Wednesday, April 29, 2009

Wak Sonto Ku Sayang

Sayang bangat sama Wak Sonto. Memandangkan aku dah berpisah dengan My Boo, so inilah pengganti dia, Wak Sonto. Baru je aku dapat hari Isnin lepas (27hb April 2009).

Kenapa namanya Wak Sonto? Aku tatau nak bagitau nama apa. Dalam kepala otak aku nak letak nama Rudy, Reddy, Riddy ataupun ape ntah. So came out dengan nama Wak Sonto sebab no plate dia WSN. Sebab tu aku panggil Wak Sonto.

Malas nak fikir warna apa. So aku ambil je warna merah. Bagi merah Mak Ngah sikit. Tanye pendapat orang semua aku rasa tak berapa menyokong dengan keputusan aku. Aku tanye orang, semua bagi pendapat warna hitam. Takde yang bagi kaler biru ke hape ke. Last-last aku ikut je, warna merah. Cover set boleh tuka.

So inilah dia Wak Sonto aku. Hua hua hua. Cun siol, merah mak ngah tu. Hua hua hua. Enjoy sangat-sangat ni. Tengah honeymoon, hua hua hua

Merah di badan

Gold di Rim

Tapi plate number kene tutup ye. Keselamatan ma

Kepala dah fikir nak modified. Hua hua hua

So masih boleh di consider mat rempit lagi ke. Dulu biru. Sekarang merah la plak. My Boo? Dah selamat kot pada orang lain. Hua hua hua. Masih mood honeymoon lagi ni. Syiok bangat ni ha.

Aku dah masukkan semua hasil tulisan aku kat blog http://novel17.blogspot.com so dah ade schedule la. Setiap hari Jumaat akan kuar chapter baru. Jangan terkejut ye dengan cerita aku. Semua adalah rekaan semata-mata. Hua hua hua.

Ok la. Apa-apa pun. Enjoy

Nota kaki: Buat rawatan intensif selama 6 bulan. Haish

Tuesday, April 28, 2009

Selamat Tinggal Selamat Jalan

Korang mesti masih ingat kan. Beberapa hari lepas aku ade post kisah sedih aku (Klik sini). Semalam aku terasa tersentak dan sedih bangat la weh. Memang kali ni dah last kopek la. Tensen aku. Sepanjang perjalanan aku rasa nak nangis je.

Perasaan aku masa tu bercampur-campur. Tapi sedih tu memang teramat la banyaknya. Memang sedih wooo. 5 Tahun dengan dia. Tiba-tiba tidak ditakdirkan bersama untuk selamanya. Memang pun kan. Dunia ni kan tempat tumpangan untuk sementara. Akhirat la kekal abadi.

Tak ape la. Pada siapa pun dikau pergi, aku relakan kepergianmu. Selamat tinggal My Boo. Kepada sesiapa pun yang menerima Boo ke dalam hidup mereka, Jagalah dia elok-elok ye. Aku sayangkan dia sampai aku mati.

Aku sayang sangat kat dia ni tau

Hari-hari terakhir my Boo dengan aku

Kacak Bergaya

Kadang-kadang cute gak kau ni

Cantik menarik kau memang tembam

Mat rempit dengan minah yang kene kepit (kid abuse ni)

Aiyak minah ni, dah la comel. Dua-dua aku sayang

Selamat tinggal selamat jalan

Dan semalam adalah hari terakhir aku dengan dia. Huyoo, memang di runtun macam2 perasaan aku ni. Aiyak, mana bleh nangis. Mat rempit takleh nak nangis weh. Tapi dia pun ade hati dan perasaan kan.

Nak iklan sikit. 1hb Mei ni aku akan buka satu blog pasal novel aku. Tajuk dia bukan la macam yang Hana cakap kat blog dia tu. Tapi tajuk dia aku tak decide lagi. Lagu tema pun aku tak cari lagi. Gambar pun tak cari lagi. Huhuhu. So jangan lupa 1hb May jam 12.00 tengahhari di http://novel17.blogspot.com

Nota kaki: Kalau ada yang terhangit ingat aku putus tunang dengan tunang aku atau putus cinta dengan awek aku atau pun bercerai dengan isteri aku, maaflah ye. Tak berniat pun nak hangitkan korang. Lagi satu, aku temui cinta baru. Hua hua hua. Nanti aku story habis-habis...

Monday, April 27, 2009

Melaka Je Yang Mampu

Hari Sabtu dengan Ahad lepas (25/4 dengan 26/4), aku melapangkan diri di Melaka. Kenapa mesti Melaka? Sebab abang aku sorang ada kat Melaka. Bukan abang angkat atau apa2 skandal. Dia memang Biological Brother aku. Aku dengan adik aku a.k.a Ms. Tapayok (Nama sebenarnye Tampal Koyok) dan juga si Anak sedara aku a.k.a Cik Pelangi.

Tujuan kami yang paling utama adalah:
  1. Settlekan hal perkahwinan (jeng jeng jeng)
  2. Jalan-jalan cari makan
  3. Shopping
  4. Celebrate besday my sister in law
So all the mission acomplished. So kalau nak baca selebihnya, baca kat blog Cik Pelangi dengan Ms Tampal Koyok la ye. Malas nak tulis panjang-panjang. Hua hua hua

Aku ni terlebih plak. Kalah kanak-kanak belum cukup umur 2 orang tu

Dragon ball ade 7 biji semuanya (aku dapat 1 dah)

Style ape pun aku tatau

Pose dengan Auji plak

The tall boy, the tall girl and the katik lady (kui kui kui)

Memula belakang kene

lepas tu depan plak. Hebat

Sakan posing dengan gambar ni

Suka bangat sama ini gambar

Panah itu membunuhku

Dah penat berjalan tu basahkan tekak sikit dengan cendol yang tersangat la sedapnye. Aku plak makan fruit ape nya nama ntah. Si Amir amek la ABC. Hua hua hua. Sangat best tau, serius sangat best.

For her

For him

For the besday girl

For the besday girl

Malam tu jalan gi Jonker Walk. Best gak la kat sana. Hua hua hua. Memula ingta nak beli hamster. Tapi macam takde masa nak bela. Kang mati kering plak kang. Tak makan. Tak pun lupa bagi makan. hua hua hua.

Mr blood man yang menemankan aku drive

Kite dah nak sampai

Nota kaki: Nak gi bangkok ni. Hurm

Sunday, April 26, 2009

Prom Nite

Malam selepas Exam pada hari jumaat (24 April 2009) tu jugak. Ade invitation dari kawan aku merangkap junior masa kat MMU. Dia ajak aku gi prom. Sebab dia ade extra tiket. Sayang pula dia kata kalau burn macam tu je.

Dia bagi tau aku last minute. Memang tak sempat nak prepare ape pun. Beli sikit, pastu ade mix and match je. Hua hua hua. Takyah la cerita Prom Nite ni macam mana. Sama je macam kat oversea punye Prom. Antara perkara wajib dalam Prom oversea yang sama dengan Prom yang aku pegi tu. Ade Dance (Macam ala-ala clubing, tapi tak la overdose). Pastu ade Prom King and Prom Queen.

Tapi bezanya, Prom King and Queen kat sana dengan kat sini ialah, kat sana Prom King dan Queen di pilih berdasarkan the hottest guy and girls pada malam tu, so everybody have equal chances to win. Except yang aku attend ni, diorang dah nominate awal-awal la based on the hottest student. Yang lain? Datang makan je la. Hua hua hua. Aku sangat suka melantak makan ok. Sangat best makan-makan ni. Huhuhu

Lagi satu, kalau kat oversea diorang pegi prom sebab nak menari and nak melaram, pastu diorang akan menari la sampai pagi. Kat sini plak selalunya datang nak makan and melaram. Menari tu, diorang akan gi club la malam tu kan untuk menari. Huhuhu Aku memang tak clubbing. So tak join the rest la pegi club.

Malam tu, Ade show Yuna dengan yang lain (Tak kenal sebab tak pemes) and catwalk dari Malaysian Dream Girls. Memang terlopong mulut. Takleh nak tutup. huhuhu. Cun siol.

Ni half of my baju malam tu la. Tema aku, putih suci. Yang bawah takyah tengok la. Kang ade yang tak tido malam plak tengok aku transform dari mat rempit jadi mat terkepit. Memang aku sangat berbeza la malam tu

The food tu biasa-biasa je. Cuma dah lapar gile time sampai tu. Aiyak, memang tak ingat la aku melantak. (Sila abaikan wanita di dalam gambar itu, aku tidak kenal pun dia tu sape)

Dan sebelum balik diorang bagi la Door Gift. Yang ni car sticker, sponsor by Burger King (Mana la aku nak tampal ni weh)

Yang ni memula aku dapat, jenuh fikir, ape ke benda la... then buka

Rupanya bende tu da. Bende ape, lu pikiaq la sendiri). Tengok yer, masih penuh di situ. Lepas tu campak je la bawah katil. Huhuhu belum masanya utk aku guna.

