Thursday, April 10, 2008

Laporan Mesyuarat The GMBees Texas

Cerita ini adalah rekaan. Sebarang persamaan adalah kemungkinan. Tiada kene mengena antara yang hidup dan yang mati.
Kehadiran
  • Enol
  • Din (Bukan nama sebenar dan bukan ahli berdaftar)
  • Im
  • Herul
  • Bro Ros
  • Azam
  • Bro Nordin
  • Mie
  • Ajis
  • Latep
  • Ayien
  • Gua aka Secretary
Ahli jemaah undangan
  • Miezy
Usul dibincangkan : Futsal

Enol telah membentangkan ketidakpuashatian permainan pada 9/4/2008
“Aku nak cadangkan kite buat hari lain la friendly match kite. Bukan ape, kite datang sana nak enjoy dengan geng kita. Tapi budak test 1 tanak kuar bile gol dah masuk 2 biji”

Hairul menambah
“Tu la, diorang tanak keluar dowh. Diorg stay je kat dalam tu bile dah masuk 2 biji. Padahal ramai lagi nak main kat luar.”

Mie
“Aku rasa diorang tatau kot. Aku rasa boleh nak main hari rabu”

Ayien plak
“Aku rasa kite stick hari rabu. Kan kite buat 2 jam, so aku cadangkan 1 jam kite main, then lepas pukul 10 friendly match.”

Pastu si Mie dengan Enol plak bleh buat lawak tarian plak. Aiyak, buat si Azam dengan bro Nordin gelak

Enol
“Kesian ar budak yang dah bayar nak main."

Herul
“Kesian ar kan. Ramai yang nak main kat luar ni. Tapi budak test 1 tanak kuar. Diorang nak buat macam mana. Nak masuk dalam tapi diorang tanak kuar”

Selepas berbincang beberapa lama kami pun mengundang Miezy yang makan kat meja sebelah untuk mendiskuss benda ni.

Enol
“Miezy, Aku nak cakap dengan kau. Yang kite nak buat friendly match hari lain”

Herul
“Ikut rule kitorang, kalau gol dah bolos 2 kali kene kuar court. Masalahnye diorang tanak kuar padahal dah bolos.”

Ayien
“Diorang ingat friendly main sampai satu jam dalam tu. Diorang tatau rule kite kot”

Si Ajis plak dah kuyu jer. Tak caye? Tengok gambar ni.

Si latip Khusyuk duk tengok siaran ulangan MU menang.

Pehtu Si Im plak dok belakang takleh nak masuk.

Bro Ros amek gambar. Mie buat tarian. Bro Nordin tak perasan plak buat ape. Azam garu kepala. Keh keh keh.

Gua buat ape. Pukul keliling sungguh dowh. Miezy Khusyuk mendengar.

No comments: