Wednesday, July 22, 2009

Petua Kebahagian

Petua 8P Ustazah Siti Nurbahyah

Siti Nur Bahyah berkata,
  1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan.
  2. Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
  3. P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
  4. 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.
  5. Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman'
  6. Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
  7. Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.
  8. Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.

Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.

Khakis: Mencari erti kebahagiaan sebenar

Sunday, July 19, 2009

Speeding: Edisi jadi emcee

Kelmarin, aku dijemput oleh kawan aku kat MMU durring undergrads to be a master of ceremony on her wedding. Aku excited la kan. Nak jadi emcee. Obviously aku memang sangat teruja. 1st time ni handle wedding orang. Aku pernah je jadi emcee. But this is the 1st time jadi emcee untuk wedding.

Cover story untuk her wedding. Kemudian la ye. Sebab aku jadi emcee, so aku takde nak amek gambar sangat. Nanti aku minta dari Iza gambar wedding dia. Pastu bleh la aku publish kat blog aku. Anyway thank you so much to Iza sebab bagi kepercayaan pada aku.

Aku malam tu seperti biasa la. Mengikut tema. Pakai ape yang ad kat dalam drawer je. Hehehe, So at the end came out dengan tema merah putih. Semua dalam drawer aku keluarkan. Hehehe, Jadinya dapat la, luar dan dalam merah putih. Hehehe, yang dalam tu pun putih (kemproh la kau ni el)

This is the close up picture ye. Hehehe

So next buat gaya model

Gaya mat rempit sikit

Gaya dah tersepit. Hehehe

Inilah pelamin. Nanti nak tema merah putih gak la.

Anyway, my family dah set kan tarikh untuk my wedding. Next year. Alhamdulillah, dah dapat green light dah. Tapi calonnya siapa ye. Confuse gak tu. Hehehe, ape pun pasal calon tu. Tunggu je la erk.

Nota kaki: Bersedia zahir dan batin ni. Wakakakkaka

Juara Top Superb Blogger

Tahniah Fiq Online ucapkan kepada para pemenangan, fiq online memohon maaf jika ada terkasar bahasa atau membuat orang tersentuh hati sepanjang pertandingan ini berlangsung, terima kasih di ucapkan kepada Juri Pro dan penaja kerana sudi memberi sokongan kepada fiq untuk teruskan pertandingan ini walaupun pelbagai cabaran yang perlu fiq online tempuhi. Bagi yang kalah, adat bertanding. Terima Kasih atas sokongan anda.

-Fiq-

Hoyee, akhirnya lama-lama tunggu. Berbaloi gak aku tunggu kan. Hehehe, anyway terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi menganjurkan pertandingan ini. Terima kasih juga pada juri kerana memilih saya sebagai penerima anugerah top superb blogger 2009. Pengundi-pengundi pun terima kasih saya ucapkan ye. Tahun depan, kalau ada lagi. Bagi saya jadi juri la pula ya. Heheheh

Kat atas tu aku letak award yang Fiq bagi dan sedikit ucapan dari dia. Walaupun banyak dugaan kan. Tapi tak apa. Alhamdulillah. Semua selesai dengan baik. Hahaha, kalah artis bagi ucapan ni. Panjang berjela.

Anyway, dah janji. Kene tunaikan la kan. Hua hua hua. so ade 7 janji yang perlu ditunaikan. Bulan depan akan menyusul satu. Kita tunggu. Hehehehe

Nota kaki: berdebar-debar nak umumkan ni. Tak apa, kita tunggu je la ye

Friday, July 17, 2009

Terima kasih


Terima kasih banyak-banyak kepada ang wish birthday thru sms, blog, facebook, frenster, siap call lagi. Serius, I'm speechless. Nanti I letak kat dalam blog for thing that happen on 17th yeah. Anyway, thanks for the birthday cake awak. Thanks a lot for the pizza. I love it so much. Thank you for all.

Frankly speaking, for this year birthday, takde rasa ape pun. It was like normal day to me. Malam tido awal. Then siang gi kampus. Sehari tak sempat layan sms sangat-sangat.

