Monday, August 31, 2009

Tarawikh: Malam Kesebelas

Malam kesebelas:
Ia meninggal dunia dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

Sunday, August 30, 2009

Tarawikh: Malam Kesepuluh

Malam kesepuluh:
Allah SWT mengkaruniakan kebaikan di dunia dan di akhirat.

Saturday, August 29, 2009

Tarawikh: Malam Kesembilan

Malam kesembilan:
Allah SWT akan mengurniakan pahala dan dinaikan mutu ibadah hamba-Nya seperti Nabi Muhammad saw.

Friday, August 28, 2009

Tarawikh: Malam kelapan

Malam kelapan:
Allah SWT mengurniakan pahala sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

Thursday, August 27, 2009

Tarawikh: Malam ketujuh

Malam ketujuh:
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s. serta menolong Nabi itu untuk menentang musuhnya Fir'aun dan Hamman.

Wednesday, August 26, 2009

Tarawikh: Malam keenam

Malam keenam:
Allah SWT akan mengkaruniakan kepadanya pahala seumpama pahala para malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang yang mengerjakan sholat tarawih pada malam ini.

Tuesday, August 25, 2009

Kelebihan Tarawikh: Malam kelima

Malam kelima:
Allah SWT akan mengkaruniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

Monday, August 24, 2009

Kelebihan Tarawikh: Malam Keempat

Malam keempat:
Memperoleh pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Qur'an.

Hari ni menu berbuka kita adalah Buffet Ramadhan Restoran Rebung, Bangsar... Jom jalan-jalan cari makan. Hua hua hua. 2 tahun lepas aku pegi, menu dia selera kampung. And memang sedap bangat la. Huhuhu, tempat solat pun mudah. So sangat memuaskan hati rempit aku.

Nota Ramadhan: Ketuk-ketuk Ramadhan

Sunday, August 23, 2009

Kelebihan Tarawikh: Malam Ketiga

Malam ketiga:
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah mengampunkan dosa-dosa mereka.

Menu Berbuka Puasa:
Dah dua hari cerita pasal puasa. Kali ni aku nak cerita menu berbuka puasa ye. Ala, sekali sekala mat rempit macam aku ni share pasal buka puasa. Tak salah kan. Padahal aku ni bukan reti sangat masak pun. Wakakaka. So hari ni aku nak share resepi Nasi Lemak Kukus beserta Air Sirap Bandung Cincau.


Nasi Lemak Kukus
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:-
  • Beras
  • Santan pekat [pati santan]
  • Garan Secukup rasa
Cara membuatnya:
  • Basuh berash sehingga bersih dan kemudian kukuskan dalam pengukus half cook, Dalam 20 minit macam tu.
  • Kemudian keluarkan beras tadi dan rendamkan dalam air sejuk selama lebih kurang 3 jam. Kalau rajin air tu tukar la selalu ye.
  • Settlke rendam, masukkan dalam pengukus lagi sekali. Kali ni dalam masa 15 minit.
  • Kemudian keluarkan. Gaulkan dengan santan pekat dan juga garam serempit hati. Hua hua hua. Agak-agak dah rata, masukkan semula dalam pengukus. Kali ni kukus sampai korang rasa dah cukup masak la. Sonang je tu bai
  • Sedia dihidangkan bersama sambal tumis, bilis goreng, kacang goreng, timun potong-potong dan kalau ade telur mata kerbau atau ayam goreng, konpem amatlah enaknya.
Nota Resepi: Sedapnye kalau makan nasi lemak kukus dengan sambal udang petai. Huargh... nak balik kampung suruh mak masak sambal udang petai


