Friday, December 22, 2006

Jumpa kawan lama... Hidup memang macam ni

Minggu lepas 14 December 2006. El ponteng kerja. Penat, tak sihat, tertekan semua ada. PAgi tu El ambil keputusan untuk berehat dirumah. Makan ubat semua tu la. Lepas sembahyang subuh El sambung tidur.

Petang El rasa dah ok sikit. Terus El ke KLCC. Hajat dihati nak mendaftarkan nombor maxis El. Nanti kene block. Alhamdulillah, Selesai tugasan pertama.

El ambil keputusan untuk window shopping di KLCC. Dalam keadaan penat dan tak sihat tu. El gagahkan juga. Dalam sibuk berjalan tu tiba dada ini tertusuk sesuatu.

Aduh sakitnye. Siapa la yang cucuk aku. Heri? Argh.. Lama banget tak jumpa mamat ni. Dah keje di TTDI katanya. Tak la lama sangat berborak. Jumpa sekejap saja. Lepas tu blah.

Heri ni Junior El masa blaja di MMU dulu. Rapat dengan dia sebab kami satu geng dalam club. I'm having fun masa tu. Hahaha

Semalam 21 December 2006. El pegi interview. Dalam nak naik LRT ni. Tiba-tiba nampak seorang minah pendek. Ahaks, Ziah. Lama banget tak jumpa dia. Lpeas abes form 3 takde sape pun yang aku kontek. Dia keje di celcom sekarang. bakal jadi job hunter macam el. Hahaha, Bukan senang nak dapat kerja.

Bercerita pasal interview semalam. El buat interview tu sempoi je. Memang tak nak post tu. Saja cari pengalaman. Lagipun seronok pergi interview ni. Petang dia terus Call beritahu yang El success. Dia panggil utnuk second interview. Gelakkan saja. El tanak la kerja tu. Kalau boleh EL mahu jadi Engineer. Tapi El akan pergi juga untuk 2nd interview. Just cari Pengalaman and have fun only. hehehe

Hidup memang macam ni. Kita berjumpa, berpisah. Setiap pertemuan akan ada perpisahan. Walaupun ia pahit untuk di telan. Kita harus menerimanya. Dan selalunya apa yang kita nak susah nak dapat. Tapi ape yang kita tak mahu, itulah yang kita dapat. Jarang sekali ape yang kita mahukan kite akan dapat. Cuma ape yang mampu kite lakukan adalah berdoa diberi yang terbaik.

Regards
El-Zaffril

Mencari Erti Kesempurnaan

Hidup ini sememangnya begini. Manusia tak pernah puas dengan apa yang dimiliki. Walaupun apa yang cuba dikejar adalah untuk sementara.

El, Apa yang El kejar dalam hidup ini? Apa yang El pasti El mencari kesempurnaan dalam hidup. Mungkin tak terlalu lewat untuk mencari kesempurnaan.

El masih lagi muda. Mengejar masa di dunia ni. terasa semakin cepat masa berjalan. Masa yang diberikan semakin pendek. El perlu Selesaikan semua tugasan yang diberi sebagai seorang manusia yang menumpang.

Thursday, December 14, 2006

Mungkinkah terlewat

4 hari yang lepas, El sms adik angkat El. Lama tak dengar cite pasal dia. So El pun sms la. Dalam khusyuk sms tu tiba dia balas “Arwah Ayah”. El tersentak. Terlalu leka mengejar dunia sampai El sendiri lupa yang El punyai tanggungjawab. El terdiam sejenak. Terlalu banyak kesilapan yang El dah buat. Diri terasa lemah. Tiba-tiba El rebah. Ya Allah, Kau maha penyayang.

Dia pergi pada 31 Julai 2006. Sakit jantung. Demi Allah, El tak mengetahuinya dan tiada siapa pun yang menyampaikan apa-apa berita pada El. Nak mohon maaf pun tak guna. Orang yang pergi tak akan kembali. Dan El Cuma tahu mengenainya 11 Disember 2006. Dah 5 bulan arwah pergi.