Nota kaki: Aku tahu dia akan hadir lagi sekali dan waktu itu... entah

Thursday, July 16, 2009

Cuci Jamban

Ini tagged adalah dari Leli. Lama dah tak melayan tag. Ape pun layan je la. Sekali sekala takde idea nak post ape. Pekene tagged pun jadi la

1. Bila kali terakhir anda cuci toilet
-> (ketuk pintu bilik sebelah) “Syed, bila last ko cuci toilet tu” Alamak, syed tido aaa… kalau tak silap aku last bulan lepas. Aku last cuci mangkuk tanda tu bulan lepas la

2. Pencuci apa yang anda guna?
-> Ingat tak iklan ni, FAB Boleh. Sabun tu la yang aku gune. Tak mampu nak beli yang mahal-mahal. Lain la kalau ade yang nak sponsor sabun basuh jamban. Hehehehe

3. Dalam 1 minggu berapa kali anda mop lantai?
-> Rumah bujang. Tak payah mop. Takde sape pun nak dating, kitorang-kitorang je ade. Tu pun rumah kosong hujung minggu. Semua merendek

4. Apa tugasan anda sebelum menjelang malam?
-> Sebelum menjelang malam ye. Masih cuba menyelesaikan tugas-tugas di kampus. Banyak keje dowh. Serius tak tipu. Sambung master is really nightmare

5. Apa menu hidangan makan malam anda yang paling simple?
-> Paling simple erk. Memandangkan aku tengah diet. So aku layankan biskut low salt and hi-fibre dari Jacobs. Tu pun takleh bebanyaak. 3 keping je ye. Dengan air masak. Tu la dinner aku yang paling simple.

6. Minuman yang anda buat setiap pagi?
-> Air suam je. Tu la air minum aku pagi-pagi. Malas nak bancuh air manis. Aku rasa macam aku ni kurang gula dalam darah.

7. Sebelum tidur apa yang anda lakukan?
-> Bila dah golek-golek atas katil tu, ape lagi, teringat la kat awak, so saya sms la awak. Sampai la tertido. Bangun pagi dapat la SMS caci maki sebab tak balas sms. Sian dia menunggu

8. Harus menjawab tag ini?
-> Bukan harus je. Kira wajib ni. Aku nak suh
Niza
Masviona
Cik Wanie
Camarputih
Ayu aka Sidratul Muntaha
Momguess aka Kak Ina
Kak Atty
Kak Heze
Kak Suziey
Mama Tisya

Nota kaki: Habes la blog-blog depa ni... memang wajib tanye pada mak mak orang ye. Kalau tanak jawab tu. Ehem ehem la (gelak keji)

Wednesday, July 15, 2009

Outdated: Birthday Yaesh

Ya Ampun la Kak Watie. Aku lambat betul update cite birthday anak kau si Yaeshh tu. Huhuhu. Minta ampun la ye. Banyak betul bende yang nak di update. Tapi tak semua dimasukkan. Tak apelah, biarlah rahsia. Hua hua hua. Nyampah asyik gune term tu je. Bosan dah kot. Wakakakka

Tetamu yang hadir, aku tak sampai lagi time ni

Anyway pada bape haribulan ntah, 4hb kot. Sabtu lepas, minggu yang sebelum tu, aku dapat invitation melalui kak Heze, ada party di rumah Kak Watie, Sambut birthday anak dia si Yaeshhh.

Putus Pius ft Kak Senduk

Bersama Masviona

Aku sampai lebih kurang jam 10.30 malam. Ade meeting kaedahnye. Meeting apa. Ala, meeting wedding kawan aku. Nanti aku update plak wedding kawan aku punye story k. And function aku on that wedding sampai kene pegi meeting bagai simpan la dulu ye.

Wah, Sodapnyo

Aku sampai umah kak watie, kebuloq tahap gaban. Pergh, memang lapar. Makan soto. Nyum nyum. Sedap siol. Kak Watie, bila nak buat lagi soto itu. Hehehe. Memang melantak tahap gaban (ala, cita zaman aku kecik-kecik dulu). Tapi lupa nak merasa pengat itu, cuma pengat tu nampak sedap je. Terkilan ni weh tak dapat makan pengat.