Sirap Bandung Cincau

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:-
  • Susu pekat manis
  • Ibu Sirap merah [Kalau Pakai Kordial Sirap kureng sedap sebab kordial ada gula didalamnya. Dah tak real rasanya]
  • Air masak
  • Cincau yang di sagat [Potong tak best], pilih cincau yang lembut ye. Jangan pilih yang keras-keras macam agar-agar tu.
  • Ais
Cara membuatnya:
  • Ambil gelas dan tuangkan air dalam gelas. Ikut korang la nak berapa banyak air tu. Kemudian masukkan susu pekat manis. Masukkan ikut kemanisan yang korang nak la. Kacau sampai susu tu larut.
  • Kemudian masukkan cincau. Seberapa yang korang rasa sesuai dengan saiz badan korang la.
  • Untuk lebih thrill, korang masukkan Ais dulu. Kemudian titikkan beberapa titik Ibu Sirap merah di atasnya.
  • Hidangkan bersama sudu dan straw. Yerlah, nak kacau ibu sirap tu kan.
  • Kalau dalam kuantiti yang banyak, cincau jangan dimasukkan dahulu kedalam jag. Nanti ade yang minum cincau je pulak. Jadi korang bancuh sirap bandung je dulu ye.
  • Elakkan menggunakan gula, kerana anda akan kehilangan rasa lemak manis yang sememangnya kita inginkan dalam rasa sirap bandung. Itu yang menjadikan sesetengah sirap bandung kurang kaw. Tak payah bubuh gula.
Nota Resepi: teringat di kala makan di Restoran Seri Mayang, Keramat AU3. Mesti aku asyik order air ni. Dan teringat pula dia yang pernah mengecewakan aku kerana kami selalu makan di situ. Last-last, down 4 saat

Saturday, August 22, 2009

KelebihanTarawikh: Malam kedua

Malam kedua:
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan Solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua orang tuanya.

Selamat Datang Ramadhan

Posted on 19 Ogos 2009 by Ustaz Halim

Ramadan kini tiba. Hati mukmin tidak sabar lagi untuk mengambil peluang semaksima mungkin dibulan yang berkat ini demi mendapatkan bekalan iman dan meningkatkan diri. Dihujung Syaaban, Rasulullah saw berkhutbah mengingatkan para Sahabat ra tentang Ramadan. Di sini saya mengambil kesempatan mengingatkan diri saya dan kita sekelian berkenaan Ramadan dan persiapan untuk memasukkinya.

Kita memasuki bulan berkat dimana pahala dilipatkali gandakan bagi mereka yang mengharap ganjaran dan keredhaan Allah swt. Dengan ini hamba-hambaNya semakin bertaqarrub kepadaNya dan lebih berpeluang memasuki Syurga yang disediakan Allah swt. Dari Qutaibah, dari Ismail bin Jaafar dari Abi Suhail, dari ayahnya dari Abu Hurairah ra. sabda Rasulullah saw bermaksud, “Apabila datang Ramadan, dibukakan pintu-pintu Syurga” (hadis sahih riwayat Al-Bukhari).

Dengan berpuasa, kita menahan diri dari makan, minum, hubungan suami isteri, menjaga lidah, pemandangan dan hati hanya semata-mata kerana Allah. Oleh itu Allah sendiri yang akan membalasnya. Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Sesiapa yang mendirikan (solat dan ibadah) di malam Lailatul Qadar dengan penuh iman dan mengharap ganjaran Allah, diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh iman dan mengharap ganjaran Allah, diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu” (hadis sahih riwayat Al-Bukhari).

Didalam Ramadan, kita melipatgandakan ibadah solat kita, dan lebih membiasakan diri kita mendampingi surau, masjid dan para jemaah didalamnya yang beriman. Sabda Rasulullah saw berkenaan Ramadan bermaksud, ‘Sesiapa yang mendirikan (solat Tarawih) di bulan Ramadan, dengan penuh keimanan dan mengharap ganjaran Allah, diampunkan untuknya akan kesalahan yang telah dikerjakannya” (hadis sahih riwayat Al-Bukhari).

Ramadan mengajar kita erti persaudaraan dan kesatuan umat Islam. Dari Ibnu Syahab, dari Urwah bin Az-Zubair, dari Abdul Rahman bin Abdul Al-Qari’ berkata: Aku keluar bersama Umar Al-Khattab ra pada suatu malam Ramadan ke masjid dan mendapati orang ramai bersolat sendiri-sendiri dan berselerakan. Ada yang bersolat sendirian. Ada yang bersolat diikuti beberapa orang. Umar ra berkata bermaksud, “Aku lihat jika dikumpulkan mereka dibawah seorang imam, itu adalah lebih baik”. Kemudian beliau melaksanakannya dan mengumpulkan orang ramai (bersolat) diimami oleh Ubay bin Kaab ra. Pada suatu malam yang berikutnya, aku pergi bersamanya ke masjid dan melihat orang ramai bersolat di belakang seorang imam mereka. Umar ra berkata, “Alangkah baiknya bid’ah ini“… (hadis sahih riwayat Al-Bukhari).

