Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah mengampunkan dosa-dosa mereka.
Menu Berbuka Puasa:
Dah dua hari cerita pasal puasa. Kali ni aku nak cerita menu berbuka puasa ye. Ala, sekali sekala mat rempit macam aku ni share pasal buka puasa. Tak salah kan. Padahal aku ni bukan reti sangat masak pun. Wakakaka. So hari ni aku nak share resepi Nasi Lemak Kukus beserta Air Sirap Bandung Cincau.
Nasi Lemak Kukus
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:-
Cara membuatnya:
Sirap Bandung Cincau
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:-
Dah dua hari cerita pasal puasa. Kali ni aku nak cerita menu berbuka puasa ye. Ala, sekali sekala mat rempit macam aku ni share pasal buka puasa. Tak salah kan. Padahal aku ni bukan reti sangat masak pun. Wakakaka. So hari ni aku nak share resepi Nasi Lemak Kukus beserta Air Sirap Bandung Cincau.
Nasi Lemak Kukus
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:-
- Beras
- Santan pekat [pati santan]
- Garan Secukup rasa
- Basuh berash sehingga bersih dan kemudian kukuskan dalam pengukus half cook, Dalam 20 minit macam tu.
- Kemudian keluarkan beras tadi dan rendamkan dalam air sejuk selama lebih kurang 3 jam. Kalau rajin air tu tukar la selalu ye.
- Settlke rendam, masukkan dalam pengukus lagi sekali. Kali ni dalam masa 15 minit.
- Kemudian keluarkan. Gaulkan dengan santan pekat dan juga garam serempit hati. Hua hua hua. Agak-agak dah rata, masukkan semula dalam pengukus. Kali ni kukus sampai korang rasa dah cukup masak la. Sonang je tu bai
- Sedia dihidangkan bersama sambal tumis, bilis goreng, kacang goreng, timun potong-potong dan kalau ade telur mata kerbau atau ayam goreng, konpem amatlah enaknya.
Nota Resepi: Sedapnye kalau makan nasi lemak kukus dengan sambal udang petai. Huargh... nak balik kampung suruh mak masak sambal udang petai
Sirap Bandung Cincau
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:-
- Susu pekat manis
- Ibu Sirap merah [Kalau Pakai Kordial Sirap kureng sedap sebab kordial ada gula didalamnya. Dah tak real rasanya]
- Air masak
- Cincau yang di sagat [Potong tak best], pilih cincau yang lembut ye. Jangan pilih yang keras-keras macam agar-agar tu.
- Ais
- Ambil gelas dan tuangkan air dalam gelas. Ikut korang la nak berapa banyak air tu. Kemudian masukkan susu pekat manis. Masukkan ikut kemanisan yang korang nak la. Kacau sampai susu tu larut.
- Kemudian masukkan cincau. Seberapa yang korang rasa sesuai dengan saiz badan korang la.
- Untuk lebih thrill, korang masukkan Ais dulu. Kemudian titikkan beberapa titik Ibu Sirap merah di atasnya.
- Hidangkan bersama sudu dan straw. Yerlah, nak kacau ibu sirap tu kan.
- Kalau dalam kuantiti yang banyak, cincau jangan dimasukkan dahulu kedalam jag. Nanti ade yang minum cincau je pulak. Jadi korang bancuh sirap bandung je dulu ye.
- Elakkan menggunakan gula, kerana anda akan kehilangan rasa lemak manis yang sememangnya kita inginkan dalam rasa sirap bandung. Itu yang menjadikan sesetengah sirap bandung kurang kaw. Tak payah bubuh gula.
Nota Resepi: teringat di kala makan di Restoran Seri Mayang, Keramat AU3. Mesti aku asyik order air ni. Dan teringat pula dia yang pernah mengecewakan aku kerana kami selalu makan di situ. Last-last, down 4 saat
2 comments:
resepi sgtzzzzzz
percaya ke uols yg wat ni??
\
giler payah nak wat nasi lemak kukus tu!
Post a Comment