Rasa terkilan, pilu, sedih semua ada. Tapi inilah kehidupan. Setiap pertemuan akan berakhir dengan perpisahan.


El berdoa agar Arwah Ayah sentiasa dilimpahi rahmat. Insyaallah, selagi masih ade kudrat, akan El hadiahkan ape yang termampu. Itu saja yang mampu El lakukan.


Kalau la nyawa tu boleh di beli dengan wang ringgit, akan El usahakan demi kebahagiaan mereka. Andai nyawa itu boleh di ganti, akan El taruhkan nyawa El sebagai galang ganti. Dari melihat orang-orang disekeliling El bersedih, baik El yang bersedih.


Semakin hari El merasakan hidup El semakin sunyi. El pernah kehilangan makcik yang paling El sayang tahun 1997. Masa tu masih mentah nak memikirkan tentang kehilangan. Kawan baik El di ambil tahun 2000. 2005 bulan Disember, satu-satunya nenek yang El ada menemui ilahi. Januari 2006, Ayah angkat El di Kuala Kangsar meninggal. Sekarang, huh. Satu persatu di ambil.


Kadang-kadang mereka hadir dalam mimpi El, diam tanpa berkata apa. Seolah-olah ingin memberitahu sesuatu. El tahu dan faham. Mereka perlukan El. Jadi El pun berikan ape yang mereka mahu. Mungkin kalian tak percaya, tapi itulah hakikat.

Tuesday, October 03, 2006

Memberi yang terbaik

Assalamualaikum...

Dah lama El tak menjengah blog ni. Mohon maaf kerana El tiada kesempatan. Sekarang ini pun mencuri masa untuk menulis sesuatu di tengah kesibukan dunia.

Sememangnya hidup begini. Sibuk sepanjang masa. Tapi sampai bila kita harus sibuk untuk dunia. Kadangkala yang akhirat harus di cari dan di jaga.

Sempena bulan Ramadhan ni El nak mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan Selamat berpuasa bagi seluruh Umat Islam Seluruh dunia. Semoga kehadiran Ramadhan kali ini, memberi seribu makna dan harapan buat kita semua.

El dilahirkan pada 23 Ramadhan 1402 hijrah. El akan menyambut ulangtahun yang ke 25 pada 23 Ramadhan 1427 hijrah. Bertambah 1 tahun umur, semakin bertambah beban yang terpaksa dipikul. Semoga hati ini sentiasa tenang, sabar dan cekal dalam meneruskan kehidupan yang penuh dengan cubaan.

Coretan El kali ini mungkin agak sentimental. Al maklumlah, bulan puasa. Mungkin El tak seceria dulu. El banyak berubah. Mungkin juga benar kenyataan itu. El banyak berubah. Semenjak Ramadhan menjelma, El rasa El banyak berubah. mungkin perubahan ini terlalu mendadak. tapi El rasa tidak.

Sebenarnye banyak yang El tak ceritakan di sini. Sudah hampir 2 bulan El tak menulis. Kisah konvokesyen El - akan El masukkan dalam jangka masa terdekat. Kisah seorang programmer. Kisah tahun 2006 yang memberi seribu makna. Apa lagi yang perlu El ceritakan yer. Mungkin banyak lagi yang perlu El ceritakan. Berikan El masa 3 minggu untuk menulis semua itu. El tiada daya untuk menulis buat masa sekarang.

Semoga berjumpa lagi.

Regards
El-Zaffril

Friday, August 18, 2006

Cinta itu tak semestinya bersatu

Doaku agar kau kan selalu bahagia
Agar kau temui insan tulus menyayangimu
Lepaskanlah diriku kerna keredhaanmu
Bukan kerna dendam jua bukan kerna kau terpaksa

Ku tinggalkan memori bersamamu
Ku undur diri bersama harapan

Tidak Kesampaian cinta kita
Ku bawa harapan ku pendam rahsia
Ku di kejauhan mendoakan
Agar kau bahgia tiada lagi duka

Daku rela mengundur diri
Ku pasti dikau kan fahami

Tiada penyesalan kasihku korbankan
Andai telah tertulis ku terima ini bukannya ku pinta
Pergilah dikau diiringi keikhlasanku
Cuma pengalaman mengisi kekosongan mimpiku