Ramadan adalah bulan Al-Quran dimana Al-Quran diturunkan Allah swt pada bulan tersebut. Jibril menyemak bacaan dan hafazan Al-Quran Nabi saw dijuga dibulan ini. Oleh itu kita jadikanlah bulan ini bulan yang lebih meriah bagi kita bersama Al-Quran, dengan membacanya dan melaksanakan ajaran-ajaran yang terkandung didalamnya. Ramadan adalah bulan bersedeqah, berkasih sayang sesama umat Islam dan makhluk Allah swt. Kita perbanyakkanlah bersedekah dan menjamu orang lain. Ibnu Abbas ra berkata bermaksud, “Adalah Nabi saw orang yang paling pemurah dengan kebaikan. Dia saw. lebih pemurah lagi di dalam bulan Ramadan apabila didatangi oleh malaikat Jibril. adalah Jibril bertemu Nabi saw tiap malam di bulan Ramadan sehingga pagi dan mengemukakan Al-Quran kepada Nabi saw. Apabila Nabi saw bertemu Jibril, Baginda saw menjadi lebih pemurah dari angin yang bertiup” (hadis sahih riwayat Al-Bukhari).

“Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadr. tahukah kamu apakah malam Lailatul Qadr. Malam Lailatul Qadr lebih baik dari 1000 bulan. Malaikat dan ruh turun pada malam itu dengan izin Tuhan mereka dalam tiap urusan. Sejahtera malam tersebut hingga terbit fajar” (Al-Quran).

Mukmin dan mukminah sentiasa mengejar peluang yang disediakan Allah swt untuk hamba-hambaNya. Ini termasuklah ganjaran berlipatkali ganda Malam Lailatul Qadar dimana ia lebih baik dari 1000 bulan (83 tahun). Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Dapatkanlah (dengan tekunlah beribadat) pada malam Lailatul Qadar pada Sepuluh Malam Terakhir dibulan Ramadan” (hadis sahih riwayat Al-Bukhari). Dalam riwayat Al-Bukhari yang lain bermaksud, “Dapatkanlah (dengan tekunlah beribadat) pada malam Lailatul Qadar pada malam-malam ganjil di Sepuluh Malam Terakhir dibulan Ramadan”.

Ramadan adalah bulan Iktikaf, iaitu berada di masjid untuk memberi tumpuan sepenuhnya beribadah khusus kepada Allah swt. Iktikaf membersihkan hati dan akhlak kita, kerana kita berdamping dengan rumah Allah swt dan dapat tenang memuhasabah dan menilai diri kita yang sering alpa dan tergoda. Dari Urwah bin Az-Zubair ra dari Aisyah ra berkata bermaksud, “Sesungguhnya Nabi saw beriktikaf pada Sepuluh Malam Terakhir di bulan Ramadan sehingga Baginda saw diwafatkan Allah. Selepas kewafatannya, isteri-isterinya pula beriktikaf” (hadis sahih riwayat Al-Bukhari).

Ramadan adalah bulan Jihad dan Kemenangan. Di dalam bulan ini orang-orang beriman mencapai kemuncak ikhlas dan taqwa, kedua-duanya adalah resepi kemenangan dalam Jihad. Di dalam Ramadan orang-orang beriman memenangi Perang Badar (Tahun 2H), Perang Pembukaan Mekah (Tahun 8H) dan Perang Ain Jalut mengalahkan tentara Monggul.

Semoga Ramadan pada tahun ini merupakan Ramadan yang terbaik buat kita, berjaya kita lalui sepenuhnya dan mendapat rahmah (belas kasih Allah swt), maghfirah (keampunanNya) dan itqum minannar (selamat dari api Neraka). Ya Allah terimalah puasa, solat Tarawih, qiyamullail dan iktikaf kami dibulan yang mulia ini. Ya Allah, terimalah ibadah dan taqarrub (usaha mendekatkan hati dan diri) kami kepadaMu.

Ya Allah, jadikanlah kami diakhir Ramadan dikalangan hamba-hambaMu yang bertaqwa seperti firmanMu bermaksud, “Wahai orang-orang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa…” (surah Al-Baqarah). Ameen.


Ustaz Halim www.inijalanku.wordpress.com

Friday, August 21, 2009

Kelebihan Tarawikh: Malam Pertama

Malam Pertama:
Diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana baru dilahirkan.

Firman Allah Ta’ala :
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 183)

Pengertian Puasa
Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

Hukum-Hukum Puasa
  1. Wajib
  2. Sunat
  3. Makruh
  4. Haram

Puasa wajib:
Puasa yang dilakukan dalam bulan Ramadhan, qada’ puasa Ramadhan,puasa kifarah & puasa nazar.

