Saturday, February 07, 2009

Perasaan Hasad Dengki

Aku tak sangka dalam dunia moden macam ni, masih lagi ada orang yang taksub pada sihir and syaitan. Aku percaya memang Syaitan tu wujud. Tapi tolong lah, beriman la sikit. Kenapa mesti nak sihirkan orang. Kenapa mesti nak ikut telunjuk Syaitan tu.

Aku tepuk dahi je. Dah la depan orang, Alim. Cakap pasal agama, hebat. Tapi masih taksub nak dengki mendengki. Dengan cara halus pulak tu. Tolonglah beb, tak guna 5 kali sehari susah-susah tonggang tonggek kat atas sejadah tapi masih nak sihirkan orang.

Walaupun aku tau, aku ni ilmu agama tak la tinggi mana. Tapi aku masih waras dalam hal-hal begini. Kenapa mesti nak tengok orang lain susah? Kan Allah dah beri rezeki, jodoh, qada dan qadar masing-masing, masih tak puas hati lagi ke? Tak semua yang dia dapat kau akan dapat. Dan tak semua yang kau dapat dia dapat. Setiap orang diberi kelebihan dan kekurangan.

Kalau kau tak puas hati atau cemburu. Bukan itu caranya. Kau kena berusaha untuk jadi yang terbaik. Bukan sihirkan orang beb.

Aku tak paham la dengan orang-orang macam ni. Bukak jer la tudung labuh tu. Takyah la nak pakai kalau perangai macam ni. Bukan la aku nak kata yang tudung labuh ni jahat-jahat. Tapi ade la sekelumit manusia yang bertopeng macam ni.

Kau rasa berbaloi ke tengok orang lain suffer? Apa yang kau dapat? Duit berjuta ke? Laki dia ke kau dapat? Kau dapat harta dia ke? Puas ke kau buat orang macam tu? Walaupun kau bukan la buat dia sampai dia mati, tak pun merana seumur hidup dia. Tapi kau dah melampau beb. Aku cuma doakan Allah pulang balik semua benda yang kau buat kat dia pada kau semula.

Aku percaya, Allah tu maha adil. Perkara jahat yang kau buat pada orang, akan dapat balasan yang setimpal. Kalau tidak di dunia. Di akhirat tu pasti. Percayalah, kepuasan tu tak akan kekal lama, kau akan tidak senang sepanjang hidup kau.

Ubahlah perangai kau tu. Ubahlah beb, tak guna beb. Bukan kepuasan dunia yang kita cari. Dunia ni pinjaman je. Kita nak cari kebahagiaan dan kepuasan yang kekal abadi la beb.

Ustaz sekolah agama aku pernah cakap, 'Hidup 1 hari di akhirat umpama 1000 tahun dunia'. Kalau umur kau cecah la umur nabi, 63 tahun. Kau cuma hidup 1 jam setengah je. Sebab tu la kita rasa masa tu sekejap sangat.

Nenek aku pernah cakap. Hidup kat dunia ni umpama kita dalam satu perjalanan yang jauh. Kemudian kita singgah minum cendol. Tak lama bukan minum cendol tu. Jadi manfaatkan la masa minum cendol kau tu beb.

Untuk orang ni, aku doakan kau ubahlah perangai dan kau kembali ke pangkal jalan. Aku doa umur kau panjang supaya kau sempat bertaubat and sempat minta maaf pada orang yang kau perdajal tu.

Sorry la readers, aku cuma nak luahkan perasaan aku yang tak puas hati ni. Tapi pada dasarnya aku tak tujukan kat sapa-sapa. Cuma aku tak sangka orang sanggup buat kawan baik aku macam tu.

2 comments:

cik wanie said...

it's ok dear,
luahkan saja apa yg terbuku dihati mu itu...

insya-ALLAH,
bila dah diluahkan,
semuanya akn ok:)

insya-ALLAH

juz me.. said...

ishhh3 iye ke? look does deceiving..

aiyaa..mmberikn bad impression kat org brtdg labuh..bwk2 le bertaubat..syirik pling besar dh tu klau men2 sihir seme tu..adoiii..