Saturday, May 27, 2006

Realization

Assalamualaikum...

Memulakan kisah blog dengan kisah yang aku rasa pun tatau nak cerita ape. Tapi aku rasa aku nak tulis mengenai kesedaran.

Sometimes orang kata, time change people change. Fakta ini memang betul dan tepat. Memang tak dinafikan la. Sebab setiap saat yang berlalu, semakin bertambah usia kita, semakin suntuk masa yang diperuntukkan, dan kalau perasan, kulit pun semakin berkedut. Hahaha

Kadang-kadang terasa tak adil juga. Kenapa mesti zaman kanak-kanak yang penuh dengan keriangan tu, berlalu dengan begitu cepat. Kenapa mesti zaman remaja yang paling indah tu, harus berpenghujung. Kenapa zaman persekolahan harus tamat dengan cepat. Kenapa zaman menuntut di universiti tu berlalu dalam sekelip mata saja. Kadang-kadang rasa tak adil juga.

Aku pernah terbaca sebuah buku baru sahaja beberapa muka surat ku baca. Tajuknya "who move my cheese". Dalam beberapa helaian muka surat yang di baca itu, aku dapat merasakan bahawa itulah buku yang sesuai untuk setiap persoalan di atas. Dan aku rasa kamu juga harus mencari buku ini.


Cukup la setakat di sini dahulu ape yang ingin aku mulakan. Esok akan bermula kisah sebuah blog. hehehhe

Best Regards
El-Zaffril

2 comments:

Anonymous said...

Very pretty design! Keep up the good work. Thanks.
»

Anonymous said...

Hmm I love the idea behind this website, very unique.
»