Monday, April 13, 2009

Panggilan Hangit


Minggu lepas (hari selase malam rabu) lepas balik ajar tusyen kat Puchong balik rumah. Actually dapat call dari Wanie on the way tu. On the way back tu jenuh la cari buku rujukan spm. Sebab nak kene ajar budak nak amek spm. Wanie plak call lagi. Aku memang tak dapat nak angkat. Bleh tak dia hantar sms ala-ala nak putus kawan. Aku pun bengkek la. Aku call banyak kali. Dia tak angkat (sebab tengah gayut dengan sape ntah). Pastu aku balas balik sms dengan ayat yang kononya aku tengah bengkek gile. Haha

Aku double cek, call la khai. Mana la tau dia tengah senggayut dengan khai ke kan. Hahaha. Then borak la dengan khai kejap. Pastu aku tau si Wanie ni akan call aku balik. Rasa macam nak hangitkan dia. Tapi aku tatau nak buat ape.

So aku pun menurun la. Ambik mood. Praktis nak nangis semua bagai. Sekali betul daaa. Dia call aku. Aku apa lagi. Menangisla bagai kan. Hahahaha. Dia dok tanye aku ok ke tak. Aku sedu-sedu je. Tak jawab ape. Buat-buat batuk semua la kan. Macam orang nangis betul. Si minah ni dah gelabah.

Dah Nampak sangat kegelabahan dia tu. Aku pun cakap la, “anda baru terkena panggilan hangit” Wakakaka. Sekali kene macam orang Melaka sumpah seranah daa. Aku terima je la. Tapi best gile kenekan wanie. Siap dia nak menangis tu. Dia siap ugut aku nak koyakkan aku punye polka dot. Har har har. Tak takut yer cik wanie. Sila la yer.

Pastu aku pun plan la. Nak kenekan yang lain. Memandangkan mood tengah best. So mangsa serterusnya. Abang Pojie kite.

El “Pojie” (Suara dah sedu-sedu dah time ni)

Pojie “Yer El”

El “Pojie kat mana?” (makin kuat aku nangis)

Pojie “Pojie kat luar”

Aku terus sedu-sedan. Menangis la konon-kononnya. Siap batuk-batuk lagi tu. Pojie dah gelabah dah. Cantiklah, jerat dah mengena.

Pojie “El, Kenapa ni?”

El “Wanie…”

Pojie “Ha!!! Kenapa dengan wanie?”

Aku menangis la lagi kuat. Hahaha, bagi aksi lebih sikit. Muka masa tu dah takleh control lagi dah. Tapi suara tetap sangat hebat ok.

Pojie “Kenapa dengan Wanie, El?”

El “Wanie… dia…”

Aku pause la kejap kan. Bagi pojie panic sangat-sangat. Kejam gak aku buat panggilan hangit tu.

Pojie “Kenapa dengan wanie”

El “Wanie suruh el buat panggillan hangit kat pojie” (dengan suara nangis ni)

Pojie “Ha?” (Mungkin tak berapa jelas kot)

So aku pun ulang la lagi sekali.

El “Wanie dia suruh el buat panggilan hangit kat pojie” (suara tetap nangis ok)

Pojie “JAHAT!!!”

Pecah perut aku gelakkan pojie. Mesti time ni muka pojie tengah bengkek gile. Hahaha. Walaupun on the phone. Tapi aku tau tahap kebengkekan pojie sangat la teramatnya.

El “ok la pojie, drive elok-elok”

Pastu kenekan remy dengan ayat yang sama. Tapi remy ni agak blur-blur sikit. So dia punye reaksi pun blur la. Pastu tepon nuar. Aku plak yang hangit. Nuar tak angkat. Tepon plak anis. Hangit lagi. Tak angkat. Tepon Rizz. Dia angkat. Tapi reaksi dia sangat hangit. Aku plak yang hangit. Nak hangitkan zoul macam dah banyak sangat plak la kan. Cukup la untuk bulan april ni ye.

Ade orang tu kan berhari-hari kene panggilan hangit dari aku. Hua hua hua. Bile dia baca blog pojie baru la dia realize dia terkena panggilan hangit dari aku.

“Are you ok”

“What happen?”

“I text u”

Sekian panggillan hangit untuk bulan april.

3 comments:

farish izaryl @izreez said...

sori yer i moody aritu lalala

Pojiepooh Abdullah said...

sgt mengada²!

RemyLC said...

memang sesangat teramat nty ini anak k...

huhu...

tampo kang...