Thursday, December 14, 2006

Mungkinkah terlewat

4 hari yang lepas, El sms adik angkat El. Lama tak dengar cite pasal dia. So El pun sms la. Dalam khusyuk sms tu tiba dia balas “Arwah Ayah”. El tersentak. Terlalu leka mengejar dunia sampai El sendiri lupa yang El punyai tanggungjawab. El terdiam sejenak. Terlalu banyak kesilapan yang El dah buat. Diri terasa lemah. Tiba-tiba El rebah. Ya Allah, Kau maha penyayang.

Dia pergi pada 31 Julai 2006. Sakit jantung. Demi Allah, El tak mengetahuinya dan tiada siapa pun yang menyampaikan apa-apa berita pada El. Nak mohon maaf pun tak guna. Orang yang pergi tak akan kembali. Dan El Cuma tahu mengenainya 11 Disember 2006. Dah 5 bulan arwah pergi.


Rasa terkilan, pilu, sedih semua ada. Tapi inilah kehidupan. Setiap pertemuan akan berakhir dengan perpisahan.


El berdoa agar Arwah Ayah sentiasa dilimpahi rahmat. Insyaallah, selagi masih ade kudrat, akan El hadiahkan ape yang termampu. Itu saja yang mampu El lakukan.


Kalau la nyawa tu boleh di beli dengan wang ringgit, akan El usahakan demi kebahagiaan mereka. Andai nyawa itu boleh di ganti, akan El taruhkan nyawa El sebagai galang ganti. Dari melihat orang-orang disekeliling El bersedih, baik El yang bersedih.


Semakin hari El merasakan hidup El semakin sunyi. El pernah kehilangan makcik yang paling El sayang tahun 1997. Masa tu masih mentah nak memikirkan tentang kehilangan. Kawan baik El di ambil tahun 2000. 2005 bulan Disember, satu-satunya nenek yang El ada menemui ilahi. Januari 2006, Ayah angkat El di Kuala Kangsar meninggal. Sekarang, huh. Satu persatu di ambil.


Kadang-kadang mereka hadir dalam mimpi El, diam tanpa berkata apa. Seolah-olah ingin memberitahu sesuatu. El tahu dan faham. Mereka perlukan El. Jadi El pun berikan ape yang mereka mahu. Mungkin kalian tak percaya, tapi itulah hakikat.

No comments: