentiasa menghulurkan tangan membantu. Anda akan pastikan si dia tidak mengalami sebarang masalah dalam kehidupan sehariannya dan menjamin kebajikan dan keselamatannya.

22. Berkhayal
Potret wajah si dia jadi teman setia di waktu keseorangan. Ada masanya anda habiskan masa hanya merenung wajahnya di potret sambil berangan-angan jauh. Berkhayal seperti itu anda rasa bahagia.

23. Inginkan persamaan
Sejak mengenali si dia anda berusaha mengikuti kegemaran dan citarasa untuk mempamerkan anda meminatnya. Anda akan mengemari filem dan lagu Hindustan, masakan barat dan meniru setiap tingkah lakunya. Anda mahukan wujud persamaan dengan si dia.

24. Sumber ilham
Kata-katanya menjadi pendorong semangat. Anda sedari bahawa anda mempunyai kemampuan untuk melangkah jauh dan mengejar cita-cita anda. Rupanya anda ada kelebihan tersendiri yang baru anda sedari. Si dialah yang membuka minda anda. Dialah sumber ilham anda.

25. Pasang impian
Anda sering termenung membayangkan impian masa depan anda bersama dia. Selalu berdua ke mana sahaja, lalu mendirikan rumahtangga, mempunyai sejumlah anak yang comel dan tinggal dalam sebuah rumah idaman bersama. Anda dan dia sama-sama susah dan senang dalam menjayakan cita-cita sekeluarga.

26. Suka memuji
Dari pendiam anda jadi seorang yang ramah mesra dan suka memuji. Anda peka dengan penampilan si dia dan lekas memberikan pujian dan sanjungan. Hati anda rasa berbunga-bunga dapat memuji dan apalagi kalau dia merasa bangga dan senang hati oleh puji-pujian anda.

27. Mulut manis
Anda hanya berkata hal-hal yang baik sahaja ketika bersamanya. Anda akan bersetuju dan mendokong percakapannya sekalipun tidak anda sukai. Tujuannya kerana anda tidak mahu menyinggung perasaannya. Tambahan pula anda tidak mahu menjejaskan perhubungan yang baru berputik.

28. Tanda ingatan
Anda memberikan sesuatu yang istimewa sebagai tanda ingatan. Jika buku diberikan, anda akan tulis sedikit kata-kata di dalamnya sebagai renungan atau kenangan. Di hari raya anda hulurkan kad raya atau kad ucap selamat di hari lahirnya. Sekalipun tidak berterus-terang, dari kata-kata yang tercoret di dalam buku dan kad dapat mencerminkan luahan isi hati anda terhadapnya.

29. Inginkan perhatian
Anda selalu mengharapkan si dia memberikan perhatian dan mahu meluangkan masa bersama anda. Walaupun anda tidak mahu menyusahkan si dia, namun sedikit perhatian yang diberikannya sudah cukup menggembirakan hati.

30. Bertekad memilikinya
Secara drastik, anda berhasrat untuk memilikinya. Apapun keadaan dirinya, anda pasrah dan menerima. Anda ingin selalu di sampingnya, menjadi teman hidupnya sehidup semati.

Monday, June 08, 2009

Speeding: Honda Inspire

Sesekali dapat forward email ni best gak. Boleh terus mengisi wish list. Tak pun berkongsi cerita best dalam email. Mana-mana yang tak berapa best tu. Aku simpan je la kan. So hari ni aku nak kongsi tentang antara kereta yang aku tengok gambar pun dah jatuh cinta.

Hahahha, memang cun weh. Honda Accord baru. Kat Jepun dah keluar model ni. Dia panggil Inspire. Tapi for the full spec. Aku tak pasti la. Sebab baru dapat gambar dia dalam email. Ape pun layan.

Front view of Inspire

Side view (masa ni rasa macam nak pengsan dah tengok)

Dari sisi belakang

Front seat

To the front view, cantik sangat

Back seat, luas sangat

Back view

Dalam bab kereta ni aku tak berapa kisah tentang branding. Even proton pun aku layan. (layan proton katanya). Tapi pada aku, instead of value for money, aku akan ke handling punye part la. Maksud aku, steering dia mesti best. Tu paling penting. Sebab aku nak drive kan. Kalau steering yang macam takde power steering tu, lomah eden nak membawanya.