Puasa Sunat :
  1. Puasa dalam bulan Sya’ban
  2. Puasa 6 hari dalam bulan Syawal
  3. Puasa Arafah pada 9 zulhijjah
  4. Puasa hari Tasu’a dan ‘Asyura pada 9 & 10 Muharram
  5. Puasa pada hari Isnin & Khamis
  6. Puasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan pada 13,14 & 15
  7. Puasa satu hari berbuka satu hari
  8. Puasa lapan hari daripada bulan Zulhijjah sebelum hari Arafah bagi orang yang sedang mengerjakan haji atau tidak.
  9. Puasa dalam bulan–bulan haram iaitu bulan Zulkaedah,Zulhijjah,Muharram dan Rejab

Puasa Makruh:
  1. Menentukan hari untuk berpuasa seperti jumaat sahaja,Sabtu & Ahad sahaja
  2. Berpuasa sepanjang tahun

Puasa Haram:
  1. Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya
  2. Puasa pada hari syak iaitu pada hari 30 Sya’ban
  3. Puasa pada hari raya aidil fitri,hari raya aidil adha dan hari-hari Tasyrik
  4. Puasa perempuan haid & Nifas
  5. Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa

Syarat-syarat Puasa

Terbahagi kepada 2:
  1. Syarat-syarat wajib
  2. Syarat-syarat sah

Syarat wajib
  1. Islam
  2. baligh
  3. berakal
  4. berupaya(sihat)
  5. bermukim

Syarat Sah
  1. Islam
  2. Berakal
  3. Bersih daripada haid & Nifas sepanjang hari
  4. Niat

Rukun Puasa
  1. Niat
  2. Menahan diri dari makan & minum serta perkara-perkara yang membatalkannya

Masa Puasa
Puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari

Faedah Puasa
  1. Melahirkan perasaan belas kasihan terhadap golongan miskin
  2. Mendidik nafsu & jiwa kearah kebaikan
  3. Dapat merasai apa yang ditanggung oleh golongan miskin
  4. Puasa merupakan perbuatan taat kepada Allah
  5. Mendidik budi pekerti untuk memiliki sifat-sifat terpuji
  6. Puasa mengajar seseorang supaya beramanah terhadap diri sendiri
  7. Puasa mengajar kesabaran dan berperaturan
  8. Puasa menyebarkan perasaan kasih sayang & persaudaraan dalam jiwa manusia

Sunat-sunat puasa
  1. Makan Sahur serta melambatkannya
  2. Menyegerakan berbuka puasa & sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis
  3. Menjamu orang-orang yang berbuka puasa
  4. Mandi junub,haid dan nifas sebelum fajar
  5. Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan
  6. Membaca Al-Quran
  7. Beriktikaf terutama 10 hari terakhir bulan Ramadhan

Perkara makruh ketika berpuasa
  1. Berbekam
  2. Mengeluarkan darah
  3. Berkucup
  4. Merasa makanan
  5. Bersugi selepas gelincir matahari
  6. Mencium wangian

Perkara yang membatalkan puasa
  1. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja kecuali terlupa
  2. Makan dan minum sepanjang hari
  3. Muntah dengan sengaja
  4. Bersetubuh atau keluar mani dengan sengaja
  5. Keluar darah haid & nifas
  6. Gila
  7. Pitam atau mabuk sepanjang hari
  8. Murtad

Keuzuran yang mengharuskan berbuka puasa
  1. Musafir
  2. Sakit
  3. Mengandung & Ibu yang menyusukan anak
  4. Tua

Keistimewaan Bulan Ramadhan
  1. Bulan yang mulia,berkat dan setiap doa akan dimakbulkan
  2. Allah merahmati orang yang mengimaninya
  3. Al-Quran diturunkan dalam bulan ini
  4. Iblis dipenjarakan
  5. Terdapat malam yang mulia iaitu malam Lailatul qadar.
  6. Solat tarawikh dan zakat fitrah dilaksanakan.

Menghormati Bulan Ramadhan
  1. Kita hendaklah mengelakkan diri daripada kebiasaan yang boleh merugikan diri kita seperti berbelanja dengan boros,suka berhibur,membuang masa dan bersembang tentang perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah sebaliknya hendaklah kita menyambut Ramadhan dengan azam yang tinggi untuk memperbanyakkan ibadat bagi menyucikan jiwa.
  2. Kita hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan Ramadhan kerana seseorang yang menanam benih jika tidak membaja,menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik di masa hadapan.

