Selepas Solat Sunat, terus pulang ke rumah. Tidak dapat ke kuburan kerana ada perkara yang perlu diselesaikan di rumah. Tidak mengapalah, kuburan bukannya tempat yang hanya akan di lawat ketika Aidilfitri sahaja bukan. Waktu lain masih berpeluang.
Bermaaf-maafan ketika hari raya adalah amalan yang baik. Tapi tak semestinya memohon maaf ketika hari raya sahaja. Betul tak? Hari lain pun kene minta maaf juga. Alhamdulillah. Duit raya dapat la sikit-sikit. Dah tua bangka macam ni. Tahun ni tahun kedua beraya sebegai pelajar. So boleh la exclude dalam pemberian duit raya. Hahaha
Dah pakai baju cantik-cantik time raya. Jom bergambar. Haha. Perkara paling wajib time raya la kan. Posing sakan tak ingat. Sekarang kene ingat konsep, gambar banyak. Cerita kurang. Hua hua hua, betul tak nuar?
Dah namanya El-Zaffril, Takde pic melompat tak sah kan. Hahaha. Sampai anak sedara sekali sakan melompat. Camno tu? Haish. Nasib la. Pakcik melompat, anak sedara melompat and main panjat-panjat.
These are some picture of the day. Yang aku rasa sangat best la. Actually beratus-ratus picture capture. Tapi al-maklumlah. Blogspot punye hosting ni kecik je. So biarlah ape ape pun.
Foot note: Raya-raya jadi single parent... macam sadis je bunyinya...