Aku ingat tak semua Prom akan bagi bende alah ni. Sebab dulu pernah la datang sekali Prom nite kat PD. Dia bagi gak bende ni. Masa tu aku buang je la. Tak sangka kali ni dapat lagi. Simpan je la. Hua hua hua

Malam tu balik memang exhausted gile. Nak merempit pun tak larat. Huhuhuhu Apa pun, aku enjoy je malam tu. Sempat la jumpa few juniors yang masih kenal aku masa aku undergrad dulu. Tak sangka la kan. Hahahaha

Nota kaki: Macam nak organize satu prom la. Mesti best kan.

Saturday, April 25, 2009

Bosan Betul Exam

Hari Jumaat (26hb April 2009) pagi tu aku dapat call dari opis. Suruh jaga exam. Aiyak, terpaksa la kan. Dah jabatan tepon. Terpaksa la buat. Kalau idak naya aku. Hua hua hua Kesian aku kan. Terpaksa jaga Exam tak pasal2.

So petang tu jaga la exam my student. Mak ai, soalan dia susah nak mampus. Memang konpem la student aku banyak yang tak bleh buat (bukan aku yang buat soalan la). Sian sian. Tak ape la.

Kalau fail tahun depan cuba lagi ye. Tak susah pun study kat uni ni. Selagi tak pass tak bleh grad. Bukan macam spm. Fail pun boleh keje. Hua hua hua. Still dapat sijil kalau BM hang tu lulus.

So snap-snap some picture. Enjoy la ye.

Yang ni gambar sebelum exam bermula...




Sewaktu Exam dijalankan...




Nota kaki: Teringat azab exam zaman muda-muda dulu

Friday, April 24, 2009

Langkah Kanan

Minggu ni banyak betul langkah kanan aku. Semalam shopping sangat best ok. Bila duit biasiswa dah masuk. Hua hua hua. Suka betul aku. Lepas tu ni nak cita kat korang. Semalam memang tak sempat langsung nak makan.

Masa tengah tunggu Akmal interview kat Texas, aku sempat la pekene rojak depan Texas tu. Memang sedap la weh gua cakap lu bai. Kalah rojak-rojak mamak segala kedai mamak kat Malaysia ni. Tak caya korang try la. Memang tak cukup sepinggan. Tapi aku makan sepinggan dengan cendol semangkok je.

Mana la nak cukup. Pastu dah seronok sangat shopping. Lupa plak yang perut ni lapa. Mana nak cukup bai. Perut aku ni laparnya memanjang. Makan la Sushi sikit. Buat alas perut. Petang tu makan pisang goreng. Mana la aku ni tak kurus kering. Hua hua hua.

Malam tu plak sampai-sampai tempat tusyen, mami (bukan sugar mami ye) suruh abeskan tusyen cepat-cepat. Nak celebrate bithday Iqbal (anak mami yang no 2). Adeh, memang langkah kanan la aku ni weh. Hua hua hua.

So makan la lagi. Melantak banyak gak aku ni. Semua aku bantai. Hua hua hua. Snap la few pic untuk kenangan blog. Hua hua hua

Ni la besday boy, Iqbal. Baru 18 tahun ye.

Huhuhu Tengok makanan, Ya Allah. Banyaknye, berapa sangat la yang makan padahal. Tak ape. Aku suka sangat. Sebab semua perut time tu tengah lapar. Hua hua hua.

Ni plak keknya. Kek orang di atas katanya

Snap the picture with mami and daddy

Bestnye. Rasa tak sabar nak celebrate besday nanti. Huhuhu. Mesti syiok kan. Tapi selalu sangat celebrate sorang-sorang. Terpaksa la. Nak buat camne. Tapi tahun lepas aku rasa boleh tahan meriah gak la. Hua hua hua

Nota kaki: Besday nanti nak kek White Chocolate Macadamia ye. Hua hua hua. Dapat 1 slice jadi le. Buat syarat sambut besday

Aku Rindu Texas La Weh

Walaupun masih dalam mood sedih. Masih boleh enjoy what. Life must go on. Kata Celine Dion My Heart Will Go On. Aiyak, apesal terkekuar lagu tu. Huhuhu. So pagi tadi temankan junior aku si Akmal. Nak keje kat Texas. Aku kene bagi moral support ma.

Rindu plak dengan Texas. Tadi terserempak la dengan few person yang aku rapat time kat Texas dulu. Aiyak, rindunya zaman aku muda-muda. Hahaha, sekarang ni dah tua sangat ke. Hua hua hua.

So kat sini aku attach la few picture yang aku snap masa aku tunggu Akmal interview.

Ni la guard house sebagai kenangan. Nak masuk dalam takleh. Dah takde authority dah

Bangunan opis aku. Huhuhu. Sejuk gile dalam ni weh

Ni Jalan-Jalan yang selalu aku lalui

Tengah merenung masa depan. Masih adakah peluang aku kembali ke Texas. Huwaaa. rindunya
Lepas tu aku dengan Akmal gi la Jusco Cheras Selatan. Kan ade J Card Day hari ni. Tidak melepaskan peluang. Akmal tinggal aku kat situ. So aku terpaksa la balik saing P-ja dengan Ami. Hua hua hua. Ok la kan. At least aku dapat shopping ape yang aku nak.

Jusco Cheras Selatan. Masya Allah. Ramai gilos orang

Muka happy je dapat ape yang dia nak

So lepas tu balik la rumah. Ape yang aku beli takyah la cakap. Segan, bukan ade ape sangat pun aku beli. huhuhu Kalau orang lain sure masyuk kan. Hua hua hua Aku ni dah tak keje. Nama pun student. Memang sikit je belinya.

Nota kaki: Esok malam nak berpoya-poya.

Thursday, April 23, 2009

Saja Meluahkan Perasaan

Hati ini semakin berkocak sejak akhir-akhir ini. Di runtun berbagai perasaan. Bisakah begini akhirnya. Lantas saya terfikir, beginilah kehidupan. Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Maka berakhirlah ianya di sini.

Tulisan saya sedikit beremosi? Mungkin juga. Tatkala menulis entry ini, saya sangat bersedih. Argh, kadang-kadang saya berkata kepada diri saya, "Persetankan semua perasaan itu". Tapi saya seorang manusia biasa. Selalu melakukan kesilapan.

Pengakhiran ini terlalu berat untuk saya terima. Saya percaya, tiada seorang pun mahukan perpisahan. Dan sudah tentu semua manusia inginkan kebahagiaan dalam hidup mereka. Selayaknya, semua manusia berhak untuk bahagia. Tanpa usaha, adakah kebahagiaan itu akan jadi milik kita.

Saya selalu menyerah kalah. Mungkin saya ini nampak sahaja kuat dan bersemangat. Walhal sensitif sungguh di dalam hati saya. Saya akui hati saya sangat kecil. Pedulikan apa orang hendak kata tentang saya. Saya tetap berlari untuk terus mengejar mimpi.

Tapi perpisahan ini sememangnya sangat sukar untuk saya terima. Ya, terlalu sukar. Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, saya asyik termenung sendirian. 5 tahun bukan masa yang singkat.

Indahnya menyemai cinta dengan dia. Selamat tinggal sayang.

Nota kaki: Dia ingat aku cuma tahu dua. Sebenarnya yang ketiga tu aku dah lama tahu.

Wednesday, April 22, 2009

Ambil Masa Berehat - Mengulor La Senang Cite

Tensen-tensen begini macam elok je kalau relaxkan diri kan. Tenangkan fikiran Tengok-tengok la tempat2 menarik yang boleh dilawati di fakulti. Lama dah aku tak rehat lama-lama. Rasa dah dekat berbulan-bulan gak la tak berehat. Ni kalau dapat picnic pun best gak.

So amek la keputusan hari ni untuk berjalan-jalan mempoyokan diri kat tepi tasek. Dekat fakulti aku ni ade satu tasek la. Tapi takde la komersial mana pun. Cuma banyak la ikan-ikan kat sini. Kalau tensen, kat situ la aku rehatkan diri kejap. hua hua hua

Tasek tu belakang bangunan ni la. Jenuh gak nak berjalan ke belakang tu.

Happy je bila berjalan kan. Tak pernah nampak pun muka sedih.

So snap a pic and have a break about 10 minutes

Hari ni sangat menyedihkan sebenarnya. Tapi aku tetap akan berusaha untuk gembira. This is my life. Aku kene usaha untuk bahagiakan diri aku kan. Kalau tidak siapa lagi.

Aku dah buat keputusan yang novel yang aku tulis tu akan mula di siarkan di http://novel17.blogspot.com pada jam 12.00 tengahhari 1hb Mei 2009. Skrg ni blog tu sedang ditutup untuk operasi membaik pulih. Dan akan mula di buka untuk orang ramai sehari sebelum tu ok. Hehehe sementara cerita dia sedang di baik pulih bagi kasi mantap gile. Hua hua hua

Nota kaki: Saya dah membuat keputusan untuk membuang dia jauh-jauh dalam hidup aku. Dan paling penting sekali. Aku tak akan menyesal atau menoleh kebelakang lagi. Penat menjaga perasaan orang tanpa pernah memikirkan perasaan aku sendiri.