Tuesday, April 28, 2009

Selamat Tinggal Selamat Jalan

Korang mesti masih ingat kan. Beberapa hari lepas aku ade post kisah sedih aku (Klik sini). Semalam aku terasa tersentak dan sedih bangat la weh. Memang kali ni dah last kopek la. Tensen aku. Sepanjang perjalanan aku rasa nak nangis je.

Perasaan aku masa tu bercampur-campur. Tapi sedih tu memang teramat la banyaknya. Memang sedih wooo. 5 Tahun dengan dia. Tiba-tiba tidak ditakdirkan bersama untuk selamanya. Memang pun kan. Dunia ni kan tempat tumpangan untuk sementara. Akhirat la kekal abadi.

Tak ape la. Pada siapa pun dikau pergi, aku relakan kepergianmu. Selamat tinggal My Boo. Kepada sesiapa pun yang menerima Boo ke dalam hidup mereka, Jagalah dia elok-elok ye. Aku sayangkan dia sampai aku mati.

Aku sayang sangat kat dia ni tau

Hari-hari terakhir my Boo dengan aku

Kacak Bergaya

Kadang-kadang cute gak kau ni

Cantik menarik kau memang tembam

Mat rempit dengan minah yang kene kepit (kid abuse ni)

Aiyak minah ni, dah la comel. Dua-dua aku sayang

Selamat tinggal selamat jalan

Dan semalam adalah hari terakhir aku dengan dia. Huyoo, memang di runtun macam2 perasaan aku ni. Aiyak, mana bleh nangis. Mat rempit takleh nak nangis weh. Tapi dia pun ade hati dan perasaan kan.

Nak iklan sikit. 1hb Mei ni aku akan buka satu blog pasal novel aku. Tajuk dia bukan la macam yang Hana cakap kat blog dia tu. Tapi tajuk dia aku tak decide lagi. Lagu tema pun aku tak cari lagi. Gambar pun tak cari lagi. Huhuhu. So jangan lupa 1hb May jam 12.00 tengahhari di http://novel17.blogspot.com

Nota kaki: Kalau ada yang terhangit ingat aku putus tunang dengan tunang aku atau putus cinta dengan awek aku atau pun bercerai dengan isteri aku, maaflah ye. Tak berniat pun nak hangitkan korang. Lagi satu, aku temui cinta baru. Hua hua hua. Nanti aku story habis-habis...

5 comments:

Snowwhite Zone said...

anda ditag!..

http://snowwhite664.blogspot.com/2009/03/kena-tag-lagi-from-along.html

rizz said...

tantek moto tuh huhuhh

Nur Farhana Abdullah said...

Hak Hak Hak.. Nak malu wat gapo.. I tlg promote.. Jgn lupe.. 100% royalti itu, aku yang punya.. (ada ke royalti) Haha.. =p

*sape laa yg kene hangit tue.. ish3.. x baek sggh u nie.. cian si tunangannye.. =p*

*org jtuh cinta dia gelak.. la ni u temui "cinta baru" i plak nk gelak.. Wawawawawa..*

||| PöJìé PööH ||| said...

anda mmg mamat hangit la El..
ku pikir dah putus tunang la..
hahaha..
btw moto tuh mau tolak ker??

El-Zaffril said...

Snow white: Dah buat pun tag itu, Thanks

Rizz: Memang sangat rempit ye

Farhana: Time kasih la sebab promote

Pojie: Moto tu dah jual dah pun... selamat kat mana ntah I jual