Friday, October 03, 2008

10 Hari Mencari Raya (8th day)

Hari ni duduk di rumah lagi. My sis siap komplen. Dia cakap. Ada kereta makin duduk rumah. Dulu ada motor tak reti nak balik rumah. Aku diamkan je. Malas nak komplen. Kalau aku tak jadi tuan rumah sapa la nak jadi tuan rumah kan. Takkan nak tinggalkan rumah kosong. Tak best la kan. Takde rezeki masuk.

Hari ni masih sibuk. Jangkaan marhaban akan sampai ke rumah hari ni. Insyaallah. Aku plak masih duduk rumah. Tak ke mana-mana pun. Mengemas rumah. Nak buat macam mana. Tuan rumah kan. Huhu

Tak ada apa yang menarik untuk diceritakan. Akhirnya hari ni aku beraya kat rumah my teacher, Cikgu Sakinah. Tu pun atas jemputan anak dia. Huhu.

Bukan apa. Dia nak suruh aku tolong dia amekkan jubah untuk convo. Biasa la. Tolong menolongkan. Weahooo

Malam plak mak ajak pegi umah Husna. Yerkan jer la. Tanak jadi anak durhaka. Huhu. Bosan sebenarnye duduk rumah. Tapi tak boleh nak buat ape la kan. Nak tinggal mak sorang-sorang kat rumah layan tamu kesian la plak. Tak ape la. Duduk rumah je.

Nota kaki: Layan blues sorang-sorang kat rumah.

3 comments:

wénkt said...

selamat hari raya

salam perkenalan

you are now in my zone said...

takper, dpt pahler :)

wénkt said...

baca ni. dan komen http://wenkt.com/blog/?p=2095