Qada’ Puasa Ramadhan
Ialah menggantikan puasa yang terbatal pada bulan Ramadhan diatas sebab-sebab yang diharuskan berbuka oleh syara’

Hukum Qada’ Puasa Ramadhan
Wajib menggantikan puasa Ramadhan bagi yang membatalkan puasa Ramadhannya samaada kerana keuzuran ataupun tanpa sebarang keuzuran

Firman Allah Ta’ala :
Maksudnya: “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 184)

Waktu Qada’ Puasa Ramadhan
  1. Waktunya selepas bulan Ramadhan sehingga ke bulan Ramadhan yang berikutnya walaubagaimanapun qada’ puasa yang dilakukan dalam masa dilarang berpuasa adalah tidak sah contohnya seperti di hari raya.
  2. Adapun bagi orang yang mengakhirkan qada’ Ramdhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi maka ia wajib qada’ dan membayar fidyah.

Kifarah Puasa
Ialah seseorang yang merosakkan puasanya dalam bulan Ramadhan dengan jalan melakukan jima’ maka ia wajib membayar kifarah (denda) iaitu si suami wajib mengeluarkan kifarah & qada’ puasa yang terbatal kerana jima’ walaubagaimanapun si isteri tidak wajib mengeluarkan kifarah tetapi wajib qada’ puasa yang terbatal.

Kifarah bagi puasa yang batal atau rosak ialah :
  1. Membebaskan seorang hamba yang beriman
  2. Jika tiada hamba untuk dibebaskan, wajib ke atasnya berpuasa 2 bulan berturut-turut
  3. Jika tidak mampu berpuasa, wajib dia memberikan makan 60 orang fakir miskin setiap seorang mendapat secupak makanan asasi negeri itu.

Fidyah
Ialah bayaran denda dengan memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) dengan sebab-sebab tertentu atau mengakhirkan qada’ Ramadhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi. Satu cupak bersamaan dengan 620 gram.

Hukum Fidyah

Wajib di keluarkan berdasarkan Firman Allah Ta’ala :
Maksudnya: “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 184)

Sebab-sebab wajib Fidyah
  1. Tidak mampu melakukan ibadah puasa
  2. Sakit yang tidak mampu untuk sembuh
  3. Perempuan hamil atau menyusukan anak iaitu jika berpuasa mendatangkan mudharat kepada anak yang di kandung dan boleh mengurangkan air susu
  4. Mengakhirkan qada’ Ramadhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi.

Nota Kaki: Mencari diriku yang sejati

Wednesday, August 19, 2009

Kelebihan Ramadhan

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

Nota kaki: Mencari kesempurnaan 30 + 30 + 30

Monday, August 17, 2009

Will You Marry Me

Yes, I do. Was it her answer to me? Or a rejection that I need to face all the embarrassing moment through out my whole life. Hahaha, gempak je ayat kan. Proposal katanya. Hehehehe. Ape pun keputusannya aku redha la. Hua hua hua

Will you marry me?

Anyway sebenarnye saja je posing depan poster-poster tu. Selalu orang tayang tiket wayang. Meh aku tayang poster cover version punye. Hua hua hua.

Memula tengok The Proposal. As expected. Lakonan Sandra Bullock memang agak tipikal, tapi masih menghiburkan. Dia memang sesuai dengan watak tu. Cuma dia sedikit kertu. Itu sahajalah. Nampak sangat laki tu macam anak ikan dia. Sesiapa nak layan komedi ringan and bantai gelak-gelak dari awal sampai akhir. Sesuai sangat tengok cite ni.

Lepas tu, tengok GI Joe plak. Cite ni cite kartun zaman aku kanak-kanak. Serius la best, enjoy sangat2. Serius aku enjoy tengok cite ni dari awal sampai akhir. Full of action. Hahaha, so aku memang layan je tengok wayang. Hua hua hua.

Ni tak puas amek gambar tranformers la. Terus amek pic dengan replika-replika itu. Haish. Memang serius la weh. Aku tak tengok transformer sebab Megan Fox tu laki. Hahaha, cantik tapi asalnya laki buat ape.

Ape pun. Kita layankan poster-poster cover version di bawah. Hua hua hua. Jangan marah...

Awak, lari-lari... jom kawen lari

Awak, cepat-cepat. Umi kejar kita tu

Ni jadi cover version GI Joe.

Ko memang sesuai la Siti amek watak pompuan tu

Selambe nyorok belakang Kinot. Movie ni bakal keluar akan datang. Tatau bile.