Ni la Yaeshh, the birthday boy (gigih nak membelah kek tu) belah macam ultraman ye dik

Cupcakes tu serius, bukan setakat pemandangan dia je cantik, rasanya pun mantap

Kids game

Pastu ade la game budak-budak. Main rebut kerusi. Lawak la anak kau Kak Watie. Ade ke tak dapat kerusi, nangis guling-guling. Serius lawak masa tu. Hahahaha

Pastu game orang dewasa. Ni aku nak cita. Aku kene tipu sebenarnye hang tau dak. Buat Qilla yang tak datang tu, aku kene tipu la weh. Memula clown tu bagi belon kat aku. So ok la, dia suruh tiup paling besar. Aku apelagi. Tiup je la. Layankan je. Dah aku punye paling besar. Then suruh ikat. Tiba-tiba, dengan tak semena-mena dia keluarkan baju kelawar. Aku dah la selalu blur. Dia bagi sorang satu. Aku tak paham lagi. Dia suruh la pakai.

Sebelum ditipu ni weh

Aku pakai. Then dia suruh masukkan belon tu dari celah kangkang. Aku mati-mati ingat kene kepit belon celah kelengkang lepas tu jalan keliling taman. Rupanya belon tu kene naik atas lagi. Bila dah naik sampai perut. Baru la aku tahu. Yang sebenarnye kene buat aksi wanita mengandung. Adoi, feeling jadi ibu mengandung beberapa minit. Siap ade catwalk lagi tu. Weh Senduk, patutnya kau yang layak masuk. Ade ke aku yang masuk. Tak patut betul.

Selepas tertipu, ala pompuan kalau lepas tertipu pun sama kan. Pastu guna dialog "Tipah tertipu bang"

Tapi ape pun, aku tetap happening. Siap suami Wati puji lagi weh. Kembang kuncup aku. Hahahhaha. Ape yang kembang kuncup itu. (Bodoh la kau El. Nak kene seligi si El ni)

Aku dah sampai lambat, Semua kene cepat la. Takut overun. Nanti mengamuk plak anak si Heze tu. Yang penting, tetap putus pius ye. Hahahaha

Sebelum balik, kita lompat dulu ye

Ape pun aku nak ucap terima kasih kepada Kak Watie sebab organize party untuk anak dia. Gigih betul. Nanti ajar aku erk, camne nak buat anak. Eh salah, nak buat birthday party untuk anak. Hehehe. Apa pun sangat enjoy malam tu. Hua hua hua

Nota kaki: Aku akan ingat sampai bila-bile Qilla, kau bantai gelak kat aku pakai baju kelawar. Wakakakakak, aku pun nak bantai gelak gak la. (mesti kak heze cakap 'sengal')

Monday, July 13, 2009

Bahagiakah...

Renungkanlah sedalam-dalamnya. .......

Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Adaorg jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabulselain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cubamendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari.. Dia datangkan petir dan kilat.. kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar.. Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "

Nota kaki: Aku bahagia je. Bahagia dengan blog. Anyway sorry la. Banyak story nak cite. Tapi takde masa nak tulis

Sunday, July 12, 2009

Misi Gampang

Aku dapat workstation baru untuk settle my project master tu. Aku amat berbesar hati untuk semua workstation itu. Aku suka. So aku akan menjalankan misi gampang bila mula buat keje kat situ nanti. Hahahah

Misi pertama, aku nak cari pasal dengan mamat pukimak yang sebelah lab aku tu. Aku tak kira, ingat dia sorang je boleh tunjuk besar kepala dia kat situ. Aku pun boleh tunjuk belang aku la beb. Ingat aku takut dengan kau ke orang tua.

Misi kedua, aku nak siapkan project aku la obviously. Dah overun dah ni. Patutnya bulan ni aku dah settle dengan semua. Esok nak kene repair full of my circuit la. Nak buat camne. Terpaksa. Tiba-tibe circuit aku buat hal. Tensen betul. Overload kot.