Nota kaki: Aku dah tak pandai drive kete manual. Malu2

Friday, June 05, 2009

Rempiting: Edisi Kurt and Amrina Wedding

While looking for some material for my novel, accidentally I reach one of the sweetest friend's wedding oath taking. Sharudin aka Kurt and his wife Ms. Amrina. Kurt was my course mate during my undergrad and Amrina was my junior during these days.



It takes a long journey to end up on a promise. Wishing both of you all the happiness and goodness ever. I smile all alone seeing all the faces, Adi and Am, Faizal and Fiza, Kurt and Amrina, Aizuddin and Hidayati (just remembering few names)

And me, sitting here waiting miracle to come.

Thursday, June 04, 2009

Rempiting: Edisi Di Ngorat Mak Nyah

Wah, tajuk je sudah bikin orang mahu membacanya. Ada apa ye dengan tajuk tu. Sebenarnya kisah ni agak basi dah. Lama sangat aku peram. Aku rasa dah dua bulan aku peram cita ni. Aku nak cita kat sini agar korang-korang semua berjaga-jaga la ye.

Kisah ni masa bulan April hari tu. Aku balik kampung dengan Adik aku and tunang dia sekali. Kami balik bertiga tapi naik dua kereta. Camno tu? Hahaha. Tak penting susunan manusianya. Yang penting masa balik tu.

Yerlah, kitorang balik dah lewat sangat kalau tak silap. Dari kampung lebih kurang pukul 6.00 petang macam tu la. Memang dah lewat. Then rush balik kl la. Aku drive sorang-sorang. Adik aku dengan tunang dia. Aku jarang direct ikut lebuhraya. So aku akan ikut jalan biasa masuk AMJ.

Masa kat AMJ ni la kisah ini berlaku. Aku drive slow je. Ikut lane slow la. Sampai kat traffic light kat AMJ Muar tu. Ada satu kete viva hitam parking sebelah. Aku buat dek je. Tiba-tiba aku terperasan orang dalam kete sebelah tu merenung aku sangat tajam.

Aku dok pk, apalah diorang pandang. Tapi renungan dia, pergh. sangat tajam. Aku pun pandang la kat diorang. Mak Ai, cantiknya. Lepas tu aku alihkan pandangan aku tempat lain. Then aku pandang tempat lain.

Lampu pun hijau. Aku pun jalan la kan. Pastu kereta Viva hitam tu pun menonong la lajunya. Sampai traffic light depan sikit merah lagi. Malang betul nasib aku. Kete viva tu kat sebelah aku. Kali ni aku dah tepuk dahi. Mak Ai, Cantiknya abang itu. Hua hua hua.

Aku dah gelabah. Pastu dalam tu ada 3 orang. Dua di depan satu dibelakang. Yang belakang tu nyalakan light hp. Pastu lambai-lambai dengan hp tu. Aku tak paham. Pastu aku tunjuk kat depa tanda Piss. Wakakaka. Sangat la bengap aku ni weh. Lambat sungguh nak paham orang tu mintah no phone aku.

Lampu hijau, aku terus memecut laju. Takut seyh, kang dilanggarnya kete aku ke. Pastu, isk isk isk. Macam-macam la aku fikir. Dengan keadaan hujan semua. Aiyak. Dah la sorang-sorang. Diorang ni amek kesempatan nak sangat kete diorang sebelah kete aku je. Kalau aku slow, diorang pun slow. Kalau aku laju, diorang pun laju.

Isk, camne nak buat ni. Aku dah gelabah dah. Mamat yang belakang asyik lambai phone je dari tadi. Tanda mintak no phone. Aku cume tersengih macam kerang busuk. Padahal time tu dah cuak gila la beb. Tapi muka tetap rempit ye.

Pastu kat Kawasan Sime Darby punye ladang, dia bagi High Beam. Suruh berhenti agaknya. Sebab destinasi diorang dah dekat kot. Tapi aku buat dek je. Hahaha, kau gile ape nak berhenti. Tak pepasal ada kisah dalam paper mat rempit kene rogol dalam ladang kelapa sawit.

So aku jalan terus. Kat satu traffic light tu dengan gigihnya mereka berdua (yang satu lagi drive la kan) membuka tingkap kete dan melambai aku penuh kecewa. Sebab diorang terpaksa membelok kekanan. Aku pulak nak terus sahaja. Aku senyumkan sajo. Tapi ada mamat kete kelisa terperasan la pulak, ingat diorang nak ngorat dia. Nan ado.

