Friday, November 20, 2009

Seribu Warna - Dato' Siti Nurhaliza

Sabtu petang yang lepas, selepas majlis pernikahan Sha dan juga Fairuz, saya menerima panggilan telefon dari Kash. Katanya dia ada tiket lebih untuk Konsert Dato' Siti Nurhaliza. Saya bukanlah Siti Zoner ataupun Die hard fan Dato' Siti, saya menemankan seorang sahabat saya. Dia sememangnya peminat Dato' Siti Nurhaliza sejak kami kenal di Zaman persekolahan 11 tahun dahulu.

Tiada apa yang mahu saya ulas lanjut mengenai konsert ini. Yang kedua Konsert Dato' Siti saya hadiri. Yang pertama sewaktu Fantasia Tour. Sememangnya saya harus mengakui, tiada tolok banding bakat yang dimilikinya dengan sesiapa pun penyanyi di Malaysia. Tetap no 1. Cuma bezanya, malam itu Dato' Siti lain.

Dato' Siti tersangatlah nakal, cantik dan sungguh menghiburkan. Sempat berseloroh ketika di konsert, "Kalau ada yang kemurungan atau sedih kerana tak dapat tengok konsert Beyonce, Siti harap, lagu itu dapat hiburkan semua," apabila dia mengusik penonton dengan menyusun semula lagu Kumilikmu dengan menyelitkan intro Crazy in Love.

Saida dan Saerah hebat. Sememangnya mereka mampu pergi jauh. Mula menunjukkan Aura. Kash kata "I akan beli album Saerah bila keluar nanti." Suara Saerah mula menunjukkan kematangan. Saida, semakin selesa di pentas. Coda, biasa-biasa sahaja.

Saya, Kash dan As, tidak senang duduk di kerusi. Akhirnya, saya ajak Kash dan As berdansa apabila Dato' Siti mengalunkan lagu terakhirnya, Destinasi Cinta. Sepatutnya, kami lebih awal bangun dan berdansa. Bukan saya tidak tahu step Nirmala. Saya dulu belajar juga menari sewaktu zaman belajar dulu.

Dato' Siti berjanji akan mengadakan konsert bersempena 15 tahun penglibatannya dalam bidang seni. Saya berjanji dengan Kash untuk pergi bersama menonton konsert itu. Jujur, saya tidak puas menatap Dato' Siti malam itu selain mendengar suaranya yang sungguh merdu.

Nota kaki: Menjadi diri saya sendiri.

Sumber mstar online & calmille

10 comments:

I-sya said...

x pernah attend life consert siti. tingin sangat but too pricey... nan ado ongkosnya wak.

farish izaryl @izreez said...

pehh yg pting dpt free seat kanzz

Hezesuze said...

wah ko pandai menarai tradisional ke EL....kagum akak el...huhuhu

fendy_ahmad said...

Salam,

Jejaka Johor si Zaff ni mmg hebat menari, tradisional power ;) nyanyi pun boleh ...

Sebut pasai CT, saya taknah pi mana mana konsert dia tapi mengakui mmg fanz setia dia.. Semua album dia ada dari tahun 1996dulu sampailah ke 2009 ni ;)

Tak malu mengaku mmg minat suara dan bakat dia :)

edan coba said...

Waaahh taniah lah Mr.Zaff!!
Haaa da lama edan nnt kn posting tntang Siti, akhirnya Mr.Zaff nulis gak!! Sonoq lah dengar pengalaman awak.. :-)

El-Zaffril said...

Acha: nanti kalau dia buat free concert macam dulu... pegi sama-sama nak?

El-Zaffril said...

Farish: macam tau tau je free sit

El-Zaffril said...

kak Heze: Lama dah tak menari... hahahaha, nanti badan patah riuk menari... takut2...

El-Zaffril said...

Fendy: Nanti konsert dia, jom sama-sama pegi nak?

El-Zaffril said...

Edan: Zaff bukan peminat siti tau... tapi kagum dengan bakat yang Allah berikan pada dia...