Monday, February 16, 2009

Diberi kesihatan yang sedikit baik

Kadang-kadang terfikir juga saya, Sakit boleh menghapuskan dosa-dosa kecil. Kalau beginilah sakitnya untuk menghapuskan dosa-dosa kecil saya. Betapa besarnya dosa-dosa saya yang lain. Ada juga yang berkata dengan saya, sakit itu satu nikmat. Kalau begini la nikmatnya, saya terima. Kudrat saya tidak termampu untuk menanggung sebenarnye. Kalau diberi pilihan, tapi tiada pilihan untuk saya.

Hari ini sedikit mampu untuk datang ke kampus. Membuat kerja. Walaupun di dalam keadaan yang tidak larat. Huh, susah menjadi aku. Setiap malam di ganggu dengan kesakitan yang teramat. Saya tak sanggup sudah menelan ubat. Argh, kalaulah diberi pilihan. Kalau saya ada pilihan.


Saya gagahkan diri sebagai seorang pelajar. Saya diberi kesihatan yang sedikit baik. Saya akan berdoa tanpa henti diberikan sedikit waktu. Kenapa sedikit? Kenapa tidak panjang? Kerana, perjalanan hidup yang panjang ini sebenarnya terlalu pendek.

Dah lama saya tidak update blog. Maafkan saya. Tiada kesempatan, seharian saya asyik berehat sahaja. Kalau di kampus pun, asyik menghadap buku sahaja. Huh, mungkin tiada masa berehat. Nanti habes blaja, saya akan berehat puas-puas. Lepas tu akan mengerah keringat sekali lagi. Tu pun kalau diberi umur yang panjang. Amin

5 comments:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

jg kesihatan leklok el :)

Muhammad Hazimin Wahab said...

semoga cepat sembuh ariel !

Muhammad Hazimin Wahab said...

semoga cepat sembuh ariel !

farish izaryl @izreez said...

semoga cpt sembohh huhuu

Unknown said...

wanie doakan agar el cepat2 sembuh yer,
kalau mcm mana nak dating sesama nanti,
huk huk huk..

cepat2 sembuh tau:)