Tuesday, February 24, 2009

Accident: Kenangan Mengusik Jiwa

Semalam petang as usual balik la rumah kan. Dah petang. Nak maghrib. Si Khai ada la bagitau aku, jalan elok-elok. Aku cakap kat Khai, aku merempit takde nak jalan. Pastu gelak je la kan. Dia kata nak ke moto pun kene jalan gak.

Nak dijadikan kisah, semalam aku pun balik setelah hujan berhenti. Itupun dah pukul 6.00 petang dah. Lewat ni. Spa-Q menunggu (Adeh, mat rempit layan Spa-Q, rosak-rosak). So aku pun terus la memecut, takut miss scene Zafrul terajang Marlia. Hurm,

Tengah dok merempit tu, aku pun amek la selekoh mantap dekat depan tol serdang dari arah UPM menghala ke arah Mines. Tiba-tiba, gedebuk. Adeh. Aku ternampak seorang abang ni naik LC warna merah jatuh moto di lane tengah.

Sekadar gambar hiasan

Aku dengan sedikit gugup terus berhenti kat tepi abg tu. Sebuah wira pun berhenti gak. Pastu ada lori berhenti. Pastu semua berhenti. Memula aku tengok je. Adalah 10 saat macam tu. Tengok mamat ni tak bergerak. Pastu aku Nampak mamat arab dari kete wira ni meluru keluar nak tolong. Aku tak fikir panjang terus la park moto kat tepi. Nak tolong abang tu juga.

Abang tu tak bergerak. Tu yang aku risau tu. Pastu mamat arab tolong angkat and dirikan dia. Abang ni pun sedar. Bila dah berdiri tu, dia terhoyong hayang. Tak boleh nak berdiri. Mungkin sebab dia baru lepas pitam kan. Aku terus bangunkan moto and letak kat tepi.

Abang tu kami papah sampai ke tepi. Pastu aku stay la. Tanya abang tu ok semua tak. Jalan masa tu dah jammed gila. Apa taknya, time tu peak hour orang balik keje. Memang la jammed. Pastu 2 lorong je bleh guna. Haish. Kesian kat abang tu. Last-last aku dengan sorang bro scooter tinggal. Yang lain blah la. Aku risaukan abang tu sebenarnya. Takut dia pitam lagi atau apa.

Tengah-tengah stay ada peronda lebuhraya singgah. Tanya semua ok ke tak. Pastu dia Tanya abang tu boleh jalan ke tak semua la. Boleh bawak moto lagi ke tak. Pastu dia Nampak keadaan abang tu dah ok. Pastu jalan pun semakin sesak. Peronda ni suruh aku dengan abang scoot tu beredar. Dia kata, kalau kami stay jalan akan makin sesak. Betul gak apa dia cakap.

Aku, abang scoot dengan bro yang accident tu pun start la moto masing-masing. Aku bawa slow je. Takut abang tu tak boleh nak handle, aku ada kat belakang. Tapi Nampak dia ok. Aku teruskan perjalanan balik ke rumah.

Dalam perjalanan balik rumah tu, teringat kisah 3 tahun lepas. Tahun 2006. Aku accident jatuh moto pukul 2 pagi. Di jalan utama Bandar Melaka ke Ayer Keroh. Sakitnya Tuhan saja yang tahu. Jalan 2 lorong, moto aku konker lane kiri, aku terbaring kat lane kanan. Aku bergolek-golek kesakitan. Tapi takde sape pun tolong aku. Nasib baik la takde kenderaan time tu. Allah panjangkan umur aku. At last, aku rasa ok sikit, aku berdiri dan bangunkan moto aku. Dalam keadaan tak stabil aku gagahkan diri. Sakit semua aku tahankan sahaja. Kenderaan dari arah bertentangan, diorang tengok saja. Dan aku simpan semua yang berlaku dalam kotak ingatan aku. Tak pernah aku ceritakan perkara sebenarnya yang berlaku pada waktu tu. Kalau teringat, pasti akan mengalir airmata aku ini. Sesungguhnya, Allah masih memberi aku peluang mempersiapkan diri.

Sekadar gambar hiasan

Aku berharap, kalau nanti aku eksiden. Adalah yang tolong aku. Bukan mengharap balasan. Tapi sifat kemanusiaan. Cuma aku minta dijauhkan la dari eksiden ni semua. Sakit wooo eksiden moto. Dan bila aku tolong orang, aku harap orang akan buat perkara yang sama pada aku. Kisah 2006 terlalu sedih untuk aku kenang.

8 comments:

Anonymous said...

buat baik dibalas baik... insyaallah tuhan tolong... hehe

Khai a.k.a Inche' Dean said...

permulaan citer mmg suspen, bertambah suspen bile ko sebut nama aku.. nasib baik bukan ko yg eksiden..huhhu..

ape yg berlaku ada hikmahnye.. ape yg ko buat pasti ada ganjarannye..

mak aku kata "Berbuat baik jangan sekali, buatlah berkali-kali"..dan ni lak aku kata.."Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji."

sekian terima kasih.. ngeee ;P

Luth Textile said...

kesianla kt dia tu..

farish izaryl @izreez said...

adoi saketnye xcdent

SpyGame said...

very kind of you. god blessed.

Pojiepooh Abdullah said...

sian nyer..
mcm kwn i dulu pitam masa bw motor..
last² skrg tingtong..

Anonymous said...

erm baguslah ur attitude
huhu dah berubah ke?? hehe

jap papepun merempit tu elok2 dude
cepat2 yer kuarkan novel anda..
can't wait :)

A j u E said...

xramai skrg ni yg ada keperimanusiaan.

yang penting diri banyak la...

bawakmoto bahaya,bawak keta bahaya, jalan kaki pun bahaya gak..........

semua nak kena hati2