Nota kaki: Semua orang duk menayang bf dengan gf. Meh aku tayang bebanyak. Haha, ni untuk seseorang, "Saya gembira, saya bahagia, ataupun saya bersedih hanya saya sahaja yang tahu. Ape saja yang berlaku, hidup harus diteruskan."

Birthday Party Kak Wosnah Wat Waris

One of the twin tower dengan menara maxis. Hua hua

Semalam aku dijemput oleh Kak Heze atau nama sebenarnye Kak Wosnah Wat Waris (Tak reti nak sebut nama dia bebetul la) ke birthday party dia di Subang Parade (Bukan Summit Parade ke akak?). Aku datang dah lambat la. Malas nak datang awal-awal. banyak appointment nak kene attend. (Katanya kan)

Ni la akak Heze kita atau nama sebenarnye Kak Wosnah Wat Waris (Sebelum gi Umrah tahun lepas)

Gambar birthday ni diambil setelah dia balik umrah. Alhamdulillah. Kembali ke pangkal jalan jugak kau ye (Padahal baru capture semalam)

Aku macam biasa la. Pegi dengan adik kesayangan aku la. Sementara masih single ni. Boleh la nak ajak-ajak kuar. Hujung tahun ni dah nak kawen dah dia kan. So tak leh la nak ajak dia berjimba-jimba lagi. Kang ade orang kehilangan laki kan.

Anyway happy birthday to you kak Heze. Sorry la akak. Datang melenggang kangkung. Sebab kangkung kat kampung kangkung tung. Hua hua hua. Terima kasih ye. Anyway just enjoy the picture. So selamat malam ye. Gua mahu tidur sudah. Good nite.

Some of the guest. Ade yang aku tak kenal.

Ni kawan si Eazy (Aku tak kenal)

Ni pun sama, kawan si eazy, aku tak kenal gak

Ni aku dengan adik aku la. Selipar dia putus time makan. Pelik aku, selalu orang makan tali pinggang putus. Ni selipar putus. Ape makanan kau masuk ke kaki ape. Tak pepasal aku kene pi beli selipar. (Gile tak ikhlas ayat)

Ni anak ikan kak wosnah, daniel. Eh, kau makin tembam la daniel.

Ni Yaesh dengan Kak Watie. Kak, sian ko kene jadi Maid kan. Hua hua hua

Aku sebenarnye rindukan seseorang. Teramatla rindunya. Ape aku nak buat ye? Call ke? Sms ke? Kak Heze, kau kan dah jadi motivator sekarang. Ape pendapat korang. Eh Salah2. Ape pendapat Uolz... (Style kene gedix sikit)

Nota kaki: Haruskah ku terus melayani perasaan

Sunday, August 16, 2009

Avin Nurdamia Alhamra

9hb August buat surprise kat MV.com dengan menghadirkan diri ke birthday party Damia di Bangi. Alhamdulillah, bahagia tengok MV.com dan prebetsabu dengan damia. Lengkap dah kan hidup korang. Hurm, aku je la tatau bile lagi. Asyik tangguh je. Hahaha.

Ala comel-comel... Uncle El nak hug Damia boleh (Gile tua aku ni)

Anyway majlis tu sangat meriah ye. Dengan belon-belon. Siap ade ape permainan budak-budak tu (bounce castle). Kalau cume ada damia je time tu. Konpem la Aku sorang yang conquer, tapi memandangkan ramai orang. Aku batalkan niat aku and tengok dari jauh je.

Ni la dia Bounce Castle tu. Rasa nak beli satu la.

Makanan, semua sedap je. Aku memang kuat makan. Siap bungkus bawa balik rumah lagi. Hahaha, selambe kodok kan. Nasib baik la cukup untuk di makan semua tetamu. Hua hua hua. Tak sabar nak makan masa Damia's 3rd birthday. Hua hua hua.

Ni antara makanan yang dihidangkan. Sodap tu bai

Ramai gak tetamu yang hadir. Tapi ramai yang aku tak kenal. Mostly yang datang pengikut setia MV.com, pengikut setia aku bertempiaran ke mana ye? Hahaha, ade la kejenya tu. Diorang kan busy.