Anyway, lepas peristiwa tu, cuak aku turun ke perut la plak. Adeh, jadi sakit perut. Lama sangat cuaknya tu. Pastu sampai Esso Semabok, apa lagi. Terberak-berak la aku. Dalam jamban la tapi. Haha, pastu berhenti makan kat Restoran Seri Percik kat Bacang, Melaka (Yang masuk JJCM tu la). Aku dok cite kat adik aku dengan tunang dia. Diorang bantai gelakkan aku je. Ye la. Aku yang tak hensem ni pun kene ngorat. Agaknya kalau muka aku ni macam David Cook agaknye. Konpem Nyah-nyah tu pengsan 4 saat. Hahaha...

Nota kaki: Phobia dah nak drive sorang-sorang...

Wednesday, June 03, 2009

Rempiting: Edisi Extreme Make Over

Kawan aku ni request tolong promote and vote dia. Sebab dia ni accidentially terjoin Loreal punye competition. Tapi serius weh, kawan aku ni gile extreme make over. Serius la weh. Cun tuh. Anyway memula kita tengok dulu gambar dia.

Nama dia Nurul Erna Dewi (ada iras Ina Naim sikit)

Amacam, tergoda tak? So apa lagi. undi la beb, bukan pakai hp yang sangat membazir prepaid and bill tu. Cara nak mengundi, senang sajo:-
  • Click http://lorealwhiteperfect.my/
  • Go to "Gallery" (Search sampai jumpa muka seperti di atas ye)
  • Click to Vote (make sure its me ye!! I'm using nick ERNA)
  • Please enter your email address
  • Click VOTE
  • Done!!~ TQ Very muchhhh....
  • Undian di buka sehingga 17hb June 2009
  • Talian meminang masih di buka juga. hahahahahhaha
Kawan aku ni mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi mengundi. Allah sahaja yang mampu membalasnya (statement budak AF sangat)

Nota kaki: Aku nak jadi model seluar dalam... Boleh???

Tuesday, June 02, 2009

Mamat Babi Pukimak Macam Hanjeng

Semalam petang, aku siap-siaplah nak balik. Dah petang kan. Lagipun dah letih badan. Dengan tido tak cukup. Seharian pulak duduk kat kampus. Then balik kampung semua. Semalam pulak banyak benda nak settlekan.

Aku pun kemas-kemas la macam biasa. Then matikan lampu semua la. Off PC semua. Then aku pun tutup pintu. Mungkin terkuat sikit. Yerlah, almaklumlah dah penat. Tiba-tiba si Mamat Makmal lab sebelah aku ni boleh plak marah aku. Dia kata aku tutup pintu kuat sangat. Ingat aku ni bodoh ape. Takde la aku nak tutup sampai roboh pun pintu tu. Aku malas nak layan.

Anjing ni punya perangai aku rasa lagi mulia dari perangai kau tu la babi

Tuh dah satu hal, lepas tu aku keluar la main pintu building aku ni. Saja carik pasal dengan aku, dia kata aku hempas pintu. Weh, kau takde otak ke. Bukan aku hempas pintu la bongok. Pintu tu kan dia tutup sendiri. Lantak dia la nak terhempas ke ape ke. Yang kau bodoh sangat ni apasal.

Lepas tu dia kejar aku sampai luar. Weh, ni sudah lebih ni. Aku nak je naik tangan aku kat muka. Aku debik kau karang. Saja nak cari pasal dengan aku. Aku tak cari pasal dengan kau. Jangan nak cari pasal dengan aku. Ade nanti yang muka pecah aku bagi penumbuk.

Kalau kau nak senyum kat aku pun, muka kau macam lembu tersengih. Bodoh gila sial tengok muka kau macam ni. Lembu ni pun nampak lagi ikhlas senyum dari kau yang muka macam babi tu

Aku malas nak cari gaduh dengan orang tua. Budak tu budak PhD. Dah dekat 12 tahun dah buat PhD. Lantak pi la. Aku malas nak masuk campur hal kau. Tapi aku ingatkan kat diri aku. Jangan cari pasal dengan orang. Tapi kalau orang cari pasal dengan aku, nahas lah. Memang mamat ni saja cari pasal dengan aku. Dah lama dia cari pasal. Aku tak main la taktik budak-budak kau tu orang tua.

Aku dah dinasihatkan oleh seseorang jangan menumbuk orang. Hahaha, mungkin kau orang boleh fikir apa sebabnya. Aku teringin nak try. Nak tengok, boleh pecah tak tengkorak orang tu. So jangan cari pasal dengan aku.

Nota kaki: Ada nak rasa penumbuk sulung ni