Saturday, August 12, 2006

Biarlah rahsia yang tiada rahsia

Assalamulaikum pembuka bicara
Bismillah bagai pembuka kata
Alhamdulillah ku syukur pada yang Esa
Amin Semoga tercapai segala hajat dicita
Biarlah Rahsia, kenapa tiba-tiba tajuk hari ni begini setelah lama El menyepikan diri. El saja letak. Mungkin inilah yang ingin diketahui oleh seseorang dan orang ramai. Apakah status El. Biar El terangkan disini El masih lagi bujang, selebihnya biarlah rahsia, sehingga sesuatu itu pasti, barulah kalian akan mengetahui status El. Ye la, umur El dah 24, sudah bekerjaya. Sememangnya itulah yang akan dilalui setiap insan. Banyak pihak mendesak, tapi El bukanlah orang yang terdesak. El lebih suka ia datang tanpa dipaksa, berlaku dengan perancangan yang baik.
Semalam, rehearsel convocation El. Alhamdulillah, berjaya juga menghabiskan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik Dengan Kepujian walaupun begitu banyak dan dugaan melanda.Itulah El, megejar cinta dan cita-cita. Jumpa kawan-kawan masa belajar banyak mengingatkan El pada memori indah semasa belajar. Itulah kenangan yang terlalu indah, yang akan El lalui sekali sahaja. El simpan kemas dalam ingatan segala kenangan yang terindah, semua itu memori bahagia untuk El.
Apa yang El rasa. Huh, suatu perubahan yang amat drastik dalam hidup El. Dari suatu Zaman yang penuh keseronokan ke Zaman yang penuh dengan tekanan. Hidup ini sememangya begitu.
Buat masa ini biarlah itu sahaja dulu. Selebihnya akan El poskan kemudian K. Banyak cerita yang El nak kongsi. Banyak cerita yang biarlah rahsia dahulu. Ada yang tiada rahsia.
Regards
El-Zaffril

Monday, July 03, 2006

How does it feel when u turn 24

Assalamualaikum...

Lama dah El tak post ape-ape kat sini kan. Sorry la, El agak sibuk sejak dua menjak ni. Banyak sangat kerja di Office. Lagi sekali El melalui Zaman who move my cheese. Tak ape, akan El ceritakan dengan lebih lanjut.

How does it feel when u turn 24? Entah la, El pun tatau ape perasaan El. Umur nak masuk 24. Tapi banyak peristiwa menarik sepanjang umur 23. Tapi banyak juga yang menyedihkan.

Peristiwa ni paling cute:

Nandy: Kenapa You bela Janggut
El: I saja simpan nak nampakkan muka I matured
Nandy: Oh ye ker. How old are you actually?
El: I turn 24 this year.
Nandy: Is it? I thought you are 1 year younger than me.
El: Is it? How old are you actually?
Nandy: 23....

Then El dengan Nandy pun gelak sakan. Sebab tak sangka ade orang yang ingat El ni lagi muda dari diorang. Itu baru dengan Nandy. Lagi satu El jumpa dengan Sorang girl (Girlfriend my junior-Rama) masa dinner Convo Nite and Grad Fest.

Rama: Abang dah grad kan?
El: Yes I am.
Rama: Kerja mana sekarang?
El: Kerja di BIM
Girl: You dah graduate ke?
El: Yes, Why?
Girl: I thought You are my junior. Sorry...
El: It's ok.

And actually that girl baru je 2nd year. Sebenarnya ade lagi yang El tak cerita tentang kisah-kisah macam ni. Tapi yang ni berlaku sewaktu Umur El 23. So kira yang the latest punya la. So what do you think about me? Mesti ingat El ni baby facekan? Hahaha not that kind la actually. I use to be happy go lucky. Ni ade la beberapa petua yang El, rasa boleh kongsi untuk nampak awet muda.
  1. Sentiasa senyum
  2. Ceria and happy go lucky
  3. Jangan biarkan tekanan melanda terlalu lama. kalau boleh, diatasi dengan segera.
  4. Cool - jangan cepat marah
  5. Basuh muka 5 kali sehari dengan air bersih - ni petua along
Ini adalah antra post yang akan El post sementara menghitung hari mencapai usia 24. Have a nice day reading this. Thank you so much.

