Thursday, September 17, 2009

Plan Raya

Bila aku tengok gambar ni, wah, tergoda aku 4 saat. 4 saat je la weh, mana bleh lama-lama. Gile gay kalau lama-lama tergoda. Hahaha, ni la my new addiction. Selain mengambil gambar sendiri. Aku mula berjinak-jinak dalam bidang fotografi. Insyaallah, sedang belajar dan mendidik diri menjadi photographer profesional. Sekarang baru beginner.
Dah lama teringin nak beli Digital Camera. Akhirnya dapat juga satu. Takde la mahal mana. Anyway kalau dah suka, lautan bergelora pun sanggup direnangi. Hehehe. Raya ni tak sabar-sabar nak amek picture banyak-banyak. Nak masuk dalam blog.

Dah plan dah few thing dalam kepala otak nak tulis ape dalam masa raya ni. Jangan risau. Insyaallah. Ade update punya ini blog. Maybe takde la cepat mana, tapi takde la lambat mana pun.

Dah ade list plan dah ape nak buat this coming raya:
  • Raya Eve: Pagi tu masih menganyam ketupat. Selagi tak dapat 400 biji memang konpem la tak akan berhenti. Bukan ape, family aku ni agak besar la. Walaupun tak besar mana. Siang tu akan konpem sibuk merebus ketupat. Memang konpem la. Malam tu cadangnya nak pergi ke Parit Raja, Batu Pahat. Ade sessi lelongan kueh raya.
  • Raya pertama: Ni memang konpem, pergi sembahyang raya. Selalu pukul 10.00pagi dah habes. Then pergi kubur arwah moyang sebelah mak, kubur arwah makcik kesayangan aku. Arwah atuk dengan nenek sebelah mak meninggal sewaktu mereka menunaikan haji. Aku pun tak berkesempatan jumpa mereka berdua. Lepas tu balik rumah sessi minta maaf, amek gambar la kan. Mesti, kali ni konpem album raya penuh. Petang mungkin beraya rumah saudara mara yang dekat-dekat. Kalau tak ke rumah saudara-mara, mungkin duduk di rumah sahaja. Melayan saudara mara yang bertandang kerumah. Selalunya kuih raya abes time ni. Ape pun alhamdulillah. Setiap tetamu yang datang tu kan membawa rezeki.
  • Raya kedua: Pergi marhaban, hurm. Memang seharian pergi marhaban. Kali ni kene bersemanagat sikit. Tak boleh macam dulu. Tak boleh main-main ye. Kene round satu kampung. Malam selalunya aku melepak. Rasanya macam nak lepak kat Casablanca, Batu Pahat Walk. Walla weh, nasi goreng dia best la weh.
  • Raya Ketiga: Half day pagi, Sambungan sessi marhaban. Then petang, kene beraya pergi rumah saudara-mara. Takde la banyak rumah nak pergi. Tapi adalah beberapa rumah dikategorikan wajib pegi.
  • Raya keempat: Selalunya Pak Long di batu pahat buat open house. Tapi macam malas nak pergi.
  • Raya kelima: As plan earlier, raya kelima tahun ni akan berjalan-jalan di Terengganu. As plan la kan. Sampailah raya ketujuh.
  • Raya kelapan: memang konpem balik ke KL semula. Ni sangat konpem la. Sama-samalah meredah jam balik ke KL. Maybe akan balik pagi.
Inilah plan aku untuk raya kali ni. Maybe takdelah gempak mana plan tu. Tapi aku pasti raya aku, tiap-tiap tahun meriah. Haha, semua orang pun akan cakap raya dia paling best kan. So sape punye raya paling best tak kisah la. As long as you are happy with your raya, then you'll have the best raya ever.

Foot note: Bergembira biarlah berpada-pada.

4 comments:

Blog Eazy Izzuddin said...

Salam Lebaran....
Ada Kad Raya Untuk Kamoo....
;)

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

lps ni konsep banyakkan gbr kurang tulisan ye =P

El-Zaffril said...

Eazy: tak sempat gi pejabat pos amek la Eazy

El-Zaffril said...

Anuar: Lepas ni gambar banyak2