Wednesday, April 22, 2009

Masak Style Mat Rempit

Miss Ruby

Hari ni tetiba ade orang YM aku. Memula terkejut beruk gak aku.

Ruby: salam pakcik..
Ruby: if u dont mind
Zaff: Salam
Zaff: Yer ruby
Ruby: could u pliz share the recepy of baked potato w cheese tuh?

(Selebihnya takyah la cite kan... secret)


Ade orang siap termimpi-mimpi dengan baked potato with cheese tu. Sian Ruby sayang. Ok la Ruby mari kita belajar memasak.

Bahan-bahannya:
  • Kentang (Ikut nak buat bape banyak). Pilih kentang yang berkanji. Ade jenis kentang yang kering and keras tau. Selalu kentang yang kulit dia kuning halus tu yang lembut. Kecik-kecik je buah dia. Kalau kulit dia kasar tu kalau tak silap dia keras.
  • Cream (kalau takde guna susu segar pun boleh)
  • Bunga lawang
  • Buah Pelaga
  • Kulit kayu manis
  • Keju Cheddar (Di sagat halus-halus ye)
  • Keju Mozarella (Di sagat halus-halus juga)
  • Garam secukup rasa ye
Cara-cara membuatnya
  • Sagat kentang nipis-nipis macam buat kerepek ubi tu. Kemudian rendam. Jangan rebus., tapi rendam. Diingatkan ye, rendam. Biarkan dia lembut sikit la. Tapi mana bleh lembut kan. Bagi dia kembang sudahla. Jangan kau tak buang kulitnya plak. Haru kang
  • Sementara tunggu kentang tu lembut. Campurkan Cream dengan bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis. Bubuh garam yang secukup rasa tu sekali. Kemudian panaskan.
  • Kemudian cream dah panas dan kentang pun dah kembang. Masa utk masukkan loyang. Tapi kene buat macam layer by layer la. Lapisan dia antara kentang dengan Keju cheddar dan juga cream tadi. Nak berapa tingkat ikut korang la kan. Nak berapa lapis pun ikut korang la. Yang penting. Cukup kentang dengan cheddar tu untuk semua lapisan. Jangan pulak korang masukkan air rendaman kentang tu sekali. Kang jadi sup kentang la plak kan.
  • Lepas tu tuangkan baki cream yang korang panaskan ke dalam kentang yang dah berlapis-lapis tadi. Kalau korang guna susu, jangan sampai berenang plak korang punya kentang tu. Kalau cream pun jangan sampai berenang gak. Agak-agak la kan.
  • Dah settle, masa untuk letakkan mozarella cheese kat atas dia. Taburkan sekuat hati korang la.
  • Then masukkan dalam oven. Bakar sampai la kentang tu masak. Nak tau masak camne. Kentang tu lembut la.
  • Hidangkan masa panas. Baru sedap weh.
Alamak. Meleleh plak gua. Dah la meleleh tengok awek cun tu. Pastu makan plak baked potato with cheese tu. Sekian sahaja. Untuk Ruby anak sedara kesayangan yang cun melecun tu. Selamat mencuba.

Nota kaki: Bila la sayang nak masak untuk abang ye

5 comments:

ruby said...

Thanks to pakcik coz sudi sharing is caring with this recepy..mintak kt Ym tp kene salin from blog..susah btol kalo blogger sepenuh masa nih..cepat aja tulis kat blog nih..ehehe!!

farish izaryl @izreez said...

xde ponn gmba mknanye

cik PELANGI . said...

ehemmm .
denga cte sampai call org tnye recipe .
haha :D

sha said...

waaa teruje btul la nak masak benda nih. adeh. hilang diet aku dah

Nash said...

tanak bg credit kepada tuan punyer resipi ker??? *terbatuk2 kuat2 sendiri depan pc...huahuahua*