Sunday, April 26, 2009

Prom Nite

Malam selepas Exam pada hari jumaat (24 April 2009) tu jugak. Ade invitation dari kawan aku merangkap junior masa kat MMU. Dia ajak aku gi prom. Sebab dia ade extra tiket. Sayang pula dia kata kalau burn macam tu je.

Dia bagi tau aku last minute. Memang tak sempat nak prepare ape pun. Beli sikit, pastu ade mix and match je. Hua hua hua. Takyah la cerita Prom Nite ni macam mana. Sama je macam kat oversea punye Prom. Antara perkara wajib dalam Prom oversea yang sama dengan Prom yang aku pegi tu. Ade Dance (Macam ala-ala clubing, tapi tak la overdose). Pastu ade Prom King and Prom Queen.

Tapi bezanya, Prom King and Queen kat sana dengan kat sini ialah, kat sana Prom King dan Queen di pilih berdasarkan the hottest guy and girls pada malam tu, so everybody have equal chances to win. Except yang aku attend ni, diorang dah nominate awal-awal la based on the hottest student. Yang lain? Datang makan je la. Hua hua hua. Aku sangat suka melantak makan ok. Sangat best makan-makan ni. Huhuhu

Lagi satu, kalau kat oversea diorang pegi prom sebab nak menari and nak melaram, pastu diorang akan menari la sampai pagi. Kat sini plak selalunya datang nak makan and melaram. Menari tu, diorang akan gi club la malam tu kan untuk menari. Huhuhu Aku memang tak clubbing. So tak join the rest la pegi club.

Malam tu, Ade show Yuna dengan yang lain (Tak kenal sebab tak pemes) and catwalk dari Malaysian Dream Girls. Memang terlopong mulut. Takleh nak tutup. huhuhu. Cun siol.

Ni half of my baju malam tu la. Tema aku, putih suci. Yang bawah takyah tengok la. Kang ade yang tak tido malam plak tengok aku transform dari mat rempit jadi mat terkepit. Memang aku sangat berbeza la malam tu

The food tu biasa-biasa je. Cuma dah lapar gile time sampai tu. Aiyak, memang tak ingat la aku melantak. (Sila abaikan wanita di dalam gambar itu, aku tidak kenal pun dia tu sape)

Dan sebelum balik diorang bagi la Door Gift. Yang ni car sticker, sponsor by Burger King (Mana la aku nak tampal ni weh)

Yang ni memula aku dapat, jenuh fikir, ape ke benda la... then buka

Rupanya bende tu da. Bende ape, lu pikiaq la sendiri). Tengok yer, masih penuh di situ. Lepas tu campak je la bawah katil. Huhuhu belum masanya utk aku guna.

Aku ingat tak semua Prom akan bagi bende alah ni. Sebab dulu pernah la datang sekali Prom nite kat PD. Dia bagi gak bende ni. Masa tu aku buang je la. Tak sangka kali ni dapat lagi. Simpan je la. Hua hua hua

Malam tu balik memang exhausted gile. Nak merempit pun tak larat. Huhuhuhu Apa pun, aku enjoy je malam tu. Sempat la jumpa few juniors yang masih kenal aku masa aku undergrad dulu. Tak sangka la kan. Hahahaha

Nota kaki: Macam nak organize satu prom la. Mesti best kan.

4 comments:

Cahaya Yang Riang Gembira said...

Hahaha.. Ada ke ptot bg bnda tu??? Ish3.. Cmpak bwah katil je ke? Xmo buang nmpk.. Hak hak hak.. =p

farish izaryl @izreez said...

prom nite ngee i like!:p

Pojiepooh Abdullah said...

waaahhh sgt smart Mista El Hangit kiter nih!
tp motippp bagi door gift mcm tuh.
keji!

El-Zaffril said...

Farhana: Dah buang dah...

Rizz: I Like it 2

Pojie: haruslah melaram... Dorr gift tu no comment