Saturday, February 07, 2009

Al-Fatihah

Saya menerima pesanan ringkas di telefon bimbit saya dari Anis, Ayah Aizoul meninggal dunia jam 7.30 petang tadi. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat ayah Aizoul, semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin...

Buat Aizoul, bersabar banyak-banyak. Teguhkan semangat. Saya sebagai rakan kamu akan terus menyokong kamu dari belakang. Memberi kamu semangat untuk terus hidup.

Sememangnya kehidupan mendatang akan menjadi lebih sukar. Semakin hari kamu akan menjadi seorang yang semakin kuat dan semakin tabah dalam mengharungi perjalanan hidup.

Saya telah melalui perasaan itu...

1 comment:

..me ~ said...

emm me too..hmm kdg2 bile dgr benda camni..sayu sama..reminds me of dat moment..may HE gives us strength owez..doa anak2 yg soleh ttp akn bersama mreka..Al-Fatihah...