Minggu lepas hari jumaat (20.02.2009) aku diarahkan oleh Supervisor aku untuk jaga pameran Universiti di MTE 2009 @ PWTC. Ni pameran pasal new invention yang diorang buat kat Malaysia la. So pagi-pagi buta Beb dah tepon aku suruh siap-siap pakai smart-smart untuk gi Pameran. Malangnya aku dah sampai kampus. So about 9.00am Beb anta aku balik rumah untuk bersiap (Gosok baju la bagai).
Pastu dia cakap, malam tu ada awards night sekali and aku la yang kene attend. Adeh, aku lagi. Tak apa la. Aku datang memang nak makan pun. Bukan nak sangat amek awards. Sebab project aku tahun depan kot baru masuk MTE. Aku tatau nak bawa apa, aku bawa la blazer aku tu.
So bila sampai sana, as usual. Menjalankan tugas sebagai Exhabitor. Haha, tak sangka time tu bleh plak terjumpa My Junior during degree, Mr Mohd Ariff Othman aka Ariff baik (Tak sempat nak ambil gambar). Then dia cakap dia sekarang tengah tunggu Viva di USM. Tahniah, lepas tu dia pun nak sambung PhD. Alhamdulillah. Aku semakin bersemangat nak sambung PhD bila dengar Ariff dah nak dapat Master. Aku masih lagi bertatih. Tapi aku ingatkan diri aku, tak perlu cemburu. Sebab there's my destiny, it is only how slow or how fast I reach there.
Tengahhari sembahyang di Masjid Jamek KL. Ya Allah, ramai gila orang. Tak kisah la ramai orang tu. Yang penting enjoy. Hahaha, dengar khutbah semua. Nasib baik la dapat space untuk solat. Kalau tak burn macam tu jer la.
Then malam tu dinner. Aku sarung je la Blazer aku. Dr Fauzi tegur aku "Lawa baju batik kau" Aku malu gila. Memang tak prepare ape pun kan. So aku gelak je la. Padahal muka dah malu gila. Sebab orang lain duk pakai baju batik. Hahahaha,
Dr. Fauzi memang sempoi. Aku suka cara dia. Selamba kodok yang memang best. Dia grad PhD dari Germany. Dia cite la pengalaman dia kat Jerman and sebab apa dia pilih Jerman instead of pilih tempat lain. Dia kata, Jerman elaun banyak. Memang beza jauh gilos la. Tiba-tiba aku terasa nak study PhD kat germany. Weahoooo
Info pasal beb plak, dia ni member aku. Baru abes Master. Dia cadang nak sambung PhD kat Jerman gak. Bujang trang tang tang. Single abes. So sape-sape nak isi borang jadi calon isteri dia, boleh je. Memang jadi suri rumah je la. Hahaha
Aku memang lapar gila. Melantak tak hengat dunia. Orang lain dah abes makan. Aku bleh rileks je makan lagi 30 minit. Semua orang padahal time tu dah letak sudu. Tapi memang aku makan banyak bangat pun. So tak kisah la tu kan. Aku memang kuat melantak. Tak hengat dunia. Di ingatkan di sini, aku tak pernah bela hantu raya. Sebab ada orang tanya yang aku ni bela hantu raya ke?
Ni Seha (Kiri) dengan Nik (kanan). Nik ni comel, ada kawan aku tu dok usya dia je malam tu. Hahaha, kantoi-kantoi
Masa bagi hadiah tu, dia announce la everything. Tapi aku tak amek port sangat. Sebab bukan project aku pun. Aku wakilkan orang je. UKM paling banyak dapat Gold dengan 8 Gold. Upm dapat 6 Gold. Ok lah tu kan. MRSM Langkawi pun dapat Gold. Huyoo, hebat. Jabatan bomba segamat pun dapat gold. Power gila. Tapi aku nak ucap tahniah pada Ariff baik sebab dapat Gold Medal. Aku plak. Penuh Gold kat perut. Nak labur kat mana ntah gold-gold aku tu. Hahahaha
Abes even, aku kitorang cek untuk silver dengan bronze. Sebab dia cuma announce gold je. Yang lain refer kat papan kenyataan (Ceh, skema gila). Project supervisor kitorang tak dapat Gold. So kitorang dapat 2 Bronze. Ok la tu. At least tak pulang empty handed. Hehehe. Apa-apa hal, jumpa korang di MTE2010, memang aku yang kene pegi pun. Wajib occay...
Nota kaki: Sila abaikan tarikh. Technical error. Bukan salah aku ye...