Misi ketiga, aku nak update blog aku hari-hari(mesti akmal berbulu je baca misi aku ni). Tak ape, kau jangan risau. Aku kan selambe kodok update blog walaupun banyak gile keje. Hua hua hua

Cukuplah 3 misi gampang aku ni. Selambe je misi aku ni. Tapi misi pertama yang aku nak laksanakan dulu. Misi keji membalas dendam. Hahaha

Nota kaki: Selamat pergi ke Gambang Puaka

Wednesday, July 08, 2009

Dambaan Cinta




Tuesday, July 07, 2009

Kisah Pahit Seorang Gigolo

Teman-teman, Bacalah kisah di bawah ini: (Cubalah ambil hikmahnya..)

Seorang pemuda frust mencuba-cuba menjadi gigolo. Pengalaman pertamanya bertemu seorang ibu muda datang dengan kereta mewah. Pemuda itu dibawa dengan kereta mewah menuju ke sebuah rumah besar milik wanita itu. Sesampainya dirumah, Dia di suruh masuk ke dalam sebuah bilik. Si pemuda itu merasa nervous karana ini adalah pertama kalinya masuk ke bilik wanita lain. Fikirannya tak menentu, bingung dan juga kekok. Semakin di fikir seperti itu, berahinya juga makin muncul.

Sebelum melakukan apa-apa, wanita itu berkata, "Kamu bukakan dulu baju kamu dan tunggu disini dulu ya, jangan ke mana-mana," ujar wanita itu kemudian keluar dari kamar. Pemuda itu makin bingung kerana ditinggal keseorangan. Dan, dia malu untuk telanjang kerana tubuhnya kurus. Akhirnya dia membuka semua bajunya, dan menunggu di bilik. "Ah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan," fikirnya.

Tak lama kemudian, ibu itu masuk ke dalam bilik. Kali ini diikuti oleh dua orang anak kecil.

Ibu itu berkata kepada kedua anak kecil itu, "Tengok ni, Wati dan Budi, kalau malas makan badan kita jadi kurus seperti abang ni"

Huahaha..ha. .ha..

Waaaaaaaaaa Serius nampak Baca tuuuu...

Tahukah anda bilakah berakhirnya waktu untuk solat Isyak?

Banyak orang menyangka bahawa mereka boleh menangguhkan solat Isyak selagi tidak masuk waktu Subuh atau terbit fajar. Sedangkan Allah S.W.T. Memerintahkan kita melakukan solat tepat pada waktunya.

Waktu Isyak bermula daripada mega merah sehingga pertengahan malam Yang pertama. Menurut pendapat ulama, pertengahan malam yang pertama itu berada pada jarak Masa pukul 1.00 pagi hingga ke pukul 2.00 pagi. Rasulullah s.a.w melarang mengerjakan solat Isyak pada pukul 3.00 atau 4.00 pagi. Jika sesiapa mengerjakan solat pada waktu tersebut, ia diibaratkan seperti solat Subuh pada pukul 9..00 pagi.

Ini bermakna, waktu tersebut bukan waktu akhir untuk solat Isyak. Jika seseorang itu melakukan solat di luar waktu yang telah ditentukan, dia telah menyalahi perintah Allah.

Hukumnya adalah berdosa.

Sebagaimana firman-Nya

"Sesungguhnya solat itu adalah wajib ke atas orang-orang yang beriman dengan ketetapan yang telah ditetapkan waktunya." (An-Nisa': 103)

Ingatan untuk diriku sendiri....

Nota kaki: Aku ni selalu sangat subuh gajah. Haha

Monday, July 06, 2009

Kisah yang berlaku di penjara sungai buloh

Pada suatu malam bertempat di Surau Jenaris aku telah menghadiri satu forum perdana sempena Maulidur Rasul. Ahli panel terdiri dari Uts Halim Din, Ust.Raihan & Utszh Dr. Sharifah Noor Hayati. Memang menarik kupasan ketiga-tiga ahli panel yg bijaksana tu. Ttg keperibadian rasulullah yg mulia itu yg menjadi ikutan kita semua.

Di penghujung rancangan tersebut salah seorang utz kalau tak silap aku utz halim din telah menceritakan sebuah kisah yg berlaku di penjara sg.buluh. Sebuah kisah benar. Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi ceramah agama pd banduan2 di sana, Pengarah Penjara telah berjumpa dgn beliau dan menceritakan pd beliau ttg seorang banduan yg bernama AMIN iaitu ketua kumpulan Al-Mau'una yg didapati bersalah kerana melancarkan perang kepada Yg Dipertua Agong. Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Apa yg manarik ialah peribadi si Amin ini. Beliau seorang yg berdisplin, kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan lain. Pendek kata banduan yg tiada bermasalah.

Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi selbeliau dan terkejut kerana terdapat bau yg harum. Bau itu tak hilang walaupun beliau telah pulang ke rumah bau harum itu masih melekat pd pakaiannya.

Mengikut ceritanya lagi, pd mlm sebelum dia digantung, dia berpesan supaya dikejutkan pada jam 4.00 pagi. Dia digantung pada subuh pagi jumaat. Pada mlm sebelum dia digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena sekali seolah2 tiada apa2 akan berlaku pd pg esoknya sedangkan dia akan dihukum gantung pada pg esok. Bayangkan kalau org nak kena gantung pg esok, mesti gelisah dan mesti tak boleh tidur punya.

Bila tepat jam 4.00 pg, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal, solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur.

Ketika Amin sedang sujud pd masa itulah dia dibawa ke tali gantung. Bila tiba masa hendak digantung, tiba2 Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri. Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia ditutup dgn kain hitam dan hukuman pun dijalankan.

Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti menggantung anak patung yg tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan. Didapati juga selipar jepun yg dipakai oleh Amin masih melekat pd kakinya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan.

Apabila janazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar spt kebiasaan mereka yg digantung. Tangan spt org dlm solat dgn jari telunjuk spt membaca tahiyat akhir. Subhanallah. . Mungkin Allah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung..

Begitulah kebesaran Allah yg memberi Rahmat kepada hamba2 nya soleh dan sentiasa bertaubat. Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kpd kita semua.

Inilah kisah yg diceritakan semula oleh Ustaz tersebut.

Surprising Rock

A huge rock in a village of Al-Hassa region, SAUDI ARABIA raises 11 cms from the ground level once in a year during the month of April and stays elevated for about 30 minutes !!! They say that 17 years ago, one terrorist was shot dead behind this rock as he was hidden there. This encounter happened in the month of April 1989. You can see the fresh blood stains on the rock. Most surprisingly, when the rock raises from the ground, these stains become darker, fresher and wet. Local residents tried to wipe off the stains several times, but after some time it appears again on the rock automatically..... isn't it astounding ? Have a look....

Let the picture tell you the story

Sunday, July 05, 2009

Tanda-Tanda Mati

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 Hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 Hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. Sesengguhnya mengingati mati itu adalah baik. Saling berpesan2lah sesama kita .

Nota kaki: Insaf 4 saat baca posting ni

Ohio rollercoster

Hari tu Kak Heze ada ajak bercuti. Apa kata kita bercuti kat sini. Amacam? Ada berani nak rollercoaster ni? Hahahaha. Baru tengok konpem dah cuak kan. Apa taknya. Menakutkan ok. Kalau ade orang yang sakit jantung. Konpem mati terus.
Nota kaki: Malu tak tengok gambar yang last tu. Hahahha

Speeding: Jambatan itu ada Bran?

The Millau viaduct is part of the new E11 expressway connecting Paris and Barcelona and features the highest bridge piers ever constructed. The tallest is 240 meters high and the overall height will be an impressive 336 meters, making this the highest bridge in the world.

Nota kaki: Bapak kau ni belikan kau kereta ke tak?

Saturday, July 04, 2009

Speeding: Edisi Let's Speeding

Michael Jackson Autopsy Photo

Dok baca kat Cloudy Monday pasal Michael Jackson Autopsy Photo.

Katanyer jadi antara most searched keywords.. ye ke? Tapi rupa nyer tak real pun gamba tu.. haha.. lawak jer...

Michael Jackson Autopsy Photo

So, aku pun nak amik kesempatan lah nih.. meh try letak byk2 keyword nih

Michael Jackson Autopsy Photo
Michael Jackson Autopsy Photo

nanti nak tgk kat nuffnang ada tak readers yg sampai ke sini thru keyword

Michael Jackson Autopsy Photo

hehe...

Nota kaki: Gila pemalas aku copy semua ni dari Cloudy Monday