Regard
El-Zaffril

Sunday, June 25, 2006

Sayang anak papa

Ku sayang kepadamu
Papa sayang kepadamu

Arfa, comel nama tu. Secomel baby papa. Simple, sesimple baby papa. Sejuk hati bila memandang wajah Arfa.

p/s: Papa is not for me, for someone else ok.

Best Regards
El-Zaffril

Wednesday, June 14, 2006

Who moves my cheese

Akhirnya El terpaksa melalui zaman who moves my cheese. Dulu sebagai Production Engineer, sekarang QA Engineer. Mula-mula El rasa sedih juga sebab kenapa El. Kenapa tak orang lain. Ramai lagi yang lebih baik dari El.

Setelah berfikir, El terima dengan hati terbuka. Menerimanya sebagai satu cabaran dalam meneruskan perjuangan yang belum selesai. El menjadi Head Department. Satu cabaran yang hebat untuk El, dalam usia yang masih muda, tanggungjawab yang amat besar. El bermula dari kosong. Bermula dari bawah. Itu adalah lebih baik. Terima kasih kepada yang banyak mengajar El. Hari ni baru masuk 2 hari El bertugas sebagai QA Engineer, hari pertama El rasa biasa je. Tapi Hari kedua ni, beban kerja mula terasa.

Huh, penat. Selama 2 hari ni juga la El jatuh sakit. Demam dan selesema melanda. El terlantar atas katil dan depan komputer. Bila kerja, El gagahkan diri. Terpaksa gagahkan diri walaupun terasa lemah. Ni pun masih terasa lagi sakitnya. Rasa macam nak telan je panadol sepapan ni.

Regards
El-Zaffril

Bukan

Lama sungguh El tak menulis sesuatu kat Blog El ni. Ada benda menarik untuk di kongsi sebenarnya. El baru sahaja mendapat anak saudara yang ke-19. Perempuan, bernama Arfa. Rasa seronok tu ada la. Ye la anak saudara dah ramai, tak tau la bila nak ada anak sendiri. Huh, masa je la yang menentukan.

Tapi by the age 30, memang El ready nak menambah tanggungjawab. Sekarang segala-galanya belum bersedia. Banyak yang belum di capai. 8c tak complete lagi.

Perjalanan hidup yang pendek ini masih panjang. Tak tahu sepanjang mana dan sependek mana. Tapi yang pendek itu akan menjadi panjang kalau kita menghargai setiap minit itu dan yang panjang itu akan menjadi pendek bila kita tak bersyukur. Amin...

Regards
El-Zaffril

Monday, June 05, 2006

The eyes can tell you everything

Buatmu Insan Yang Tersayang...


Sunday, June 04, 2006

Muhammad Al-Husyan - Mawlay


Tadi surf internet, Tiba-tiba terjumpa ayat ni... sebenarnye ini lagi nasyid... El teruja mendenarnye...

Maksudnya...

Mawlaya..
My Lord...my pray and greet always..
Upon your beloved...the best among all humans
Muhammad...the master of both worlds
and both teams of arabs and non-arabs

You, Muhammad...
You have been hurt and bothered in Allah sake..
You never lost and gave up
And now (until) Islam Ummah (population) is in the Star
You traveled from one place to another..
As the moon travels in the dark
And you continued to rise until you gain a high position

pergh... memang best la... ingat nak on jer komputer... pastu dengar lagu ni sambil tido... rasa aman jer tido El...