Bergambar dengan orang-orang yang dikenali. Tengok la. Aku sorang je yang pelik tak mengikut tema. Hahahahah

Hujung-hujung majlis, sesi karaoke. Aku memang hantu karaoke. Tapi memandangkan aku punye tekak kurang baik. Aku miming la kat tempat duduk. Tibe-tibe si DJ epoi boleh plak pass kat aku mic. Haiya, saya sakit tekak gile babas la abang time tu. Kalau tak konpem suara lemak merdu saya ni akan didengari hingga ke pelusuk semenanjung Malaysia (matila kene carut).

Masa ni nyanyi lagu ape ntah. Aku baca je ape yang keluar kat skrin TV tu

Anyway, aku memang happy. Datang bawa 1 hadiah, balik bawa 3 hadiah. Huargh, gile enjoy. Siap si Suziey jeles lagi aku angkut banyak hadiah. Ape pun terima kasih banyak2 buat MV.com, nanti besdet MV dengan Prebetsabu jemput lagi erk. Kali ni buat kat hotel plak. Wakakakak

Nota kaki: Aku percaya yang dia akan kembali kepada aku satu hari nanti. Dan masa itu... matahariku

Friday, August 14, 2009

Kisah Penjual Tempe


moga menjadi iktibar.

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba-tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu dia pun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin"

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin"

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan.

Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh d i sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.

"Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.

Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita itu menerangkan bahawa anakn ya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...

Moral:
Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua: Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan

Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU , menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan.. oleh itu, hantarlah kepada sahabat yang lain agar kebaikan boleh sama dikongsi. Mudah-mudahan Allah suka dengan apa yang kita buat

Kesengalan jelas nyata

Pic ni di ambil sewaktu berjalan-jalan di Alamanda Putrajaya. Hahaha, kesengalan jelas nyata. Aku masih kebudak-budakkan. Tapi ni la antara bende-bende masa kecik tak dapat nak buat. Jadi teringin la nak merasa. Tak salah kan?

Tiket wayang and McD

Rasa dulu dinding dia ok ke tak

Eh, muat lagi la, 'sayang nak duit syiling'

Tengok pic-pic ni, teringat zaman aku kanak-kanak. Boleh kata 15 tahun dulu. Seronoknya la jadi budak kampung. Main tarik upih, mandi sungai, pancing ikan (bukan anak ikan ye). Paling best sekali kan. Belajar merokok (tapi takde bakat). Anyway, being a kampung boy best sangat-sangat. Jadi city boy pun aku yakin ade gak kenangan terindah korang. Ye tak?

Nota kaki: Sekarang dah jadi blogger boy

Thursday, August 13, 2009

Ni Baru Betul Treasure Hunt

Hari Sabtu lepas 8th August 2009, Aku telah menjoinkan diri untuk Amazing Trails. Saja la join for fun kan. Lagipun aku tak pernah join treasure hunt. For the 1st time aku join la weh. Aku datang register lambat pagi tu. Agak kelam kabut la gamaknya. Hahaha

Treasure hunt ni best rupanya. Tak sangka la jumpa few of friend yang aku kenal. Antaranya kawan aku kat MMU, Iwe dan juga kakak ipar kawan aku, Kak Linda. Hahaha. Keciknya dunia.

1st time joint, memang so funny la kan. Tribe toyota disertai oleh 78 team and Tribe buddy disertai oleh 15 team. Wah, memang best woo. Tahun depan nak join lagi la weh. Team pun aku akan kekalkan.

So kami dapat no 26. Not bad for a first timer la kan. So tahun depan kalau join lagi, mesti upgrade lagi number ni la kan. Syiok2. Tak sabar nak tengok schedule toyota tahun depan. Lagipun tahun depan aku dah keje, so boleh la join lagi banyak treasure hunt.

So just enjoy dengan all the pic kat bawah ye.

Ni la Bini no 2 aku. Bini no 1 dah kene cerai dah. Hahahah

Team mate aku, Faiz, Aimi and Shasha Kay

Nak melompat kat Vios TRD sportivo. Tapi tak menjadi la plak.

Post kat finishing line. Memang kami ni suka hati la.

Ni la adik kesayangan aku Shasha Kay

Tahun depan joint lagi. Insyaallah, tak akan end up kat panggung wayang. Hahahaha, at least sampai gak kat finish line. Aku happy and semua orang pun happy. Jadi kita sama-sama happy la ye.

Nota kaki: Ada posting paling menggemparkan tak lama lagi

Tuesday, August 11, 2009

Convocation

Selama 4 hari ni, Convocation of UPM and MMU as well. Damn it. Aku tak dapat nak celebrate convocation. Hari ni penuh dengan meeting, weekend hari tu balik umah keramat sebab ade keje yang perlu diselesaikan. Semalam pulak nak celebrate hujan lebat pula. Haish, tak ape la kan.

