Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati
Teringat pada lagu Raihan ni. MasyaAllah, sibuk diri ini hanya Allah saja yang tahu. Menyiapkan project master yang entah keberapa kali diolah entah. Masakan tidak, keputusan yang diterima kurang memberangsangkan. Kadangkala membuatkan saya sedikit putus asa. Tak putus berdoa diberi segala kekuatan dari semua sudut.
Ditambah lagi dengan beban mengajar semester ini. Aduh, mengambil 4 subjek dalam satu semester barangkali mudah dan tidak langsung membebankan. Tapi mengajar 4 subjek dalam satu semester memang sangat membebankan. Barulah saya sedar, tugas seorang pendidik bukanlah semudah yang disangka. Mengawal emosi adalah perkara terpenting sewaktu mengajar. Berhadapan puluhan pelajar dengan puluhan karenah kadang-kadang membuatkan saya tersenyum sendiri. Walaupun kadangkala sedikit sakit hati. Tapi tiada apa yang saya pernah minta dari mereka selain belajar bersungguh-sungguh. Walaupun ada segelintir yang seperti tidak berminat langsung untuk meneruskan pengajian walaupun baru sahaja semester pertama berada di Universiti. Setiap hari tak putus juga saya berdoa agar pelajar-pelajar saya lulus dengan cemerlang.

Kalau semester lepas saya menerima 94.6% dalam penilaian pengajaran. Mungkin semester ini sedikit jatuh. Tapi saya tidak kisah. Mungkin disebabkan komitmen saya yang terlalu banyak. Maka ia sedikit menjatuhkan reputasi saya. Saya terima dan redha. Kerana saya bukan la manusia sempurna.
Semester depan, saya telah membuat keputusan untuk tidak langsung menerima sebarang tawaran mengajar. Itu keputusan saya. Saya mahu 100% tumpuan saya pada projek master saya yang boleh saya katakan sedikit terbengkalai.

Kelapangan yang diberi hari ini saya gunakan sebaik mungkin untuk membuat beberapa perkara yang tertangguh. Mulakan sahaja semua dari mana-mana cara. Sememangnya, saya sangat bersyukur apabila Allah terus memberi saya kekuatan.
Tulisan saya sedikit beremosi. Tidak sebenarnya, saya masih lagi El-Zaffril yang kamu kenali di dunia blog, masih ceria, masih kuat tersenyum, masih merempit, masih botak, masih kebudak-budakan, masih kuat melompat, masih kuat karaoke, masih kuat makan. Ini adalah tulisan saya ketika saya dewasa. Maaflah jika anda kurang gemar dengan tulisan saya hari ini.
Saya mahu keluar sebentar lagi. Menunaikan sedikit urusan yang belum selesai. Insyaallah. Mulai Oktober, saya akan sedikit rileks. Alhamdulillah, doakan saya sentiasa sihat ya.
Nota kaki: Saya tidak pasti berapa lama blog ini akan terus bernyawa. Tapi yang pasti ia tidak mampu bertahan lama lagi.
2 comments:
alhamdulillah....
hope akan blog ini akan bernyawa selalu...
=)
Eazy: Terima kasih... harapnya begitulah... Amin
Post a Comment