Sesiapa yang nak lagu tuh... bleh msg El kat YM! khakis_19, Nanti El send ok... tapi kene tengok situasi.huhu

Best Regard
El-Zaffril

Lagu bukan nasyid tapi memuja yang Esa

Setelah berehat beberapa hari, El kembali. Hari ni El post 3 lagu yang memang El suka. Bukan sebab penyanyi dia, tapi sebab maksud dia sungguh menyentuh kalbu la. Bila El selami lirik dia, aduh, meruntun keinsafan. Lagu jenis macam ni yang El suka.
  1. Bila diri disayangi
  2. Ku mohon
  3. Dialah di hati
Untuk pengetahuan pembaca blog El semua, El bukanlah tak minat lagu Nasyid. Cuma lagu nasyid yang ada di pasaran sekarang ni menjurus kepada cinta sesama manusia, contoh: kasih-kekasih, impian kasih, nurkasih, hanya tuhan yang tahu, etc. El rasa banyak lagu Nasyid sekarang menjurus kepada cinta sesama manusia, walaupun tidak semua.

El minat lagu nasyid dari Hijjaz, Raihan. Paling El suka Fatamorgana. Memang menginsafkan la. So try la dengar lagu Fatamorgana. I really like it.

So pada pendapat pembaca blog El semua, What do you think...

Regards
El-Zaffril

Bila Diri Di Sayangi - Ukays

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir

Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri

Ku Mohon - Sheila Majid

Setiap hari ku mohon
Agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan
Dalam hati kekuatan
Menempuhi segala
Dugaan yang mencabar ini
Pasti, punya ertinya

Engkau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dalam tenang
Dengan merasa kesyukuran
Ku doa Kau selalu
Mengawasi gerak-geriku
Berkatilah... ku perlu rahmat darimu

Oh Tuhan, terangkan hati dalam sanubariku
Untuk menempuhi segala
Hidup penuh cabaran ini
Oh Tuhan, ku berserah segalanya kepada Mu
Agar jiwaku tenang
Dalam bimbingan mu, selalu

Adakala ku merasa
Hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku
Melalui semua itu, oh
Kuatkanlah, cekalkanlah diriku

Curahkanlah nikmat Mu
Pada hidupku

Dialah Di Hati - Siti Nurhaliza

Bisikan sang bayu
membawa perkhabaran
Dongengan yang sama
dicadang berulang

Mengapakah diri dijadikan sasaran
Sekilas pandangan pelbagai andaian
Sungguh terkilan

Seumpama naskah yang terbuka
Sesungguhnya tiada rahsia
Bacalah kenalilah
Dengan bijaksana
Siapa aku yang sebenar

Kendati selautan segunung permata di kanan dan kiri
Selagi jantung ku berdegup hingga tiba saat terhenti
Dialah di hati

Tiada pilihan kedua
Pertama hingga akhir usia
Hanya Dia

Tiada rahsia lagi
Usah bertanya berkeka teki
Cinta yang abadi cintaku
yang suci di hati

Kendati selautan segunung permata di kanan dan kiri
Selagi jantung ku berdegup hingga tiba saat terhenti
Dialah di hati

Tiada pilihan kedua
Pertama hingga akhir usia
Hanya Dia...

Tuesday, May 30, 2006

Hidup untuk makan ke makan untuk hidup

Aku suka makan... hahahaha... memang tak dinafikan la... ni list makanan yang aku suka gile... hahahahhaha... check it out... top 10 of my fav food list