Anyway, kepada kawan-kawan aku yang dah convo tu, aku ucapkan tahniah ye. Aku gak yang terkial-kial lagi study. Haish, bila la nak abesnye ni weh. Keje dah menunggu ni. Ape pun aku ucapkan tahniah pada diorang k. So layan la pic diorang erk.

Dari kiri: Cadiez, Maza, Ari, Tak kenal, Man, Pojie, Apip, Akmal Poyo, Tak Kenal, Aimi, Aca

Dari kiri: Hans Isaac, Mar, Aimi, Aliza, Thia, Maza

Dari Kiri: Lupa nama mamat cina ni, Aimi, Gustav Tee

Dari Kiri: Aliza, Mar, Aimi, Bazz, Thia

Good luck young engineers for your future undertaking. Jangan nakal-nakal jadi engineer k. Hua hua hua. Ape punye nasihat da...

Nota kaki: Salah satu golongan orang yang munafik adalah orang yang mungkir janji (seseorang pernah anta sms ni pada aku)

Wong Solo

Tahun ni takdenye nak celebrate besdey sangat2 la. Lagipun tahap aku ni dah selayaknya takyah la celebrate. Dah tua-tua dah. Tak sesuai. Tapi yang penting ada orang belanja aku time besdey aku. (Gila outdated story ni)

So pada 26th July hari tu, Zawati aka Mek Ja telah mencemar duli belanja aku makan di Restoran Wong Solo. Ni kali kedua aku makan kat sini. Best gak makan kat sini. Kami order set je. So tak perlu nak story banyak-banyak. Layan je pic di bawah

Zaa, Che Rodz and me

Air yang kami order. Sedap-sedap belaka

Makanan yang kami order

Wong Solo menyediakan makanan berkonsepkan nasi padang. So ade la ayam penyek. Serunding kelapa semua la. Memang best. Restoran ni terletak di Dagang Avenue Ampang. Sape tatau jalan, meh aku tunjukkan. Tapi jangan lupa belanja aku sekali. Anyway makanan dia memang best.

Lepas makan and kekenyangan, Kami pun terus la ke One Utama. Masa ni aku dah tak larat dah. So bertahan jer la time ni. Memang dah tak larat dah. Virus dah merebak satu badan. Hahaha.

Che Rodz, tak nampak la muka kau. Perasan tak muka aku dah pucat.

Last-last aku pengsan kat OU

Anyway hari tu, aku enjoy la. Cuma tak berapa puas nak enjoy je. Hahaha, anyway ade sesape nak belanja aku lagi. Aku dah sihat dah ni. Makan pun dah banyak. So ade bran nak lawan makan dengan aku. Hahahaha, Jom jom. Mari kite membuncitkan perut. Hua hua hua

Nota kaki: Terasa aman damai je sekarang ni.

Sunday, August 09, 2009

Hilang Sebab Sakit

Weh weh, lama aku tak update blog aku kan. Hahaha, mesti korang rindu aku. Hua hua hua. Aku berangan sungguh. Anyway aku lama tak menulis sebab aku sakit la weh. Terkena gak tempias H1N1. Tapi amek early treatment. Supaya tak menjadi complication pada organ2 lain. Wah wah wah.

Aku tatau mana aku dapat virus ni la. Tapi ape yang pasti hari masa aku kene demam tu. Aku pegi low yat. Maybe kat sana terkena virus tu la. Balik petang tu terus sakit tekak. Almaklumlah, Bukit Bintang kan. Hua hua hua.

So masa aku pergi tu on 25th July. Haish, every year besdey mesti hadiah sakit. Syukur je la. Hehehe, then on 28th July baru la aku pegi pusat kesihatan. Demam makin teruk. Makin melarat. Melara jiwa kata Kak Ziana Zain.

Today dah 9th August. Aku baru mula nak recover. Mengambalikan tenaga yang hilang. Kepala otak aku pun dah boleh mula berfikir. Baru nak mula working. And then mengaktifkan diri. Tu paling penting. Kalau nak ikutkan rasa badan ni. Rasa nak baring je atas katil.

Aku tatau nak mula cita kat mana. Nanti aku tulis satu persatu erk. Banyak gile cerita idak diupdatenye. Hehehe, till then. Enjoy your food.

Nota kaki: Sakit tu kan menghapuskan dosa-dosa kecil.