  1. Piza... lagi banyak keju lagi aku suka la... tapi brand Pizza Hut jer... lain brand aku kureng la... hahahahah
  2. Whooper... Semestinya Burger King... kenyang siol makan whooper...
  3. Big Mac... sudah tentu McDonalds la... memang best la... bile dapat makan dengan sundae ker... adeh... sudah buat gua terliur ni
  4. Float... ni hanya terdapat kat A&W jer... aku sanggup duduk sorang2 minum kat situ... janji dapat ape yang aku idamkan... member aku yang lain tak minum la float...
  5. Air buah gelas besar kat Bkt Beruang, Jalan Ayer Keroh lama... Melaka... siap ade address tu... kalau ade yang nak datang minum kat sini... murah jer... air buah dia memang sedap gile... RM1.70 jer segelas... macam-macam ada
  6. Chappati... aku memang gilekan chappati... memang sedap kalau makan dengan kuah dhal... hahahahha... 10 keping pun boleh habis berdesup macam tuh jer...
  7. Nasi Kandar... Mana2 kedai pun boleh la... Melaka ade Subaidah jer... Yang kat penang tu bukak la branch banyak2 kat Melaka.
  8. Kenny Rogers Roaster... ni ayam panggang dia memang best... dapat plak tuh dengan Macaroni Cheese dia... perghh... terliur siol... bile dah habis tuh dapat plak muffin... adeh... terasa nak gi kenny rogers plak
  9. Laksa Johor... ni menu aku masa ape ape jer la... Mak dengan kakak aku buat best... aku pun reti buat.... tapi nanti kuah dia akan jadi kuah kari... hahahahahha
  10. Sushi... mana-mana pun boleh... memang lain dari yang lain la... aku memang suka... sedap gile la...
(Tertakluk pada perubahan tempat makan yang menyeronokkan, tempat makan yang aku jumpa yang best sangat dan selera makan aku. Ni lebih kurang jalan-jalan cari makan la)

Sedapnya kalau dapat makan benda ni sume... kenyang dowh... konpem kenyang gile... sebulan mesti pekene sekali... so any idea.. hidup untuk makan ker makan untuk hidup...

Regards
El-Zaffril

Sunday, May 28, 2006

Acheiving 8 C's

Semua orang ada azam, aku pun ada azam dan impian gak. So tahun ni target aku nak achieve 8 C's. Tak pasti la sama ada aku boleh mencapainya atau tidak. Tapi aku akan mengerah segala Kudrat yang aku ada untuk mencapai 8 C's ni

  1. Car (Either Gen 2 H-line or Wira SE - Hopefully before November)
  2. Career (I'll already have a good career at the moment. tapi nak cari yang lebih baik dari yang sekarang, any idea)
  3. Condo (Ni maybe kene postponed kot)
  4. Credit card (Tak pasti la sama ada aku perlukan benda ni ke tak. perlu kot time emergency je)
  5. Cash (Ni tatau la bile nak mula)
  6. Cell phone (Insyaallah bulan July ni tercapai la hasrat. Ni Cell phone yang ade Camera. Sony Ericsson K750i)
  7. Camera (Digital camera la ape lagi)
  8. Convocation (Here I am, finally I graduate. See you all my dear friends on 11th, 12th and 13th August 2006)
So thats what we call target. So wish me luck. Amin...

Best Regard
El-Zaffril

Saturday, May 27, 2006

Realization

Assalamualaikum...

Memulakan kisah blog dengan kisah yang aku rasa pun tatau nak cerita ape. Tapi aku rasa aku nak tulis mengenai kesedaran.

Sometimes orang kata, time change people change. Fakta ini memang betul dan tepat. Memang tak dinafikan la. Sebab setiap saat yang berlalu, semakin bertambah usia kita, semakin suntuk masa yang diperuntukkan, dan kalau perasan, kulit pun semakin berkedut. Hahaha

Kadang-kadang terasa tak adil juga. Kenapa mesti zaman kanak-kanak yang penuh dengan keriangan tu, berlalu dengan begitu cepat. Kenapa mesti zaman remaja yang paling indah tu, harus berpenghujung. Kenapa zaman persekolahan harus tamat dengan cepat. Kenapa zaman menuntut di universiti tu berlalu dalam sekelip mata saja. Kadang-kadang rasa tak adil juga.

Aku pernah terbaca sebuah buku baru sahaja beberapa muka surat ku baca. Tajuknya "who move my cheese". Dalam beberapa helaian muka surat yang di baca itu, aku dapat merasakan bahawa itulah buku yang sesuai untuk setiap persoalan di atas. Dan aku rasa kamu juga harus mencari buku ini.


Cukup la setakat di sini dahulu ape yang ingin aku mulakan. Esok akan bermula kisah sebuah blog. hehehhe

Best Regards
El-Zaffril

The new life Just started

Assalamualaikum...

Hye all the visitor of my blog. This is my first blog that I've created. So I try to give the best as I can and try to tell you everything happen to me...

Regards
El-Zaffril